Memaparkan catatan dengan label my friends.... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label my friends.... Papar semua catatan

Dia seniorku, Dia BFF aku!! :')

Update entri lama....!!

Assalamualaikum..
penduduk planet blog sekalian :)
 
 
ewah-ewah, mamat pokok nih..
HUA HUA HUA *gelak macam evil*
 
ok.. nama seperti yang tertera di gambar
masih single or double?? tuh kena tnya tuan empunya badan.. aku rasa macam triple ja.. he he he
 
persoalannya..
 
SIAPAKAH DIA??
 
jawapan jujur, dia nih bukannya pakwe aku, mahupun abang aku.. aku tak dak abang semuda nih.. (sambil buat peace kat Abang Achin)
 
ok, dia nih sebenarnya senior aku masa kat sekolah dulu
masa aku Form 2, dia nih Form 5
so, sekarang aku dah Form 5 (walaupun dah habis dah),
dia tak dak Form dah..
jadi, umurnya berapa sekarang ya??
korang kiralah sendiri ya, sebab aku tak terror Math *erkkkk*
 
nama dia sebenarnya
Muhammad Izzuddin Kamil Nadzaharuddin
tapi, as juniors dan menandakan adab kesopanan kemelayuan aku *err*
aku panggil dia 'Abang Din' ja
kadang-kadang kalau dah datang mood Taufan Katrina aku
aku just panggil dia 'Tok Din' jaa
 
ha ha ha
tuh dulu lah, masa zaman sebelum mature lagi (TERperasan mature sangat la pulak)
 
apa-apa pun
apa yang aku nak ceritakan kat sini adalah
tentang diri dia
 
dia nih sebenarnya baik tau..
walaupun kadang-kadang membuatkan aku rasa sebal dan rasa macam dia nih memang menyakitkan hati ja.. rasa macam nak tenggalung a.k.a. baling dia dengan selipar ja..
 he he he
 
tapi, dia tetap seorang senior yang sangat baik..
kami suka berkawan dengan dia sebab dia memang spoting
so, kira macam boleh masuk lah dengan kepala kami yang tak brapa nak normal sangat kadang-kadang nih :P
 
Oh ya!!
macam mana kami boleh rapat dengan dia nih??
 
macam nih kisahnya
dulu masa first year kami jadi pengawas sekolah, masa tuh kami Form 2
dia merupakan antara pengawas seniors kami masa tuh
jadi kami kenal pun masa tuh la..
tapi, kami just bercakap semasa menjalankan tugas ja..
masa lain kurang sikit..
maybe sebab masa tuh masing-masing masih malu-malu kucing lagi
sesiapa yang kenal aku akan ketawa guling-guling..
Eh!! sejak bila plak Anilah jadi seorang yang pemalu nih??
 
TAPI, sebenarnya
weyhh, aku nih memang seorang yang pemalu ok.. FAKTA!!
*senyum kambing*
 
kami semua(juniors) semakin bertambah rapat dengan dia apabila kami semua kena pi Kem Kepimpinan Pengawas dekat Wan Berangan
masa tuh memang best and memang enjoy
naik basikal sama-sama pi dan balik dari kem..
masa duk kayuh tuh sempat lagi tuh wat aktiviti menghabiskan air liur iaitu bersembang
bersembang, bercerita macam-macam..opss!! bukan ber-gossip okeyhh!!
semasa kem tuh pun sembang jugak
so, jadinya masa tuh la kut yang membuatkan kami semua (juniors)
makin bertambah rapat dengan dia
actually, bukan dia ja lah.. semua senior yang ada jugak..
coz kem tuh memang bertujuan untuk memperkukuhkan lagi Badan Pengawas Sekolah..
tak gituh Cik Senah??
 
dia nih memang baik
kalau mintak tolong kat dia
dia mesti akan tolong punya (walaupun tolong dengaq jaa)
 
lepas tuh dia memang peramah sikit..
jadi, agak bercakap banyak
sampai kadang-kadang aku kata dalam hati
'haih, bilalah dia nak berhenti nih... huhuhu'
sebab ada saja ayat dia tuh..
tambah-tambah lagi kalau kat pesbuk or mesej..
memang lama la baru nak berhenti..ibarat kata boleh memanaskan abah yang sedia ada panas dengan bil telefon aku yang sememangnya tinggi daripada orang lain.. he he he
 
tapi,  aku tak kisah
aku ok ja..
as long as dia ok, aku pun ok lah.
You LIKE, I LIKE.. hahaha(ketawa tanpa cover..memang ayu).
lagi pun sapa lagi lah yang nak mesej or chat ngan aku kalau bukan dia nih
 
sebabnya masa aku online fb ja, mesti dia pun 'hijau' sama
time aku tak online, dia pun sama jugak offline..(memandai ja kau)
he he he
 
oh ya.. la nih dia dah ada satu PENYAKIT
penyakit yang mungkin akan berjangkit jikalau tidak dibendung dengan segera
penyakit yang sangat bahaya,
sampaikan aku naik kesian dengan dia..
hishh, kritikal betul penyakit tuh..
 
nak tau dak dia sakit apa??
dia sebenarnya sakit..
sakit ditimpa perasaan a.k.a. perasan
 
ishkk, aku dah bagi tau dah kat dia.
kalau penyakit tuh, biaq aku sorang ja yang alaminya.. aku rela
tup-tup dia pun sama naik jugak dengan aku rupanya..
hikhokhikhok :-P
 
tapi, apa-apa pun memang best kenal ngan dia nih sebab dia nih memang spoting habis lah..
jarang ada seniors yang kalau juniors ajak keluar, dia pun nak join jugak
dan jarang jugak ada seniors yang akan melayan perangai gila-gila juniornya
 
malah, dia jugaklah yang akan mendengar masalah-masalah juniors nya
memang caring.. :-)
 
ibarat seorang abang yang sangat prihatin terhadap adiknya..
macam tuh arr perumpamaannya.. :'D
 
so, tak menyesal and bersyukur sangat-sangat sebab dapat kenal dengan dia :)
 
 
 
bagi aku, dia lah Mr. Senior
dan dialah Mr. BFF
 
owhkk, ya..
aku tak boleh cerita lebih-lebih sebabnya dia bukannya satu kelas dengan aku
lagipun kami jarang jumpa..
pesbuk ja jadi meja kopi kami tempat sembang..
kalau cerita bab kawan sekolah or kawan classmate aku yang tuh aku boleh lah
sebab kami hari-hari jumpa..
dah masak sangat dengan perangai masing-masing..
he he he
 
 
kalau nak tau lagi tentang Abang Din, kena tanya tuan empunya badan sendiri lah
he he he
aku tau yang pembaca blog aku nih ramai perempuan yang masih single lagi kan??
(termasuklah tuan tanah kedaung nih)
mesti korang nak kenal dengan senior aku sorang nih kan??
bleh.. bleh...
boleh IM aku.. nanti aku bagi tau kat korang fb dia..
#ewahh!! dah macam agensi mencari jodoh la pulokss#
 
bye, guys..
assalamualaikum...
 
harapan ku hanya satu iaitu
 
semoga dia sentiasa menjadi senior yang TERBAIK buat kami (juniors yang semenagnya sangan baik:P)
semoga menjadi anak yang soleh dan sukses selalu.. :) :) :)


#The day after tomorrow#

Assalamualaikum, semua...

hai, setelah sekian lama aku tak menaip kat sini, hari ini aku muncul kembali.. *macam hantu pocong la plak nak muncul-muncul sgala bagai*

ERRR.. Did you know something? that is result SPM akan keluar LUSA!!! ok.. bawak bersabar ya semua (nasihat orang konon, kau pun kecut perut)..hehehek

aku tak tau la apa yang aku rasa saat nih.. semuanya bagai bercampur baur you know.. klau orang yg pernah laluinya saat-saat getir ini pasti akan merasai apa yang aku rasa sekarang nih.. bukan aku ja yang rasa sebenarnya, but also my dear friends.. but, diorang always asked me

 "weyhh, hang macam tak rasa apa-apa ja"

"hang tak takut ka woii?? aku getaq lutut dah nih"

"Anilah, awat hang tak buat status kat pesbuk arr, semua orang update status tentang nih hang tau dak? panas weyhh panas"

hehehe..errmm.. entahlah.. gila kau kalau aku kata aku tak takut... tak dak perasaan kut aku nih.. :P

sekarang aku tengah membilang hari.. buat countdown everyday, every second, sampaikan abah kata

"adik, hang macam tengah tunggu masa bukak puasa ja"

and I was 'erkk, ya ka aku macam nih masa nak bukak puasa, ishkk tak senonoh betullah hang Anilah, macam bebudak baru blajaq berposa jaa... wat malu kat Haiqal ja....'

                            excited + takut = ????

ok.. tak tau nak kata macam mana.. apa-apa pun cekidaudd..

p/s: abah yang terlebih excited sebenarnya, anak last nak ambik result weyhh.. aku plak yang rasa macam tak mau kluaq bilik ja nih.. tapi, kerja tetap kena pegi, kalau tak memang cari penyakit la dengan En. Boss aku.. huhuhu..

bye, salam...

: : will update later.. after SPM's result.. MAYBE!! : :

Menghitung hari.......detik demi detik...

Bismillahirrahmannirrahim..
 
Ya Allah, Kau permudahkanlah segala urusan kami semua..
 
besar harapan cikgu,
besar lagi harapan mak dan abah,
tapi, besar lagi harapan Aku.......
 
 
: : Entri akan datang.. after SPM....MAYBE!!  : :
 
cikgu.. please don't cry anymore...
saya tak sanggup nak tengok semua cikgu saya menangis..
kerna selama ini kita ketawa bersama..
 
Insya-Allah..dengan izin-Nya
we will perform our best :)
 
Insya-Allah.. amin..
 
doakan kejayaan kami semua..
 
halalkan semua ilmu yang cikgu beri selama ini..
maafkan semua perbuatan saya ya cikgu...
 
tak mungkin saya akan lupa semua tuh
jasa dan pengorbanan cikgu terlalu besar untuk diri ini...
 
TERIMA KASIH to all cikgu
yang mengajar saya dari Form 1 hinggalah Form 5
dari junior hinggalah jadi senior
dari pelajar biasa hinggalah jadi --------*tet*
dari budak baik, innocent ja
hinggalah jadi macam harimau betina..*ngaummmmmmm*
 
doakan kejayaan kami semua ya cikgu..
---------------------------
 
teringat satu kata-kata berhampiran dengan pagar sekolah ku..
 
Kami datang dengan harapan,
Kami pulang dengan kejayaan..
 
Insya-ALLAH..AMIN..
 
I want to make my parents proud of me..
setelah apa yang mereka sanggup korbankan selama ini..
 
------------
 
Ehem..ehem..
 
so, guys...
kalau diri ini ada melakukan kesilapan..
mana tau selalu marah korang ka
selalu ketawa kat korang (walaupun ketawaku macam evil)
ada terkasar kat mana-mana ka...(yang nihh selalu lelaki la.. sorry aku tak berkasar dengan pompuan ok...peaceeeee)
selalu tampaq or cubit korang ka...(yang nih pompuan kena..lelaki selamat..)
ada jadi Transformers tak kena pada tempatnya ka... *hikhokhikhok*
 
so, aku mintak maaf...
 
halalkan segalanya ya..
 
kalau korang ada kutuk aku tuh..
aku maafkan dah...
tak ambik hati pun, limpa tak.. jantung pun tak.. *err*
 
ok... bye.. assalamualaikum
 
OH YA!
to all spm candidates
GOOD LUCK and All the best
 
make your best and Allah will do the rest.. Insya-ALLAH
 
to all my classmate.. desk mate...
terima kasih atas segala-galanya
korang buat aku bahagia...bahagia...bahagia..*lagu Najwa Latiff* owww!!
 
wahai AKAUN Ben 10
 
setelah 2 tahun bersama korang,
kita ibarat SATU FAMILY
 
dan, di kesempatan ini
 
aku nak cakap satu ja...
AKU SAYANG KORANG SEMUA
 
pastinya.. aku akan merindukan korang semua after kita abis exam 28 nih
aku akan rindukan kElas kita..
YA!! tempat kita berkongsi suka duka bersama..
ketawa sama-sama
kena marah sama-sama..
buat kerja sekolah sama-sama...
meniru sama-sama..
tekanan jiwa sama-sama..
DAN
conteng kelas sama-sama..*opsss!!*
 
Oh Allah, kuatkanlah hatiku ini untuk terima semua ini..
aku pasti akan merindui ini semua..
 
sesungguhnya aku sangat menyayangi mereka, Ya Allah
 
 
 
 
Anilah Ardenieti: Abang masuk blajar balik kat UM.. err.. adakah adiknya ini akan menyusul langkahnya pada masa hadapan?? atau lebih jauh daripada dia berada??.. ermmm.. jawapannya.. Insya-Allah..AMIN... amin...amin....semoga dipermudahkan perjalanan ku ini, Ya ALLAH.. 
 
 
 
 


##Semuanya pasti kan jadi KENANGAN

Bismillahirrahmanirrahim..
 
I want to share a picture with you all
 
TARRAAAA!!!~
 
: : sorry kabur coz camera 'Cap Ayam' :P : :
 
HA HA.. me with Yati (tengah) and Shima (hujung, blakang sekali)..
nampak sangat aku yang 'enterframe' lebih disitu ya...
sorry..sorry..
 
ok.. mereka ialah classmate aku..
Shima dah jadi classmate aku sejak dari Tingkatan 1 lagi
Hayati sejak dari Tingkatan 2 if tak silap
 
mereka sangatlah awesome!!
meraka sangat awesome kerana dalam kelas aku berada ditengah-tengah mereka, dan betul-betul di hadapan meja guru
 
so, kalau ada apa-apa hal ka memang akan kecoh dan riuh satu klas...(biasalah tak ramai, 10 orang ja satu klas)
 
contohnya bergaduh pasal pen..
HAH!! sapa suruh beli pen yang sama..
 
itu tak dikira lagi bergaduh pasal pemadam hilanglah, pen tak dak dakwat la..
dan macam-macam lagilah
 
kalau Yati punya pemadam hilang, gerenti orang pertama yang akan kena adalah aku..
aku tau dah..
Sima pun macam tuh jugak, sama ada aku atau Badriah yang akan menjadi mangsanya..
 
kesian, aku jadi mangsa keadaan :'(
 
OH YAA!!
duduk satu klas dengan diorang dengan keadaan kelas yang sangat tenang memang best
because kitorang tak perlu menghadapi keadaan kelas yang bising..
hal ini terjadi kerana apabila ketiadaan guru kami akan buat kerja masing-masing
 
sama ada kami semua akan siapkan nota
latihan
kerja sekolah
or bercerita a.k.a bergossip
 
kadang-kadang kami akan menconteng whiteboard (marker atas ikhsan Najmi) sambil mendengar budak-budak lelaki kelas kami menyanyi...
 
aku tak kisah semua tuh..
dan bagi aku.. It's fun!!
 
orang akan cakap yang kelas yang pelajarnya sikit macam kelas aku tentu sunyi
 
tapi, bagi aku itu tak pernah terjadi coz kelas kami ada KONSERT FREE
penyanyi utamanya ialah Hafizi bagi lelaki
dan perempuannya pula ialah Shima...
(yang lain-lain bahagian korus)
 
itu pun kalau masa cikgu tak dak dalam kelas la
 
lagi pun bagi aku itu satu peluang untuk aku dan kawan-kawan rileks kan kepala otak kami
 
YA!!
 
rileks, rileks kepala otak yang dah berat dengan macam-macam subjek,
 ibarat sebuah laptop yang dah berat dengan pelbagai folder di dalamnya
 
tanpa ada gangguan
tanpa ada keriuhan yang melampau di dalam kelas
 
mendengar geng-geng lelaki buat lawak yang pasti akan membuatkan aku dan kawan-kawan ketawa sampai tak ingat dunia..
 
mereka menceriakan lagi suasana klas
 
lepas tuh, pukul 2 petang kami akan beramai-ramai turun ke Surau sekolah untuk bersama-sama mengerjakan solat berjemaah and mendengar tazkirah..
 
Alhamdulillah..
pengalaman yang cukup bermakna..
 
satu pengalaman yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit dan hanya akan dapat bila anda merasainya sendiri..
 
macam-macam jenis pengalaman yang ada..
dan sudah pastinya ia 'pengalaman beramai-ramai'
 
contohnya, kalau kena marah, satu kelas akan kena
kalau ada sampah dalam kelas, Cikgu Norzila akan suruh satu kelas kutip sampah
 
dan pengalaman yang paling aku tak pernah dan tak akan lupa ialah
bila mana kami saling back up each others
bila ada yang tak siap nota or kerja sekolah yang cikgu bagi..
 
yang tuh memang nampak semangat setia kawan yang sangat tinggi
 
tanpa disedari, masa begitu pantas berlalu...
lebih kurang lagi 2 bulan masa untuk aku bergelar PELAJAR SEKOLAH
 
2 bulan untuk aku bersama dengan rakan-rakan dan guru-guru aku
 
sudah pasti nanti aku akan merindui setiap detik bersama mereka semua..
 
tanpa sedar, merekalah yang menceriakan hari-hari yang aku lalui sejak tahun lepas di Tingkatan 4, dan sekarang dah nak ambik SPM pun...
 
Alhamdulillah
Allah bagi aku peluang untuk mengenali mereka yang sangat HEBAT!!
 
MEREKA ialah
 
1. Faqrul(Ketua Tingkatan)
2. Shima(P. Ketua Tingkatan)
3. Hafizi
4. Najmi
5. Syazree
6. Nisrin
7. Atiqah
8. Hayati
9. Badriah
10. Anilah(me)
 
Alhamdulillah, Ya Allah
Subhanallah
 
: :-----> BEST apa kelas aku, sikit ja orang,
dah macam klas tuition la pulak...
 
he he he
 
harapan aku hanya satu
agar pertalian yang terjalin ini semakin erat
perhubungan ini akan kekal selamanya
ibarat tali yang tersimpul mati.....................:)
 
dan
semoga kami memperolehi apa yang kami harapkan
 
dan
yang lebih penting ialah
semoga kami semua mendapat keputusan yang CEMERLANG dalam SPM
 
Insya-Allah, amin...

 
 
 

#Selamat Hari Tuooo, ANDA!!:)

Assalamualaikum.. semua... :)

Heyy!! Cik Nor Razikah Padil Rahman and Cik Nurfazira Hanim Abu Hassan

This is for you!! :)







Jyeah!!!

SELAMAT HARI TUOOOO!!:P

hik3.. peaceeee...:D

owhkk, pic kat atas tuhh credit to my abah
coz setia melayan perangai aku yang 'gila-gila'
pepagi buta tadi before go to school..
terima kasih daun keladi,
lain kali tangkaplah lagi.
*ok!! pantun aku yang TERlebih hebat*


apa-apa pun
Semoga segala impian korang semua menjadi kenyataan...:)

semoga kita semua mendapat keputusan CEMERLANG dalam SPM
Insya-Allah.. amin...

Fazira a.k.a. Eira
hohoho^__^ mentang-mentanglah dia kecik comey jaa, perasan plak dia tuh Ting. 1.. tak sedar yang dia tuhh dah 17 tahun dah..
anyways, thanks soooo muchh coz being my best friend (BFF)
kita berkawan dah lama,
for me..
kita bukan sahaja kawan baik, tetapi kita ibarat family..
kita ada banyak persamaan.. dua-dua suka baca novel,
Eira banyak tolong Nilah dalam pelajaran.. study group..
dah ibarat 'Tok Guru' yang selalu ada tuk selesaikan semua masalah dalam B. Pengawas
selalu bantu kami( Nilah and Najmi) di saat kami sedang stress tahap dewa 19

: : NIA Dis July : :

ibarat 'mahaguru' yang mengajar Nilah main petanque
peaceee..

bukan sahaja minat, malah cita-cita kita jugak sama..
dulu, dua-dua nak jadi pilot.. pantang dengar kata LIMA Langkawi..
dua-dua jadi Jakun jap :P
tapi, tak sedar kata diri tuhh bermata empat..
spect nak kena tambah power rangers pun masih ada angan-angan nak jadi pilot la..
but, now..
we are sharing the same DREAM
iaitu
nak sambung blajar kat overseas..
bukan Pulau Pinang.. tetapi, UK mungkin *uhuk2!! tersedak abah aku satgi*

but, before that
nak kena perbetulkan Sejarah dulu..
nak kena dapat A+ baru lepas mau pegi oberseee!! *Syahril Kpli senyum ja dengar ayat aku*

now,
harapan Nilah hanya satu..
iaitu semoga apa yang kita harapkan..
apa yang kita bayangkan...
apa yang kita usahakan..
akan menjadi kenyataan..

dan semoga persahabatan ini kekal selamanya..
Insya-ALLAH.. amin

*rezeki ada dimana-mana.. berusaha sehabis jaya*

AND


Happy Birthday to you, my cousin-sin..
Nora..
(after arwah Along, you my best cousin-sin)
mungkin sebab umur kita sama,
jadi kita semakin rapat..
for me..
ko bukan sahaja sekadar cousin,
but you're also my BFF

HAH!! terima kasih tau sebab tolong kita siapkan Kerja Kursus Akaun hari tuhh
wee~ akhirnya, dapat jugak A..
Alhamdulillah..
tq ya Nora sebab tolong kalau tak berkemungkinan besau nak dapat B coz masa tuh otak dah beku, tak tau nak buat apa dah..
hohoho^__^
nanti kita suruh Abang Achin blanja ko Pizza Hut k..
*ayat ambik hati.. kesian, abang jugak jadi 'mangsa' kekejaman adiknya :P*

best kluar ngan ko..
kluar jalan-jalan 'mengukur kawasan' kat TS
pastu duduk lama-lama kat Popular la MPH la..
Mid Valley tidak akan sesekali dilupakan..

masuk kedai, keluar kedai.. beli tak jugak!!
kalau rasa nak beli tuhh, kena pikir dulu duit cukup ka tak nak balik jap lagi
coz pergi pun naik LRT la monorel la :P
hee~
biasalah realiti seorang students

nanti raya, kita balik KL
then kita pegi 'mengukur kawasan' lagi tau :P

sambil-sambil tuhh, kita bleh study skali
ko bleh tolong ajarkan kita Akaun

(WOOWWW!! besarnya angan-angan!!)

ok lah..

apa-apa pun..
Good Luck and all the best to you..

Owhkk!!
lupa nak ucap..
Happy Birthday
kepada semua yang menyambut besday mereka sama bulan ngan aku tuhh!! (bulan 7)

semoga apa yang korang impikan akan menjadi kenyataan..

and..
lusa ialah besday my friend gak, Cik Najlaa Syafiqah Lah


hee~
Happy Birthday, Najlaa..:)

Birthday sapa lagi erkk bulan 7 nihh??
Alias??
Din??
rasanya semuanya dah..
andai kata terlupa..
I'm sorry..
terlupa lah tuhh..;)

k larhh..
bye, assalamualaikum.. :D

Anilah Ardenieti : Hoii!! penat woii! otak aku nih kalau bleh dia bercakap gerenti dia akan kata "weyhh!! tak reti nak duk diam ka?? aku penat nihh??" ..huuu!! Anilah don't give up!! ko kan nak fly!! ingat mak abah Anilah oii!!.. Trial SPM lagi lagi seminggu ja lagi, weyhh!!



Assalamualaikum, semua..


dalam satu pertandingan..
KERJASAMA dan PERSEFAHAMAN adalah cukup penting..

jikau tidak,
pasti kejayaan bukan milik kita..
Kekuatan ahli pasukan buat kita menjadi lebih KUAT!!
kalau mereka lemah, kita turut lemah...
tapi, kalau mereka kuat.. Insya-ALLAH.. kita juga akan bertambah KUAT!!


Kami SENIORS*wink!!*

dan kami PROFESSIONAL(err.. terrrrrrpuji diri sendiri la pulokss!!:P)

apa-apa pun..
KAMI lah JUARA!!
(coz we do the best for our team)



and..and..and..

Alhamdulillah..
team kami menang..
NIA Dis July <3

YES!! opcoz I will miss all the moments..
duduk tengah panas dengan mood yang tak brapa nak betul coz terlalu penat..
BUT, we still don't give up!!
kita terus main, main dan main lagi..
walaupun dah weak sangat..
tenaga yang kurang
dan semangat yang semakin hilang..

but, we do the best for our team..:)
Alhamdulillah..
hasilnya.. kemenangan menjadi milik kami..
Alhamdulillah Ya Allah..
Thanks for everythings..
:) :D

apa-apa pun..
thanks a lot my dearest friends and all teachers yang banyak mengajar aku dari ZERO ke HERO..
(err.. hero ka?????huk3, hero lah sangattt!!)

bye..assalamualaikum..
will miss the padang and bola petanque:(


THANKS A LOT, friends:)

you are my friends..
you are my GENG!!
^GENG Dato' Ali^

Hidup Tok Ali!!
Baju Mau FREE!!:)
*masihkah kau ingat ayat tuhh??*

Sayang ko Cousin-sin

Assalamualaikum, semua

HEY!! dear cousin-sin,  Nor Razikah Padil Rahman


: : me(tudung kuning) with dear Nora(tudung biru) : :

hahaha.. gambar masa raya tahun lepas..
muka aku pucat semacam, macam mayat hidup...:P


Anyways, THANK YOU my cousin-sin
THANKS Nora
kau memang penyelamat la weyhh
u are my 'angel' :-))

Ini sebab dia bagi aku contoh buat projek akaun aku..
dia buat sekali ngan cikgu dia, senang dowhh..

AKU?? aku cikgu aku bagi soalan saja..
pastu yang lain semua buat sendiri..

cikgu aku suruh anak murid dia berusaha buat sendiri sebenarnya niat dia,
tapi sayang berjuta kali sayang bila dapat anak murid macam aku yang senang putus asa nihh..
buat 3 kali, tak balance, last-last.. tanya orang la jawabnya..

sebab tuhh orang yang jadi mangsa tahun nihh adalah my dear cousin-sin,
tahun lepas kakak-kakak kat opis abah aku yang jadi mangsa..

tapi, Insya-ALLAH, kebaikan anda semua akan dibalas dengan kebaikan juga..

THANK YOU SO MUCH :-)

<3<3<3

#Thank You, ALLAH :)#

(entri: 29/5/12)

Assalamualaikum semua...
hey!!! ce tengok tajuk entri aku hari nihh..
'Thank You, Allah'
apahal yang thanks sangat tuhh, siap ada senyum-senyum lagi..
HAHAHA^__^(gelak yang mengambarkan kegembiraan)



ya, aku rasai 'sesuatu' hari nihh..
iaitu..

AKU SANGAT GUMBIRA!!
TERLALU GUMBIRA!!!

walaupun penat, tapi still tersenyum coz aku sangat happy...

ONE HAPPY FAMILY..
ONE HAPPY FRIENDS...(hahakss!!)

hari nihh aku ada reunion..

YES!! REUNION

Reunion of Form 2 & 3 KPG (2009,2010)
di KFC, Kangar..

JYEAHHH!!!
aku happy sangat...

aku terlalu happy sampai aku tak tau nak tulis apa..teetttt~

JOMMM!! cikidauddd our pics...

dalam kul 2 petang kita orang dah start berkumpul di KFC, after solat..

keadaan kecoh bila budak-budak yang sekolah aku dulu(classmates daaa!!) dah DATANG 'membanjiri' KFC, Kangar..

sesungguhnya aku terlalu RINDUUUU korang...

: : with Fatin : :
masa nihh sesi menunggu 'anak-anak dara' datang..
PERGHH!! dah macam pengantin la pulokkss budak-budak nihh..
kitorang tunggu punya lama..
mentang-mentang lah lama tak jumpa..
saja arr tuhh nak buat sasssspennnn :P

: :with Eira : :
dia nampak lain sangat
dengan highheel dia..*betul ka ejaan tuhh?? lantak arr
berbeza daripada Eira yang sebelumnya..
(Anilah jugak yang still sama..simple and sempo sentiasa:P)

~ketibaan para 'pengantin'~

(nak kata 'VVIP' tak sesuai, coz Anilah ja yang 'VVIP'..:p)

: : Ain Aisyah Humaira..(nama pesbuk lagi GLAMORR la..:)) : :

dan

: : YANI(yang tengah tuhh) : :
weyhh!! baru perasan yang aku tak ada gambar berdua ngan dia..
alaaaaaaaa..sadissnya..:(
tak pa-tak pa.. Yani, nanti kita bergambar banyak-banyak tau..
siap bleh muat satu album lagi..
gambar kita jaa..(janji yang tak mau-mau:P)

EHH!! Dia cantik kan??
cantik sangat..
aku yang perempuan pun tengok banyak kali..
tambah hang LELAKI..
ko nak number phone dia tak??
aku ada..
ada..
ada...
nihh dia..
999...
 (panggilan anda pasti akan dilayan:P)

Jangan marah!!
nanti kena jual kat 'nat' (Sir Yussuf aku cakap macam tuhh)

:)))Peaceeee(sambil buat muka bajet cute)

actually, ramai lagi sekolah lain yang datang(dulu classmates aku)
yang PEREMPUAN, hanya ada 2 orang tuh ja lah(Ain dan Yani)
sebab tuh aku dahulukan mereka..
dan dahilirkan korang..wahai LELAKI..

(Japgi, ada gambar korang..don't worry)

ok, then kita orang makan-makan..
pak cik KFC kut nak bagi free tuk siaran 'Jejak Kasih' nihh..:P

hingiaq nya kat KFC tuh tak yah sembang lah..
terlalu dowhh..(gaya Boboy dlm MH)
KFC dah jadi pasar borong (kata-kata Syazree dalam pesbuk)

tapi, yang tak bleh blah.. bila diorang cakap akulah KETUA Hingiaq tuhh..
bayangkan, aku yang innocent nihh depa kata ketua sembang?? (ayat pasrah + tak bleh blah)
saboo jo larhhh..

hee~
biaq pi lah, apa-apa pun AKU GUMBIRAAAA!!:D

after makan-makan..kita orang bergambar lagi..
nihh lagi sakan..
macam tak jumpa 10 tahun dah tuhh..(okeyhh!! perbandingan hiperbola.. aku tau tuhh!!:P)

JOMM,tawan-tawan..
 teruskan 'menjelajah' gambar-gambar yang ditangkap..

: : me with mak tiri, Yati : :
aku tangkap gambaq macam tak mau-mau
mengalahkan orang yang dah lama tak jumpa jaa..
padahal aku jumpa Yati hari-hari kat skolah..:D

aduyaii.. dalam banyak-banyak gambar,
gambar nihh aku nak tergelak bila ingatkan balik..
disebabkan gambar nih..
Cik Najlaa Syafiqah Lah(berdiri di tengah) dah marah-marah aku..
HAHAHA!! dia marah aku sebab aku concere gambar sampai tak nampak muka dia..

alaa.. bila tengok gambar nih balik..
sah-sah memang salah aku..

SORRY, Najlaa..
aku terlalu hiper kalau bab bergambar, tuh yang terlindung muka hang..
MAAF!!

tapi, ada satu gambar..
hanya aku dan dia...


TAPI kan..........................................
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
\/
nih macam mana??
HOHOHO^__^ ruginyaa..
kenapalah aku tak terpikir tadi nak suruh orang duduk sebelah depa...
kalau tak bleh orang tuh tolong jadi 'kipas lipas'
HAHAHA!!
(err.. Najlaa marah tak erkk baca nihh?aku rasa tak lama lagi nak kena sekeh dah aku nihh)

dia tak marah.. coz dia spoting...sama ngan Nina..:)))


Nina?? Nina yang mana??
nak tau??.. ce tengok gambo kat atas tuhh.. Nina yang duk tepi sekali(kanan)
itulah dia.. Amanina Husna..:)
kalau duk ngan dia, tak sah kalau tak gelak..
(sama macam 'mummy'.. aduyaiii, tetiba, teringat plak kat mummy aka warden asrama tuhh :P)


JYEAHHH!! tiga jejaka... Dato' Ali mariii....:)

err.. yang tepi belah kanan tuh, Syazree..
yang tengah tu plak Najmi Nadzri
yang hujung tuh, Najmi Ajwad

tapi, kat sini.. Nilah nak mintak MAAF sangat-sangat kat Najmi Nadzri
coz Nilah always panggil 'Najmi', sedangkan dua2 nama sama..
memang terlupa..MAAF!!
kadang-kadang nak panggil Najmi Ajwad, tapi bila panggil 'Najmi'..
dua-dua tengok aku..(macam tadi)
bila dalam kelas, cerita pasal Najmi Ajwad..
tapi tak perasan dalam klas ada seorang lagi 'Najmi'..
sampai kadang-kadang perselisihan faham berlaku..

tapi, Najmi Nadzri nihh BEST..
dua-dua Najmi best..
Najmi Nadzri suka buat kami(Klas 5 Akaun) ketawa dalam kelas..
kalau tak dia, klas sunyi..
dia pandai buat lawakk...:)

Maaf, Najmi(Najmi Nadzri)
kalau aku tersilap lagi, hang jangan merajuk tau ngan aku.. sorry..:/

kesimpulannya..
buat nama lain, or panggil nama lain..
Anilah ada sorang ja dalam sekolah tuhh..(nak jugakk!!!ambik!!)

yang sebelah tuhh
pasangan bahagia.. tema hitam..(Hayati dan Syed)
(semestinya mak tiri Yati membebel bila baca nihh:P)


weyhh.. kawan jauh nihh..
Perak marii..
En. Shafri(sekolah kat Perak)
dan En. Hafiz(Voke Kangar)

lama gak tak jumpa depa nihh...:)

HAH!! toekkk..
nihh sorang lagi..
kalau kat umah, aku selalu panggil kakak aku dengan panggilan 'manja', kakak Opie Toekk..
(gedikss)

tapi, kat sekolah ada lagi seorang pengikut perangai toekk dia tuhh..
alaa.. siapa lagi kalau bukan budak baju oren trang tang-tang tuhh..hahakss!!
nama dia, Afifuddin.. kami panggil dia, Din
dia selalu kutuk aku..
kalau jumpa aku, tak bergaduh.. tak sah..
aku rasa dia ada masalah jiwa atau masalah jiwanggg kalau tak cari gaduh ngan aku..
ada jaa..
sebenarnya, bukan ngan aku sorang la.. orang lain pun sama gak..
so.. diakui perangai dia memang jenis tuh..
jadi.. biarkan..
kadang-kadang, aku layan.. kadang-kadang, if tak dak mood, aku buat tak tau ja..
bukan apa, satgi lagi panjang berjela..
coz ada ja idea dia nak kenakan orang..

Din..peaceeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee^__^


: : Anilah dan Najmi : :
korang tahu, bila balik ja tadi..
as usual, abah akan check gambar aku..
then, aku cerita lah sorang-sorang kawan aku..
dari gambar 1st sampai last

bila tiba gambar nihh.. aku cakap lah
"abah, adik tangkap gambar dengan Najmi!!"
and, did u know what my dad said??
"abah kenal dia tuh, sebab spect mata dia"
hee~ abah kenal?? abah kenal sebab spect yang Najmi pakai??
rasa macam nak gelak pun ada.. bila abah cakap macam tuhh..

tapi, bila dipikirkan balik..
YA!! different..
dan dia berjaya buat orang kenal dia melalui spect dia..heeeee~

TAPI, tadi bila tangkap gambar nihh..
depa sibuk duk 'kucai' kami..
mau tak..coz kami KP
owhkk.. ok..
tapi, aku tak marah coz aku anggap depa bukan kata KP(Ketua Pengawas) tapi depa kata KP(Kaki Pesbuk) kat aku..:D
sebab kami bukan dekat sekolah..:)))

Najmi bukan KP(kaki pesbuk) macam aku..
tapi, dia KG(kaki games) ...:D
Yati jeless weyhh!!
HAH!!coz awal-awal lagi Cik Yati sibuk cakap yang nanti kat sekolah mesti ada cerita yang dia ada affair ngan Najmi..
BIAQ PI.. BIAQ PI..
dia tak dak bukti,tapi aku ada bukti..
Ini dia
JENG..JENG..JENG...
HAHAHA...
err.. agak-agaknya Najlaa jeless tak tengok gambar nihh
coz dulu dia yang jeless ngan aku..
ayoyo.. I just talk with him, bukannya ada apa-apa pun..

Najlaa, amacam gambar nihh??
and for Najmi.. ramainya peminat!!
yeahh!! bleh buat 'Najmi Anime Fan Club' la nanti..:)

ok.. I know aku dah melalut pi mana entah..

(kembali ke pangkal jalan..:P)

JOMM!! teruskan penerokaan bersama Anilah the Explorer..:)

After 'makan besaq' kat Restoran pak cik KFC,
kami semua pi tempat bowling..
yang nihh mereka yang teringin nak pi coz nak pi main katanya..
Weyhh!! KATANYA larhh..
nampaknya.. katanya cuma tinggal kata-kata ja lah..
banyak la nak pi main.. aku sorang ja perempuan yang main..
Najlaa main gak.. tapi dia main ngan geng dia..

seriously, seumur hidup aku yang 16 tahun berapa bulan dan hari nihh..
yang nihh 1st time aku main..
pertama kali aku masuk pusat bowling..
pertama kali aku main...

actually, nak tengok ja depa semua main, coz aku tak tau main..
TIBA-TIBA(tiba-tiba ku tlah jatuh cinta..ohhohhhh):P

Tiba-tiba aku plak yang main
tak tau apa-apa.. pastu buat heran kenapa kena bagi i/c kat kaunter tuhh..
okeyhh!! memalukan!! aku tahu itu..
mesti kakak tuh tertanya-tanya(budak nihh mai dari ceruk mana? bowling pun tak tau?)
harap-harap dia tak kata gitu..hohoho^__^

actually, aku tak mau main.. ya lah aku kan tak reti main..
so, aku ingat.. aku adalah seorang penonton sahaja..
lagi pun aku takut depa gelakkan aku kalau bola masuk longkang..
tapi, Piqah kata 'weyh, jangan risau.. depa baik.. depa tak gelak aihh'
jadi aku pun confident..
lagipun Piqah and others dah janji tak mau gelak dan nak ajaq aku..
so, aku main gak.. lagipun, bila masa lagi aku nak main kan??
Piqah ada cakap bila masa lagi aku nak reti kalau aku tak blajaq dari sekarang kan..
betul gak apa yang dia kata tuh..
macam lah aku nihh selalu keluaq Kangar..

masa nak pi tuhh, aku takut jugak..
coz aku tak mintak izin kat mak ngan abah pun nak pi bowling..
aku just pujuk untuk pi KFC then BALIKK!!

tapi, depa semua nihh jahat tau..hasutan kuat gilosss(salahkan orang lain plak!!:P)

so, aku ikut..

nihh antara gambar kat sana
(MAAF!! gambar tak elok sikit kat situ, maybe coz cahaya)


okeyhh!! gambar nihh ditangkap oleh PAPARAZZI
sebab aku tak sempat senyum pun masa tuhh..
SPOIL BETULL!!
(HAHAKSS.. marah orang yang tangkap..kecoh plak aku!!)



JYEAHH!! akulah model bowling yang baru..(perasan tahap skema bak hanggg!!)

Ain agak keterlaluan di situ.. lesingggg kang!!!:P



ini namanya gambar syok sendiri coz aku sorang yang tengok camera...
(okeyhh!! meja mana meja??aku nak masukkan muka bawah meja!!! malunyaaa)

Ain, adalah hantu novel..KENYATAAN!!!:p
dia jeles tengok aku jadi model bowling tadi..
jadi, dia pun nak jugakk!!! model novel:PPPP


not the three of us.. BUT, the nine of us..
aku tengah-tengah duk main bowling pun sempat duk menyempit lagi..

: : Aku with Syazree dan Tiqah : :


: : Fazira with Najmi Ajwad : :




okeyhh.. aku bukan nak cerita pasal 3 princess kat depan nihh..
tapi aku nak berterima kasih kepada jejaka di belakang(ewahh!!ayattt!!)

Asyraf nama dia..
TERIMA KASIH, Asyraf sebab tolong ajarkan main bowling..
depa yang mula-mula nak ajar tuhh, tinggal 'nak' ja lah..
'ajar' nya hilang bila dah dapat camera..
(garang tak?? garang tak aku marahkan depa??)

jelessnyaaaaaa!!:(

: : Fatin with Afiq : :


ok......................
tibalah saat-saat yang dinantikan...


The three of us..
dari kiri: Syed, Anilah dan Najmi

menang kalah belakang cerita..
aku menang pun sebab ramai 'cikgu' aka SIFU dalam dunia bowling tolong ajarkan
kalau tidak, aku pun hancusss coz depa terror, asyik strike jaa*betulkan ejaan if silap..
biasalah 1st time..
depa sibuk gelakkan aku sebab depa kata aku main bowling macam main petanque..
sabo jo lah...
masa kali pertama baling bola tuhh, aku tak mau-mau ambik bola yang paling berat..
12 ka 11 ntah.. mana aku tau..
mak oii, tak ka masuk longkang..
nasib baik depa tak gelak kalau tak aku dah lari balik coz malu woiii!!
mana aku tau yang bola tuhh colour dia berbeza mengikut berat..
aku ingat sama ja.. warna-warni tuhh..heee~(muat tak nak masuk kepala bawah meja??)

apa-apa pun, miss that time..
coz aku rasa aku happy sangat masa tuhh..
bergelak ngan kawan-kawan..
menjadi penyibuk masa depa sibuk bergambar(biasalah, jeless kod)

apa-apa pun, thanks tuk sapa-sapa yang menjadi MAHAGURU tuhh..
hahaha..ramai kodd
pantang nampak sesiapa, aku main tanya jaa..
biasalah
malu bertanya sesat jalan..:P
(sempat lagi aku tulis ayat karangan)

siap curi-curi ambik bola kat tempat orang lain lagi(Najlaa punya tempat)
sapa ajaq tak tau..haha
pastu berangan sorang-sorang konon-kononnya aku baling macam Sharlin yang wakil Malaysia tuhh..
apa-apa ja lah, Anilah oii!!!

apa-apa pun, BEST :)
 masa bola tak masuk longkang, akulah yang paling happy
siap peluk-peluk Ain lagi tuhh..
buat over macam strike*betul ka ejaan?? .. padahal baru jatuh 2, 3..
(apa-apa ja lah Anilah oii.. hang memang over pun)

tapi, kesian kat Najmi dia tak sihat, tapi tetap main gak..
bagus, don't give up!!:)

: : konon-konon Sharlin arr tuhh :P : :
: : with Najlaa.. : :

: : Najlaa with Najmi Nadzri : :



with my classmate, deskmate and others mate-mate lagi la..:P
mak tiri dalam klas..
garangnya dia..
tak begaduh sehari tak bleh..
ada ja yang nak digaduhkan, kadang-kadang pasal berebut pemadam ja pun
(sedih pak cik Anchari dengaq anak dia bergaduh berebut pemadam..HAHA, sadisss betul aihh)

cuma satu pesan aku untuk hang, Yati
ingat, 23
HAHAHAHA^__<

DAN..DAN..DAN SEBENARNYA................:)
apabila dua orang BFF bertemu semula..
begini dan begitulah cerita kami DI BAWAH INI :P



HAHAHA.. pasangan bahagia bertaut kembali..:P

sayang hiang, Ain...
Insya-Allah kita akan bertemu kembali andai ada jodoh antara kita
*ayat novel aku mai dah
tu pun kalau abah ngan mak aku bagi keluar, kalau tak sekadar date di pesbuk ja yang mampu..:(

alaaaaa.. terkilannya, tak tangkap gambar berdua ngan super model
(Cik Fitriyani)
Insya-Allah, nanti kita jumpa lagi
gambar di bawah nih
SKENDOL BUAT CENDOL terhangat di pasaran pada abad ini
*wink2^__^
: : Hafiz Panda with Eira kucing : :

sedih bila Eira dah mendua, mentiga dan menempatkan aku..
(hahahkkss..ayat aku memang tak bleh blah)

[tak bleh cakap lebih-lebih, satgi Hafiz Panda kucaii aku balik..]

NO, NO, NO(cakap gaya Mia Xandra)

: : Fatin and Nisrin : :
: : Fatin with Piqah : :
Piqah nih la yang merupakan penghasut aku tuk main bowling
HAHAHA..(gelak macam evil)

: : with Abang Din : :

Abang Din, dia nihh ex-senior aku..
 ada ka patut dia kata aku sombong, mana ada aku sombong..
aku cuma menyombongkan diri jaa..

: : Ain dan Nina : :
: : Fatin with Hafiz : :

apa-apa pun, Eira jangan jeless!!:P
(gerenti Eira buat muka dah kat aku sat gi)

tapikan...tapikan..
dalam banyak-banyak gambar..
gambar last nihh yang menunjukkan betapa lamanya kami tak berjumpa*ayat novel aku mai plak


bleh buat tajuk nihh..
tajuknya ialah
'Aku, Kamu dan Dia'

hohoho^__<

last sekali nak cakap...

JYEAHH!!
Thank for everythings ya korang, korang dan korang:)

I'm very happy..
nanti after exam kita keluar lagi ya..
Insya-Allah, tuh pun kalau abah ngan mak aku izinkan aku join..
kalau tak wassalam ja lah labuuu!!!

aku terlalu gembira main bowling hari tuh sehingga kat umah aku asyik bercerita pasal bowling ja kat abah ngan mak..
(sabo jo lah, abah..dengar adik bercerita)
sampai aku asyik ajak abah pergi main bowling..then, abah cakap
"adik, apa-apa pun..after exam ok"
so, nak jawab apa lagi............................???
just bleh jawab "ok, abah"(itu ja yang mampu)

and..and..and...
Thank you, Allah coz give me the bestfriends in my life..
Alhamdulillah..

apa-apa pun, MAAF andai tersilap bicara..
jangan saman aku, abah aku tak dak duit nak bayaq sat gi :P
apa-apa pun, korang the best
our fiendship never die
GOOD LUCK for our SPM:)

MAAF!! grammar aku agak Tunggang Bin Langgang coz aku tak check balik
dan bahasa 'rojak' juga digunakan..:)

bye, semua
Assalamualaikum
semoga Allah merahmati kamu

Anilah Ardenieti: hari tuhh memang BEST.. tapi lagi best kalau SEMUA dapat join sekaki dua kaki dan berkaki-kali lagi..:D