Memaparkan catatan dengan label thank so much. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label thank so much. Papar semua catatan

Cerita Aku Disini..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum, semua... :)

hari nih dah 8 Julai 2013, berMAKNA dah lebih sebulan aku di sini.. di UiTM Arau, Perlis (errr, macam jauh ja kan)..


macam-macam dah aku lalui..suka, duka, senyum, tawa, menangis sorang-sorang pun pernah..haha..bila ingat balik rasa macam lengkap dah hidup aku kat sini.. semua dah perfect.. semua dah lalui.. kecuali final exam..hehe

ingat lagi..dulu, before masuk U.. masa aku sekolah lagi.. mesti terfikir yang teringinnya nak masuk U, kelas tak selalu, tak payah balik lambat, kerja sekolah tak dak, tak dak nak kena berdiri masa perhimpunan and macam-macam lagi lah... semuanya positif.. tak dak langsung -ve

tapi, bila dah masuk.. baru sebulan.. aku dah rasa seperti 'hah!! hambik hang!!'

memanglah kelas tak selalu, but adik-adik ku.. klas ja tak selalu, tapi study-nya harus selalu.. assignmentnya lagi banyak daripada kerja sekolah yang selalu korang buat ok.. kahkahkah.. bayangkan korang kerna korbankan macam-macam... termasuklah masa tidur korang untuk siapkan segala assignment yang lecturer korang bagi.. tuh tak masuk lagi dengan nak kena study untuk jawab quiz, test dan sebagainya lah.. coz aku sangat takut dengan perkataan 'TENDANG' dan 'REPEAT'.. Nauzubillah minzalik.. mintak dijauhkan...

kehidupan kampus banyak mengajar aku... menjadi budak U, bukan macam budak sekolah yang semuanya dah tersedia.. kat sini semuanya kena buat sendiri, kena usaha sendiri.. sampaikan sepenting-penting perkara seperti registered course tuh pun student kena buat sendiri.. kalau tak korang akan 'gugur taraf'.. kadang-kadang terfikir jugak, tu lah dulu mengada-ngada, semuanya cikgu yang buat, sampaikan nota pun cikgu yang bagi.. tapi sekarang tak ya adik-adikku korang kena search sendiri, print out pun buat sendiri ya.. baru korang tau erti berdikari *lebih kepada cakap kepada diri sendiri*

Diploma aku bagi Fakulti Perakaunan just ada 5 semester ja.. that means just 2 tahun setengah ja.. alaaa, apalah sangat 2 tahun lebih ja pun (kata-kata semangat untuk diri sendiri :P)

untuk sem nih aku ada 7 subjek...

subjek yang aku tak berapa nak gemor adalah subjek Business Mathematics and Microeconomis.. Business Math macam biasa sebab aku nih slow learner sikit bab-bab pengiraan nih.. buat latihan banyak kali pastu nak kena cikgu ulang banyak kali baru nak faham.. and kat U, tak daknya macam tuh ok.. korang kena 'kampui' sendiri.. bayangkan dalam masa 1 jam lebih lecturer aku boleh habiskan untuk satu tajuk..lagu gilaa kut.. masa kat skolah dulu, habis satu topic, buat latihan, habis lagi latihan lagi.. sampailah memakan masa beberapa hari untuk habis the whole chapter.. tapi, kat U lain.. dan aku mengalami kejutan budaya mengenai itu.. sampai masa baru hari first class business math aku dah tepon abah sambil nangis-nangis sebab aku tak faham sangat apa yang lecturer tuh ajar.. laju gila untuk budak slow learner macam aku.. sanggup gila suruh abah call masa abah di Mekah hari tuh.. apa punya anak pun tak tau, orang buat ibadat pun boleh duk kacau lagi.. tapi, aku betul-betul memerlukan seseorang untuk naikkan balik semangat aku yang tengah down waktu tuh.. and THANKS ABAH... :)



tapi, sekarang aku masih berusaha untuk tingkatkan prestasi dan kurangkan kontroversi dalam subjek tuh.. good luck to me!!! JYEAHHH!!

lagi satu, subjek Microeconomics.. aku dulu kat skolah tak blajaq Eco.. so, aku tak paham pasal apa itu curve and the others term in that subject.. serius, masa first class aku zero kut.. lecturer macam biasa laju gila.. tapi, ada lah sikit-sikit yang relate dengan subjek Perdangangan yang aku ambik masa SPM dulu.. macam Factor of Production dll.. tapi, Alhamdulillah skarang aku dah mula faham sebab before kuliah aku dah baca sikit-sikit tentang apa yang lecturer tuh akan mengajar.. so, before lecturer tuh lari, aku dah merangkak dah..kihkihkih...

FRUST
satu perkataan yang ada dalam diari hidup setiap orang.. baru sebulan di sini.. aku dah merasainya.. sedih, kecewa dan macam-macam lagi lah perasaan yang membuatkan aku DOWN.. tapi, perkataan menyerah kalah untuk membuatkan mak abah tersenyum bangga tidak ada dalam kamus hidup aku.. selagi masih bernafas, aku akan terus berjuang menuntut ilmu agar tiga tahun lagi mak, abah, abang, kakak, kak iparku dan anak buahku akan tersenyum gembira datang meraikan hari bersejarah aku di sini.. Insya-Allah, amin... Ya Allah, permudahkanlah..

oh ya.. korang tahu tak, kelas aku semua pelajarnya mendapat 5A and above masa SPM hari tuh.. yang dapat straight A's pun ada..bayangkan persaingannya memang hebat.. dalam kelas sendiri pulak tuh.. hari tuh ada kuiz Business Math, ramai betul yang dapat FULL MARK.. fuyooo!!!! cekang betui budak-budak tuh... tapi, tak pa.. bagus jugak.. sebab depa lah tempat rujukan aku dan menjadikan aku tak malas untuk study, study dan study lagi.. biasalah aku tak mau kena tendang kan!! hahaha..

dan sekarang aku masih di sini.. di sebuah bilik di Kolej Dahlia..aku masih bersemangat menaip dan kongsikan setiap pengalaman perjalanan hidup aku.. dan aku berharap aku akan tetap bersemangat berjuang walau apa pun rintangan dan dugaan yang bakal aku lalui.. bukan senang untuk senang.. dan bukan susah untuk susah... aku pernah medapat kedudukan yang last dalam kelas yang majoritinya ada 30++ orang, aku pernah masuk kelas insentif oleh kerana ke'slow'an aku dalam pelajaran..tapi, oleh kerana aku tak mudah menyerah kalah.. aku telah berjaya membuktikan kepada keluarga aku, terutamanya kepada diri aku sendiri.. aku berjaya masuk U.. tempat di mana semua pelajar sekolah bercita-cita untuk menjejakkan kaki mereka di sini...

so, adik-adik jangan berani mengaku kalah ya!! tolong dengan nasihat daripada orang yang berpengalaman nih (ehem!!ehem!!!).. kalau ada orang rendahkan korang disebabkan kemampuan korang, please don't stop.. don't stop to try again and again because Allah knows better.. biarkan mereka dengan dunia mereka, dan kita jangan terus hanyut disebabkan kata-kata mereka...sebab kita tak tahu apa yang Allah dah tulis untuk kita, jadi kita kena terus berusaha untuk hari esok...for the sake of our better future... bila tak dapat seperti yang diusahakan memang perit kan? tapi, tak apa, Allah lebih mengetahui.. yang penting BERUSAHA... :)


dan kepada orang yang suka merendahkan kemampuan orang lain tuh, aku nak cakap THANK A LOT because kerana korang aku berada di sini.. sebab kata-kata dan perlian sinis itulah aku berani.. aku berani untuk berdiri di atas kaki aku sendiri.. berani mencuba dan terus berusaha sehingga ke hari ini....terima kasih ya..  :)

dan aku Siti Anilah Ardenieti Binti Anchari
aku anak last, aku nak jadi anak kebanggaan mak abah, aku nak jadi adik yang berguna dan aku nak jadi mak su yang menjadi inspirasi kepada anak buahku agar mereka tak mengaku kalah sebelum berjuang di medan ilmu.. dan aku nak capai impian aku selepas aku mencapai impian mak abah aku terlebih dahulu.... Insya-Allah, amin.. semoga dipermudahkan segalanya...

doakan perjalanan aku di sini...

wallahuaklam.. :)

##Semuanya pasti kan jadi KENANGAN

Bismillahirrahmanirrahim..
 
I want to share a picture with you all
 
TARRAAAA!!!~
 
: : sorry kabur coz camera 'Cap Ayam' :P : :
 
HA HA.. me with Yati (tengah) and Shima (hujung, blakang sekali)..
nampak sangat aku yang 'enterframe' lebih disitu ya...
sorry..sorry..
 
ok.. mereka ialah classmate aku..
Shima dah jadi classmate aku sejak dari Tingkatan 1 lagi
Hayati sejak dari Tingkatan 2 if tak silap
 
mereka sangatlah awesome!!
meraka sangat awesome kerana dalam kelas aku berada ditengah-tengah mereka, dan betul-betul di hadapan meja guru
 
so, kalau ada apa-apa hal ka memang akan kecoh dan riuh satu klas...(biasalah tak ramai, 10 orang ja satu klas)
 
contohnya bergaduh pasal pen..
HAH!! sapa suruh beli pen yang sama..
 
itu tak dikira lagi bergaduh pasal pemadam hilanglah, pen tak dak dakwat la..
dan macam-macam lagilah
 
kalau Yati punya pemadam hilang, gerenti orang pertama yang akan kena adalah aku..
aku tau dah..
Sima pun macam tuh jugak, sama ada aku atau Badriah yang akan menjadi mangsanya..
 
kesian, aku jadi mangsa keadaan :'(
 
OH YAA!!
duduk satu klas dengan diorang dengan keadaan kelas yang sangat tenang memang best
because kitorang tak perlu menghadapi keadaan kelas yang bising..
hal ini terjadi kerana apabila ketiadaan guru kami akan buat kerja masing-masing
 
sama ada kami semua akan siapkan nota
latihan
kerja sekolah
or bercerita a.k.a bergossip
 
kadang-kadang kami akan menconteng whiteboard (marker atas ikhsan Najmi) sambil mendengar budak-budak lelaki kelas kami menyanyi...
 
aku tak kisah semua tuh..
dan bagi aku.. It's fun!!
 
orang akan cakap yang kelas yang pelajarnya sikit macam kelas aku tentu sunyi
 
tapi, bagi aku itu tak pernah terjadi coz kelas kami ada KONSERT FREE
penyanyi utamanya ialah Hafizi bagi lelaki
dan perempuannya pula ialah Shima...
(yang lain-lain bahagian korus)
 
itu pun kalau masa cikgu tak dak dalam kelas la
 
lagi pun bagi aku itu satu peluang untuk aku dan kawan-kawan rileks kan kepala otak kami
 
YA!!
 
rileks, rileks kepala otak yang dah berat dengan macam-macam subjek,
 ibarat sebuah laptop yang dah berat dengan pelbagai folder di dalamnya
 
tanpa ada gangguan
tanpa ada keriuhan yang melampau di dalam kelas
 
mendengar geng-geng lelaki buat lawak yang pasti akan membuatkan aku dan kawan-kawan ketawa sampai tak ingat dunia..
 
mereka menceriakan lagi suasana klas
 
lepas tuh, pukul 2 petang kami akan beramai-ramai turun ke Surau sekolah untuk bersama-sama mengerjakan solat berjemaah and mendengar tazkirah..
 
Alhamdulillah..
pengalaman yang cukup bermakna..
 
satu pengalaman yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit dan hanya akan dapat bila anda merasainya sendiri..
 
macam-macam jenis pengalaman yang ada..
dan sudah pastinya ia 'pengalaman beramai-ramai'
 
contohnya, kalau kena marah, satu kelas akan kena
kalau ada sampah dalam kelas, Cikgu Norzila akan suruh satu kelas kutip sampah
 
dan pengalaman yang paling aku tak pernah dan tak akan lupa ialah
bila mana kami saling back up each others
bila ada yang tak siap nota or kerja sekolah yang cikgu bagi..
 
yang tuh memang nampak semangat setia kawan yang sangat tinggi
 
tanpa disedari, masa begitu pantas berlalu...
lebih kurang lagi 2 bulan masa untuk aku bergelar PELAJAR SEKOLAH
 
2 bulan untuk aku bersama dengan rakan-rakan dan guru-guru aku
 
sudah pasti nanti aku akan merindui setiap detik bersama mereka semua..
 
tanpa sedar, merekalah yang menceriakan hari-hari yang aku lalui sejak tahun lepas di Tingkatan 4, dan sekarang dah nak ambik SPM pun...
 
Alhamdulillah
Allah bagi aku peluang untuk mengenali mereka yang sangat HEBAT!!
 
MEREKA ialah
 
1. Faqrul(Ketua Tingkatan)
2. Shima(P. Ketua Tingkatan)
3. Hafizi
4. Najmi
5. Syazree
6. Nisrin
7. Atiqah
8. Hayati
9. Badriah
10. Anilah(me)
 
Alhamdulillah, Ya Allah
Subhanallah
 
: :-----> BEST apa kelas aku, sikit ja orang,
dah macam klas tuition la pulak...
 
he he he
 
harapan aku hanya satu
agar pertalian yang terjalin ini semakin erat
perhubungan ini akan kekal selamanya
ibarat tali yang tersimpul mati.....................:)
 
dan
semoga kami memperolehi apa yang kami harapkan
 
dan
yang lebih penting ialah
semoga kami semua mendapat keputusan yang CEMERLANG dalam SPM
 
Insya-Allah, amin...

 
 
 

Hijau PASTI Memukau!!:)

Assalamualaikum,semua..

err.. I don't want to waste my time..
but, I want to write 'something'

since hari tuhh aku dah terlanjur berjanji dengan korang yang aku akan hapdate entri aku for my Sport Days..
so, today I want to story-morry biskut Marie ngan uolsss:)
kih3..

HEYHH!! sebelum tuhh..
SENYUM sikit bleh....

senyumlah ikhlas sikit, tuhh macam kena paksa jaa..hohoho^__^

(okeyhh!! korang dah benci ngan aku!!)

kita teruskan..

*gambar ahli perbarisan Rumah Perdana@Hijau*

: : semasa tengah bersiap sedia tuk 'berperang' : :

: : with Iman and Amira : :

thanks a lot to my sis, Kakak Siti Saufianilah Anchari@ Kak Opie
sebab tolong siapkan sepanduk..
TQSM...<3<3
: : sesi bersama cikgu Noni :P : :
err.. tawan-tawan.. cantik tak bendera umah titewww??!!
apa-apa pun, thanks Fatin, Syifa and Cikgu Maisura(kaunselor)
coz diorang yang tolong warnakan..
saya cuma lukis sahaja.. buat tulisan, then buat corak.. itu sahaja..
(kerja senang bagi kat aku, yang susah pandang jerrrrrrr:P)
:D




: : Our Maskot : :
ce teka siapa?? hahaha *JENG3*
opcoz la En. Amir Aizzat kitewwww

err.. seriously, FUNNY..
siap menari poco-poco lagi.. Kau hadoo?? *ayat kejam yang tak bleh blah*

yang paling tak bleh blah,
dia siap duduk blakang barisan sambil sentap air kotak masa ucapan pengetua..
kesian kat ahli-ahli perbarisan aku, dah lah panas masa tuhh.
ada plak 'makhluk' yang ambik kesempatan dalam kesempitan masa tuhh..
sabo jo larhh yopp!!:P


Berbaris semua!!:P


seriously, I will miss all the moment..
diorang berjaya buat aku menangis dowhh..
coz masa yang diumumkan perbarisan rumah perdana menang aku memang tak sangka..

but, before that aku dah berjanji..
yang aku akan blanja PizzaHut if menang..
aku bukan apa just nak diorang buat betul-betul coz pengorbanan cikgu terlalu banyak..
and harapan cikgu bagi rumah hijau menang..
Alhamdulillah, akhirnya menjadi kenyataan :)

for me, itu satu kepuasan bila apa yang korang dah plan itu menjadi kenyataan..
aku tidur lewat sampai pening kepala..
kena 'hingiaq' ngan mak coz aku slalu mengadu tak sihat..
aku tak masuk kelas for 2 days..
walau tak sihat, aku tetap pi coz aku nak buat yang the best for my last year kat skolah nih..
dengan semangat cikgu-cikgu rumah kami.. buat aku tak sampai hati tuk berkata 'TIDAK'

sapa yang tak geram bila kita usaha buat latihan petang,
ada 2, 3 orang ja yang datang..
aku pun bleh hangin woii!!
tapi aku tetap tahan coz aku tau tak mudah nak buat jikalau tak ada satu SEMANGAT!!

aku seorang KP, hanya aku yang tahu betapa penatnya nak menyatukan semua orang..
setiap sorang ada kepalanya masing-masing..
jadi, aku cukup bersedia tuk hadapi perangai ahli-ahli perbarisan rumah aku..
kalau yang tak nak, aku tak paksa...
coz bagi aku itu semua akan menyusahkan aku..

as the rewards, Perbarisan Rumah Perdana dapat TEMPAT PERTAMA..
dan sebagai mana yang telah dijanjikan
diorang dah pun makan KFC kelmarin..
(terima kasih abah!!:) terima kasih jugak sebab sudi mendengar segala keluhan anakmu)
hahaha>,<

apa-apa pun, TERIMA KASIH kepada semua yang sudi memberi kerjasama..
THANKS A LOT..
u all the BEST!!

thanks a lot..
terutamanya kepada cikgu-cikgu Rumah Perdana...
especially Cikgu Maisura(kaunselor)
kesian dia sampai tak sihat kami 'kerjakan'..hahaha
cikgu nihh la pendorong tuk aku pi hari perlawanan coz kalau tak kenangkan apa yang dia dah buat, usaha dia selama nihh memang tak lah aku pi coz aku terlalu sedih hari tuhh..
but, aku kuat kembali coz I know Allah nak bagi aku yang lebih baik..
and NOW, that's!!
Kamilah JUARA!!:)


to all my friends, juniors!!

thanks a lot!!
to Khalilah, Amira Sabri, Amira Latif, Syifaa and others(maaf nak sebut sorang-sorang memang tak cukup coz ramai)
:D

adik-adik Tingkatan 1, 2 dan 3 yang masuk perbarisan..
korang HEBAT!!

aku ingat lagi masa 1st time aku ajar kawad, ada sorang adik nihh.. opcoz GIRL..
semua orang tahu yang suara aku memang KUAT, semulajadi memang kuat dah..
so, bila dia cakap..
"kakak, kakak marah kami ka?? maaf la kami memang tak reti nak kawad"
sambil buat muka sedih dia..
seriously, aku nak ketawa...
bukan tak kesian, kesian memang kesian.. tapi, aku nak ketawa jugak!
and I saids..
"adik, Kak Nilah punya suara memang macam nihh, memang semulajadi kuat, Kak Nilah cakap ngan cikgu pun macam nihh dik.. suara kak Nilah memang kuat.. dan memang tak bleh nak slow dah"

oleh kerana suara aku memang kuat,
so dia pun dah salah sangka..
aku nihh marah dia ka??

huhuhu.. apa-apa ja lah adik oii!!

aku berjaya buktikan, TANPA DENDA kami boleh berjaya
coz for my opinion, tak perlu marah-marah coz kalau lagi kita marah, takut depa tak mai terus.. lagi haru woii!!
aku tak pernah denda depa coz aku kesian.. sakit tau dak?? aku pun pernah jadi junior..
kalau kena denda, memang membuatkan mood kita hilang..
kalau diorang silap..
aku tak akan marah.. tapi, aku tahu depa takut coz kalau silap akan kena denda macam rumah lain
tapi akau tak denda..
aku akan cakap
"biasalah tuhh.. kita sama-sama tengah belajar, kalau tak salah bukan belajar namanya"

aku tahu pendekatan aku tuhh BERJAYA!!
*horeyhh!!* YESS!! lulus jadi cikgu kaunselor!! (perasan)

ok lah.. nanti-nanti kita sambung lagi dengan entri yang lain..
bubbye, semua!!

EHH!! before that!!
TQSM to my friend, Atiqah coz sentiasa ada untuk menolong..
sampai kadang-kadang aku terpikir..'baiknya, dia'


dia siap ambik air lagi kat aku coz aku cakap aku dah tak ada suara sebab sistem audio tuhh tersangat kuat dan membuat aku pening dengan keadaan yang sangat panas ditambah pulak dengan perangai budak-budak yang pelbagai ragam..
padahal, aku baru cakap.. tapi.. dia siap pi ambik air aku lagi tuhh..
tolong pegang beg.. ganti tempat aku tolong C. Noraidah coz akukan N. P. rumah hijau jadi aku kena atur atlit sama di samping uruskan perbarisan..
siap tolong buat aksesori tuk perbarisan lagi walaupun tak masuk perbarisan..
pastu tawaf satu bangunan skolah if tak dak cikgu dalam klas tuk jadi AH LONG kutip duit yuran
and macam-macam lagi lah...
aduyaii!! sejak bila mintak jadi PA aku nihh??
hahaha...
apa-apa pun, THANKS Tiqah..
sayang ampa!!!<3<3
congrate for your Mid Year Exam result:)


apa-apa pun.. THANKS all..
Thank You, ALLAH!!<3
Alhamdulillah..

yang penting..
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
>,<
TEPUK SEMANGAT!! SEKALI LAGI!! TEPUK SEMANGAT!! SEKALI LAGI..
tepuk sekali!!*hik3*
HIJAU!!! The Best!!

TAHNIAH juga kepada pasukan tarik tali rumah perdana..
(Najmi buat lawak tengah padang)
hahaha.. apa-apa pun, korang still the best..
You're Champion!!

Assalamualaikum..


Anilah Ardenieti : Alhamdulillah, result dah dapat.. Alhamdulillah.. Thank you, Allah.. I will make my parents and family proud of me.. another 34 days for our Trial SPM.. pray for me, guys!!

Friday come again!!:)


Alhamdulillah, it's Friday..

YUPP!!

Jumaat, penghulu segala hari..
Alhamdulillah, kita masih lagi bernafas..
aku dah semakin gemuk..
YA!! diakui..
pertumbuhan jerawat yang pesat di muka bagai cendawan selepas hujan
(ayat karangan mai plak dah)
owhkk, GELAP?? MENDUNG?
well!! itu semestinya
kalau time sukan memang lah gelap
diakui lagi yang muka aku sekarang dah ada pelbagai 'tone' dah

APA?? ingat fesyen tudung yang terbaru tuh ja ka yang ada tone??
muka aku pun tak ketinggalan jugak la..
hohoho^__^

but, aku bukan nak membebel pasal tone segala-bagai dari tadi..
coz niat aku just nak memperingatkan..

HOII!! ingatkan apa??

ingatkan yang

Hey!! kamu, kamu, kamu dan kamu
yang LELAKI tuhh jangan lupa solat Jumaat...hee~

dah.. nak ingatkan yang tuh ja..
assalamualaikum..:)
peace yoyyyy!!!!<3

Anilah Ardenieti: MENANGIS KEGEMBIRAAN.. KENAPA???????? *nantikan entri selepas ini* Alhamdulillah for everythings..

Sayang ko Cousin-sin

Assalamualaikum, semua

HEY!! dear cousin-sin,  Nor Razikah Padil Rahman


: : me(tudung kuning) with dear Nora(tudung biru) : :

hahaha.. gambar masa raya tahun lepas..
muka aku pucat semacam, macam mayat hidup...:P


Anyways, THANK YOU my cousin-sin
THANKS Nora
kau memang penyelamat la weyhh
u are my 'angel' :-))

Ini sebab dia bagi aku contoh buat projek akaun aku..
dia buat sekali ngan cikgu dia, senang dowhh..

AKU?? aku cikgu aku bagi soalan saja..
pastu yang lain semua buat sendiri..

cikgu aku suruh anak murid dia berusaha buat sendiri sebenarnya niat dia,
tapi sayang berjuta kali sayang bila dapat anak murid macam aku yang senang putus asa nihh..
buat 3 kali, tak balance, last-last.. tanya orang la jawabnya..

sebab tuhh orang yang jadi mangsa tahun nihh adalah my dear cousin-sin,
tahun lepas kakak-kakak kat opis abah aku yang jadi mangsa..

tapi, Insya-ALLAH, kebaikan anda semua akan dibalas dengan kebaikan juga..

THANK YOU SO MUCH :-)

<3<3<3