Result Darah

Laporan nih betul-betul membawa pergi mood aku  untuk hari nih

Ya Tuhan,
Aku tak tahu sejauh mana kemampuan aku untuk bertahan

Tapi, aku percaya atas kekuasaanMu, Ya Allah
Berikanlah aku sedikit kekuatan.

Nine,
17062015

Jumpa Doktor Lagi dan Lagi #1

Hari nih aku ke Klinik Menon lagi.

Tapi, hari nih aku bawak mak sekali (sebab mak yang nak ikut)

Aku kalau boleh nak pi sendiri sebab tak mau menyusahkan mak lagi (kononnya). Tapi, mak yang nak ikut sangat. So, I bring my mom together

Niat di hati nak jumpa Dr. Menon. Tp, Dr. kluaq sat. Btw, aku dah call dah tanya Dr. Menon ada ka dak. (Tapi, tak dak rezeki nak jumpa dia)

Jadinya aku berjumpa dgn Dr. Amanshah sahaja.

Lama jugak lah jumpa Dr tuh. Macam-macam yang aku cerita. (Sebenaqnya aku cerita sikit ja, mak aku yang 'lebih-lebih' bercakap dengan Dr. Macam dia pulak yang sakit. Hahahaha)

Dr ambik sample darah (untuk dihantar ke lab dan katanya untuk check Talassemia).

Next week (In Shaa Allah) I will know the result and hopefully everything will be okay (aminn).

So, tadi kenalah RM265.00 untuk dua jenis ubat sahaja.

Aku terkejut (coz awalnya aku dengaq 65 ja, aku tak dengaq pun 2 tuh. Haha)

So, terpaksalah aku bayar. (Nasib baik I bring extra money sebab aku ingat kena dalam RM100 kebawah ja).

aku keluarkan RM300 untuk bayar duit buku nanti sama (keluarkan siap-siap lah kononnya)..

Tapi, duit dah abis. (Ada lagi RM50 ja dalam poket)

Segan nak mintak kat abah. Sebab dah banyak berhabis untuk aku.

So, decide untuk pecahkan tabung lagi. (Dah banyak kali aku pecahkan tabung)

Orang kata bila kita dah tahu yang bukannya mudah untuk ayah mencari rezeki untuk keluarga, kita akan lebih beringat dan berasa segan untuk mintak duit.

So, jadinya aku decide untuk pecahkan tabung lagi. (Alahaii lah tabung, bila nak penuh??)

Itu baru Klinik. Kalau pi KMC or PMC. Macam mana lah ya?

Allah!




Final Semester #1

Ini jadual aku untuk part last nih.

Tak 'cantik' kan?

Ya lah banyak gap tapi kelas satu masa ja petang. Tp, alhamdulillah sebab tak dak kelas hari jumaat.

Lagi satu, DAIS part aku memang 1 kelas ja ada.
So, tak boleh lah nak memilih.

Dulu, aku rasa aku lah yang paling 'champion'. Buat pi lah kelas masa bila pun. Aku on ja.

Tapi, sekarang tak lagi.

Keadaan kesihatan aku tak mengizinkan.

Untuk ulang-alik dari Seriab ke Arau itu tidah mudah.

Dulu aku boleh lah ulang-alik 3-4 kali sehari. (30 minit sekali perjalanan termasuk nak tunggu traffic light lagi sebab Arau memang banyak traffic light hahaha)

Tapi sekarang 2 kali pun aku dah rasa penat sangat dah.
Haha

I don't know why.

Tapi, kadang-jadang aku tak layan sangat badan aku nih. Aku lawan jugak sebab aku memang jenis yang suka balik rumah kalau tak dak kelas. Aku suka makan kat rumah. Aku tak suka lepak dengan kawan-kawan sangat (melainkan kena buat assingment atau gap sejam sahaja)

Aku sorang ja ka yang 'pelik' macam nih?
Hahahaha

K, bye.
Wasalam.

Sakitkah Aku? #1

10/06/2015

Kelas tak dak pagi nih.

So, aku decide untuk ke klinik.
First time pi Klinik Menon, selama nih aku pi Klinik Dr. Amer ja. Tp, dia dah meninggal tahun lepas (al-fatihah untuk arwah)
Aku suka Dr. Amer, dia lah yang jadi Dr aku selama ini dan Aku mana ada kad dekat klinik lain. Lembut ja Dr nya.

So, hari nih first time lah kiranya aku pi Klinik Menon (nak jumpa dengan Dr. Menon sendiri)

Selama nih aku hanya teman mak aku ja (dia selalu ambik ubat dan check darah tinggi kat sini and dia suka jumpa Dr. Amansyah)

Tp, Dr. Menon tak dak.
Yang ada Dr. Amansyah. Tp, yang nak tunggu kemain ramainya. Dr sorang ja.. hurmmm. So, aku decide untuk balik.

Aku malas nak tunggu sebab terlalu ramai dan aku masih ada kelas petang nih.

Aku perlukan rehat, sebab badan aku letih sangat.

Walaupun aku tak buat apa pun sebenarnya.
Sebab penyakit nih memang akan buat kita sentiasa letih.

Pening, sakit kepala jangan cakap lah (I can said "setiap masa")

Allah.
Moga aku terus kuat.

:')

Coretan Ini Buatmu

Maafkan adik, mak abah

Bukan niat adik untuk menipu.
Tapi, adik cuma tak mau mak abah risau.

Adik sakit.
Sakit sangat.

Selama nih memang adik sakit.
Tapi, adik pura-pura kuat.

Sebab apa?
Sebab adik tak mau mak abah risau.

Adik sentiasa kena menipu mak abah
Adik kata adik sihat
Adik kata adik ok

Padahal.
Hanya adik ja yang tahu.

Adik tak kuat mak abah.
Tapi, adik kena berpura-pura yang adik ok.

I have pretent that I am okay coz adik tak mau mak abah risau.
Adik rasa tak berguna sangat setiap kali mak kata mak tak tido malam sebab pikirkan adik.
Mak pun bukannya sihat sangat.
Darah mak naik (tinggi) sbb risaukan adik.

Mak selalu marah selama nih sebab
Adik selalu duduk dalam bilik ja.
Setiap masa.
Adik cuma keluar bilik bila adik nak makan, sapu rumah ja
Lain-lain masa memang adik habiskan masa dalam bilik.

Mak suruh adik duduk kat luar
Berkawan dengan orang

Mak nak adik yang aktif macam zaman sekolah dulu.

Tapi mak,
Maafkan adik.
Adik tak kuat.
Kalau adik keluar dari bilik. Adik kena 'berlakon' lagi.

Sejujurnya adik dah penat.
Adik penat mak.
Dah 5 tahun, adik asyik sakit ja.
Adik rasa adik anak yang tak guna sangat.
Adik selalu menyusahkan mak abah abang kakak
Adik selalu bagi orang risau

Mak nak bawak adik pi hospital swasta.
Adik cakap adik tak mahu.
Duit jadi alasannya. Adik kata kos tinggi.
Mak kata tak pa, duit boleh carik

Ya, betul.
Kita bukan orang susah (kita jugak bukannya kaya sangat)
Kita ordinary family ja.
Dan In shaa Allah, kita mampu.
Tapi mak,
Adik tahu keadaan adik.
Adik tak mau mak risau lagi.

Selama kita ulang-alik pi Hospital Kangar, Klinik Kesihatan
Adik tahu mak sangat risau.
Setiap kali nombor adik dipanggil untuk masuk jumpa Dr.
Mak tak lupa ingatkan adik untuk baca bismillah dulu.
Lepas adik tutup ja pintu (lepas jumpa Dr.)
Mak tergesa-gesa nak tahu apa Dr. Cakap.
Dr. Cakap adik ok ka? Adik sihat ka?

Adik cerita.
Ada yang adik cerita.
Ada yang tak adik cerita.

Sebab apa adik tak cerita?
Sebab adik tak mau mak risau lagi.

Dear family,
Terima kasih adik ucapkan
Terima kasih sebab layan kerenah adik
Terima kasih abang sebab belanja adik makan sedap-sedap
Terima kasih mak abah sebab jaga all the night bila adik tak boleh tido sebab sakit sangat
Terima kasih tok tam, tok ndak, tok cik, cik insun dll sebab tolong picitkan kaki adik bila adik lenguh sangat, tolong teman mak, tolong mak kemas rumah.
Terima kasih semua.
Allah sahaja yang mampu membalasnya

Dear all,
Coretan ini bukan untuk meminta simpati
Coretan ini untuk adik luahkan segala-galanya
Adik tak cerita semua benda selama ini sebab adik tak nak menyusahkan lagi.

Mak,
I do everything.
Semua yang Dr. dan Mak Wan suruh semua adik buat mak,
Adik makan ubat,
Adik berpantang,
Adik bubuh kapur letak sireh sgala bagai.
I do everything mak.

Adik tak pernah berputus asa.
Adik nak sihat jugak macam orang lain.
Cuma untuk sekarang.
Adik dah letih.
Adik tahu keadaan adik mak.

Mak selalu cakap,
"Ko tak pernah pikir keadaan ko"
"Ko tak ambik borek(berat)"
Boleh kata hari-hari mak kata macam tuh
Dan setiap kali mak kata macam tuh.
Adik diam ja.

Tapi, tanpa mak ketahui.
Adik lagi risau.
Adik menangis setiap hari bila adik tahan sakit.
Adik menangis bila fikirkan masa depan adik.
Sapa yang mau sakit kan?
Kadang-kadang bila tak tahan sangat.
Adik bagi tahu mak.
Tapi percayalah.
Adik bukan saja-saja nak bagi tahu mak.
Adik bagi tahu sebab adik dah tak tahan dah.
Adik dah pikir berkali-kali sebelum adik nak bagi tahu.
Sebab apa?
Sebab adik tak mau mak risau lagi.

Sampai bila?
Sampai Tuhan menjemput adik pergi.
Adik sentiasa berdoa moga Tuhan jemput adik dulu sebelum yang lain.
Sebab adik tahu adik tak kuat untuk merasai kehilangan lagi.
Sedihnya adik bila along pergi.
Bagaikan dunia ini berhenti untuk seketika.
Adik tak boleh bayang hidup tanpa mak, sebab hanya mak yang memahami adik.
Mak tahu apa nak buat bila adik nangis-nangis sebab terlalu sakit.

Kadang-kadang adik tak sengaja persoalkan
Kenapa asyik adik ja yang sakit? Kakak abang tak sakit pun?
Ya Allah, maafkan hambaMu ini kerana mempersoalkan ketentuanMu.
Tapi,
Sekarang aku lebih tenang
Aku redha segala ketentuanMu, Ya Tuhanku

Dear family,
Mak abah abang kakak Kak Rinie Abang Harun,
Apa pun yang terjadi.
Adik cuma nak semua tahu yang
ADIK SAYANGKAN SEMUA

Maafkan adik sebab selalu menyusahkan. :)

Yang benar,
Nine adik