Esok Isnin!

Assalamualaikum semua! :)

Esok dah hari Isnin, bermakna esok kelas sudah mula ma.. ayoo!

Cuti seminggu yang berlalu bagaikan tidak terasa *ecehh*

Kepada kawan-kawan dan adik-adik yang start sekolah esok Selamat Ber-sekolah! Keja skolah dah siap ka belum?

Kepada yang bakal masuk asrama atau kolej hari nih.. hati-hati di perjalanan!

Kepada kawan-kawan matrik yang masih lagi bercuti, tak yah keciwi sangat.. pi tolong mak kat dapoq nuhh!

Kepada kawan-kawan UiTM ku, esok kita sambung raya di kelas nohh.. haha

Minggu yang hectic(ermm betulka ejaan?) bakal menyusul esok
minggu yang full of test sgala-bagai
Moga dapat aku dan kawan-kawan jalani dengan hati yang tenang

Mohon doakan doakan doakan


p/s: Acik masuk wad semalam..aku mohon doa kalian!



#prayforacik

Allah!

Mahu menitis air mata ini melihat acik yang terbaring kaku di atas sofa

last aku balik hari tuh acik masih mampu berjalan, walaupun tak selincah mana.. tapi, ia telah cukup membahagiakan hati ini

Jumaat petang hari tuh setibanya aku di KL, aku terkejut melihat susuk tubuh acik.. kurusnya acik.. keadaan acik yang terbaring kaku itu membuatkan aku ingin menitiskan air mata.. acik yang lemah, dia yang dahulunya dikatakan hebat di dapur menjelang aidilfitri, tetapi hari ini tidak mampu lagi untuk menguruskan diri sendiri

Allah! Hebat benar kuasa Mu ya tuhanku

di pagi 1 Syawal ini, aku tak mintak lebih aku tak mintak rezeki duit raya yang melimpah ruah..

tapi,

Aku cuma mintak agar dikembalikan nikmat sihat ke dalam diri acik

aku cuma mintak agar Kau kembalikan kesihatan acik.. aku tahu perkataan kesembuhan itu amat payah untuk dijumpai demgan keadaan acik yang sedang uzur diketika ini.. tapi, aku yakin dengan kekuasaan Mu, Ya Allah

tolonglah.. tolonglah..

andai bukan keseluruhannya pun.. Kau berilah tindak balas yang positif Ya Tuhan

berilah yang terbaik, sesungguhnya Kau Maha Mengetahui apa yang kami tidak ketahui

aku sangat sayangkan acik aku
aku tak mahu kehilangannya Ya Allah

tapi, didalam kesedihan itu aku dapat melihat kasih-sayang dan pengorbanan seorang anak.. hebatnya dia. Dia yang sentiasa disisi emaknya. Menguruskan emaknya.. Allah! Aku doakan tempatnya di syurga kelak.. Allah itu tak pernah tido, Dia melihat segalanya..
 aku tahu bukan senang untuk melakukan semua itu (tanpa keluhan).. aku tahu bukan mudah..

tapi, yaaa! I'm totally respect on him!

Nota kaki:

andai satu hari nanti abah dan mak tak sesihat sekarang, didoakan agar aku sentiasa menjadi anak yang solehah, anak yang bertakwa, anak yang berjasa.. setelah kasih sayang dan pengorbanan yang tak berbelah bagi diberi selama ini, akanku jaga kedua emak abahku tanpa banyak soal dan penuh kasih sayang.. aku mahu menjadi seorang anak yang boleh diharapkan, seorang anak yang boleh dibanggakan dan seorang anak yang boleh menyenangkan dan membahagiakan kedua orang tuaku..
Oh Tuhan, berilah aku kekuatan!

Kamu (yang membaca) tolong doakan aku
doakan juga kesihatan kita semua terutamanya acik aku

Terima kasih!

AnilahArdenieti: takbir raya dah berkumandang, sayunya hati ini.. moga ini bukan ramaadhan yang terakhir buat aku.. masih banyak yang perlu diperbaiki utk ramadhan yang akan datang...

Al-Fatihah -Raya ke-4 tanpa arwah Along
along, adik rindu along
semoga along tenang di sana



Kerna ku ada Mu

Segala puji bagi Allah

Allahhu Akbar

Hebatnya kuasaMu Allah

Berkali-kali aku diuji,
Keadaan yang mana diketika itu aku terjatuh, terduduk dan bila ketika aku akui payahnya untuk ku berdiri lagi.. diketika itu aku hanya mahu hentikan segala apa yang terjadi..

mengharapkan sokongan dan dorongan orang-orang sekeliling.

aku hanya mahu tumpang sedikit semangat, agar aku dapat bangkit lagi walaupun hanya untuk sekali cuma

hanya mengharapkan kata-kata semangat yang tak putus

bahu untuk ku hamburkan segalanya.. mahu saja aku ceritakan segalanya...dari a hingga z.. agar ringan sedikit beban dibahuku ini

ingin sahaja aku kongsikan benda yang aku minati, dan lupakan benda yang membebankan fikiranku..walaupun hanya untuk seketika cuma

tapi, malang sekali... itu hanyalah mimpi

mereka tak pernah dan tak akan pernah faham apa yang aku lalui dan apa yang telah terjadi

hingga akhirnya aku sendiri lagi, menghadapi hari-hari sepiku

TAPI aku percaya di setiap langkahku, Kau ada bersama ku Ya Tuhan

Kau membuatku yakin yang aku tak sendirian lagi

Kau membuatku mengesat air mataku dan berkata 'it's ok Anilah, you can go through all of this'

Tak pernah sakali pun Kau meniggalkan ku sendirian

Cuma mungkin selama ini aku terlupa padaMu.. aku lalai..

tapi, hebatnya Kau, walaupun dibalas toba Kau tetap ada disisiku

memberi rezeki yang tak pernah putus

kesihatan yang beransur baik

dan ya segala-galanya.. tak terhingga nikmat yang Kau kurniakan

hingga malunya aku untuk meminta berlebihan lagi

TERIMA KASIH, Allah
Alhamdulillah Ya Allah

terima kasih atas segalanya

terima kasih untuk Sembilan belas tahun yang cukup bermakna

dugaan yang Kau berikan itu membuatkan aku semakin dekat dengan Mu

semoga ada sinar buatku nanti

dan moga penuh keberkatan hidupku ini

------

untuk Sembilan belas tahun ini

aku hanya mahu  menjadi seorang anak yang solehah kepada kedua ibubapaku

aku mahu menjadi hambaMu yang bersyukur

dan aku hanya mahu dititipkan sedikit kekuatan, keikhlasan dan kesabaran di hari-hariku

itu sahaja

Doakan aku :)

Yang Benar,
Hamba Mu (140714)






Aku Kembali..

Perghh! gerun gila tajuk.

EH! sebelum tuh

Assalamualaikum semua! *muka excited*

fuh! fuh! fuh! (aku sedang meniup segala kekotoran)

apa yang kembali? apa yang datang balik nih? pergi tak kembali ka gena? acah-acah lirik lagu lah pulak aku nih..

jawapannya adalah aku.. ya, akuuuuuuuu! akuuuuuu! akuuuu! *bunyi bergaung*

kalau korang boleh tengok, last skali aku membebel kat sini bila? tralalalala

kalau tak silap aku, last year.. masa tuh aku masih terumbang-ambing dengan kehidupan uni aku.. orang 1st time duduk 'asrama' lah katakan sebab sekolah aku dulu tarakk asrama bagai.. padahal dekat ja pun Seriab(rumah aku) dengan Arau(tempat pengajianku) tak sampai setengah jam pun lol.. and Alhamdulillah,  sekarang aku dah duduk kat rumah balik, aku bleh bertahan satu sem ja duduk kolej aka 'asrama' (tuh pun bleh kata hari-hari aku balik).. sem 2 aku dah jadi NR(Non Resident).. and yupp sampailah sikk kaaa langgg aku dah sem 3 yooo!

ermm, tapi aku bukan nak tulis pasal tuh...

aku nak tulis pasal hasratku yang satu yang mahu membebel di sini lagi..

ermm, sudikah dikau mendengarnya? relakah dirimu? ecehhhh puitis saaannngaatttt

dengan lafaz bismillahirrahmanirrohim (kalah YB rasmi majlis kateko)

aku dah bertekad yang aku mahu kembalik aktif (tak janji, but Insya-Allah I will!)

setelah naik turun, suka duka, gembira senyum nangis meleleh ayaq mata, aku nak aktif balik.. sebab aku baru sedar, yang aku tak dak tempat nak diceritakan segalanya.. ya lah kan, bukan semua orang nak dengar cerita kita, kalau ada pun mungkin dah bernanah telinga dia hahaha (JOKE! sapa ambik serius aku tendang!) garang? tak arr, acah2 ja tuh haaa

kalau ampa semua tak mau baca, itu bukan masalah aku (gaya cikgu disiplin lah pulak haha)

so......

BERSEDIAKAH ANDA?

hidup ampa tak akan aman lagi selepas adanya post-post aku...
mimpi ngeri lah hang lepas nih  hahaha

sebagai permulaannya, nah aku blanja satu gambaq


haha, nih baru warm up ya tawan-tawan!

oh ya lupa nak habaq.. yang pastinya post-post yang akan datang adalah sedikit berbeza daripada post-post terdahulu.. disebabkan perubahan zaman mungkin? (aku just nak cakap yang aku dah matang sebenarnya, aku bukan budak-budak lagi, tolonglah faham! haha)

ok lah sampai sini saja post acah-acah matang aku yang pertama.. ecehhh!

kbye.. assalamualaikum..

NOTA KAKI: Terima kasih banyak-banyak kepada yang masih lagi comment kat post aku yang  lepas-lepas punya, ada yang tahun 2011 punya yang zaman taip kaler2 tuh pun masih ada yang sudi komen..haha.. thanksss tau.. walaupun yang komen tuh adik-adik blaka yang masih lagi bersekolah, sebab masa aku tulis post tuh pun aku  masih dibangku sekolah di tingkatan 4 ya adik-adik ku (Insya-Allah boleh) hehehe..