#Aku nak jadi baik!!

Assalamualaikum,
salam Jumaat dan salam Ramadhan :)

Alhamdulillah, Allah masih lagi beri kita peluang untuk bernafas kan, kawan-kawan??

jadi, apalah salahnya dalam 24 jam yang Allah pinjamkan kepada kita nihh kita gunakan sedikit untuk keperluan rohani kita..

menurut Hierarki Abraham Maslow yang aku dah blajaq 2 tahun dah tuhh
KEPERLUAN ROHANI adalah keperluan yang tertinggi sekali dalam hierarki a.k.a. piramid tersebut..

yang bermakna tak ramau manusia yang dapat menyempurnakan keperluan rohani diri mereka sendiri..
 keperluan rohani ini terdiri daripada 2 tau
iaitu hubungan kita dengan Tuhan dan satu lagi ialah kepuasan memperoleh cita-cita

aku sedang 'berperang' untuk memdapatkan keperluan rohani dalam hidup aku nihh
and I'm sure that you're also struggle for it, right??

walaupun sebanyak mana dugaan yang datang,
Insya-ALLAH kita dapat menghadapinya

kerana???
kerana kita tahu tujuan hidup kita

niat kerana Allah, bukan niat kerana nak dapat perhatian manusia
(kata-kata seorang sahabat baik aku, Luqman Rohimi)

ok lah, kawan-kawan
aku nak pi sekolah dah nihh..

but, before that

Jangan lupa berzikir tau, kawan-kawan
*peringatan untuk diri sendiri jugak*

kadang-kadang perkara dunia melalaikan kita..
aku pun rasa macam tuhh..
nak pi terawih, alamakkk!! Aznil duk buat lawak kat rancangan 'Macam-macam Aznil' tuh plak dah.. sapa bleh tahan woii.. alkisahnya berhentilah seketika bersama-sama Kit Kat lah jawabnya..blurrr~

but, Cikgu Norzila aku selalu cakap
Ramadhan tuh tak tunggu kita, kita tak tau lagi bleh berjumpa ngan Ramadhan ka tidak untuk tahun hadapan..
sesibuk mana pun kita dengan pelajaran
pastikan ada masa study, ada masa untuk Al-Quran

Subhannallah..

^__^ kawan-kawan, aku bukan budak baik, aku jugak jalani kehidupan 'sosial life' macam korang, aku pun ada kawan lelaki, aku bukannya kawan ngan budak perempuan sahaja.. NOPE!! It's not me..
tapi kan?? dalam hidup kita andai kata kita masih ada pegangan agama, Insya-ALLAH kita akan terhindar daripada melakukan dosa-dosa yang tak tertanggung oleh kita di akhirat kelak

lagi satu, suka untuk aku peringatkan balik, bahawasanya
AKU BUKAN USTAZAH!!
and tak layak pun nak digelar dengan gelaran tuh..
tetapi, aku sedang mencuba atau berusaha ke arah yang lebih baik..
aku nak masuk syurga..
and aku nak bawak mak, abah and family aku masuk syurga
teringinnya aku nak jadi anak yang solehah dan perempuan muslimah
nanti semua bidadari syurga akan jeles kepada kita kalau kita dapat menjadi salah seorang manusia yang Allah cintaii
apa guna nak bagi manusia jeles, alangkah baiknya masa yang ada untuk bagi bidadari-bidadari syurga pulak jeles ngan kita

boleh tak kalau kita semua berusaha ke arah itu??

ok lah,
hanya sedikit pesanan untuk korang
and untuk diri aku yang selalu lalai nih jugak..

assalamualaikum, kawan-kawan..




Mak!! adik tak nak pi PLKN!! :(

Owhkk, Allah..

ermm.. rasa macam nak menangis nak meraung semua dah ada dah nihh..
weyhh..

serius, aku sedih sangat-sangat(ayat nih kalau C. Norzila baca, dia dah ketuk aku dah nihh)

Ya Allah, Kau kuatkanlah hambaMu ini
Kau berilah aku kesabaran dan ketenangan hati untuk aku melalui semua ini

------------------------------------------------------
ok, kawan-kawan semua tak dapat pi, aku rasa aku sorang ja yang 'terpilih' masuk PLKN tuhh..

masa aku tengah check online tadi, serius bercampur baur prasaan aku

aku duk dalam bilik, siap lari pi kat mak kat dapur lagi.. sedih punya pasal, sampai teriak-teriak lah aku dibuatnya..

tok cik aku yang duk tengah masak pun terkejut tengok aku duk nangis-nangis..

abah balik kerja tadi pun aku macam tuhh..

HUH!! tapi, nak wat cam na kan?? aku memang macam tuh.. 'Ratu Air Mata' lah katakan, tapi aku yakin pasti ada hikmah disebalik semua ini..

Allah itu Maha Adil, right??

tapi, aku just tak sanggup nak duk jauh ngan family aku.. sorry to says, aku bukan 'budak asrama'.. aku just 'budak kem' and aku anak MANJA!! jadi aku tak bleh nak hidup berdiri atas kaki sendiri tanpa mak ngan abah.. satgi kalau aku nangis kena buli ka satgi, sapa nak pujuk??

hanya mak aku ja yang terror bab nak pujuk aku..!!

HARGGHH!! bleh ka aku menjalani kehidupan aku seperti budak-budak lain?? boleh ka aku berdikari?? boleh ka aku hidup tanpa mak ngan abah kat sebelah aku??

and bleh ka aku tinggalkan dunia blog aku?? how about my fb??  and macam mana pulak dengan aku punya Mr. Frog..??

hah!! I'm stress.. I'm really stress now!!

but, I want to make sure that I will perform the best in my Trial SPM.. aku kena buat yang terbaik jugak, supaya aku dapat terlepas.. HE HE HE*gelak macam evil*

............

tapi, aku berdoa agar Allah bagi aku yang terbaik..

aku yakin ada hikmah disebalik semua ini..

jadi, aku redha....

------------

alah, apa sangat la ujian nak kena pi PLKN tuh kan?? kalau nak dibandingkan dengan ujian dan cabaran yang aku tempuh selama nihh..

Hidup Anilah kalau tak dak ujian, tak best arr!!

tapi, aku berharap agar ujian nihh akan buat aku bertambah matang dan kuat!!

I want to be a stronger muslimah.... for the sake of Islam..

aku nak menjadi Islam yang bukan hanya dalam kad pengenalan, tetapi Islam dalam kehidupan..

GO!! GO!! Anilah!!
jangan lemah!!

Insya-Allah, andai kata ini yang terbaik.. aku redha.. :)

: : Impianku setinggi menara Eiffel.. atau lebih tinggi lagi?? erkk?? : :

#Selamat Hari Tuooo, ANDA!!:)

Assalamualaikum.. semua... :)

Heyy!! Cik Nor Razikah Padil Rahman and Cik Nurfazira Hanim Abu Hassan

This is for you!! :)







Jyeah!!!

SELAMAT HARI TUOOOO!!:P

hik3.. peaceeee...:D

owhkk, pic kat atas tuhh credit to my abah
coz setia melayan perangai aku yang 'gila-gila'
pepagi buta tadi before go to school..
terima kasih daun keladi,
lain kali tangkaplah lagi.
*ok!! pantun aku yang TERlebih hebat*


apa-apa pun
Semoga segala impian korang semua menjadi kenyataan...:)

semoga kita semua mendapat keputusan CEMERLANG dalam SPM
Insya-Allah.. amin...

Fazira a.k.a. Eira
hohoho^__^ mentang-mentanglah dia kecik comey jaa, perasan plak dia tuh Ting. 1.. tak sedar yang dia tuhh dah 17 tahun dah..
anyways, thanks soooo muchh coz being my best friend (BFF)
kita berkawan dah lama,
for me..
kita bukan sahaja kawan baik, tetapi kita ibarat family..
kita ada banyak persamaan.. dua-dua suka baca novel,
Eira banyak tolong Nilah dalam pelajaran.. study group..
dah ibarat 'Tok Guru' yang selalu ada tuk selesaikan semua masalah dalam B. Pengawas
selalu bantu kami( Nilah and Najmi) di saat kami sedang stress tahap dewa 19

: : NIA Dis July : :

ibarat 'mahaguru' yang mengajar Nilah main petanque
peaceee..

bukan sahaja minat, malah cita-cita kita jugak sama..
dulu, dua-dua nak jadi pilot.. pantang dengar kata LIMA Langkawi..
dua-dua jadi Jakun jap :P
tapi, tak sedar kata diri tuhh bermata empat..
spect nak kena tambah power rangers pun masih ada angan-angan nak jadi pilot la..
but, now..
we are sharing the same DREAM
iaitu
nak sambung blajar kat overseas..
bukan Pulau Pinang.. tetapi, UK mungkin *uhuk2!! tersedak abah aku satgi*

but, before that
nak kena perbetulkan Sejarah dulu..
nak kena dapat A+ baru lepas mau pegi oberseee!! *Syahril Kpli senyum ja dengar ayat aku*

now,
harapan Nilah hanya satu..
iaitu semoga apa yang kita harapkan..
apa yang kita bayangkan...
apa yang kita usahakan..
akan menjadi kenyataan..

dan semoga persahabatan ini kekal selamanya..
Insya-ALLAH.. amin

*rezeki ada dimana-mana.. berusaha sehabis jaya*

AND


Happy Birthday to you, my cousin-sin..
Nora..
(after arwah Along, you my best cousin-sin)
mungkin sebab umur kita sama,
jadi kita semakin rapat..
for me..
ko bukan sahaja sekadar cousin,
but you're also my BFF

HAH!! terima kasih tau sebab tolong kita siapkan Kerja Kursus Akaun hari tuhh
wee~ akhirnya, dapat jugak A..
Alhamdulillah..
tq ya Nora sebab tolong kalau tak berkemungkinan besau nak dapat B coz masa tuh otak dah beku, tak tau nak buat apa dah..
hohoho^__^
nanti kita suruh Abang Achin blanja ko Pizza Hut k..
*ayat ambik hati.. kesian, abang jugak jadi 'mangsa' kekejaman adiknya :P*

best kluar ngan ko..
kluar jalan-jalan 'mengukur kawasan' kat TS
pastu duduk lama-lama kat Popular la MPH la..
Mid Valley tidak akan sesekali dilupakan..

masuk kedai, keluar kedai.. beli tak jugak!!
kalau rasa nak beli tuhh, kena pikir dulu duit cukup ka tak nak balik jap lagi
coz pergi pun naik LRT la monorel la :P
hee~
biasalah realiti seorang students

nanti raya, kita balik KL
then kita pegi 'mengukur kawasan' lagi tau :P

sambil-sambil tuhh, kita bleh study skali
ko bleh tolong ajarkan kita Akaun

(WOOWWW!! besarnya angan-angan!!)

ok lah..

apa-apa pun..
Good Luck and all the best to you..

Owhkk!!
lupa nak ucap..
Happy Birthday
kepada semua yang menyambut besday mereka sama bulan ngan aku tuhh!! (bulan 7)

semoga apa yang korang impikan akan menjadi kenyataan..

and..
lusa ialah besday my friend gak, Cik Najlaa Syafiqah Lah


hee~
Happy Birthday, Najlaa..:)

Birthday sapa lagi erkk bulan 7 nihh??
Alias??
Din??
rasanya semuanya dah..
andai kata terlupa..
I'm sorry..
terlupa lah tuhh..;)

k larhh..
bye, assalamualaikum.. :D

Anilah Ardenieti : Hoii!! penat woii! otak aku nih kalau bleh dia bercakap gerenti dia akan kata "weyhh!! tak reti nak duk diam ka?? aku penat nihh??" ..huuu!! Anilah don't give up!! ko kan nak fly!! ingat mak abah Anilah oii!!.. Trial SPM lagi lagi seminggu ja lagi, weyhh!!



#I LOVE my Prefect Board#

Mungkinkah ini entri terakhir cerita pasal pengawas aku??

mungkinkah aku akan merindui setiap detik kenangan aku bersama diorang??

EHH!! apa keji sangat pompuan nihh? salam tak dak apa tak dak, tetiba pulak masuk pastu buat feeling2 plak.. adudaiii...:P

okeyhh, semua..

Assalamualaikum, cikgu..:)
*gaya budak Darjah 1 bagi salam*

huh!! nihh baru betul kan?? barulah kata blog orang Islam ya dopp??

okeyhh, don't want to membebel tak tentu hala.. kita teruskan ke tajuk kita.. berita muka depan hari ini yang masih lagi hotsss gituhh ialah

Seorang Ketua Pengawas telah keluar daripada 'DUNIA'nya yang tersendiri

haha!! apa serammm sangat tajuk nihh? aduyaii..:P

okeyhh.. siapakah gerangan Ketua Pengawas(KP) itu??
opcoz la gadis  yang baru menyambut hari lahirnya yang ke-17 minggu lepas tuhh..
sapa lagi kalau bukan....


AKU!!

smart tak aku??
kalau nak dibandingkan antara aku dengan budak-budak LELAKI sekolah aku yang lain tuh, aku lah yang paling OHSEMMM!! bab penampilan nih.. senang kata aku lah yang paling smart!! diakui pengawas yang lain memang smart, but I'm smarter :P *masuk bakul angkat sendiri punya olang!!:P

haha.. ohkk!! sebelum tuhh lupa plak nak memperkenalkan diri aku yang 'terbaru' lagi sekali..

Kenalkan..Hi! saya Siti Anilah Ardenieti Binti Anchari.. saya seorang yang flexible, kamu boleh panggil saya Nilah, Nine... or Dato' Anilah pun bolehhhh jerr!!:P saya seorang KP yang melucutkan dan dilucutkan jawatannya..apa-apa pun saya still SENIOR kat skolah(walaupun dah tak dak jawatan) ok.. selamat berkenalan :)

ok.. kembali kepada tajuk yang terhangat dipasaran tadi tuhh^__^

sukacitanya dimaklumkan bahawa Nilah bukan lagi seorang KP mulai minggu depan(23/7/2012)

Alhamdulillah, Allah!!:)

kalau korang tanya aku apa yang aku rasa selepas melepaskan jawatan aku kepada adik-adik Form 4 tuhh.. sudah pastinya aku akan jawab

YES!! aku bebas!!

ya!! aku kan jawab macam tuhh, coz itulah apa yang aku rasa..I'm sure that Najmi(KP Lelaki) pun akan rasa macam tuhh..
tanggungjawab dan amanah yang digalas selama ini terasa seperti sudah 'hilang'

Alhamdulillah, ya Allah!!

tapi, tipulah kalau aku kata aku tak sedih langsung.. ermm,  sedih memang sedih... sedih coz aku pasti yang aku akan merindui semua kenangan aku dengan kawan-kawan.. dengan juniors...dengan cikgu..

dari Form 2 lagi aku jadi pengawas sekolah.. sekarang dah Form 5, maknanya dah 4 tahun aku dilantik sebagai pengawas.. aku pasti yang aku akan merindui setiap kenangan yang ada kat Bilik Pengawas terutamanya...dan tak lupa juga kat Bilik Disiplin coz kat situlah 'port' aku duk bergossip pasal pengawas ngan Eira dan cikgu aku..HAHAHA*gelak macam evil*

siapa cakap jadi Ketua Pengawas Perempuan kat skolah nih best?? HAHA!! kalau aku suruh orang yang cakap macam tuh duduk kat tempat aku nihh, dia mesti mau kan??.. tapi, aku yakin yang seminggu kemudian dia akan menarik diri coz TAK TAHAN!!

yes, tak tahan dengan perangai pengawas, tak tahan dengan sikap pelajar yang bermacam-macam perangai.. and tak tahan apabila dikecam hebat dengan semua orang, tambah-tambah plak cikgu sendiri..

tapi, aku rasa bahagia.. ya!! rasa bahagia.. bagi aku itu semua satu pengalaman yang dapat mengajar aku erti kehidupan yang sebenarnya.. pengalaman yang banyak mengajar aku erti pengorbanan dan tanggungjawab yang sebenar-benarnya..

Fisabilillah!!
Berjihat ke jalan Allah..

aku pergi ke sekolah setiap hari sebab aku nak menuntut ilmu.. dan bukankah menuntut ilmu itu berjihat ke jalan Allah jika kita niat dengan betul?

dan menjadi KP itu satu amanat, YA!! amanat yang diberikan.. Allah membuat perancangan yang sangat baik dalam hidup aku..
aku akui pada mulanya aku tak nak jadi Ketua Pengawas, aku tolak.. tapi, aku amat terkejut bila nama aku diumumkan masa mesyuarat pengawas yang pertama kali pada awal tahun hari tuh..aku tak nak sebenarnya sebab aku tahu tanggungjawab aku amatlah besar.. dan aku rasa aku tak layak langsung!!

tapi, aku sedar yang Allah dah bagi aku peluang.. peluang untuk aku memajukan diri aku sendiri.. peluang untuk aku 'keluar' daripada sikap keanak-anakan aku.. jadi, aku sahut cabaran itu..

dan niat aku hari tuhh adalah kerana Dia

sebab itu kalau apa yang aku buat tak jadi, aku still boleh bersabar coz aku tahu ada hikmahnya.. Dia yang bagi aku dugaan, dan aku yakin yang aku dapat menghadapinya coz Allah always besides me :)

kalau sesuatu yang aku rancang tuh menjadi, itu satu penghargaan untuk aku.. walaupun tak dipuji, aku tak kisah coz aku buat semua itu kerana Allah bukan kerana nak dapat pujian hamba-Nya


pada tarikh 7.2. 2012.. bermulalah episod hidupku sebagai 'Kak KP' di sekolah.. haha!! nama tuhh sapa yang bagi tak tau, adik mana ntah.. aku pun tak prasan nama dia..

tapi, aku lebih suka menjadi seorang murid biasa coz aku tak nak orang cakap aku nih sombong ka apa ka bila aku ada jawatan.. NO!! it's not me... aku lebih suka menjadi seperti abah.. dia very 'low profile' punya orang.. YES!! aku lagi suka macam tuhh.. sebab bagi aku kalau orang tak kenal aku, jadi aku lebih BEBAS.. ya, bebas buat apa ja yang aku suka...:)

: : Gila-gila punya KP : :


satu tanggungjawab digalas, beribu beban ditanggung.. bemulalah jugak episod yang memeningkan kepala aku dengan Najmi..
segala cabaran ditempuhi bersama.. kami masih lagi bersatu menentang musuh!!*ewah, ayat...


For me, orang hanya mampu bercakap dan menilai.. tapi, hanya kami yang merasainya..
seteruk dan sehebat mana pun dugaan tuhh kami tetap bersama-sama selesaikannya.. mana mungkin nak biarkan orang memburuk-burukkan b. pengawas kami dan kami telah cuba sedaya upaya kami dah...

andai apa-apa yang tak kena.. We are sorry!!:(

kami hanya insan biasa yang tak lepas daripada melakukan kesilapan dan kesalahan

kami hanya merancang untuk buat yang lebih baik, Allah juga merancang.. dan sebaik-baik perancangan adalah Dia..

andai kata ada yang berkecil hati or apa ja lah sekalipun dengan aku selama mana aku jadi KP nihh.. aku mintak maaf..

mana tahu kan korang marah aku or tak puas hati ngan aku sebab aku nih selalu tegur korang ka.. mana tau kan... TAPI, sapa suruh korang buat kesalahan disiplin..

(nihh!! semangat KP dah naik balik dah nihh!!)

sapa suruh korang pakai make-up sgala bagai... ingat apa ada Pertandingan Ratu Cantik ka kat skolah.. mak aku pantang tengok aku duk lama-lama dalam bilik masa nak pi skolah, coz dia akan cakap macam nihh

"adik!! cepat sikit!! awat duk dalam bilik lama-lama tak tau? nak pi skolah ka nak pi mengorat??"
HAHA!! nasib baik aku tak keluarkan 'ayat sakti' tuhh kat korang, kalau tak for sure nama aku akan popular lagi kat wall FB, ehh No!! bukanlah.. dekat wall tangga skolah aku sebaris nama dengan cikgu disiplin kat skolah aku :P

EH!! aku tahu yang aku ada rampas telefon korang kan.. wahai kawan-kawan dan adik-adikku yang baik hati. Why you're bring your handphone to school arr?? dah tahu 'menatang' tuh diharamkan dibawak ke sekolah.. korang galak jugak nak bawak apa kes, sayanggg?? awat takut pakwe korang lari erkk nanti?? ayoyoo.. dear, pleaseee.. don't bring your hp to school!! kesian kat cikgu Zamzam ngan cikgu Noraidah.. depa dah tak larat nak marah dah kat ampa nihh.. nak tunggu depa cakap Jepun pastu buat irama rentak K-Pop kat ampa kut baru nak paham... alahaii, kalau dah kena rampas tak ka menyusahkan mak abah korang nak pi ambik.. kalau mak abah aku gerenti tak pi dah, malu oii, sayang..... kena 'kuliyah free' ngan mak aku lagi adalah..

ok, sedikit leteran buat ampa(nanti sure ampa rindu nak dengar aku bercakap kan??) kalau aku cakap depan ampa gerentilah nanti nama aku jadi popular kat fb.. tak pasal-pasal aku jadi 'Anilah the Hotsentappp' plak :P

tapi, apa-apa pun.. korang tolonglah berubah sikit.. tak banyak, sikit pun tak pa.. kesian kat pengawas-pengawas aku.. and kesian lagi kat cikgu-cikgu disiplin skolah kita tuhh.. :)


I know you're a good person..so, be nice please!!:)
(kata-kata aku buat ampa semua)

smart tak diorang nihh?? smart kan??
tapi, aku rasa aku lagi smart...:P

nak ucap.. TERIMA KASIH banyak-banyak to my abah..dia yang pemberi semangat kepada aku untuk aku teruskan tanggungjawab aku tuhh coz pada aku kalau bukan disebabkan mereka(abah dan mak) aku pasti tak kan berada di mana aku berada sekarang nihh..diorang buat aku lebih kuat ketika aku jatuh lemah... diorang buat aku terus bersabar dan bersabar lagi kalau tak aku memang dah meletakkan jawatan aku lebih awal lagi sebab aku memang tak tahan dengan tekanan yang sangat banyak...

TERIMA KASIH, mak abah
I love them so much!!<3<3

dan tak lupa jugak kepada semua cikgu.. terutamanya kepada cikgu-cikgu pengawas aku...Sir Roshdan dan Ustazah Maisura, maafkan kami cikgu!!:(

dan jugak kepada mantan guru pengawas(C. Tiqah) dan cikgu disiplin sekolah(C. Noraidah)... 

: : our C. Tiqah masa majlis pelantikan pengawas...: :
HAHA!! serious masa aku pi skolah masa perlantikan hari tuh, aku ingat budak baru mana lah nihh.. rupa-rupanya cikgu aku.. haha.. macam pengawas perempuan la pulak...hik3

dia(C. Tiqah) pernah cakap macam nihh..
"tak pa..Anilah dah biasa dah dengan cabaran"

haha.. mau duk tau ka..
biasalah hidup aku, kalau tak dak cabaran, hidup aku nihh tak best arr
sama jaa..
boring kut...hik3


dan jugak kepada C. Norzila, she's great! awesome teacher!! aku suka dia coz dia boleh menaikkan semangat aku dengan 'tazkirah' nya di dalam kelas.. walaupun dia dikenali dengan karakternya yang sangat garang, tapi aku suka.. coz dia dapat mendisiplinkan pelajarnya.. BETUL!! tak tipu.. baju kena bawak masuk dalam(lelaki)..tudung, kasut, stokin.. pemakaian memang dia nak anak muridnya nampak sentiasa kemas.. tapi, yang paling penting buku semua kena bawak kalau tak memang korang kena balik ambik sendiri lah buku tuhh..hikhikhik

Di sebalik setiap apa yang kita lakukan, mesti ada orang yang sentiasa menyokong setiap tindakan kita kan?
YA!! begitu jugak dengan aku..
aku bersyukur sangat sebab aku mempunyai kawan-kawan yang sentiasa ada untuk menyokong aku..
yupp!! inilah dia...

~Tarraaaa~ aku namakan kami sebagai GENG KUTU RAYAU coz kami memang suka merayau :P

: : me, Eira and Fatin : :
thanks, dear.. korang buat aku kuat.. korang sentiasa ada di saat aku gembira, kecewa dan terluka.. LOVE all the moment ngan korang.. saat kita pergi merayau kat Kangar coz beli barang tuk hari Guru.. saat kita berbincang, berfikir pasal pengawas.. saat kita bergelak ketawa sama-sama bila buat lawak yang tak brapa nak cerdik.. yang paling penting, saat kita study sama-sama... moments yang paling bernilai bagi aku..:)

Fatin, walaupun baru tahun nih dia jadi pengawas, tapi sikap kepimpinannya amat terserlah..thank you coz lend me your shoulder when I'm crying, dear..:)

Eira, kita dah 4 tahun bersama.. serious, I will miss all the moment with you.. kenangan tuh amat indah untuk diingati..:)


Thanks sebab sentiasa ada saat susah dan senang Nilah :) :D
thanks for the 'bebeyhh' sama.. soO cute gambar Nilah.. HAHAHA*gelak keji*


apa-apa pun aku nak cakap yang aku tak pernah menyesal untuk menyahut cabaran cikgu untuk menjadi Ketua Pengawas Perempuan..
segala dugaan menjadi pengajaran untuk aku sentiasa maju ke hadapan, sentiasa berfikiran matang*ehem3*
sentiasa berubah untuk melakukan yang terbaik..
dan yang paling penting ialah sentiasa berhati-hati dalam setiap tingkah-laku aku sebab semua apa yang aku lakukan pasti akan ada orang tengok dan menjadi ikutan..ada orang yang boleh terima, ada orang yang sentiasa mencari peluang tuk menjatuhkan orang..
terima kasih sangat-sangat kepada orang yang seperti itu, aku rasa kehadiran aku sentiasa dihargai dan dinanti-nantikan..:) :)
tapi, semua itu membuatkan aku sentiasa berdisiplin.. Insya-Allah..

aku tak ada adik, dekat rumah akulah adik.. akulah anak yang paling manja, smua yang aku nak, Insya-Allah mesti aku akan dapat..
tapi, bila aku dah jadi KP.. Allah bagi aku merasai nikmat menjadi seorang 'kakak senior'..aku dapat merasai erti lebih bertanggungjawab.. aku dapat merasai apa yang orang yang ada adik rasai.. kalau kat rumah, aku tak akan berkompromi dengan apa yang aku nak coz aku tahu aku akan dapat punyalah benda tuhh.. tapi, kat skolah berbeza, aku kena banyak mengalah.. kena banyak bersabar dengan kerenah diorang... kalau tak, bleh darah tinggi aku jadinya ngan depa nihh..haha..:P

but, now...aku dah serah tugas aku kat orang yang selayaknya.. siapa??JENG3... haha!! aku pun tak tau sebenarnya coz semua jawatan telah dilucutkan serta-merta oleh Sir Roshdan selaku Ketua Guru Pengawas kami...

apa-apa pun, guys(pengawas batch 2012)..
I'm so happy.. thanks coz colouring my day.. thanks sebab korang mengajar KP korang nihh untuk lebih kuat dan sabar menghadapi setiap kerenah korang.. Thank, guys...


ingat main-main ka angkat sumpah tuh??

Hope next year is better than this year.. Insya-Allah.. amin :)

aku sayang gilaaaa kat korang wahai pengawas-pengawas ku sekalian..:D <3<3
I'm sure that I will miss all the moment ngan korang lah nanti..

ok lah, aku nak out dulu..
buku Add Math sedang memanggil-manggil namaku*cehh!!ayat yang paling tak bleh blah

bye semua.. assalamualaikum..
selamat menyambut bulan Ramadhan ya kawan-kawan
aku nak mintak maaf andai kata tulisan aku kat sini or kat fb or percakapan aku membuatkan korang terasa hati ka apa ka.. MAAF ya!! sesungguhnya aku memang tak sengaja...:(

#aku percaya ada hikmah yang tersembunyi di sebalik semua ini#

Anilah Ardenieti:
ini page aku, please klik LIKE lah kat sini -> ardenietianchari.blogspot.com

#Sweet ka 17 tuh?? ##

(AWAS!! entri panjang dihadapan!!)


Assalamualaikum, semua!!

MAAF!! semalam Nilah terlupa nak post kan entri nihh.. dah siap mengarang sgala bagai, tetiba terlupa nak post plak.. huhuhu.. memanag spoil derr!!>__< apa-apa pun, let's cekidaudd.. anggap ja yang korang bara entri bertarikh 14 Julai 2012, bukan 15 Julai.. :)
korang nak baca satu kisah tak?? heee~

pada tarikh hari nihh.... 17 tahun yang lepas, bertempat di Hospital Besar Kangar, Perlis.. yang sekarang dikenali sebagai H. Tuanku Fauziah.. lahirnya seorang bayi yang cukup sifatnya, (cuma terlebihhh hormon kelakian yang membuatkan gadis itu menjadi seperti agak 'tomboy' sekarang!!huk3)

*WERKKKKK!! WERKKKKK!!* suara baby menangis, ala-ala manja gituhh coz anak last*SENTAP!!

anak kepada pasangan En. Anchari Bin Hussin dan Puan Siti Ramlah Haji Salleh itu hari ini menyambut hari lahirnya yang ke-17... bak kata orang.. Sweet 17!!:) *mengada*

bayi yang diberi nama Siti Anilah Ardenieti Binti Anchari itu sangatlah tinggi sekarang mengalahkan kakaknya.. HAHAHA!!*mampus kalau Kak Opie 'ter' baca nihh*

bayi itulah AKU!!...

seriously, macam tak percaya ja yang aku dah masuk 17.. aduduii, dah beso dah yerr aku nihh!! tapi, perangai STILL tak berubah sejak azali lagi.. masih lagi manja and tak boleh nak berdikari lagi, (beli kari bleh lah aku :P) hohoho^__^


adik, Nine, Deq 9, Nanai, Anilah, Nilah, Kak Nilah, mak su Nine.. semua itu panggilan untuk aku!! (DEMAND!! sorang jaa tapi ada 'pelbagai' nama.. WELL!! *bangga tahap dewa*:P)

Alhamdulillah... aku dapat menyambutnya lagi buat kali yang sekelian kalinya*ayat tunggal ka ayat tunggul pun tak tau la*

first of all.. I want to says 'THANK YOU ALLAH!!'.. Allahu akbar.. hari nihh genaplah aku berumur 17 tahun dan aku masih lagi diberi kesempatan untuk menghirup udara yang dipinjamkan oleh-Nya kepada kita umat manusia...Alhamdulillah, Allah <3<3

anyways, I just want to says THANK YOU SO MUCH, Terima kasih,
 Ø´ÙƒØ±Ø§
 è°¢è°¢, நன்à®±ி

(HAH!! ambik kau!! bahasa apa?? semua ada!! Kitakan 1 Malaysia!!:P)

terima kasih daun keladi,
tahun depan ucaplah lagi.
(bleh tera pantun C. Tiqah tak??)
tq ya!! tqsm!! kepada sesiapa yang wish dr pukul 12 tengah malam tadi, sampailah sekarang, sampailah minggu depan.. *Opsss!! terlebih sudaaa!!*

thanks a lot yeww!!

smoga apa yang korang doakan tuhh akan dimakbulkan.. smoga ukhwah antara kita akan kekal berpanjangan..Insya-Allah, aminn...

Owhh, YA!! dan juga kepada sesiapa yg bagi presents tuhh.. TQSM!! <3<3 I love it!!

apa-apa pun.. korang rock bebeyhh!!

bila hari jadi aku datang, macam biasa I always think about my future life..
tahun depan, Insya-Allah.. andai kata rezeki berpihak pada aku.. aku nak masuk Universiti, I don't care dekat ka jauh, asalkan boleh further study at U *ayat!! cakaplah ko tak bleh duk jauh ngan mak!!*
sapa yang tak nak kan masuk U.. woii!! cita-cita aku tuh dowh!!.. for me, aku nak FLY!! ya!! fly.. fly to oberseee... bukannya pi bercuti kat luar negara macam aku slalu pi tuh, tapi yang nih pi SAMBUNG STUDY.. tapi, wallahuaklam!!~ but, abah tak bagi.. abah cakap sambung ja kat UiTM Arau.. hahaha!! *gelak ambik hati* amatlah bertentangan dengan impian anak dia..:D

entahlah.. apa-apa pun.. itu hanyalah IMPIAN.. Yes!! sebuah impian yang kita tak tahu dapat ka tak.. tapi yang pastinya I have to struggle first for my SPM yang lebihkurang 4 BULAN LAGI!! pray for me, guys!!:)

bye.. assalamualaikum, semua..
Selamat berhujung minggu!!

Aku yang dah 17 tahun!!:)

Anilah Ardenieti: HAHAKSS!! next entri I will share about my 'wishlist' plak k.. nak cerita semuanya memang tak sempat coz nak dekat dengan Trial, kerja sekolah memang banyak, ngan nota sgala bagai.. huhuhu.. sabar Anilah oii! sabar!!

## Today..14 Julai 2012##


nantikan entri akan datang..
akan ku ceritakan dari A-Z..:)

Assalamualaikum..
mau pi date ngan Mr. Buku-buku kat skolah..:P


##Pelangi Petang##

Bismillahirrahmanirrahim...


aku rindukan arwah Along..

sedihnya..
tahun nihh bermakna tahun ke-3 pemergiannya
dah 3 tahun dia pergi meninggalkan kami..

Rindunya kat arwah
hanya Allah sahaja yang mengetahuinya..

Ya ALLAH, Kau tempatkanlah dia dalam kalangan orang-orang yang beriman..
aminn...

Al-Fatihah dihadiahkan kepadanya...

Along!!! adik rindu along!!
rindu sangat-sangat!!

kalau dulu hujung minggu jaa mesti dia datang umah..
makan sama-sama
pastu berebut 'remut' control Astro ngan kami(aku N Kak Opie)
coz kami nak tengok AF(zaman tuh lah)
dan dia nak layan bola...

pastu bila hari kerja, pagi-pagi dia dah ada kat umah kalau masa aku cuti sekolah
dia bawakkan roti canai la, nasi lemak la..
macam-macam dia bawak..

pastu dia suka bawak aku pi jalan-jalan..
makan kat luar..
and macam-macam lagi lah..

ermm.. TAPI,
sekarang semuanya hanya tinggal kenangan..

Ya Allah, rindunya aku kat dia...:(

seriously, aku sangat sensitif ngan lagu 'PELANGI PETANG', Sudirman
coz lagu tuhh dapat mengingatkan aku dekat arwah along..

kalau ada lagu tuhh kat radio ka, Kak Opie pasang dalam kereta ka
mesti aku suruh tukar..
mak dah marah-marah coz tuh lagu favourite dia..:)

tapi, nak buat cam na..
satgi kalau aku dengar, aku teriak plak...:(

lagi satu aku 'pantang' kalau ada orang bercakap or tanya pasal along kat aku..
yang nihh lagi satu..
mak aku kalau tengok tv, sedih-sedih punya cerita

sat gi mulalah dia cakap
'teringat kat along'

aduii.. nihh memang aku suruh tukar channel tv or suruh tukar topik..
bukan tak tau
satgi ada jugak orang yang nak buat 'drama' air mata kat situ...

apa-apa pun...
Aku sayang Along...

kalau diberi kesempatan untuk aku berjumpa dengan Along
aku just nak cakap yang ni kat dia..

"Along!! adik sayanggg along!!"

TAPI, itu hanya angan-angan..
coz yang pergi takkan kembali..

aku kena percaya pada realiti..
yang aku dah kehilangan along..

tapi, aku tak pernah dan tak akan melupakan dia..

Ya Allah.. aku terlalu merindui dia...:(





#ESOK##

Assalamualaikum, dear blogger!!:)

pendek ja tajuk kali nihh sependek entri nih jugak...

ESOK??
ada apa ngan esok??

esok cuti kerrr??
OPCOZ, dear...
esok memang cuti...

cikgu-cikgu kat Perlis nihh semua happy jaa coz ada
Sambutan Hari Guru peringkat negeri Perlis
ESOK
anak-anak murid dia pulak TERlebih happy coz
ESOK
ada kelas tambahan(Bimbingan Berfokus) for pelajar Ting. 3 & 5

:D
rilekss derr...
sabar.. lagi beberapa bulan ja lagi...
otak dah macam nak meletup dah nihh..
sabo jo lah, Anilah oii!!

lagi 3 minggi ko dah nak Trial SPM!!

owhkk, kembali kepada tajuk perbincangan kita tadi (huk alohh)

Ada apa dengan ESOK??
apa yang special sangat dengan tarikh
14 Julai 2012( Sabtu)
??

hahaha.. nantikan entri akan datang, akan ku ceritakan semuanya
sekarang aku nak sambung 'sesi dating' bersama Mr. Add Math..
Korang jangan kacau kami k sebab satgi takut anak-anak Mr. Add Math aku iaitu
Encik-encik Formula akan 'hilang'.. pi mana tak tau :P

bye, guys..
assalamualaikum

: : meng-gedikss dengan camera sebelum pi sekolah :P : :


Anilah Ardenieti: ada 'sesuatu' yang buat hatiku tersentuh hari nihh.. that's bila abah cakap "adik, do the best for your Trial.. buat perubahan drastik.. buat cikgu-cikgu gembira dengan result SPM adik.. buat ABAH pun gembira..." :D dia cakap tadi bila dalam kereta masa nak pi skolah...:)Ya ALLAH, terima kasih sebab Kau kurniakan aku parents yang sangat mengambil-berat tentang anaknya... Alhamdulillah.. mak abah!! adik akan buat yang terbaik.. adik akan gembirakan mak ngan abah.. Insya-Allah.. aminn.. *I want to FLY!!*

#Kita KUAT##

Assalamualaikum, semua..

sekadar berkongsi..:)

: : Disamun di pesbuk Aku Islam.. : :




#Sabar VS Baran#

:) :D

KESABARAN??

Sabar ka Baran?? huhuhu..>,<



Yes!! That's TRUE!!


sumber: mukabuku^__^

..................

Wahai pengawas korang kenapa??


Jalan mana yang korang suruh aku pilih lagi?

Korang nak aku buat apa lagi??

seriosly, aku BUNTU..
aku tak tau nak buat apa dah..

pengawas Form 4, I don't know why..

kalau Kak Nilah ngan Kak Eira boleh uruskan sekolah punya event tahun lepas walaupun kami cuma 2 orang pengawas perempuan Form 4..

kenapa korang tak??

bukan nak ungkit ka apa..
tapi, tolonglah faham...

kami nak exam..
kami STRESS dengan study..

tolonglah jangan tambah masalah kami lagi...

Kak Nilah tak mintak korang hormatkan Kak Nilah sebagai ketua secara BERLEBIHAN

tapi, tolonglah respect kawan-kawan pengawas yang satu batch ngan kak Nilah..
tolong hormatkan Kak Eira
tolong hormatkan Kak Fatin

and the most important things is Respect lah sikit, Najmi!!!

respect bukan bermakna korang just tunggu ja arahan
tapi, respect tuhh bermakna tolong ikut apa yang kita orang tunjukkan..

seriously, Kak Nilah penat ngan korang..
penat ditambah pulak dengan perangai korang yang PENTINGKAN DIRI SENDIRI

perasan diri tuh hebat sangat sampai cikgu tegur pun tak dengar..

Kak Nilah fed up!!!

korang hancurkan plan yang kami buat untuk memperbaiki badan pengawas kita..

memang fed up!!

kalau perangai korang still macam tuhh and tak berubah

sorry to says

Pengawas tahun depan akan lagi hancur

coz?? what??

coz your own attitude, guys..

assalamualaikum..


MAAF!!
andai korang terasa

tapi, itulah hakikatnya..

seriously, KAMI (Anilah & Najmi) KECEWA!!

kalau kena marah, sikit-sikit pengawas.. pengawas.. pengawas.. pengawas lagi!! tapi, sorang dua ja yang bermasalah bukan semua.. but, satu badan pengawas kena..aku malu serius aku malu coz setiap kali masuk kelas cikgu always ask me about prefects coz what?? coz aku ketua.. aku bertanggungjawab atas semua nihh!!.. disebabkan perangai korang, seniors semua kena.. KORANG HEBAT!!! TERLALU HEBAT!!!

THANKS KORANG!! THANKS!!

Anilah Ardenieti: bukan berniat nak aibkan badan pengawas sendiri.. tapi, dalam perjumpaan korang kalut nak balik kan..sampai nak duduk sat pun tak boleh.. jadi, aku terpaksa luahkannya di sini.. yang lainnya hanya Allah yang tahu apa yang aku rasakan..

Dari hati,
Anilah Ardenieti

#Can I achieve it??#

Assalamualaikum, semua..:D

Ya Allah, harapannya terlalu besar...

tadi ada perjumpaan Tingkatan 5 Akaun bersama dengan guru kaunselor dan pengetua.. cikgu Nozila kami pun ada jugak..:)

Subhanallah, buzy-nya pengetua aku..(hahakss)

EHH!! now.. aku bukannya nak bercerita pasal pengetua aku..
tapi, aku nak bercakap pasal apa yang dibincangkan..

opcoz, semuanya berkisar tentang masalah yang dihadapi oleh kami(5 Akaun) untuk menempuhi SPM

hanya Allah sahaja yang tahu bila dia sebut nama sorang-sorang and tengok pencapaian kami dari exam AR1 lagi..
hahaha.. kecut perut dowhh!! ingatkan dia nak marah dah..:P

rupanya tidak..
dia hanya menentukan TARGET in our exam.. opcoz, SPM lah derr!!

but, for me target-nya tuhh terlalu BESAR buat aku..

Harapan mereka terlalu besar buat kami(5 Akaun)
pada saat itu, aku terfikir
'Can I achieve it??'

but, aku tak boleh berkata TIDAK atas usaha yang telah dan
akan dilakukan oleh pihak skolah..
banyak sangat...
cikgu-cikgu tersangat rajin, berbanding dengan students-nya yang TERlebih rajinnnn nihh:P

aku just bleh cakap
Insya-ALLAH, I will try my best..
I will make my family proud of me, especially my parents :)

Usaha yang berterusan...(istiqamah)
Insya-Allah..

apa-apa pun, pray for me, guys!!:)
lagi 32 hari tuk menghadapi Trial SPM

MAN JADDA WA JADDA :)


I Believe I Can FLY!!:)

bye, assalamualaikum..

Anilah Ardenieti: wahai bebudak 5 ST, anda tunggulah giliran anda akan datang..HAHAHA(gelak macam evil) :P

CEMBURU??

CEMBURU YANG DIBENARKAN

Cemburu dituntut terhadap dua golongan. Siapakah golongan tersebut? Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Tidak ada hasad(cemburu) yang dibenarkan kecuali terhadap dua golongan; iaitu kepada orang yang Allah berikan harta, dia menghabiskannya pada jalan kebaikan, dan kepada orang yang diberikan ilmu dan dia beramal dengan ilmu tersebut dan mengajarkannya pula kepada manusia siang dan malam."

Renungan Bersama :)

Assalamualaikum :D


Imam al-Ghazali berkata:
"Jika kau pisahkan sesuatu darimu pasti ada penggantinya, kecuali Allah. Jika kau pisahkan Allah daripada hidupmu, nescaya tiada pengganti-Nya."

(credit: Majalah Gen-Q)