##Semuanya pasti kan jadi KENANGAN

Bismillahirrahmanirrahim..
 
I want to share a picture with you all
 
TARRAAAA!!!~
 
: : sorry kabur coz camera 'Cap Ayam' :P : :
 
HA HA.. me with Yati (tengah) and Shima (hujung, blakang sekali)..
nampak sangat aku yang 'enterframe' lebih disitu ya...
sorry..sorry..
 
ok.. mereka ialah classmate aku..
Shima dah jadi classmate aku sejak dari Tingkatan 1 lagi
Hayati sejak dari Tingkatan 2 if tak silap
 
mereka sangatlah awesome!!
meraka sangat awesome kerana dalam kelas aku berada ditengah-tengah mereka, dan betul-betul di hadapan meja guru
 
so, kalau ada apa-apa hal ka memang akan kecoh dan riuh satu klas...(biasalah tak ramai, 10 orang ja satu klas)
 
contohnya bergaduh pasal pen..
HAH!! sapa suruh beli pen yang sama..
 
itu tak dikira lagi bergaduh pasal pemadam hilanglah, pen tak dak dakwat la..
dan macam-macam lagilah
 
kalau Yati punya pemadam hilang, gerenti orang pertama yang akan kena adalah aku..
aku tau dah..
Sima pun macam tuh jugak, sama ada aku atau Badriah yang akan menjadi mangsanya..
 
kesian, aku jadi mangsa keadaan :'(
 
OH YAA!!
duduk satu klas dengan diorang dengan keadaan kelas yang sangat tenang memang best
because kitorang tak perlu menghadapi keadaan kelas yang bising..
hal ini terjadi kerana apabila ketiadaan guru kami akan buat kerja masing-masing
 
sama ada kami semua akan siapkan nota
latihan
kerja sekolah
or bercerita a.k.a bergossip
 
kadang-kadang kami akan menconteng whiteboard (marker atas ikhsan Najmi) sambil mendengar budak-budak lelaki kelas kami menyanyi...
 
aku tak kisah semua tuh..
dan bagi aku.. It's fun!!
 
orang akan cakap yang kelas yang pelajarnya sikit macam kelas aku tentu sunyi
 
tapi, bagi aku itu tak pernah terjadi coz kelas kami ada KONSERT FREE
penyanyi utamanya ialah Hafizi bagi lelaki
dan perempuannya pula ialah Shima...
(yang lain-lain bahagian korus)
 
itu pun kalau masa cikgu tak dak dalam kelas la
 
lagi pun bagi aku itu satu peluang untuk aku dan kawan-kawan rileks kan kepala otak kami
 
YA!!
 
rileks, rileks kepala otak yang dah berat dengan macam-macam subjek,
 ibarat sebuah laptop yang dah berat dengan pelbagai folder di dalamnya
 
tanpa ada gangguan
tanpa ada keriuhan yang melampau di dalam kelas
 
mendengar geng-geng lelaki buat lawak yang pasti akan membuatkan aku dan kawan-kawan ketawa sampai tak ingat dunia..
 
mereka menceriakan lagi suasana klas
 
lepas tuh, pukul 2 petang kami akan beramai-ramai turun ke Surau sekolah untuk bersama-sama mengerjakan solat berjemaah and mendengar tazkirah..
 
Alhamdulillah..
pengalaman yang cukup bermakna..
 
satu pengalaman yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit dan hanya akan dapat bila anda merasainya sendiri..
 
macam-macam jenis pengalaman yang ada..
dan sudah pastinya ia 'pengalaman beramai-ramai'
 
contohnya, kalau kena marah, satu kelas akan kena
kalau ada sampah dalam kelas, Cikgu Norzila akan suruh satu kelas kutip sampah
 
dan pengalaman yang paling aku tak pernah dan tak akan lupa ialah
bila mana kami saling back up each others
bila ada yang tak siap nota or kerja sekolah yang cikgu bagi..
 
yang tuh memang nampak semangat setia kawan yang sangat tinggi
 
tanpa disedari, masa begitu pantas berlalu...
lebih kurang lagi 2 bulan masa untuk aku bergelar PELAJAR SEKOLAH
 
2 bulan untuk aku bersama dengan rakan-rakan dan guru-guru aku
 
sudah pasti nanti aku akan merindui setiap detik bersama mereka semua..
 
tanpa sedar, merekalah yang menceriakan hari-hari yang aku lalui sejak tahun lepas di Tingkatan 4, dan sekarang dah nak ambik SPM pun...
 
Alhamdulillah
Allah bagi aku peluang untuk mengenali mereka yang sangat HEBAT!!
 
MEREKA ialah
 
1. Faqrul(Ketua Tingkatan)
2. Shima(P. Ketua Tingkatan)
3. Hafizi
4. Najmi
5. Syazree
6. Nisrin
7. Atiqah
8. Hayati
9. Badriah
10. Anilah(me)
 
Alhamdulillah, Ya Allah
Subhanallah
 
: :-----> BEST apa kelas aku, sikit ja orang,
dah macam klas tuition la pulak...
 
he he he
 
harapan aku hanya satu
agar pertalian yang terjalin ini semakin erat
perhubungan ini akan kekal selamanya
ibarat tali yang tersimpul mati.....................:)
 
dan
semoga kami memperolehi apa yang kami harapkan
 
dan
yang lebih penting ialah
semoga kami semua mendapat keputusan yang CEMERLANG dalam SPM
 
Insya-Allah, amin...

 
 
 

##Is it going to happen??

Bismillahhirrahmanirrahim...
 
Assalamualaikum, semua..
 
almost 4 week......... 1 month Nilah tak tulis kat sini kan??
 
huhuhu.. I'm very-very-very busy with my Trial..
result...
classes...
 
and now
 
H O M E W O R K
 
huhuihhh..
banyak benor lah homework nyooo..
tak larek dah eden ni hah!!
 
what's going on, guys??
 
aku.. sekarang pesbuk pun tak sempat bukak
(mentang-mentanglah dah turun jawatan daripada Kak KP a.k.a Kaki Pesbuk)
 
it's ok...
TRIAL RESULT??
Alhamdulillah, ada lah 2,3 A...
(A yang bercampur.. ada A and A-.. biasalah 1 Malaysia..hehehe)
 
but, Add Math
seriously, I was very disappointed with the results...
 
Add Math berjaya membuatkan aku rasa kecewa yang amat!!!
 
serius, aku rasa macam aku nih tak pernah buat latihan and tak pernah buat revision pun for the exam..
penat jaaaaaaa aku buat..
huh.. aku failed!!
GAGAL Add Math
 
kalau aku cakap yang aku tak sedih.. tuh memang tipu..
kenyataannya, memang aku sedih..sedih sangat!
 
rasa macam usaha aku tak membuahkan hasil...
lagi, kesian dekat cikgu Maheran coz dia dah banyak bantu kami semua
dia buat kelas tambahan setiap minggu untuk kami
tapi....apa yang dia dapat??
 
SATU KELAS gagal dalam subjek Add Math..
 
padahal subjek lain tak ada klas tambahan tiap minggu pun..
tapi kami boleh ja kutip A
 
ikutkan perasaan aku waktu tuh memang rasa macam nak nangis
teriak sepuas-puasnya
aku nak turun bawah daripada klas aku yang ada kat Tingkat 4 tuh then
aku akan ke public phone and telefon abah cerita pasal result Add Math aku
yang sememangnya hancur tuh!!
 
kalau orang cakap putus cinta tuh perasaannya sangatlah KECEWA,
aku akan cakap yang aku lagi KECEWA dengan result aku..
 
betul, mulai detik itu aku mulai rasa STRESS
coz I want to do the best for the SPM yang tinggal tak lama lagi
 
kurang daripada 50 hari lagi..
 
keputusan SPM yang bakal aku dapat tahun depan membuatkan aku tak banyak masa depan laptop..
membuatkan aku push diri aku sendiri untuk tidak membuang masa dengan tv, PsP, phone, camera, novel and other things yang boleh melalaikan aku yang sentiasa tergoda dengan semua benda tuh..
 
pantang lalu depan tv, memang nak tengok jugak lah..
 
pantang nampak novel, mesti nak bukak.. padahal buku Sejarah yang ada tuh dah peram jadi pekasam dah apa.. huhuhu
 
HUH...
semua tuh membuatkan aku takut...
yes!! aku takut
takut nak tau result SPM aku tahun depan macam mana..
takut tentang masa depan aku..
 
aku manusia biasa..
aku jugak tak lari daripada kelalaian dalam setiap tindakan aku
 
tapi, bila memikirkan apa yang akan berlaku dan risiko yang akan aku tanggung,
ia membuatkan aku TERUS BANGUN dan BERJUANG sehingga sehari sebelum peperiksaan SPM
 
Aku akan terus bertahan, aku akan terus kuat..
Insya-Allah..
 
diakui kata-kata cikgu Din(kaunselor sekolah) dalam segmen 5 Minit bersama Kaunselor pada setiap hari Khamis kat sekolah aku memang terkesan sangat-sangat..
 
hari tuh dia gunakan satu pantun yang aku rasa semua orang tau...
 
Berakit-rakit kehulu,
Berenang-renang ketepian,
Bersakit-sakit dahulu,
Bersenang-senang kemudian.
 
YA!! aku tak nak nanti aku kerja dekat tengah panas, terik matahari.. dibawah hujan yang sangat lebat untuk mencari sesuap nasi..
 
aku nak capai cita-cita aku
aku nak capai matlamat hidup aku
 
YA!! betul bila ada orang kata yang Allah dah tentukkan masa depan kita..
 
tapi kan
tak kan kita hanya nak berdoa, berserah dan meminta tolong ja..
 
lagi pun
Allah dah berfirman bahawasanya Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali jika mereka merubah nasib diri mereka sendiri
*maaf jika salah, harap diperbetulkan
 
jadi, tak salah kan andai kita berusaha...
biarlah orang nak kata kita nih OVER ka ANNOYING kaa
tapi, yang penting masa depan kita dan keluarga kita
 
aku tak nak bekerja dekat syarikat abah atas sebab abah adalah seorang Pengurus Syarikat di situ dan aku adalah anak dia..
aku nak aku DIPILIH bekerja atas kelayakan aku...
 
abah selalu cakap yang kita jangan jadi orang yang suka meminta-minta
 
lagipun Cikgu Noraidah pun ada pesan hari tuh yang
 
tangan yang diatas itu lebih baik daripada tangan yang  berada dibawah
 
so, bagi aku
NOW
I want to focus on my SPM
 
aku kena ingat pengorbanan mak abah aku
bukan itu ja..
kakak ngan abang aku tuh lagi...
coz for me FAMILY is my priority
 
tuh belum masuk lagi dengan cikgu-cikgu aku
Tuan Pengetua yang sentiasa memberikan yang terbaik buat anak muridnya
 
Ya Allah, mereka cukup bermakna buat aku
tak mungkin aku sanggup untuk melukakan hati mereka
terutamanya mak dan abah
 
lagi pun SPM adalah satu permulaan buat aku untuk aku mencapai matlamat kehidupan aku
iaitu
aku mahu berada di mana kedudukan abah aku sekarang
I want to be a BIG BOSS
 
a LADY BOSS
 
aku mahu kalahkan abang aku...HA HA HA*gelak jahat*
 
YES!!
I am ordinary girl with big dream
 
and the important things is I want to fly!!
 
 
Is it going to happen??
Insya-Allah, amin...
 
Now, I just have to do the best and I know that Allah will do the rest...:)
 
Chaiyok, Nilah, CHAIYOK!!
semangat..semangat..semangat...
 
Malaysia Boleh, Anilah Boleh!! *tetiba plak*
 
 

#Semoga bermanfaat-> Cinta Best



Hal semasa sering melalaikan kita sebagai seorang REMAJA, aku juga tak terlepas daripada sikap lalai.. lalai dengan macam-macam sehingga terlupa sesuatu....iaitu CINTA ILAHI...:(

aku post nihh bukan bermakna aku nih alim dan sama waktu dengannyalah.. tapi.. aku post untuk berkongsi dengan korang semua...harap bermanfaat untuk kita...

for me, it is something yang remaja suka dengar.. ya.. it is about LOVE
Cinta boleh membawa kita ke syurga, tetapi juga sebaliknya..

ermm...I just want to share
ya, kongsi dengan korang something yang aku fikir sangat bermanfaat kepada kita semua yang bergelar REMAJA..

err.. la nih Demam Gangnam Style, yes! I know about it.. apa kata, sambil duk dengar lagu Oppa Gangnam Style tuh, apa salahnya kalau godek-godek Youtube dengar ceramah..(pesanan untuk korang, dan khasnya diri aku yang mudah lupa)

ceramah nih bagi aku antara ceramah yang best.. memang best.. Cinta Best..he he he
semua penceramah best...
Ustaz Don best, tapi bertambah best apabila adanya UAI *ehh!! sempat lagi aku nih*

'Hidup ini umpama bunga, dan CINTA itu adalah madunya'

wallahuaklam...assalamualaikum..:)

Anilah Ardenieti: share lah video nih dengan kawan-kawan korang, semoga kita semua menjadi seorang remaja yang hebat.. dan yang lebih penting ialah kehidupan kita mendapat keredhaan-Nya.. Insya-Allah..amin :D