Dilanda Kepenatan ^__^


YESS!!! akhirnya..
esok tak dak kelas..
mak oiii.. penat kut..
bukan penat pasal apa, tapi penat pala otak sebab hari-hari kena bekerja
kalah mesin slurppy kat 7E tuhh..

huhuhu..
dari hari Sabtu minggu lepas sampai hari Sabtu hari nih tak berhenti kelas..
orang lain sedap ja tidoq kat umah..
dah la cuti nihh...
sabo jo larhhh
no holidays for senior year...tetttt~

ok..
semangat..semangat...semangat..Anilah!!!!!
do the best, beat the rest...
You can Do It!!!!
S.M.I.L.E. :-)


Anilah Ardenieti: tadi tengok cerita 2 Hati 1 Jiwa, ada cerita pasal pelajar UITM..woww!!!bestnya.. nak masuk U jugak!!!mudah-mudahan... Insya-Allah, aminn...

Anilah Ardenieti: HAH!!! 27/2.. mak oii!!! Anilah!!!prepare something!!!

Kerana Satu Lagu...:-)

VROMMM..VROMMMM...
(bunyi vacuum tengah sedut habuk kat blog nih)

Assalamualaikum..
hai, guys!!:-)

ehemm!!!ehemmm!!!

sapa suka lagu nihh???



hah..baik mengaku cepat..

hahaha..^___^

okeyhh!!! bukan apa..
semalam lepas study..

tetiba, rasa macam mood nak godek-godek youtube tu datang..
so, tengah duk meng'godek' tuhh..

jumpa pulak lagu Opick yang nihh

Opick-Rapuh

apa lagi, dengan headphone-nya
Nilah pun dengarlah lagu nihh..

tengah duk syok layan lagu..
tetiba..

'tinggggg!!!!!naik mentol!!! 
(idea yang tak brapa cerdik datang)

'why not share kan?'
 so, tekanlah butang share kat youtube tuhh

dengan status yang tak boleh blah dariku

'Maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMu'

hahaha..status bagus punya!!! terbaik dari ladang!!!hahaha

actually, status tuh di'ciplak' dari lirik lagu tu larhh..hehehe

hari nihh, bukak-bukak fb ada banyak notification..
ambekk!!! kau!!!!

my sis, kak Opie komen semalam ngan Amir, my friend..

tapi hari nih, my bro, Abang Achin and my sis-in-law, Kak Rini komen pulak..
ambikk ko!!!
tu namanya tindakan brani mati...hahaha

mesti depa ingat yang aku nihh mai mood galak tetiba..
dah la nak SPM nihh..

huhuhu..
no larhh..
actually, saja nak kongsi..
lagu tuh BEST..
LIRIK pun BEST gak...
awesome!!!:-)

lirik dia ketuhanan sikit kalau didengar betul-betul..:-)

patutlah tadi, bila Kak Rini balik lunch kat umah dia ada tanya..
sama ada Nilah falling in love ka?
hahahaha..patutlah dia tanya macam tuhh..
sudah ku paham maksudnya..
heheh..sebab tadi blur lagi..
sekarang dah tau dah.
so, no comment about falling in love segala bagai...
hahaha...opsss!!!:-)
no menggatal-gatal k..

nak SPM dah..
semangat...semangat...semangat...

27/2/2012
UJIAN SATU


Anilah Ardenieti: everydays ada ja kelas.. kelas tambahan la, tuition la, petanque la..apa-apa ja lah.. kurang setahun ja lagi Anilah oii!!!! sabaq sat ja...Anilah, you can do it!!!! S.M.I.L.E.:-)

Ketulusan Hati..

Bismillahirrahmanirrahim..


Ya Allah, kuatkanlah hambaMu ini..
untuk hadapi semua dugaan dan cabaran ini..

Subhanallah...
hanya padaMu aku meminta..
sesungguhnya hambaMu ini sangat lemah..
pada saat ini ingin rasanya aku berundur..
setiap kali berfikir tentang nih, ingin rasanya aku mengundurkan diri..
tak kuat rasanya..
terlalu besar tanggungjawab..

Anilah, sabar Anilah!!!

SEMANGAT!!! SEMANGAT!!! SEMANGAT!!!
AND STILL S.M.I.L.E..:)

and dalam tempoh dua minggu ini aku nak fikir masak-masak tentang keputusan yang aku ambil
sama ada teruskan atau 'lepaskan' apa yang aku ada
semua ini demi masa depanaku sendiri...

Ya Allah, Kau berilah keputusan yang tepat buat diri ini...
aminn...





Around The Corner..:-(

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum and hai!!! semua...^_<

tengah buat apa tu hah??
ishkk!!! apa nihh dah pukul 12 tengah malam tak tidoq lagi??
apa nak jadi nih??
ampa nak tunggu ayam mengeluarkan ring-tone nya ka baru ampa nak tidoq?

(ewah!! marah orang pulak)

so, macam mana minggu nih?
ok tak?
banyak kerja ka tak dak kerja?

kalau tanya Nilah tak mungkin Nilah akan cakap macam nih
'tak dak kerja nak buat.. boring siott!!! so, duk umah tengok tv sampai tidoq depan tv'

huh!! ayat tu mungkin Nilah akan cakap masa cuti skolah akhir tahun ja..
biasa arr tuhh..
orang yang dalam rumah pun naik sebu telinga mendengarnya...

okeyhh!!!
minggu nih macam biasa..
kerja sekolah bertimbun-timbun, bleh kata setiap subjek ada ja kerja sekolah
latihan la, nota lah.......

sabaq sat Anilah oii!!!!
struggle sat ja...
pastu hang nak main games dari pagi hari nih, sampai pagi esok pun tak pa!!
sabaq sat nohh!!!

okeyhh!! just tulisan suara hati..
ewah!! hebat tak suara hati Nilah??
power punya.. siap boleh menulis lagi tuhh..
tu tak masuk suara perut lagi tuhh..
kalau tak, mesti  dia tulis perkataan
'lapaq....lapaq...and lapaq lagi'
huhuhu...

ok!!! Anilah stop dreaming okay!!!

27/2/2012
yupp!!! tarikh Nilah nak pi date..
hah!! ambikk.. nak mampuih bleh arr buat statement macam tuhh..

actually, tarikh tu adalah tarikh exam!!!!
UJIAN SATU


mak oii!! nak dekat dah Anilah oii!!
hang tak sedaq diri pa lagi yang hang tu nak ambik SPM dah??

okeyhh!!
now, the important things is time management


yupp!! pengurusan masa..
Nilah 'FAIL' bab nihh..
seorang yang kelam-kelibut, apabila bercakap tentang masa
memang ia akan menjadi seperti TIDAK SESUAI!!!
memang tak patut..tak patut..


okeyhh!!! but, I must try to do my best..
and then come out with flying colors..
Insya-Allah..aminn..

All The Best to me and all my friend!!:-)



NEVER EVER EVER GIVE UP!!!

Okeyhh!!
bye.. assalamuaikum..
sekarang pukul 12:55 pagi..
so, selamat pagi!! jalani hari anda dengan senyuman!!:-)
bye, nak pi tidoq koz esok ada banyak lagi kerja nak kena siapkan..
then!! extra class!!! Add Math.....

SEMANGAT!!! SEMANGAT!!! SEMANGAT!!!
S.M.I.L.E..:)

Sharing Is Caring.. Jomm!! Praktik...:-)

Belajar : Bagaimana Mendapatkan Keberkatan? iluvislam.com + discover the beauty of islam

Jom!! Renung-renungkan & Selamat Beralamt!!:-)

Petua Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran iluvislam.com + discover the beauty of islam

Nilailah diri sendiri..:-)

Assalamualaikum,
tadi lepas habis ber'dating' ngan homework, Nilah bukak la fb jap...
dah bukak buku, kenalah bukak mukabuku pulak..he he he, ada ka macam tu?

so, dalam duk tinjau-tinjau apa yang terbaru dalam fb tuh,
tup-tup terbacalah satu ayat...

JADILAH orang yang TETAP SEJUK walaupun berada di tempat yang PANAS... ♥
Yang TETAP MANIS walaupun sedang berada di tempat yang PAHIT... ♥
Yang TETAP MERASA KECIL walaupun telah menjadi agak BESAR... ♥
Yang TETAP TENANG walaupun berada di tengah BADAI yang hebat... ♥
Dan yang TETAP MENGUTAMAKAN PANDANGAN ALLAH dalam semua perkara... ♥

Subhanallah, mudah-mudahan..
semoga kita semua tergolong dalam golongan yang macam tuhh..
Insya-Allah..aminn

Assalamualaikum:
Anilah Ardenieti: PESANAN!!! fb bukan ja tempat untuk chat atau buat 'reunion' dengan kawan-kawan yang lama ja.. TAPI, juga tempat untuk mencari ilmu dan pengetahuan.. malah, tempat untuk menilai diri sendiri... so, pandai-pandailah korang guna.. sekian, berita tv9~  

Anilah Ardenieti: mood~ I'm very-very-very frustrated today!!! Ya Allah, kuatkanlah hambaMu ini.. rasanya macam tak mampu ja nak bertahan... 


Student.........................:-)

Assalamualaikum ahli-ahli palnet blogku sekalian!!!
hyp!! hyp!! horeyhh!!


korang tengah buat apa?
tak tidur lagi??
sama lah kita... korang tengah buat apa?
Nilah tengah duk siapkan kerja sekolah..
iya!! mahu diberes sin ya!!!
hu hu hu, macam dah sama spesis ngan bibik nampaknya ya!!


banyaknya kerja, hari pertama dah start homework
nampak gayanya cikgu nihh memang jeles kat kami la..
sebab tu depa tak mau kami duk senang-lenang dah

kalau kami senang lenang, depa tak senang duduk la jawabnya
banyak lagi kerja sekolah and segala nota-nota yang perlu diselesaikan..

ramai cikgu nak buat kelas..
cikgu Maheran nak buat kelas Add Math,
Cikgu Noorfauziah nak buat kelas Perdagangan

Nilah rasa cikgu-cikgu nih memang tak boleh kalau tak jumpa kami, satgi kut depa rindu
hu hu hu
*perasannya..ntah2 depa pun menyampah tengok muka kami tiap-tiap tahun*

oleh sebab kelas kami hanya 10 orang penghuninya,
jadi semua cikgu nak buat yang terbaik dan bagi kami dapat the best result..
Insya-Allah..aminn...

cikgu Norzila awal-awal lagi dah 'push' kami suruh fight untuk dapatkan 'A+'
(di mana ada kemahuan, di situ ada 'A1')

 'NO MORE 'HONEYMOON YEAR'
hu hu hu
tahun lepas pun mana ada kami honeymoon sangat pun..
banyak kerja jugak
tahun nih lagilah banyak kerja..

target ku adalah
TAK MAU 'TUANG KELAS'
kalau orang selalu sokong kempen
'Katakan Tidak kepada Rokok'
 tahun nih Cik Nilah nak menyokong kempen NGO yang Cik Nilah tubuhkan

'KATAKAN TIDAK KEPADA PONTENG KELAS!!!'

aduyaii, tahun nihh dah tak mau tuang kelas segala bagai dah,
ehh!!! bukan sengaja tuang ok!!
tuang sebab ada makna!!
ewahh!! dah macam tuang ayaq plak dah...

tahun lepas yang banyak kali Nilah tuang kelas sebab joint Pasukan Debat Ala Parlimen Sekolah
ingat lagi masa tuhh
boleh kata ada satu hari yang kami tak masuk kelas langsung sebab masing-masing kalut dengan debat
harap-harap tahun nih Nilah terlepas..aminn..

dah la Nilah jenis yang 'slow learner' sikit
jenis yang kena ada tengok cikgu buat betul-betul and kena bagi fokus betul-betul, kalau tidak memang tak dapat tangkap...
lagi satu jenis yang
kena ada orang push, kalau tidak memang tak jalan..
and orang yang selalu push Nilah adalah abah...

'adik, periksa... pi baca buku!!'

'adik, think positive!!'

adik!!!

adik!!!

semuanya, 'adik!!'

kalau tak abah, semestinya mak

'adik, pi masuk bilik.. baca buku, jangan tidoq lewat!!'

adik!!

adik!!

dan

adik!! lagi...

sememangnya begitu and dari dulu lagi..

tapi, Nilah suka bila abah Nilah cakap macam nih

'adik, sembahyang dah? jangan harap nak periksa ja baru nak sembahyang..'

ya!! sebab dia mengingatkan Nilah tentang tanggungjawab Nilah yang satu ini..:-)


harapanku hanya satu..
agar aku tak 'down' masa nak dekat exam..
pengalaman masa ambik PMR telah mengajarku..
aku terlalu menyesal sebab aku telah 'down' masa tuhh..
aku terlalu stress dengan exam...

tapi, Insya-Allah, semua itu tak mungkin berulang...
aminn

dah..dah.. dah pukul 12:18a.m. dah nihh..
pi tidoq nuhh..
Nilah pun nak beradu jugak.. *perasanjadiraja*

hah!! sebut pasal Raja, Nilah nak bagi tau yang sekolah kami warna kuning..
he he he..
ada kawan-kawan tanya 'weyhh!! kenapa warna kuning? kenapa tak warna lain?'
and I said that
'ampa tak tau ka yang sekolah nihh anak Raja ja yang blajaq kat sini? jadi, bolehlah perasan jadi anak Raja sat.'

hehehe..perasan ja pun..
dah macam nak mengalu-alukan tahun akhir kami kat sekolah ja..
pengetua baru, sekolah cat baru, kantin pun nak buat baru..
semuanya baru..
murid ja yang still lama dengan pemikiran yang lama..

oleh itu, bersama-samalah kita membuat anjakan paradigma..:-)
(perghh!! ada tak macam dalam iklan??)

hah!! sekolah kami kan sekarang dah tukaq jadual tau..
setiap hari semua pelajar kena(WAJIB) solat Zuhur berjemaah..
*dah rasa macam Sekolah Menengah Agama Dato'Ali la pulak*
tapi, serius Nilah suka and amat menyokong pengetua baru nihh punya transformasi

semoga kami semua berjaya bukan sahaja di dunia, malah juga di akhirat..
Insya-ALLAH, aminn

assalamualaikum..

Anilah Ardenieti: perjalanan ku masih jauh.. sabar, Anilah...sabar..:-)










Berilah kekuatan kepadaku..

Astagfirullah-al-azim
Subhanallah
Alhamdulillah




Bismillahhirrahmanirrahim..
Ya Allah, kuatkanlah hambaMu ini,
redhailah dan berkhatilah apa yang aku lakukan..
sabarkan lah dan tenangkan lah hati dan perasaanku untuk menghadapi semua ini..
sememangnya aku hambaMu yang lemah
dan tak mampu rasanya tuk memikul semua tanggungjawab ini..

Subhanallah,
rasanya tak lah sebesar mana kalau nak dibandingkan dengan cabaran Nabi Muhammad SAW ketika memperkembangkan agama Islam
dan juga cabaran dan dugaan yang dia hadapi ketika dia menjadi Pemimpin umat Islam..

ketabahan Baginda mengajar aku untuk terus ikhlas ketika menjalankan tanggungjawab ku..

Ya Allah, Kau kuatkanlah hambaMu ini

kadang-kadang, aku tersepit antara kawan dan tanggungjawab
semoga aku menjadi seorang yang lebih adil dan lebih berdisiplin..

kadang-kadang rasanya tak mampu untuk menasihati orang atas kesalahan dia
sementara diri ini juga penuh dengan kesalahan dan kesilapan yang dilakukan...

tak mampu rasanya untuk jalani semua ini...

tetapi, dalam setiap kepayahan atau kesulitan pasti ada hikmahnya bukan?
ya!! aku tahu yang aku sedang belajar tentang erti tanggungjawab dalam kehidupan
semua ini mengajarku untuk lebih fokus tentang apa yang aku buat
dan paling penting adalah mengajarku cara bagaimana untuk membuat keputusan dengan tepat dalam masa yang singkat

Ya Allah, beratnya semua tuhh..

maafkan andai diri ini ada terkasar bahasa, tersilap bicara, terguris hati sesiapa ka..
maafkan andai korang(kawan-kawan) rasa Nilah tak adil sebab kadang-kadang Nilah harus buat pilihan yang tepat dalam masa yang singkat..
maafkan andai ada yang tiba-tiba Cik Nilah naik angin kat mana-mana ka,
andai kadang-kadang ada terlebih sifat 'mak tiri' ka.. alamakk!! terlebih sudahh

tapi, percayalah..
percayalah yang kita masih kawan, persahabatan Nilah tak akan Nilah kianati
kepercayaan cikgu tak akan Nilah sia-siakan..
janji ku kepada kedua ibubapa ku tak akan aku mungkiri

'mak, abah percayalah yang Insya-Allah adik akan berusaha sehabis mampu'

abah selalu cakap
nanti orang tak tanya 'hang pegang jawatan apa kat sekolah? hang wakil apa? orang cuma tanya hang dapat berapa 'A' SPM?'

yupp!! tahun nih Nilah adalah candidates SPM 2012
Insya-Allah, Nilah akan berusaha terhabis mampu.. cikgu-cikgu pun semuanya berusaha
macam Cikgu Noorfauziah cakap tadi
'kalau saya bukak gear 5, kamu semua kena bukak gear 7'
yupp!! usaha lebih sikit..sebab kita nak naik bukit nihh..

Anilah, You can do it!! fight for it!!

JANGAN 'DOWN' Anilah.. ini tahun terakhir kau!!

semoga semuanya berjalan dengan lancar, Insya-Allah..

assalamualaikum..
S.M.I.L.E.:-)

Anilah Ardenieti: terima kasih kepada seorang 'hamba Allah' yang sudi meng-sponsor kan t-shirt klas Akaun dan ST under Yayasan Aman Jiwa semoga Allah saja yang dapat membalasnya..

Anilah Ardenieti: setiap hari ada saja kerja, penuh and berlambak-lambak, nota lah kerja sekolah lah and banyak lagi.. Anilah, sabar, Anilah..