##Dititipkan sedikit kekuatan....

Bismillahhirrahmannirahim..
 
 
Ya Allah, tetapkanlah hatiku ini..
 
ini jalan yang aku telah pilih...
semoga pilihanku itu tepat, Ya Allah..
 
Ya Allah, berilah aku kekuatan
ketabahan hati dan kekuatan iman..
 
------------
 
Dear heart,
 
You have come this far, please don't give up now....
 
Ya Allah titipkanlah sedikit kekuatan dalam diriku ini...
agar aku sentiasa kuat untuk menghadapi semua ini
agar aku sentiasa bersedia untuk menangani semua masalah
 
--------------
 
aku tak nak apa yang aku usahakan selama ini menjadi sia-sia
setelah banyak yang aku korbankan
 
biarlah bulan 3 tahun depan menjadi bukti KEPUTUSANNYA
atas apa yang aku usahakan selama ini
 
aku redha dan bertawakkal hanya kepada Mu, Ya Allah
 
------------
 
next week(5.11.2012)
tarikh keramat buat kami semua...
 
setelah dua tahun bertungkus lumus untuk Spm
tanpa sedar, minggu depanlah tarikhnya
 
selama sebulan peperiksaan
sebulan itulah yang akan menentukan perjalanan hidup kami
masa depan kami..
 
-----------
 
aku mengharapkan yang terbaik kerana usahaku merupakan yang terbaik,
Alhamdulillah... Insya-Allah..amin
 
SPM penentu masa depanku
 
apa yang aku impikan selama ini...
 
Insya-Allah, andai kata ada peluang untukku
 
aku mahu menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi..
 
PhD
 
Ya.. itu impianku selama ini
kerana selama ini aku mengimpikan untuk menjadi seorang 'Doktor'
 
tetapi, sekarang jalan hidupku berbeza..
 
tapi, Insya-Allah..
 
Doktor Falsafah, mungkin??
 
amin.. doakan yang terbaik buat kami semua
 
---------------
 
mak, abah, abang, kakak..
I will prove that I can do it!!
 
adik nak semua orang GEMBIRA dan BAHAGIA..
 
semoga Allah mempermudahkan perjalanan hidup ini..
amin Ya Rabbil Alamin