Memaparkan catatan dengan label Diari Hatiku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Diari Hatiku. Papar semua catatan

Tetap Terus Berjuang!!

Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim..

Esok (2 Jun 2013) akan bermulalah kehidupan baru aku.. macam-macam rasa bercampr sekarang nih..

oh ya!! lupa nak bagi tau.. saya Siti Anilah Ardenieti Binti Anchari telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran saya ke Kolej Matrikulasi Johor a.k.a. KMJ or lebih famous dikenali sebagai Kolej Mak Jemah :p

tapi, saya telah menolak tawaran itu atas sebab-sebab 'teknikal'

maka, esok saya akan melaporkan diri sebagai salah seorang mahasiswi Universiti Teknologi Mara a.k.a. UiTM kampus Arau, Perlis..



Alhamdulillah, Ya Allah.. :)

sebelum tuh, ramai orang yang Tanya aku kenapa aku tiba-tiba tukar fikiran kan.. hari tuh cakap nak masuk matrik, last-last pi sign dokumen berkaitan UiTM dekat pengetua sekolah..  aiyooo, ketuk pala baru tau..

but I'm so sorry, aku tak dapat nak jawab soalan itu.. bagi aku..aku tak ada jawapan yang tepat or pasti ntuk menjawab soalan tuh..

apa yang aku tau.. hidup kita sebagai manusia adalah untuk mencari redha Allah.. dan redha Allah adalah terletak pada redha kedua ibubapa kita..

aku adalah manusia yang tak mampu untuk berkata TIDAK apabila melibatkan mak dan abah..  bagi aku, aku tak nak jadi anak derhaka...

jadi, apa pun yang terjadi.. tak kira lah keputusan ini datang dari siapa pun.. yang penting dapat melihat senyuman mak dan abah apabila aku bersetuju untuk masuk UiTM itu sahaja sdah cukup buat hati ini tenang..

apa pun yang akan terjadi nanti setelah aku melangkah memasuki universiti, aku redha.. aku terima..

aku tahu yang besar risiko yang aku bakal hadapi bermula esok.. tapi

demi orang yang sangat bermakna dan banyak berkorban dalam hidup aku selama ini.. aku pasrah... ak terima apa sahaja..

aku akan terus berkorban.. aku akan terus berjuang.. kawan-kawan doakan aku ya!! :)

2 tahun menanggung seksa sendiri, aku terfikir adakah aku mampu untuk teruskan ini semua dalam tempoh 10 tahun akan datang?

mampukah aku untuk terus berkorban..?

mengetepikan perasaan sendiri demi orang yang aku sayangi..?

mampukah aku untuk terus berpura-pura di hadapan mereka?

Ya Allah, bantulah aku ntuk terus berjuang dan bertahan..

kalau satu hari nanti aku jatuh dan tak mampu untuk terus bertahan, aku cuma mampu untuk terus berharap agar ada orang yang akan datang untuk terus memberi semangat dan mengingatkan aku tentang besarnya pengorbanan orang-orang yang sayangkan aku selama ini..

agar aku akan bangkit semula melawan kekecewaan yang sudah pasti sangat mendalam..

{jauh di sudut hati aku, aku masih berharap agar keputusan yang dibuat ini adalah tepat...}


 
apa-apa pun..
 
aku nak cakap
TERIMA KASIH
dan Alhamdulillah, Ya Allah
 
mak, abah, abang, kakak, kak Rini and my big family.. cikgu-cikgu... kawan-kawan.. dan semuanya yang selama ini berada dibelakangku menyokong aku tanpa rasa penat dan jemu..
 
terima kasih banyak-banyak
hanya Allah sahaja yang dapat membala jasa dan pengorbanan kalian :)
 
 
Assalamualaikum..
 
to all my friend..
GooD LuCk :')
 

##aku memerlukan MU##

 
 Di setiap langkahku,
aku memerlukan Mu, YA RABB
untuk membimbingku
menjadi pelindung
menyayangiku
serta menjagaku
dan menguatkan lagi langkah kakiku
menuju ke arah CINTA Mu yang satu..
 
Ya Allah
KAU pinjamkanlah aku sedikit kekuatan
 agar aku dapat bertahan dengan dugaan Mu ini..
 
 
 
Diari hati,
Anilah Ardenieti
 
p/s: gambar >credit to my bestie, Eira Hanim pesbuk< :')


Menghitung hari.......detik demi detik...

Bismillahirrahmannirrahim..
 
Ya Allah, Kau permudahkanlah segala urusan kami semua..
 
besar harapan cikgu,
besar lagi harapan mak dan abah,
tapi, besar lagi harapan Aku.......
 
 
: : Entri akan datang.. after SPM....MAYBE!!  : :
 
cikgu.. please don't cry anymore...
saya tak sanggup nak tengok semua cikgu saya menangis..
kerna selama ini kita ketawa bersama..
 
Insya-Allah..dengan izin-Nya
we will perform our best :)
 
Insya-Allah.. amin..
 
doakan kejayaan kami semua..
 
halalkan semua ilmu yang cikgu beri selama ini..
maafkan semua perbuatan saya ya cikgu...
 
tak mungkin saya akan lupa semua tuh
jasa dan pengorbanan cikgu terlalu besar untuk diri ini...
 
TERIMA KASIH to all cikgu
yang mengajar saya dari Form 1 hinggalah Form 5
dari junior hinggalah jadi senior
dari pelajar biasa hinggalah jadi --------*tet*
dari budak baik, innocent ja
hinggalah jadi macam harimau betina..*ngaummmmmmm*
 
doakan kejayaan kami semua ya cikgu..
---------------------------
 
teringat satu kata-kata berhampiran dengan pagar sekolah ku..
 
Kami datang dengan harapan,
Kami pulang dengan kejayaan..
 
Insya-ALLAH..AMIN..
 
I want to make my parents proud of me..
setelah apa yang mereka sanggup korbankan selama ini..
 
------------
 
Ehem..ehem..
 
so, guys...
kalau diri ini ada melakukan kesilapan..
mana tau selalu marah korang ka
selalu ketawa kat korang (walaupun ketawaku macam evil)
ada terkasar kat mana-mana ka...(yang nihh selalu lelaki la.. sorry aku tak berkasar dengan pompuan ok...peaceeeee)
selalu tampaq or cubit korang ka...(yang nih pompuan kena..lelaki selamat..)
ada jadi Transformers tak kena pada tempatnya ka... *hikhokhikhok*
 
so, aku mintak maaf...
 
halalkan segalanya ya..
 
kalau korang ada kutuk aku tuh..
aku maafkan dah...
tak ambik hati pun, limpa tak.. jantung pun tak.. *err*
 
ok... bye.. assalamualaikum
 
OH YA!
to all spm candidates
GOOD LUCK and All the best
 
make your best and Allah will do the rest.. Insya-ALLAH
 
to all my classmate.. desk mate...
terima kasih atas segala-galanya
korang buat aku bahagia...bahagia...bahagia..*lagu Najwa Latiff* owww!!
 
wahai AKAUN Ben 10
 
setelah 2 tahun bersama korang,
kita ibarat SATU FAMILY
 
dan, di kesempatan ini
 
aku nak cakap satu ja...
AKU SAYANG KORANG SEMUA
 
pastinya.. aku akan merindukan korang semua after kita abis exam 28 nih
aku akan rindukan kElas kita..
YA!! tempat kita berkongsi suka duka bersama..
ketawa sama-sama
kena marah sama-sama..
buat kerja sekolah sama-sama...
meniru sama-sama..
tekanan jiwa sama-sama..
DAN
conteng kelas sama-sama..*opsss!!*
 
Oh Allah, kuatkanlah hatiku ini untuk terima semua ini..
aku pasti akan merindui ini semua..
 
sesungguhnya aku sangat menyayangi mereka, Ya Allah
 
 
 
 
Anilah Ardenieti: Abang masuk blajar balik kat UM.. err.. adakah adiknya ini akan menyusul langkahnya pada masa hadapan?? atau lebih jauh daripada dia berada??.. ermmm.. jawapannya.. Insya-Allah..AMIN... amin...amin....semoga dipermudahkan perjalanan ku ini, Ya ALLAH.. 
 
 
 
 


##Dititipkan sedikit kekuatan....

Bismillahhirrahmannirahim..
 
 
Ya Allah, tetapkanlah hatiku ini..
 
ini jalan yang aku telah pilih...
semoga pilihanku itu tepat, Ya Allah..
 
Ya Allah, berilah aku kekuatan
ketabahan hati dan kekuatan iman..
 
------------
 
Dear heart,
 
You have come this far, please don't give up now....
 
Ya Allah titipkanlah sedikit kekuatan dalam diriku ini...
agar aku sentiasa kuat untuk menghadapi semua ini
agar aku sentiasa bersedia untuk menangani semua masalah
 
--------------
 
aku tak nak apa yang aku usahakan selama ini menjadi sia-sia
setelah banyak yang aku korbankan
 
biarlah bulan 3 tahun depan menjadi bukti KEPUTUSANNYA
atas apa yang aku usahakan selama ini
 
aku redha dan bertawakkal hanya kepada Mu, Ya Allah
 
------------
 
next week(5.11.2012)
tarikh keramat buat kami semua...
 
setelah dua tahun bertungkus lumus untuk Spm
tanpa sedar, minggu depanlah tarikhnya
 
selama sebulan peperiksaan
sebulan itulah yang akan menentukan perjalanan hidup kami
masa depan kami..
 
-----------
 
aku mengharapkan yang terbaik kerana usahaku merupakan yang terbaik,
Alhamdulillah... Insya-Allah..amin
 
SPM penentu masa depanku
 
apa yang aku impikan selama ini...
 
Insya-Allah, andai kata ada peluang untukku
 
aku mahu menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi..
 
PhD
 
Ya.. itu impianku selama ini
kerana selama ini aku mengimpikan untuk menjadi seorang 'Doktor'
 
tetapi, sekarang jalan hidupku berbeza..
 
tapi, Insya-Allah..
 
Doktor Falsafah, mungkin??
 
amin.. doakan yang terbaik buat kami semua
 
---------------
 
mak, abah, abang, kakak..
I will prove that I can do it!!
 
adik nak semua orang GEMBIRA dan BAHAGIA..
 
semoga Allah mempermudahkan perjalanan hidup ini..
amin Ya Rabbil Alamin
 
 
 
 
 
 
 


#Sweet ka 17 tuh?? ##

(AWAS!! entri panjang dihadapan!!)


Assalamualaikum, semua!!

MAAF!! semalam Nilah terlupa nak post kan entri nihh.. dah siap mengarang sgala bagai, tetiba terlupa nak post plak.. huhuhu.. memanag spoil derr!!>__< apa-apa pun, let's cekidaudd.. anggap ja yang korang bara entri bertarikh 14 Julai 2012, bukan 15 Julai.. :)
korang nak baca satu kisah tak?? heee~

pada tarikh hari nihh.... 17 tahun yang lepas, bertempat di Hospital Besar Kangar, Perlis.. yang sekarang dikenali sebagai H. Tuanku Fauziah.. lahirnya seorang bayi yang cukup sifatnya, (cuma terlebihhh hormon kelakian yang membuatkan gadis itu menjadi seperti agak 'tomboy' sekarang!!huk3)

*WERKKKKK!! WERKKKKK!!* suara baby menangis, ala-ala manja gituhh coz anak last*SENTAP!!

anak kepada pasangan En. Anchari Bin Hussin dan Puan Siti Ramlah Haji Salleh itu hari ini menyambut hari lahirnya yang ke-17... bak kata orang.. Sweet 17!!:) *mengada*

bayi yang diberi nama Siti Anilah Ardenieti Binti Anchari itu sangatlah tinggi sekarang mengalahkan kakaknya.. HAHAHA!!*mampus kalau Kak Opie 'ter' baca nihh*

bayi itulah AKU!!...

seriously, macam tak percaya ja yang aku dah masuk 17.. aduduii, dah beso dah yerr aku nihh!! tapi, perangai STILL tak berubah sejak azali lagi.. masih lagi manja and tak boleh nak berdikari lagi, (beli kari bleh lah aku :P) hohoho^__^


adik, Nine, Deq 9, Nanai, Anilah, Nilah, Kak Nilah, mak su Nine.. semua itu panggilan untuk aku!! (DEMAND!! sorang jaa tapi ada 'pelbagai' nama.. WELL!! *bangga tahap dewa*:P)

Alhamdulillah... aku dapat menyambutnya lagi buat kali yang sekelian kalinya*ayat tunggal ka ayat tunggul pun tak tau la*

first of all.. I want to says 'THANK YOU ALLAH!!'.. Allahu akbar.. hari nihh genaplah aku berumur 17 tahun dan aku masih lagi diberi kesempatan untuk menghirup udara yang dipinjamkan oleh-Nya kepada kita umat manusia...Alhamdulillah, Allah <3<3

anyways, I just want to says THANK YOU SO MUCH, Terima kasih,
 شكرا
 谢谢, நன்றி

(HAH!! ambik kau!! bahasa apa?? semua ada!! Kitakan 1 Malaysia!!:P)

terima kasih daun keladi,
tahun depan ucaplah lagi.
(bleh tera pantun C. Tiqah tak??)
tq ya!! tqsm!! kepada sesiapa yang wish dr pukul 12 tengah malam tadi, sampailah sekarang, sampailah minggu depan.. *Opsss!! terlebih sudaaa!!*

thanks a lot yeww!!

smoga apa yang korang doakan tuhh akan dimakbulkan.. smoga ukhwah antara kita akan kekal berpanjangan..Insya-Allah, aminn...

Owhh, YA!! dan juga kepada sesiapa yg bagi presents tuhh.. TQSM!! <3<3 I love it!!

apa-apa pun.. korang rock bebeyhh!!

bila hari jadi aku datang, macam biasa I always think about my future life..
tahun depan, Insya-Allah.. andai kata rezeki berpihak pada aku.. aku nak masuk Universiti, I don't care dekat ka jauh, asalkan boleh further study at U *ayat!! cakaplah ko tak bleh duk jauh ngan mak!!*
sapa yang tak nak kan masuk U.. woii!! cita-cita aku tuh dowh!!.. for me, aku nak FLY!! ya!! fly.. fly to oberseee... bukannya pi bercuti kat luar negara macam aku slalu pi tuh, tapi yang nih pi SAMBUNG STUDY.. tapi, wallahuaklam!!~ but, abah tak bagi.. abah cakap sambung ja kat UiTM Arau.. hahaha!! *gelak ambik hati* amatlah bertentangan dengan impian anak dia..:D

entahlah.. apa-apa pun.. itu hanyalah IMPIAN.. Yes!! sebuah impian yang kita tak tahu dapat ka tak.. tapi yang pastinya I have to struggle first for my SPM yang lebihkurang 4 BULAN LAGI!! pray for me, guys!!:)

bye.. assalamualaikum, semua..
Selamat berhujung minggu!!

Aku yang dah 17 tahun!!:)

Anilah Ardenieti: HAHAKSS!! next entri I will share about my 'wishlist' plak k.. nak cerita semuanya memang tak sempat coz nak dekat dengan Trial, kerja sekolah memang banyak, ngan nota sgala bagai.. huhuhu.. sabar Anilah oii! sabar!!

##Pelangi Petang##

Bismillahirrahmanirrahim...


aku rindukan arwah Along..

sedihnya..
tahun nihh bermakna tahun ke-3 pemergiannya
dah 3 tahun dia pergi meninggalkan kami..

Rindunya kat arwah
hanya Allah sahaja yang mengetahuinya..

Ya ALLAH, Kau tempatkanlah dia dalam kalangan orang-orang yang beriman..
aminn...

Al-Fatihah dihadiahkan kepadanya...

Along!!! adik rindu along!!
rindu sangat-sangat!!

kalau dulu hujung minggu jaa mesti dia datang umah..
makan sama-sama
pastu berebut 'remut' control Astro ngan kami(aku N Kak Opie)
coz kami nak tengok AF(zaman tuh lah)
dan dia nak layan bola...

pastu bila hari kerja, pagi-pagi dia dah ada kat umah kalau masa aku cuti sekolah
dia bawakkan roti canai la, nasi lemak la..
macam-macam dia bawak..

pastu dia suka bawak aku pi jalan-jalan..
makan kat luar..
and macam-macam lagi lah..

ermm.. TAPI,
sekarang semuanya hanya tinggal kenangan..

Ya Allah, rindunya aku kat dia...:(

seriously, aku sangat sensitif ngan lagu 'PELANGI PETANG', Sudirman
coz lagu tuhh dapat mengingatkan aku dekat arwah along..

kalau ada lagu tuhh kat radio ka, Kak Opie pasang dalam kereta ka
mesti aku suruh tukar..
mak dah marah-marah coz tuh lagu favourite dia..:)

tapi, nak buat cam na..
satgi kalau aku dengar, aku teriak plak...:(

lagi satu aku 'pantang' kalau ada orang bercakap or tanya pasal along kat aku..
yang nihh lagi satu..
mak aku kalau tengok tv, sedih-sedih punya cerita

sat gi mulalah dia cakap
'teringat kat along'

aduii.. nihh memang aku suruh tukar channel tv or suruh tukar topik..
bukan tak tau
satgi ada jugak orang yang nak buat 'drama' air mata kat situ...

apa-apa pun...
Aku sayang Along...

kalau diberi kesempatan untuk aku berjumpa dengan Along
aku just nak cakap yang ni kat dia..

"Along!! adik sayanggg along!!"

TAPI, itu hanya angan-angan..
coz yang pergi takkan kembali..

aku kena percaya pada realiti..
yang aku dah kehilangan along..

tapi, aku tak pernah dan tak akan melupakan dia..

Ya Allah.. aku terlalu merindui dia...:(





#Won't GIVE UP, dear!!#

Don't give up when everything's come wrong
Do not blame others, but adjust our weaknesses

Be STRONG and continue forward

di saat semua orang jatuhkan kau
di saat kau rasa sedih
di saat kau rasa kecewa
di saat kau tertekan..

BANGUNLAH dan TERUS KUAT

Allah Maha Mengetahui apa yang kau rasakan..

sejujur mana perbuatan kau
seikhlas mana hati kau
hanya Allah sahaja yang tahu


Be strong for our future
DON'T GIVE UP

Percaya apa yang kau buat
dan teruskan
pedulikan cakap orang jika kau anggap ianya TEPAT!!
kerana kau saja yang mengetahui segalanya

orang lain hanya MEMANDANG,
tapi kau yang MELALUINYA

mereka hanya tahu MENYALAHKAN
manusia memang begitu

tanpa sedar kita 'dijatuhkan'
perasaan kita diketepikan

untuk puaskan hati orang memang tak mudah..

jadi, be yourself,
continue forword
dan pedulikan orang lain punya cakap-cakap

pedulikan..pedulikan..dan pedulikan..................
buatlah apa yang kita suka, selagi mana ianya betul

biar tak dihargai ataupun dipuji
tapi diingat di dalam hati..

Allah saja yang mengetahui segala sesuatu yang kau lakukan..

Diari kamar hati,
Anilah Ardenieti


#It's TrUe!!:-(#

Assalamualaikum..
dear, bloggers friends..
"Dato' Anilah" comes again!! (ewahh2!! perasan tahap skema)

Yes!! aku setuju!! coz aku sendiri hadapinya..

 we are too strong to face a lot of things..
kalau tak jadi seperti yang kita harapkan,
so... terpaksalah kuatkan semangat dan pegang erat kekuatan tuk hadapi semua kemungkinan..

KEMUNGKINAN??
ya!! kemungkinan untuk ESOK(Isnin) dan hari-hari berikutnya

aku rasa aku KUAT untuk hadapi kawan-kawan dan cikgu-cikgu di sekolah
and yang paling gerun bagi aku adalah PENGETUA

seriously, saya(Siti Anilah Ardenieti Anchari) dengan ini ingin memohon ampun dan maaf kepada SEMUA ORANG...
maafkan saya..

MAAFKAN SAYA, cikgu...
terutamanya kepada cikgu-cikgu pengawas

walaupun kami(pengawas) adalah satu 'team' tapi saya adalah ketuanya
jadi segala yang berlaku adalah di bawah tanggungjawab saya dan Najmi..

sekali lagi..
SAYA MINTAK MAAF, cikgu..:(

>seIKHLAS mana saya mintak maaf hanya Allah yang ketahuinya<
-----------------------------------------------------------

aku tahu esok adalah hari yang paling errr..(tak tau nak kata apa)
esok adalah hari untuk aku hadapi semua orang coz Jumaat hari tuhh aku tak pi sekolah..
so, segala 'jawapan' untuk semua 'persoalan' for Teacher's Day ada untuk hari ESOK!!

tanya sahaja and surely I will give the answer for your question
nak marah pun tak pa, saya tak kisah coz saya dah cukup bertenang sekarang..
nak sindir pun tak pa, saya kuat...
coz saya dah tengok Transformer Bumblebee kat USS(Universal Studios Singapore) dah
HOHOHO^__^
(gelak macam kena paksa jaa!!)

untuk pengawas, ketahuilah bahawasanya
kalau korang kena marah dengan seniors korang itu semua hanya untuk kebaikan kita semua..
kalau korang kena sindir ka apa ka coz hari guru hari tuhh disebabkan oleh 'perkara' yang korang tak buat..
be tough k, dear:)

maaf andai kata, terasa ka apa ka..
sorry..
REALLY REALLY SORRY

err.. korang pernah tengok tak senior korang menangis masa Hari Guru??
HAHA!! hanya aku ja yang ada 'kelebihan' pasal tuhh
sebab tuh hanya orang-orang seperti aku yang boleh menangis masa hari tuhh..
and itu kenangan bagi aku..
to Cik Kelabu a.k.a. Cik Fatin Nabilla(anak pak cik Yussuf)
Thanks coz 'lending' your shoulder for me to crying..
HAHAHA!!@-@

Thanks all coz colouring my days..
korang buat diri ini semakin kuat untuk hadapi cabaran

to all my seniors yang datang hari tuhh..
Abang Din, Abang Irfan..
eh!! Ridzuan and Adam pun ada tau...
(seriously tak perasan langsung hari tuhh, sampailah pi bilik kaunseling...aiyooo!!)
maaf ya anda semua tidak dilayan...
saya begitu sibuk mengalahkan PM pada hari tuhh
(hiperbola la pulokss!!)

Insya-Allah, ada rezeki kita jumpa lagi:)







Friendship Never Die:-)

THIS IS WE CALL FRIENDSHIP
>__<



 : : NIA Sweet 17th : :
NIA(Nisrin, Ira and Anilah)

Petanque tetap dihati..hukhok
*bangga mak cik Suri..hik3*


Anilah Ardenieti: Moga PERSAHABATAN kita tidak kekal di pandang Petanque sahaja.. huekkk!!:-P

Ketulusan Hati..

Bismillahirrahmanirrahim..


Ya Allah, kuatkanlah hambaMu ini..
untuk hadapi semua dugaan dan cabaran ini..

Subhanallah...
hanya padaMu aku meminta..
sesungguhnya hambaMu ini sangat lemah..
pada saat ini ingin rasanya aku berundur..
setiap kali berfikir tentang nih, ingin rasanya aku mengundurkan diri..
tak kuat rasanya..
terlalu besar tanggungjawab..

Anilah, sabar Anilah!!!

SEMANGAT!!! SEMANGAT!!! SEMANGAT!!!
AND STILL S.M.I.L.E..:)

and dalam tempoh dua minggu ini aku nak fikir masak-masak tentang keputusan yang aku ambil
sama ada teruskan atau 'lepaskan' apa yang aku ada
semua ini demi masa depanaku sendiri...

Ya Allah, Kau berilah keputusan yang tepat buat diri ini...
aminn...





Hanya tulisan diari hati..

Assalamualaikum semua!!!!:-)
okeyhh!! nak bagi tau yang MINGGU DEPAN sekolah dah bukak!!
adeii!! bagi tau yang macam la korang tak pernah tau kan??
hehehe

so?? NO MORE HOLIDAYS!!!
dah balik dari bercuti nihh maknanya dah habis masa tuk bersuka ria..
kawan-kawan yang lain boleh dikatakan semua dah struggle for our SPM
mak oii!! ceq bila lagi nak start nihh??


so, apa lagi duk melepak kat sini??
I also want to do the best..

...errrrmmmm...
JOM STUDY!!

*tiba-tiba semangat berkobar-kobar datang*

actually,
bukan apa Nilah seronok sangat tengok abang-abang ngan kakak-kakak yang belajar kat overseas..
Ya ALLAH, BESTnya diorang!!
tipulah kalau Nilah kata Nilah tak ada niat nak jadi macam diorang..
seriusly, memang ada..

and NOW!! I want to study!!
*not study hard, but study smart*

abah dah janji
kalau Nilah ada master dalam bidang accounting, Nilah boleh buat apa ja
termasuklah bawak kapal terbang..
tapi, kapal terbang peribadi ja lah..
tak bleh la nak bawak Jet Pejuang Sukhoi tuhh yang macam Nilah angankan..



sejak Nilah darjah  6, Nilah suka tengok kapal terbang
and my ambition is to be a PILOT

YaAllah, bestnya bila duk atas awan
boleh tengok orang dan yang penting bleh tengok Supermen, Ultramen Tiga, Ultraman Dyna

YUP!! itulah angan-angan Nilah masa kecik-kicik.. biasalah budak-budak lagi masa tuh, masih ada bayangan cartoon yang Nilah tengok dalam tv..
masa dulukan abah selalu bawak kami naik kapal terbang
pi bercuti naik kapal terbang..
sebab tu yang Nilah ada cita-cita nak bawak kapal terbang
nak jadi PILOT..

but!! abah tak bagi..
abah cakap yang Nilah umpama menempah maut..
it's dangerous for me..

Nilah nak jadi doktor abah tak bagi..
Nilah nak jadi arkitek pun abah tak bagi...
boleh kata semua yang Nilah ambition Nilah semuanya ditentang habis-habisan
ada jaa alasan yang abah bagi

Nilah minat Sains and lepas result kluar ja, Nilah decide nak masuk ambik aliran Sains Tulen
 sejak Nilah tingkatan 1 lagi Nilah dah decide yang Nilah nak masuk aliran Sains Tulen
lagipun Nilah dapat 'A' dalam subject Sciences and Mathematics dalam PMR
so, Nilah nak masuk aliran tuh
dengan harapan dalam hati tak ada satu orang pun yang tau..
dalam hati Nilah cakap yang Nilah nak jadi PILOT jugak!!
apa nak jadi, jadilah..
aku nak jadi pilot jugak lepas SPM

TAPI, abah lebih terror..
dia telah menukarkan aliran Nilah
daripada Sains Tulen, terus masuk aliran Akaun

yupp!! dia nak Nilah jadi macam abang..
macam Kak Rini..
dia nak Nilah jadi accountant

ya!! diakui..pertaruhan dia HEBAT!!
danBERJAYA buat masa sekarang
Nilah dah dapat sesuaikan diri dengan segala jenis number dan formula-formula

tapi, kenyataan nya!!!!
sehebat mana pertaruhan abah tuh boleh kita lihat hasilnya..
bukanpada tahun nihh..
tapi, pada tahun depan dan SPM akan menentukan segala-galanya
okeyhh!! WE WILL SEE IT!!

siapa kata Nilah tak pernah give up??
Ya Allah, banyak kali..
boleh kata setiap kali exam..
dan setiap kali itulah Nilah akan balik mengadu yang Nilah tak boleh nak catch up
and setiap kali Nilah kata macam tuh, setiap kali itulah abah akan cakap
'pelan-pelan nanti ok la'
seriosly, masa baru masuk kelas tuh Nilah 'blur'
Nilah tak tahu Nilah nak start dari mana..
and Nilah tak faham langsung apa yang cikgu tu ajar..
sampai kadang-kadang kalau ada masa Prinsip Perakaunan Nilah rasa BOSAN!!
and I thought that Cikgu Tengku cakap ngan dinding..*JAHAT KAN??
tapi, itulah sebenarnya realiti yang Nilah rasa sorang diri.
bila korang tak faham, so korang pun malas nak sambung apa-apa kan?
and malas nak bukak buku subjek tu kat rumah...
yupp!! same with me, Nilah dulu malas sangat nak bukak buku subjek tu
Nilah lebih suka bukak buku subjek lain,
kalau ada homework pun Nilah akan buat akaun yang last sekali..

masa yang paling Nilah rasa Nilah down adalah
 masa yang dimana keputusan subjek Prinsip Perakaunan Nilah dapat 35%(E)
yupp!! yang tuh masa Peperiksaan Pertengahan Tahun
Nilah rasa down sebab Nilah rasa Nila akan gagal dalam subjek tuhh bila Peperiksaan Akhir tahun
Nilah takut sangat.. Nilah takut Nilah gagal dalam subjek tuhh
dan Nilah mengadu benda yang sama kat abah, Nilah kata Nilah tak boleh nak ikut
dan abah still cakap benda yang sama...

masa tuh Nilah menangis, Nilah rasa tak ada sapa pun faham Nilah
semua pentingkan diri sendiri
masa tuh Nilah teringatkan arwah along..
YA!! kalau ada along mesti dia akan faham Nilah
mesti dia ada tuk sokong keputusan Nilah
ingat lagi masa Nilah dapat keputusan UPSR dulu
boleh kata setiap minggu Along datang tanya macam mana Nilah punya preparation for my exam
seriously, pada masa tuh I am not confident with myself
kerana Anilah yang dulu tak sama dengan Anilah yang sekarang
and ketika Nilah dapat result tuh Nilah menangis..
ya!! Nilah teramat-amat-amat tak sangka yang Nilah akan dapat result yang macam tuh
orang sangka yang Nilah menangis sebab sedih
tapi, sebenarnya Nilah menangis sebab gembira
terlalu gembira!!
and orang yang pertama Nilah call adalah Along!!
lepas tuh baru Nilah call mak, abah dan abang and Acik kat KL
masa Nilah call depa, Nilah tak dapat nak cakap  sebab Nilah gembira sangatsampai asyik teriak jaa
and masa Nilah call mak tuhh, tau tak apa mak cakap??
mak cakap macam nihh
'adik jangan duk teriak, tak pa, nak buat macam mana..dah tu yang adik dapat, terima ja lah'
masa tuhh,  Nilah rasa Nilah nak gelak guling-guling sebab Nilah rasa yang mak mesti pikir yang anak dia nih tak dapat A pun..hahaha
pastu bila balik mak duk tengok tv, masa tuh Nilah terus peluk mak
and mak terkejut kenapa Nilah peluk mak,
bila mak tengok Nilah punya result mak lagi terkejut
mesti tak sangka kan yang anak dia yang orang cakap bodoh and other else dulu bleh dapat result yang macam tuh??
yupp!! kerana result tu jugaklah yang dapat menutup mulut orang kampung tau!!
kenapa  Nilah bercakap macam tuh??
yupp!! macam Nilah cakap kan tadi..
Anilah yang dulu tak sama dengan Anilah yang sekarang..
Anilah yang dulu selalu dapat number last alam kelas, selalu dapat number tercorot
sampai ada orang yang tak nak anak dia berkawan ngan Nilah sebab tak nak anak dia bodoh sama
tapi, sapa percaya keajaiban Allah SWT bagi kat Nilah
lepas Nilah dapat result tu ja, terus semua tuh hilang..
Alhamdulillah..:-)

and lepas ja Nilah teringatkan arwah Along,
Nilah terfikir yang Nilah harus bergerak sendiri..
Nilah kena tolong diri Nilah sendiri sebab tak ada orang yang akan tolong Nilah..
and masa result Akhir Tahun hari tuh keluar Nilah dapat 'A' dalam Akaun..
Alhamdulillah..
tau tak abah cakap apa??
dia cakap lebih kurang macam nihh
'hah!! boleh pun bukan tak boleh, cuma segan ja lebih sikit'

HAH!! segan la sangat.. dia tak tau anak dia nih tidoq sampai lewat malam
sebab nak 'pebaik' result Akaun tu....

and the most importance things yang korang perlu tahu daripada coretan Nilah ini adalah
Nilah tak pernah benci abah Nilah,
mungkin dulu ketika dia buat keputusan tuk tukarkan aliran hidup Nilah ada juga terselit rasa marah and merajuk and other else kat abah sebab Nilah fikir yang dia tak faham apa yang Nilah nak
But!! Nilah tahu yang dia berfikir hanya yang terbaik tuk Nilah
Alhamdulillah, Allah bagi Nilah parents yang terbaik dalam hidup Nilah



and NOW!!!
Nilah akan buktikan yang Nilah pun boleh buat!!
Nilah nak buktikan yang Nilah nak dapat straight A tuk SPM
Insya-Allah.. aminn..
jikalau Nilah dapat, Alhamdulillah..
ini semua kerana Allah SWT dan semua ini untuk semua yang sentiasa ada berdiri dibelakang Nilah
dan untuk arwah Along
and the important things is I want to fly!!
Nilah nak study kat luar negara..
Insya-Allah, aminnn..

Nilah bukan nak berdegil, tapi kadang-kadang Nilah rasa Nilah perlu bagi ruang buat hati Nilah decide sendirikan apa yang Nilah inginkan..
and dari dulu lagi dan jugak sekarang, and mana tahu akan datang
Nilah tetap dengan keputusan Nilah yang Nilah nak terbang!!
Nilah nak jadi pilot!!!
walaupun Nilah pakai spect, tapi Nilah yakin..
Insya-Allah, aminnn...
semoga angan-anganku menjadi kenyataan...

and NOW!!! I want to fight for it!!




bye.. assalamualaikum..
hanya tulisan diari hati ^__^
Anilah Ardenieti: hari ini terbongkarnya satu rahsia dalam hidupku.. rahsia yang tak pernah ada sorang pun tahu latar belakang ceritanya.. rahsia yang telah lama disimpan di dalam hati, tapi hari ini Nilah coretkan di dalam Diari Blogku..