#Minggu Baru, SEMANGAT pun Baru!!:-)#



I'm sure that everything will be 'OK', but I'm prefer it to be AWESOME

Insya-Allah..

Next Week, nak perbaiki..
1. Hubungan dengan Allah

2. Pelajaran.. okeyhh!! next week exam.. Hopefully, it's gonna be alright..Insya-Allah, aminn:-) and about my studies, aku berharap agar Allah memberiku kekuatan dan mempermudahkan semua yang aku jalani.. menuntut ilmu itu kan satu jihat.. ya!! semua yang aku lakukan adalah kerana Dia.. dan dengan izin-Nya juga semua yang aku inginkan dapat aku gapai.. Insya-Allah:-)

3. My Prefect's Team.. okeyhh!! aku menjanjikan pengawas aku 'TERBAIKK!!' tuk minggu depan dan minggu-minggu akan datang sampai akhir tahun nanti.. kami(Anilah&Najmi) dah all out for our prefect dan Insya-Allah, dengan izin-Nya next week it will be better, guys.. korang THE BEST!!:-)

4. All friends SMK D'AA, hopefully semuanya akan ok!!
I know ada sesetengah yang suka dengan kakak 'Singa Lapar' nihh kan?? kalau tak korang tak buat la essay pasal aku 'The Most Popular Students In Your School'.. haha, adikkk!! Kak Nilah terharu!! *mukabajetcunjap* haha, nak tergelak pun ada bila sir kata korang buat essay pasal Kak Nilah... wee~bajet popular jap!! hohoho^__^

TAPI, ada segelintir yang dah buat group 'Anti-Pengawas' dalam pesbuk tuhh, seriously I don't mind, darlingggg :) buatlah apa pun korang nak buat, tapi please jangan kaitkan nama my parents, lagi satu jangan maki-maki orang sayangg.. bab tuhh aku pantang coz aku memang terasa.. klau korang tak suka pun ada prefect yang tegur korang, jangan la sampai maki-maki kami and nama kami naik dalam 'laman mukabuku' bukan saja yang tuhh laman dinding dan pintu toilet skolah pun jadi mangsa.. ksian la kat mak abah korang nak bayar duit PIBG tuk ganti smua kemudahan tuhh, dear(abah aku tak terkecuali kena bayar jugak)..  but hopefully, hari-hari aku berdoa tuk korang agar korang berubah.. aku tak cakap yang aku nihh lebih baik daripada korang, tapi boleh tak KITA SEMUA try to be the better students in our school?? boleh tak dear?

nak cakap yang kalau korang ikut peraturan skolah, dah tentu kami(pengawas) tak kacau korang.. cuba contohi orang yang tak pernah kena marah dengan pengawas and cikgu, nescaya hidup korang aman damai tanpa 'gangguan'.. kalau tidak asyik kena panggil ngan cikgu disiplin ja, nak blajaq pun tak selesa, ya dopp??

to Ayuni and the geng,(sorry sebut nama) korang belajar berubah ya?? last Friday korang dengar cakap Kak Eira kan?? korang dah tak cari pasal ngan dia kan?? ...seriously, I'm really appreciate and sangat berbangga kalau korang dah start berubah.. I think teachers also...Alhamdulillah, smoga kita semua berubah menjadi lebih baik dari hari ke hari..

pesanan ikhlas daripada Kak KP(Kaki Pesbuk) hohoho^__^


assalamualaikum..
mulakan hari anda dengan senyuman.. S.M.I.L.E.:-)
and yang penting penuh berSEMANGAT tuk minggu yang baru!!

Anilah Ardenieti: WORK HARDER and TRY to gets 'straight A' in my SPM.. nanti bleh dapat Mecedes-Benz SLK 200.. woww!! adakah angan-angan akan menjadi kenyataan?? tepuk dada tanya minda.. good luck to all SPM' candidates..

#NerbessNYAAAAA#

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
\/


YAYAYA!!
dah usaha dah kan??
so, jomm..
JOMM kita gi 'berperang'
(ehemm!!ehemm!! TAKE NOTE!! Nilah bukan ajak pi BERSIH na!!)

hohoho^__^

Nilah cuma nak cakap!!


HAH!! NERBESSNYAA!!

k bai.. assalamualaikum.. :)

Anilah Ardenieti: errr.. depa kata snarai nama platih PLKN nak kluaq dah bulan 5 nihh.. Ya Allah, jujur aku nak cakap yang aku TAK MAU pi.. tapi, feeling aku kata aku pun 'terpilih' jugak la sebab family aku tak dak sorang pun yang pi lagi.. tapi, aku banyak pi kem, hah!! adakah aku akan terlepas??..eh!!tapi kalau aku dapat sapa nak ganti aku?? (bleh ka ganti macam tuhh??)



Today Is My Dayyyyy:-)

Assalamualaikum semua..

I'm so happy today..
hari ini(26/4/12) akan aku jadikan hari yang terindah dalam hidupku..

coz hari nih ada Hari Anugerah Kecemerlangan dekat sekolah Nilah
and I'm one of the recipients of the award <3<3

Alhamdulillah, semua ini datang daripada-Nya..

Jomm!! cekidaudd gambar..
(malas nak taip Cik Gayah oii)

 

wewittt.. ada nama aku lah dalam tuhh.. :P
dulu tak dak, sekarang dah ada lah..^__^

<- Atiqah, Nisrin and Kak Long(Laila).. wewitt!!~
JOMM!! nyanyi lagu 'Gadis Ayu' jomm!!
gadis ayu.. lesum pipit berpipit..
gadis ayu..senyum mu menawan..
lalalala~

I will miss them so muchh <3<3
[junior-junior Form 3]


             Dia pun nak jugak (ayattakblehblah!!)  Eira, with the 'Miss World' yang sangattt 'memilih' ->               

weyhh, tau tak diorang(Mia and Arryan) lagi 'HOTSS' daripada mak su dia la..
jatuh saham den..huk3
semua orang nak bergambo dengan diorang..
mentang-mentanglah comey.. yang mak su dia?? comot^__6

HAHAHA.. me with the 'HERO' a.k.a. Head Prefect
Mr. Najmi Ajwad ^__^
(err.. ketua pengawas skolah korang otak gila-gila tak macam kami??hik3)

okeyhh, serious..
Nilah suka cara dia..
memang bleh masuk la perangai kami..
sorang panassss, (bukan HOTSTUFF k!!)
sorang lagi cool jaa.. rilekss jaa..:-)
apa pun tak bleh!!:-D

bila time masing-masing nak tegakkan pendapat masing2..
memang macam-macam berlaku..
tapi nasib baik dia ok, bleh mengalah (maybe coz dia lagi matang darpada aku..huhuhu)
kalau tidak 'berperang' dekat dataran Perhimpunan la jawabnya..
pastu dua2 masuk bilik Disiplin..hah!! ambik!!
apa-apa pun, for me..
He is the GOOD head prefect
awesome^__^


semoga Allah merahmati dan mempermudahkan 'perjuangan' kita demi Badan Pengawas terchentaaa<3<3
haha^__6
artis Dato' Ali, daripada syarikat rakaman Suaimi Record
hehehe

suara diorang memang sedappp
namapun TRIO a.k.a. '3 Rasa'

(dari kiri: Amar, Azree dan Amir)
'3A'.. err, bleh dop nak join?? Anilah lagi sorang..wee~

apa barang weyhh!! ingat lelaki ja yang ada 'trio'
perempuan pun bleh jugak la..

gabungan Anilah, Fazira dan Fatin

bergabung, meletuppp..dan akhirnya, GEBABOOMMMM

the three of us, senior2 prefect SMK DAA
aku sayangggg korang, weyhh..., <3<3

<- Eira with 'anak cikgu Hasnah', aka AUfa Adlia.. wehh!! BEST DEBATOR tuhh.. jangan main-main.. cita-cita nak jadi 'lawyer' tuhh :D seriously, memang ada bakat nak 'berperang' dalam mahkamah..hik3:)

EHH!! tau tak yang Aufa kan siap 'promote' lagi kat Nilah..
sempat lagi mak cik nihh :)
dia cakap apa tau

'weyhh, Anilah.. hang nanti kalau ada apa-apa kes pi la kat aku tau.. aku nanti boleh tolong hang'
(as sudah!! ijazah pun blum digenggam lagi.. dia dah buat promosi dah..hee~)

wahh!! wajah-wajah gumbira selepas terima hadiah
will Miss them so much <3<3
adik-adik Form 2
Eira with her 'adik', Mr. Amar.. weyhh, Eira.. macam mana nihh, adik lagi tinggi daripada kakak la..    lol^__^  
hahaha... marah Eira baca statement tuhh..

EHH!! nak cakap sesuatu..

falling in love with Galaxy Tab yang macam Amar punya tuhh..
serius, cantik betul gambar dia..clear weyhh!!
*Anilah!! kumpul duit!! nanti boleh beli*

me with Eira..
ada buat mogok senyum ka dear?? huk3

kami dah 4 tahun jadi pengawas.. 2012 is the last year untuk kami 'bersatu' di bawah satu keluarga pengawas <3<3

1 PREFECT!! 1 MALAYSIA!! MALAYSIA BOLEHH!! :-)

 

me with the 'bidadari-bidadari kayangan'..
sedar tak sedar, 5 tahun dah aku jadi schoolmate, classmate and deskmate diorang :-)

macam-macam kenangan pahit, manis, masin, kelat and so on kami lalui bersama..
I admit that I will miss the memories <3<3


YEAYHH!! Kelab Sukan Terbaik dimenangi oleh
Kelab Petanque..
yeyy!! pengerusi kelab pegi naik ambik.. alaaa..
tak cute la tak pakai baju pink kaler tuhh..hee~

Saya bangga jadi ahli Kelab Petanque <3<3

<- one of my besties naik pentas coz dapat number 1 in her class.. CONGRATEEE!!! anak pak cik Yusup!! hee~ bangga 'daddy' Medzerimi,hahaha^__^



Shahril mendapat tempat kedua dalam kelas ST (pesaing terhebat 'anak pak cik Yussup' nihh)..
and also my 'siblings' coz anak 'daddy' Medzerimi jugak.. sama ngan Fatin and Atiqah..
dia nihh pandai woo~

dari dulu sampai sekarang, aku tak dapat lagi nak challenge dia nihh..
and I always try for it..^__^
bersaing secara sihat tak salah kan??


AAAAAAAAAAAAAAAANNNNNNNNNNNDDDDDDDDDDDDD
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
\/

akhirnya, tiba juga giliranku..
penat woii tunggu tetamu jemputan tuhh bagi ucapan..
panjang kodd^__6


HAHAHA.. nihh masa terima
Anugerah Pelajar Terbaik Tingkatan 5

Nilah dapat no. 1 dalam kelas and no. 3 dalam tingkatan
duduk dibawah anak pak cik Yussup a.k.a. si Fatin tuhh and of course, Shahril Kpli

pastu subjek terbaik Prinsip Perakaunan dan Sains :-)

fall in love with account..wee~ <3<3


huhuhu.. malunya akuu..^__^
banyangkan sempat lagi duk menyembang atas pentas ngan YB Bakri tuhh.. opss!! dia suruh panggil 'uncle' la.. so, Uncle Bakri..:)
dua-dua sijil yang aku dapat..
satu dapat tempat pertama dalam 5 Akaun, dan pelajar cemerlang subjek yang aku cakap tadi tuhh..
satu lagi Anugerah Ketua Pelajar Perempuan

korang tahu,dari sekolah rendah lagi aku teringin nak dapat medal bila main sukan..
tapi tak pernah dapat pun..tengok ja orang lain naik pentas:-(

tapi, tak pa lah dapat benda nihh pun tak pa lah..
sebagai anugerah Ketua Pelajar Perempuan..
(err.. nasib baik ejaan nama aku betul.. kalau tak bagi balik kat cikgu :-P)

 

hadiah yang aku dapat..
dapat buku..ya!! macam yang Nisrin cakap, hadiah tuhh tak surprise langsung coz kami yang pilih sendiri buku tuhh..hahaha^__^
tapi, dapat gak duit.. 1 subjek terbaik, dapat RM15.. so, aku dapat RM30..
yeahh!! bleh beli novel..hahaha*gelakjahat*
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
\/
Peace Yoyyy!! :)

kesimpulannya, pada hari ini dan setiap hari..

Saya berbangga menjadi 'anak pak cik Anchari'..hee~
and 'acik Ilah'..wwee~

Alhamdulillah for everythings..
dulu aku hanya 'pemegang dulang' atas stage
asyik tengok orang dapat hadiah jaa..

but, for the last year aku kat skolah tuhh..
Alhamdulillah.. aku berjaya buat mak ngan abah tersenyum bangga..

bukan mak ngan abah ja yang pi tau, malah my bro, Abang Achin pun pi jugak tau..
yeahh!! I'm really appreciate it.. and I'm love it..
tak pernah dia datang sekolah aku, tapi hari tuh dia datang sebab nak tengok adik dia naik pentas terima anugerah.. TQSM, abang..

Insya-Allah aku takkan hampakan keluarga aku
my family is my priority

I'm the Bongsu!! I'm the BESTT!!<3<3

anugerah ini memberi inspirasi untuk aku buat yang the best for my SPM..
(coz tahun depan NAK naik lagi jadi Anugerah Pelajar Terbaik SPM 2012 pulokk!!)
wewittt~
Chaiyokk!! Chaiyokk!! Adik!!
semangat..semangat..semangat..:-)

Assalamualaikum..
semoga Allah memberiku kekuatan..aminn..:D
pray for me, guys :)

Anilah Ardenieti: my bro ada jumpa cikgu dia dulu, teacher Anima.. haha!! teacher Anima kalau jumpa aku ja mesti tanya pasal Anil..sampai kadang-kadang tersilap panggil aku 'Anil'.. teacher, I'm not Anil.. I'm Anilah..hee~

#Senyum Senin##

A hensomeeee boy give a SMILE for you..:-)



Heiii..assalamualaikum!!:-)
Huh!! Monday menjelma lagi..

korang..korang..korang..
jangan lupa senyum macam 'pak cik senyum' nihh k:-D

ok.. I admit..
next week, I has a 'date' with Mr. Exam..

wahai Mr. Exam sayangggg..
please be nice to me:-)
*sambilkejip2mata*

please pray for me, my dearest friends..^__~

#Ala Tomey-tomeyhh#


hahaha.. LIKE this photo so much..
the guys nampak so cuteeee bila pakai baju team Petanque SMKD'AA tuhh
yang penting.. the colours.. PINK?? hahaha.. ko hadooo???
skolah kami ja yg different with others school..

alaa.. borink la kan, asyik-asyik baju warna biru, warna merah jaa..
kali nihh LAIN la sikit.. pink colour uollsss!!:-)
so, kepada sesiapa yang 'hantu' warna pink, jangan jelesss tau..weee~

yang paling penting
'HIDUP TOK ALI'
'BAJU MAU FREE'

hahaha.. kata-kata budak lelaki tuhh..
memang saat yang paling best,
tengah rehat after game, sambil duk support team Dato' Ali sambil duk bergambar
walaupun penat, tapi serius sangat best.. release tension coz asyik duk bergelak jaa..
(dah macam tengok Maharaja Lawak Osbon jaa)


sampai depa kata ganggu pasukan lain..
well!! kami tak ganggu la, kami cuma mengacau jaa..:-P

apa-apa pun..

I <3 PETANQUE

Anilah Ardenieti: TQVM to mak cik Suri.. opss!! Puan Suri.. cikgu-cikgu petanque(Cikgu NoorFauziah, Cikgu Waheeda dan Cikgu Murni) and tak lupa jugak kepada kawan-kawan petanque ku terutamanya Fazira Hanim coz sudi ajarkan cara nak main masa mula2 dulu tuhh.. well!! blur lah katakan.. hehehe!! thanks yaa!! I LAP U!!<3<3<3 

Nihh Baru Betul 'Cinta Muka Buku'!!!:-)



This song Nilah 'ciplak' daripada TutorTV SPM..
alaaa, yg kat pesbuk tuhh..
owhkk, kepada sesiapa yg blum LIKE tuh silalah like TutorTV SPM 
banyak info wooo.. #ewahh!!promotenampak!!#

Bye..Salam..

Take Note, Dear!!:-D

Gagal sekali tak bermakna akan gagal selama-lamanya...

Did you knows about this??



okeyhh!!
Lets proof that WE can do it also!!


'Do The Best, Beat The Rest'

Chaiyokk!! Chaiyokk!!
semangat!! semangat!! semangat!!

Aja-Aja Fighting!!:-)
(macam budak-budak jerpp :-P)

Blajar kena lepak, result biar gempakkk!!

okeyhh!!
GooD LuCk To AlL oF yOU
and ME also!!:-)



#Bersabarlarhh Sayanggg#


Tanpa DUGAAN mungkin kita tidak akan berusaha, tanpa HIKMAH mungkin kita tidak akan mahu belajar. Dengan BERUSAHA dan BELAJAR, kita akan mendapat NIKMAT, dengan nikmat kita dapat merasakan apa itu ertinya RAHMAT.


Apabila kita semakin suka berusaha dan belajar, kita akan semakin MUDAH menghadapi setiap DUGAAN, dan juga HATI kita akan semakin mudah merasa IKHLAS dan REDHA.
...
Apabila ikhlas dan redha menyeliputi hati, kita dapat mengelakkan diri daripada MENGELUH dan MERUNGUT. Tanpa mengeluh dan merungut, HATI kita akan mudah untuk mendapat KETENANGAN dan KEBAHAGIAAN.

Apabila hati tenang dan bahagia, kita akan mudah TERSENYUM kepada sesiapa sahaja. Apabila kita menghadiahkan senyum kepada orang lain, maka semua orang akan berjangkit untuk tersenyum. Apabila semua orang berbuat begitu, PERHUBUNGAN kita dengan mereka akan bertambah BAIK. Apabila kita mendapatkan yang BAIK-BAIK, kita akan lebih banyak berfikir dengan CAS-CAS POSITIF.

Apabila kita berfikir POSITIF, kita dapat meningkatkan NILAI-NILAI MURNI di dalam diri kita dan sesama mereka dan menjadikan SILATURAHIM bertambah ERAT, RAPAT dan MESRA. Apabila jalinan kita erat, rapat dan mesra, pasti kita mendapat pelbagai jenis NIKMAT serta REZEKI terdapat di dalamnya.

Maka bermulalah di dalam diri kita untuk mensyukuri di atas setiap segala NIKMAT dan DUGAAN yang diberikan dan yang telah ditentukan Allah s.w.t.
Alhamdulillah Syukur




#Ini Kisahku##

Salam ukhwah..
 for me, video nih sangat menginsafkan..
semoga kita menjadi seorang insan yang lebih baik...aminn..
buang yang buruk, ambik yang jernih^__^



Coretan Hati# Inikah Hidayah-Nya??



Semenjak 2, 3 minggu nihh..
terlalu banyak perkara yang terjadi dalam hidup ku..
aku juga tak lepas dari ujian dan dugaan..
semuanya bagaikan bertimpa-timpa..
sehingga satu hari, aku 'terjatuh' kerana tidak lagi mampu menghadapi ini semua
kerana terlalu kecewa..
kerana terlalu sedih...

DAN tanpa sedar aku mengalir air mataku..
kerana aku merasa tidak lagi mampu untuk terus bertahan..

sampai satu saat..
aku bertanya pada diriku sendiri...

Kenapa jadi macam nih??
Kenapa tak macam apa yang aku rancang??
Kenapa aku??
Kenapa aku yang diuji??
Kenapa aku yang Dia pilih??
KENAPA??
KENAPA??
dan...KENAPA??

persoalan yang dibiarkan tanpa jawapan..
dalam erti kata lain TIDAK mempunyai jawapan

aku menangis mengenangkan apa yang bakal aku lalui..
aku menangis mengenangkan apa yang akan terjadi..

Tiba satu detik..
perasaan membuak-buak untuk bertemu kaunselor..
aku mahu hilangkan tekanan..
aku mahu jadi seperti 'dulu'

tetapi,
pada satu ketika, aku merasakan yang aku telah mendapat 'jawapan' yang aku cari selama ini..
puas aku berfikir, akhirnya......

YA!! akhirnya...
akhirnya aku 'bangkit' kembali..
dengan perasaan rendah hati..
dengan sifat yang 'tak tau malu'

TAPI, demi sesuatu yang lebih baik..
aku bangkit

aku mula mempelajari 'APA ITU ISLAM?'

perlahan-lahan aku mula melakukan perubahan..
dalam diri aku.. dalam kehidupan aku.. di sekeliling aku...

pertama sekali, di ketika itu..
aku mula terpikir 'strategi' aku untuk melakukan perubahan..
yang pertama..
di benak ku... aku mahu mengenali agamaku; ISLAM dengan lebih dekat..
aku mahu belajar untuk mencintai Allah dengan sebaiknya..

selama ini,
 bukan aku tak solat...Aku solat seperti muslim yang lain..
bukan aku tak tutup aurat.. Aku tutup auratku demi menjaga maruah mak ngan abah..
dan kerana ada satu coretan di facebook yang mngatakan seorang ayah dan ahli keluarga lelakinya akan masuk ke NERAKA apabila seorang anak perempuan tidak mengikut syariat ISLAM..
YA ALLAH, tak sanggup melihat perkara itu terjadi..
Nauzubillah min zalik..

dari hari ke hari..
aku mula belajar untuk mencintai Allah..

YA!!
AKU MENCINTAI-NYA..

setiap hari aku bersujud kepada-Nya agar dia juga mencintaiku..

aku putuskan hubungan percintaan ku kerana Dia..
'Ya Allah, kau rahmatilah dia'

YA!! semuanya yang aku lakukan kerana Dia..
Dia yang sentiasa di sisiku..
Dia yang sentiasa menjagaku..

itu semua kerana Dia..

pertama sekali..
aku memperbaiki solatku..
selama ini aku cuma menghafal tanpa mengetahui makna ayat yang aku baca..
tapi, sekarang aku mula 'belajar' khusyuk dalam solat..
tawadduk dalam amalanku..
aku belajar maksud ayat yang selalu aku baca dalam solatku
kadang-kadang terasa bagai budak kecik yang baru belajar solat
tapi, biarlah..
ini semua demi menunjukkan cintaku pada-Nya



Insya-Allah..
semoga perubahan ini akan menjadikan aku seorang hamba yang lebih baik


Dulu... semuanya bagaikan tidak kena..
semuanya bagaikan tidak 'perfect' dimataku..
perasaan ku tidak tenteram..
aku tak tenang..

bila time aku tak suka..
aku marah-marah..
koz aku nak semuanya perfect..
seperti yang aku rancangkan..

tapi, aku terlupa 'sesuatu'..
iaitu Allah..

aku LUPA bahawa perancangan aku itu hanya lah perancangan seorang hamba
sedangkan Allah itu Tuhanku..
perancangan Dia adalah segala-galanya
Dia telah merancangkan sesuatu yang lebih baik buat hamba-Nya..

Ya Allah, naifnya aku..

TAPI..
sekarang semuanya telah berubah

aku mula lakukan perubahan sedikit demi sedikit dalam hidupku
aku mula mendalami agamaku..

aku bertanya dekat ustazah kalau aku tak tahu apa-apa..
biarlah orang kata aku naif
tapi, disisi Allah, aku mahu Allah melihatku
kerana bagi aku semua yang aku buat hanya lah demi Dia..

<3<3 Love for Allah,Die for Allah<3<3


sejujurnya..
aku mula merasai 'sesuatu' yang tak pernah aku rasai sebelum ini
'sesuatu' yang aku cari selama ini
Ya Allah..
adakah ini satu petunjuk buat hamba-Mu ini??
adakah ini satu hidayah buatku??

Sekarang...
aku mula 'belajar'
belajar melalui pengajaran
aku belajar menjadi seorang yang tabah..
seorang yang kuat..

biarpun kadang-kadang aku kecundang dengan dugaan..
tapi, Alhamdulillah..
aku bangkit kembali..
mak abah sentiasa ada untuk ku melawan segala apa yang melemahkan ku

THANK YOU ALLAH
THANK YOU SO MUCH...

Life is meaningless without my beloved parents and family
 
Ya Allah..
Kau permudahkanlah segalanya..
kau rahmati dan redhoilah apa yang hamba Mu ini lakukan
dan janganlah Engkau ambik balik hidayah ini, setelah Kau memberinya kepada ku

harapan ku,
semoga aku menjadi seorang hamba yang lebih baik dimuka bumi Allah ini
dan semestinya lebih sabar dan kuat menghadapi dugaan dan cabaran mendatang



~Ermm.. apa yang aku nak ingatkan di sini, perubahan ini bukanlah satu perubahan yang 'drastik'.. aku tak boleh tiba-tiba berubah pakai tudung labuh, sedangkan selama ini tudungku tidak selabuh mana.. aku tidak boleh buat itu semua secara 'drastik' kerana perubahan ini kerana Allah, bukan kerana manusia.. biarlah aku berubah satu per satu, biarlah aku memperbaiki solatku dahulu.. tapi, Insya-Allah, aku akan berubah demi Allah.. Insya-Allah.. berdoalah yang terbaik untukku.. dan juga yang terbaik untuk kita semua...di dunia dan akhirat.. aminn..
TAPI, andai kata aku tersasar.. sedarkanlah aku.. ingatkanlah aku, sesungguhnya aku manusia biasa yang sering melakukan kesilapan.. sama ada sedar atau di luar sedar aku.. sesungguhnya itu semua khilafku..~