##Entri Raya ka Entri Puasa??

Assalamualaikum, semua..


abang2, kakak2, pak cik2, mak cik2...

Selamat Hari Raya, deyhh!!

Maaf zahir batin..

saya,
Siti Anilah Ardenieti Anchari

nak mintak maaf kepada semua yang mengenali diri ini *ayat sengal aku kluaq dah*

yang tak kenal pun, buat-buatlah kenal.. :P

terutamanya kepada my family..
abah, mak.. adik mintak ampun, mintak maaf..
terutamanya kepada mak, adik kan suka menjawab.. mak tanya 1, 10 adik bagi..huhuhu
(weyh!! syurga bawah tapak kaki ibu doe.. aku pun nak jadi ahli syurga gak!!)

Abang Achin, Kak Rini and Kakak Opie..
MAAF, ya sibling-sibling ku semua!! *kerek! macam banyak jaa*

I know I'm bad.. and I'm sorry :(

oh ya!! kepada abang aku..
nak cakap oleh kerana adikmu ini telah terlalu baik hati untuk menjadi babysitter kepada anakmu..
so, duit raya tahun ini haruslah+ WAJIB digandakan..
sekian, harap maklum!!

kepada cikgu-cikgu, ex-teachers aku...
saya mintak maaf tau cikgu..
oleh kerana hari tuh saya dah mintak maaf masa nak ambik Trial SPM..
jadi, kali nih saya pun dah malas nak senaraikan semua kesalahan yang pernah saya buat..
*nampak sangat pemalas*

kepada Pengawas SMKD'AA
sorry, beb!!
aku jarang 'turun padang' sekarang nih.. well, dear.. Mr. SPM tengah dok menggoda suruh aku baca buku *ayat mintak penampaq jaa*

kepada kawan-kawan aku..
kawan baik ka, kawan jahat ka..*err??

semua-semualah..
Maaf dipinta andai kata ada tersakit tang-tang mana..biasalah, aku sedar aku selalu taboh ampa.. (rasanya tak bengkak kut nohh.. kalau bengkak pi Klinik 1 Malaysia nohh!!)
 if tersalah silap aku ka..
if aku nih menyakitkan hati ampa dengan perangai sengal aku yang tak bleh blah nih ka..
if aku nih selalu bad mood tak tentu hala and korang jadi mangsanya..

aku mintak maaf tau..:(
(Insya-Allah, nanti aku buat lagi...tuh kan hobi aku menyakitkan hati orang* hohoho^__^)

ok lah, nak blah dulu..
mak dah mengeluarkan 'tazkirah pagi'nya kat aku

baju apa semua tak siap lagi
aku nak balik kampung dah.. *walaupun KL tuhh bandar*

ok.. bye, semua..
assalamualaikum..

oh ya!! before that..
aku nak post gambar-gambar yang aku ambik sendiri..
dah berserawang kat dalam folder 'laptoit'*ajuk cakap mak aku nihh
so, terimalah...

Jommm kita cekidauddd!!

: : Tengok projek ke bang??HAHAHA*gelak macam evil*

nih, usahawan muda..
pewaris waris jari hantu oii

kalah abang dia nanti...:P

Hero AHM.. AH Management..

stand for
1. Admir Haiqal
2. Arfiez Hurzaeq
3. Arryan Hijjaz

semuanya ber'bin' kan Anil Heramasrin.... AH jugak..

: : their siblings : :


Sukacitanya diperkenalkan pak we lama aku
setia bersama aku
dari sekolah rendah aku 'couple' ngan dia..
dari aku Darjah 5
abah aku yang 'hadiahkan' pak we aku nih kat aku
kakak aku pun ada jugak
tapi, dia punya kecik sikit daripada aku
aku punya lagi besar..

BESAR GEDABAK orang kata..

ini lah dia..
diperkenalkan Mr. Frog
: : jangan jeles sebab pak we aku terlalu hensem.. piuu~ : :

~Wewittt~
sweet kan kami??
*ayat mintak penampaq jaa*

: : Arfiez Hurzaeq Anil Heramasrin : :
atas nih pulak my 'Anyah'

smart kan dia??
dia memang smart,
tapi, aku tau yang aku smartessss *ehem3*

: : Mia Aleaxandra Anil Heramasrin : :

si adik yang sangat rajin + garang

memang rajin dan prihatin berbanding abang-abangnya...

WELL, kalau dah kata 'adik' tuh semestinyalah golongan-golongan yang rajin, yer dop?? *masuk lift tekan sendiri plak dah*

: : me with Ryan : :

Inilah dia Usahawan Muda yang suka makan 'cekelat'

mak su dia suka makan ais
dia suka macam cekelat..

walaupun berbeza, zahirnya tetap sama..
semua SUKA MAKAN!!

ok lah..
bye, guys

salam aidilfitri lagi sekali ya..

p/s: duit raya kat aku jangan lupa simpan tau! kuih raya pun sama!!:P


#Jangan cedih-cedih lagi tau?#

#Diari Ramadhan, Anilah...opss!!

Assalamualaikum, semua!!

hai..

kita dah masuk ke 10 hari terakhir Ramadhan

What do you feel, guys??

ermm..
malam-malam yang terakhir nihh eloklah kita perbanyakkan amal ibadat, yer dop??
baca Al-Quran
sedekah
perbanyakkan solat-solat sunat..
pahala buat yang sunat pada bulan Ramadhan diibaratkan seperti kita buat yang WAJIB.. Subhanallah!!
lebih kusyuk sembahyang, jangan duk ingat makan jaa..
sembahyang ikut time, jangan pulak waktu nak habis waktu kau baru tergedik-gedik nak 'cupp' toilet coz nak ambik wudhuk sebab dah lewat punya pasal..
(HOHOHO!! diakui sememangnya itu semua perkara yang aku lalui sendiri)

sememangnya hari-hari aku akan kena hingiaq ngan mak coz lambat punya pasal..
lambat bangun sahur (abah dah habis makan, aku baru nak bismillah)
lambat pi sekolah (abah kena PONN!! PONN!! dulu baru aku keluar)
lambat solat

ishk..ishkk..ishkk..
apalah nak jadi dengan kau nih Anilah oii!!
ce matang sikit!!
haihh.. sampai hari-hari mak nak kena suruh nih!!

WELL, aku memang suka dengaq suara merdu mak tuhh.. :P
kihkihkih

tuh tak termasuk lagi dengan tazkirah agamanya pagi-pagi kat aku
opcoz tajuknya ialah 'Ingatlah Allah'

hari-hari before pi sekolah aku akan salam and cium mak aku dulu
pastu aku akan cakap
"mak, doakan adik tau mak!!"
*dengan gaya terlebih macho aku..opss!! terlebih sudaa!!
 itu benda yang WAJIB aku cakap tiap-tiap hari

HAH!! selepas itu mulalah mak aku nak bertazkirah kat aku
"ya! adik.. ingat Allah adik, baca doa...blalalala~"

itulah mak aku!!
cakap ja nak makan apa, Insya-Allah permintaan anak-anak dia tak pernah dia tolak

walaupun kadang-kadang dia sedikit membebel coz aku suka makan and berat aku bertambah naik..
sebagaimana naiknya harga minyak petrol dipasaran..(apa kena-mengena ngan aku nih?)

so, jawapan aku..
macam biasa
"mak, ustazah adik cakap tak baik membazir mak.. orang lain tak makan pun mak"
(sambil buat muka kesian kat mak aku)

sebenarnya itu ayat pelepasan diri..

sabar ja lah mak oii!!
ada anak last yang macam aku nihh..

nasihat pun masuk telinga kanan, keluaq telinga kiri kadang-kadang tuh..*ayat!!*

for sure mak aku nanti akan rindu gila ngan anak dia nihh..
believe me, ok!!
semestinyalah coz tak dak sapa dah nak menjadi dia punya 'pendengar setia' tazkirah pagi dia
tak dak sama nak bantah cakap dia
tak dak sama nak balas bila dia mula bercakap
and the most importance thing dia akan rindu kata-kata:

"mak, telefon adik mana?"
"mak, ada nampak spect adik tak?"
"mak, tudung skolah adik mana arr?"
"mak, PSP adik letak kat mana arr?"

HAHAHA!!
amat kejamnya anak dia nihh..
amat manjanya aku..

tapi kat sekolah tak!! nak kena lesingg ngan cikgu-cikgu duk buat tanya macam tuh?? kat sekolah aku dah berubah menjadi seorang yang bertanggungjawab.. tak manja, tetapi.. lebih tegas, mungkin??
I'm the great person.. like Elexander the Great.. piuuu!!
(hobi aku memang suka perasan.. so, korang terima ja lah yoo!!peaceeee)

oh ya!! aktiviti wajib aku dalam bulan Ramadhan pada tahun ini ialah
buat air Nescafe!!
nescafe daripada air tangan Dato' Anilah*Ehem3* sangatlah mendapat liputan dan tawaran yang luas.. ewahh!!
"hey!! tokey kilang Nescafe.. saya boleh jadi duta anda tak? piuuuuuu!!"

Nescafe itu wajib..
tambah-tambah lagi Nescafe yang aku buat..
perghh!! sodap wa cakap sama lu!!
huhuhu (masuk lift tekan sendiri!!)

ok lah, apa-apa pun
selamat menjalani ibadah puasa pada tahun ini
semoga amal ibadat kita diterima oleh-Nya

oh ya!!
kepada kawan-kawan yang seangkatan dengan aku yang sedang 'berperang' tuhh
ingat!!
menuntut ilmu tuh kan Jihat..
ikhlaskan diri k..

periksa, periksa jugak, ibadat jangan lupa
belum tentu lagi tahun depan kita masih berkesempatan untuk sambut Ramadhan, ya tak??
(peringatan untuk diri aku yang sering lalai nih jugak!)

ok.. sebelum aku nak out nihh..
I want to say that
no matter what, for me Dato' Lee Chong Wei is still the best!!
dia dah berusaha sedaya upaya dia..

mungkin rezeki tak menyebelahi dia..
it's ok.. next time, mungkin??



(p/s: aku tak tengok pun hari tuh sebenarnya coz aku pi terawih.. )

TAPI, walau apa pun
dia tetap 'HERO' di hati rakyat Malaysia


dan kepada pelumba basikal negara...
Azizulhasni Awang

TAHNIAH!

it's ok lah kalau dia tak dapat medal pun
sekurang-kurangnya dia orang Asia yang berjaya masuk final..

Insya-Allah, olimpik yang akan datang, mesti dapat GOLD punya!!

GOGO!!
Pocketrocketman!!

bye, assalamualaikum..

Anilah Ardenieti: another two paper before raya.. next week last paper and will continue it after raya.. Anilah!! Go Anilah go!! You can do it!! semangat! semangat! semangat!.. ingat mak abah!! ingat Allah!

# 'Date' selama sebulan??#

Assalamulaikum, semua :)


: : ciplak tudung mak sebab nak ekspress punya pasal : :

Ya Allah, Kau permudahkanlah segalanya..
Kau ingatkanlah kembali apa yang aku terlupa
Kau keluarkanlah kembali apa yang aku belajar selama ini ketika aku memerlukannya
Ya ALLAH
Kau berilah aku ketenangan hati
Kau berikanlah aku kekuatan
Ya Rabb

-------------------------------------------------------
Hai semua.. ok don't want to waste my time..
tak mau pikir macam-macam..
PLKN letak tepi..

impian dan harapan itu lebih penting...

lebih kurang lagi 3 hari kami(SPM's candidates) nak ada 'date' besorr ngan Mr. SPM

Aidilfitri semakin hampir, Trial lagiiii hampirrrrr..
(HUH!! gerunnya!!)

7 OGOS 2012
Trial SPM untuk semua SPM's candidates di negeri PERLIS

not only SPM, but PMR too.. :)

best lah negeri lain lambat lagi... huhuk!! :(

aku nihh nak kena menghadap Mr. Trial nihh selama sebulan tau dak??
start Selasa nihh, pastu berhenti jap tuk cuti raya..
pastu sambung balik sampailah bulan 9 ye tawan-tawan!!

so, dikesempatan ini
saya, Siti Anilah Ardenieti Binti Anchari ingin memohon ampun dan maaf atas semua kesalahan dan kesilapan saya selama ini.. huhuhu *perghh!! dah macam nak raya jaa!!*

Maafkan adik ya wahai my parents
my siblings
(abang Achin, Kak Rinie and Kak Opie)

I know that I'm bad, and I am sorry :(

to all teachers
cikgu, sir, teachers and so on lah
terutamanya cikgu-cikgu yang mengajar saya..

Cikgu Tengku selaku 'daddy' dalam klas kami (setianya dia dari tahun lepas lagi)
dia selalu tolong 'cover' semua kesalahan kami
kalau masa perjumpaan ibubapa, dia cerita yang baik-baik jaa dekat our parents, yang kurenggg sikit tuh dia tak cerita pun.. TERIMA KASIH, cikgu!!*wink2*

tapi,
saya nak cakap yang
SAYA MINTAK MAAF!!

halalkan semua ilmu yang cikgu-cikgu bagi..
maafkan saya kalau saya ada mengguriskan hati dan perasaan cikgu..

Cikgu Norzila memberikan sumber inspirasi.. menaikkan semangat..

kaunselor sekolah, Cikgu Din
yang setia bersama Tuan Pengetua untuk memastikan kecemerlangan kami semua

dan semua cikgu SMKD'AA
(MAAF!! tak sempat kalau nak tulis pasal semua cikgu)

kepada cikgu yang mengajar 4 Akaun(2011) dan 5 Akaun(2012)

saya mintak maaf banyak-banyak yaa cikgu!!
saya tahu yang kadang-kadang saya nih degil jugak!!
kadang-kadang saya suka menjawab jugak!!
1 cikgu tanya, 100 saya jawab...
(padahal tak dak kena mengena pun ngan soalan cikgu)

kadang-kadang saya pun tak buat jugak kerja yang cikgu bagi..
nota tak siaplah and macam-macam lagi
alasannya 'Saya terlupa, cikgu'
biasalah

bak kata Cikgu Noni
"luaran nampak macam 17, dalam rupanya dah macam 71 jaa"
hee!! maksud tersirat tuhh..

semakin banyak yang kita belajar, semakin banyak pula yang kita lupa..

owhkk ya!!
TERIMA KASIH banyak-banyak dekat
Cikgu Maheran, selaku cikgu Add Math aku daripada tahun lepas lagi
rajinnya cikgu nihh tak dapat disangkal lagi
setiap minggu dia buat kelas tambahan untuk kami
untk kami LULUS DENGAN CEMERLANG
dalam subjek Add Math..

cuma kadang-kadang anak murid dia ja yang suka 'mengelat'
huahahaha!!*gelak macam evil*

maafkan kami..maafkan kami (students 5 Akaun)
*ala-ala lagu P. Ramlee tuh*

---------------------------------------------------
to all my friends(budak Form 5 Dato' Ali)
THANKS SO MUCH, dear friends

kenangan yang telah kita cipta tak akan aku lupakan..

kepada kawan-kawan 5 Akaun
terima kasih banyak-banyak ya!!

korang jadi GURU disaat aku pening dengan soalan..
korang jugak PENYELAMAT di saat aku tak siap kerja sekolah,
di saat aku terlupa nak buat nota..
huhukss!!(buruknya perangai aku kat sekolah)

bukan sahaja itu,
tetapi..
korang jugak adalah..


peneman di saat aku sedang menggodek-godek camera!!
hee!!~

dari tahun lepas sampai sekarang,
kita tetap 10 ORANG dalam kelas

kelas kita yang paling unik, 10 orang ja students..
aku suka :)

semoga dengan 10 orang nihh kita SEMUA dapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan dan seterusnya menjadi anak yang dibanggakan oleh kedua ibubapa kita,
dan bukan saja ibubapa, malahan our 'daddy' Tengku too.. heee!!:)

Korang sempoii, guys



to kawan-kawan yang pernah buat study group ngan aku tuh,
Najmi, Ira, Najlaa, Fatin
terima kasih tau sebab sudi jadi Cikgu Sejarah Nilah
korang ohsemmm!!

dan kepada semua kawan-kawan and juniors
Terima kasih tau
korang pun menjadi 'guru tak langsung' aku kat sekolah :)

5 MTM, 5 SS dan 5 ARKA
korang best!!

ST 12..(hehehe)
Korang hebat!!

-------------------------------------------------------------
kepada kawan-kawan aku
tak kiralah sekolah menengah or sekolah rendah sekali ngan aku dulu(ex-SKJRSA)

GOOD LUCK yoyy!!

semoga kita semua berjaya di dunia dan akhirat..
----------------------------------

kepada mentor kami,
Cikgu Medzerimi Mat

: : anak-anak Cikgu Medzerimi : :
Kami mintak maaf ya, cikgu!!
andai kata kami ada buat sesuatu yang cikgu tak suka..

maafkan kami, cikgu!!
(Anilah, Atiqah, Fatin dan Shahril)

---------------------------------------------------
ok lah, guys..

bye, assalamualaikum..

Doa untuk kecemerlangan kami semua ya!!

S.M.I.L.E. :)

Anilah Ardenieti: rindunya dekat arwah Along.. Ya Allah.... Al-Fatihah...