Memaparkan catatan dengan label After SPM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label After SPM. Papar semua catatan

Tetap Terus Berjuang!!

Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim..

Esok (2 Jun 2013) akan bermulalah kehidupan baru aku.. macam-macam rasa bercampr sekarang nih..

oh ya!! lupa nak bagi tau.. saya Siti Anilah Ardenieti Binti Anchari telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran saya ke Kolej Matrikulasi Johor a.k.a. KMJ or lebih famous dikenali sebagai Kolej Mak Jemah :p

tapi, saya telah menolak tawaran itu atas sebab-sebab 'teknikal'

maka, esok saya akan melaporkan diri sebagai salah seorang mahasiswi Universiti Teknologi Mara a.k.a. UiTM kampus Arau, Perlis..



Alhamdulillah, Ya Allah.. :)

sebelum tuh, ramai orang yang Tanya aku kenapa aku tiba-tiba tukar fikiran kan.. hari tuh cakap nak masuk matrik, last-last pi sign dokumen berkaitan UiTM dekat pengetua sekolah..  aiyooo, ketuk pala baru tau..

but I'm so sorry, aku tak dapat nak jawab soalan itu.. bagi aku..aku tak ada jawapan yang tepat or pasti ntuk menjawab soalan tuh..

apa yang aku tau.. hidup kita sebagai manusia adalah untuk mencari redha Allah.. dan redha Allah adalah terletak pada redha kedua ibubapa kita..

aku adalah manusia yang tak mampu untuk berkata TIDAK apabila melibatkan mak dan abah..  bagi aku, aku tak nak jadi anak derhaka...

jadi, apa pun yang terjadi.. tak kira lah keputusan ini datang dari siapa pun.. yang penting dapat melihat senyuman mak dan abah apabila aku bersetuju untuk masuk UiTM itu sahaja sdah cukup buat hati ini tenang..

apa pun yang akan terjadi nanti setelah aku melangkah memasuki universiti, aku redha.. aku terima..

aku tahu yang besar risiko yang aku bakal hadapi bermula esok.. tapi

demi orang yang sangat bermakna dan banyak berkorban dalam hidup aku selama ini.. aku pasrah... ak terima apa sahaja..

aku akan terus berkorban.. aku akan terus berjuang.. kawan-kawan doakan aku ya!! :)

2 tahun menanggung seksa sendiri, aku terfikir adakah aku mampu untuk teruskan ini semua dalam tempoh 10 tahun akan datang?

mampukah aku untuk terus berkorban..?

mengetepikan perasaan sendiri demi orang yang aku sayangi..?

mampukah aku untuk terus berpura-pura di hadapan mereka?

Ya Allah, bantulah aku ntuk terus berjuang dan bertahan..

kalau satu hari nanti aku jatuh dan tak mampu untuk terus bertahan, aku cuma mampu untuk terus berharap agar ada orang yang akan datang untuk terus memberi semangat dan mengingatkan aku tentang besarnya pengorbanan orang-orang yang sayangkan aku selama ini..

agar aku akan bangkit semula melawan kekecewaan yang sudah pasti sangat mendalam..

{jauh di sudut hati aku, aku masih berharap agar keputusan yang dibuat ini adalah tepat...}


 
apa-apa pun..
 
aku nak cakap
TERIMA KASIH
dan Alhamdulillah, Ya Allah
 
mak, abah, abang, kakak, kak Rini and my big family.. cikgu-cikgu... kawan-kawan.. dan semuanya yang selama ini berada dibelakangku menyokong aku tanpa rasa penat dan jemu..
 
terima kasih banyak-banyak
hanya Allah sahaja yang dapat membala jasa dan pengorbanan kalian :)
 
 
Assalamualaikum..
 
to all my friend..
GooD LuCk :')
 

Vocation ke-2 after SPM (part 2)

Assalamualaikum, semua..

oh ya.. sebelum bermulanya perjalanan ceritaku..

aku just nak bagi tau yang nih vocation ke-2 selepas SPM sebab vocation pertama aku iaitu sehari selepas aku habis menjawab kesemua paper SPM, aku ke Bandung, Indonesia.. then, kali nih vocation aku sehari selepas aku ambik result SPM.. hehehe.. macam dirancang lah plak ya.. :P

ok, hari tuh part 1 aku post pasal Japanese Teahouse then kali nih aku nak cerita bila pertama kali aku menjejakkan kaki ke Colmar Tropical plak.. watch out guys!!! :)



 
 
 
 
 
abang aku memang macam tuh.. spoil the picture betul aihh... :P
 

hishh.. kakak aku nih berapa kali dah aku habaq jangan bawak binatang peliharaan..
dia pi bawak jugak..
 
 
 
 
dah lah warna-warni
kan dah menarik perhatian anak buah aku..
huhukk
 
oh Mia... did you know how cute you are in this picture?? :')
(well.. tengok maksu lah kann..*mukamengharap*)
 
 
 
 
oh ya.. gambar atas nih adalah satu tempat yang bila mana
korang letak duit kat situ
then, buat hajat..
dikatakan permintaan korang tuh akan dimakbulkan..
 
so, aku suruh kakak aku baling duit syiling
and buat permintaan kahwin cepat..
hahakss..^__^
 
but, as muslim kita jangan percaya 100% ok
coz Allah lebih mengetahui segalanya..
 
so..
berusaha, berdoa then tawakal
 
bukannya baling duit..:)
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
cantikkan tempat nih?
macam duduk dekat luar Negara ja
padahal..................................:'P
 
pi sana bleh arr feeling feeling berada di kota Perancis
bangunan-bangunan kat sana warna-warni
ceria ja
sejuk plak tuh.. nyaman ja..
 
jimat lagi satu Negara.. :')
 
semua best
KECUALI makanan coz sangat mahal uollss..
so, before order
kindly check the price first..
agar korang nanti tak terkejut beruk depan cashier
like me..
*but, aku cover lagi masa tuh..so, tak lah Nampak sangat kan* 
huihuihui
 
bye.. assalamualaikum.. :)
 
 
 

##Saya DI Sini :) ##

 
err.. LONDON??
 
oh maii...!!
*suara gedikss*
 
p/s : don't forget to read my next entri my dearest blogger friends :P

#How Time Flies!!##

Assalamualaikum..

errr.. apakah perasaan anda sekarang wahai kawan-kawan batch 95??

kurang daripada 24 hours lagi..

kalau korang Tanya aku...(walaupun tak dak orang Tanya)

surely, I will said that is I'm very very very nervoussssss!!



nebes, takut, getaq ceq oii...NOT getaq, but sangat getaq.. hehehe

mula-mula tak dak apa sangat..biasa-biasa ja..

tapi, bila bukak pesbuk.. HAH!! ambik ko!! aku dah tak sanggup dah nak baca post-post dalam tuh.. korang buat aku lagi takut.. you know? huhuhu

ok lah.. bye, assalamualaikum..







#Hero Of The Story#

entri lama yang dah basi..!!
 
Assalamualaikum, semua :')
 
: : besi berani punya olang!! : :
ok, that is my nephew
yang kiri tuh abang, Admir Haiqal dan yang kanan tuh anyah, Arfiez Hurzaeq
 
diorang nih hari tuh dah berkhatan
berkhatan dalam erti kata lain dah sunat dan juga dah masuk jawi (orang Perlis panggil mcm tuh)
 
mereka telah selamat disunatkan selepas disogokkan dengan Kamera DSLR dan kereta control
klau tak.............................................
he he he.. lu pikirlah sendiri!!
 
pengantin dua orang nih dah sunat pada hari Khamis minggu lepas
Oh ya!! sehari selepas anyah menyambut hari lahirnya yang ke 5 tahun
masa besday si anyah, kami tak sambut pun sebab mak tak dak kat Perlis,
mak pi menziarahi arwah Cik Miah aku di Keyell (Al-Fatihah untuk arwah)
 
so, masa besday anyah malam tuh, abang aku (Abang Achin) call aku,
dia kata Tok Lah (panggilan kpd mak aku) tak dak,
abahnya pulak yang kena ganti tmpat Tok Lah dan nyanyi lagu Happy Birthday
Ha ha ha..
diakui yang mak aku memang bersemangat kalau bab menyanyi lagu besday
tak kiralah besday sapapun
memang kalau korang jemput mak aku, tak sia-sia lah
hapPENING woo suasana.. hehehe
so, bila dia tak dak..
kuranglah meriahnya sebabnya tak dak sapa naak nyanyi lagu besday..
kerana semuanya pemalu orangnya termasuklah aku *tutup muka, masuk dalam selimut*
 
so, berakhir sudah cerita mengenai besday anyah yang tak dak penyerinya tuh
 
 
 
kembali kepada cerita pengantin berdua
majlis pengantin(abang dan anyah) diadakan pada hari Sabtu yang lepas (1/12/12)
setelah 2 hari disunatkan..
 
masa majlis tuh, aku ditugaskan untuk memberi gift kepada tetamu yang hadir pada hari tuh
ok, sejujurnya aku tak duduk sangat pun
sebabnya
aku jugaklah yang menjadi photographer tak berbayar
so, kerja aku berjalan ja
sepatutnya aku kena duduk ja sebelah pengantin tuh memberikan gift kepada tetamu sambil memberikan senyuman yang manis bak gula-gula Lollipop :P
 
tapi, sepanjang majlis tuh, kejap aku duduk, kejap pula aku merayau
ikut suka hati aku ja
ya lah.. aku mana boleh duduk lama-lama
kat sekolah pun, dalam sehari aku mesti tawaf kawasan sekolah
itu antara aktiviti wajib aku kat sekolah
sebab aku tak boleh duduk ja dalam kelas
nanti otak aku 'jam' :'P
 
so, samalah dengan situasi hari tuh
kejap aku duduk dalam rumah, kejap aku duduk dekat luar rumah
ikut suka hati aku ja
buat macam rumah sendiri :P
nasib baik jugaklah mak cik Sharom a.k.a. mak kak ipar (Kak Rini) aku tuh baik orangnya
so, tak dak lah aku segan sangat..:')
 
ok, bila mengigatkan kembali peristiwa yang berlaku pada hari Khamis hari tuh
semasa nak berkhatan si pengantin
aku tak pi, aku jaga kembar, adik kepada si pengantin kat umah
 
mula-mula dah ditetapkan bahawa kedua-duanya kena sunat kat Klinik Dr. Rohimi
sebab dah buat appoinment dah
tapi, TUP-TUP anyah sudah lari
dia sudah menangis sebab tak mau sunat
takut dan sakit lah kut..
so, sunatkanlah abang dulu
selepas sunatkan si abang, si anyah masih lagi tak mau
so, my brother and my sis-in-law pun bawaklah anyah pi PMC (Putra Medical Centre)
 bila pi sana..
Dr. akan biuskan, so, pesakit a.k.a. anyah tak kan rasa apa-apa semasa sunat tuh
 
tapi, memang tak rasa apa-apa pun sebab selepas dia sedar dia telah menjerit
'TAK MAU SUNAT...TAK MAU SUNAT'
he he he
tanpa dia sedari bahawa dia sudah pun 'selamat'
HA HA HA *gelak guling-guling macam cerita Hindustan*
 
bila ada orang tanya ja "sakit dak??"
abang akan jawab "sakit"
anyah dengan slambernya  jawab "tak sakit pun"
Eh, memanglah tak sakit, sebabnya awak dah pengsan tadi.. :-P
 
 
 
so, terjadilah al-kisahnya
sorang pi kat Klinik Dr. Rohimi, sorang lagi dekat PMC
 
anyah punya bayaran adalah lebih mahal berbanding dengan abang
 
jadi, aku nih kadang-kadang jahat sikit
aku kan jaga duit yang tetamu bagi dekat pengantin supaya tak hilang
so, aku cakap macam nih kat anyah
"anyah, nih mak su nak bagi tau nih, duit anyah sikit ja tau sebab anyah punya mahal, jadi duit nih kena bayar doktor dan lebih penting duit nih kena bagi kat mak su 80% sebab mak su yang jaga dari pagi tadi..HA HA HA"
*sambil buat reaksi yang konon-kononya ganas tuh semata-mata nak tembelang si anyah
 
Haiqal a.k.a. abang plak
"abang, abang kena share duit nih dengan mak su 80% sebab mak su bagi abang pinjam PsP mak su selama seminggu... sehari 100 hengget"
Haiqal dah buat muka dah masa tuh
"mana bleh, abang dah bagi mak su pinjam DSLR abang dah tadi"
dalam hati aku berkata
'cheh, budak nih.. tak sempat 2 jam aku pegang, DSLR hang dah weak.. berkira!!'
aku kata dalam hati ja lah
sebabnya kalau aku kata terang-terangan kang ada jugak incident pergaduhan di majlis berkhatan ^__^
 
 
 
tapi, best woo jadi depa
setiap saat
"mama!!!!!"
 
"mama, anyah nak teh tarik!!"
 
"mama, abang nak cucuq tepung!!"
 
"mama, anyah nak tepon mama nak main game!!"
 
"mama, anyah nak makan!!"
 
owkh, setiap saat ok!!
sampai aku pun dah naik lali dengan tuh semua
ada ja yang depa nak
nak itulah, nak inilah
sampai naik kesian aku kat si mama pengantin nih
tak berhenti sat
mana nak layan tetamu lagi
mana nak layan 'hero capik' dua orang tuh lagi
hikhikhik
 
 
 
apa-apa pun
memang enjoy majlis tuh
malam dah dekat pukul 9 baru aku balik
tuh pun sebab aku berkeras ngan mak nak tengok bola kat umah
Malaysia menang-YEAHHH!!
sebab aku dah deal dengan abah, kalau Malaysia menang dia kena blanja aku burger
klau Indon menang aku plak kena blanja dia
tapi, sampai sekarang
jangan kataburger, baunya pun nan adooooo.. huhuhu
lagi pun tak dak burger yang dapat menarik minat aku la..
KFC ja lah nanti... *demand bak hang :P*
 
ok, apa-apa pun
nak ucapkan
 HaPpY bIrThDaY
to my anyah,
Arfiez Hurzaeq Bin Anil Heramasrin
 
 
semoga menjadi anak yang soleh
lebih baik
lebih pandai
lebih cute
dan lebih dari segala-galanya :')
 
ingatlah pesanan mak su mu ini
duit kena share na, sharing is caring
*usaha lah Nilah oiii.. macam lah dapat :'P*
 
next updates will be pasal my BFF's story.. ini permintaan daripada dia.. ha ha ha.. Don't asks me when... yang boleh diperkatakan di sini A.S.A.P.. :')
 
assalamualaikum :')
 



#The day after tomorrow#

Assalamualaikum, semua...

hai, setelah sekian lama aku tak menaip kat sini, hari ini aku muncul kembali.. *macam hantu pocong la plak nak muncul-muncul sgala bagai*

ERRR.. Did you know something? that is result SPM akan keluar LUSA!!! ok.. bawak bersabar ya semua (nasihat orang konon, kau pun kecut perut)..hehehek

aku tak tau la apa yang aku rasa saat nih.. semuanya bagai bercampur baur you know.. klau orang yg pernah laluinya saat-saat getir ini pasti akan merasai apa yang aku rasa sekarang nih.. bukan aku ja yang rasa sebenarnya, but also my dear friends.. but, diorang always asked me

 "weyhh, hang macam tak rasa apa-apa ja"

"hang tak takut ka woii?? aku getaq lutut dah nih"

"Anilah, awat hang tak buat status kat pesbuk arr, semua orang update status tentang nih hang tau dak? panas weyhh panas"

hehehe..errmm.. entahlah.. gila kau kalau aku kata aku tak takut... tak dak perasaan kut aku nih.. :P

sekarang aku tengah membilang hari.. buat countdown everyday, every second, sampaikan abah kata

"adik, hang macam tengah tunggu masa bukak puasa ja"

and I was 'erkk, ya ka aku macam nih masa nak bukak puasa, ishkk tak senonoh betullah hang Anilah, macam bebudak baru blajaq berposa jaa... wat malu kat Haiqal ja....'

                            excited + takut = ????

ok.. tak tau nak kata macam mana.. apa-apa pun cekidaudd..

p/s: abah yang terlebih excited sebenarnya, anak last nak ambik result weyhh.. aku plak yang rasa macam tak mau kluaq bilik ja nih.. tapi, kerja tetap kena pegi, kalau tak memang cari penyakit la dengan En. Boss aku.. huhuhu..

bye, salam...

: : will update later.. after SPM's result.. MAYBE!! : :