1st Day Bersahur...

Assalamualaikum, semua..
 
hari pertama bersahur tanpa family,
makan bertemankan air mata dengan roommate
 
hari pertama bersahur tinggallah kami berdua (aku dan Nurul)
makan kueh teaw PAMA bersama
bertemankan air mata..
 
rare kan?
 
owhkk, bukan?
 
SWEET kan kami??
 
kahkahkah..
 
salam ramadhan dan
selamat berpuasa semua :)
 
semoga tahun nih adalah Ramadhan yang terbaik..
 
terawih yang pertama
orang pergi terawih, aku dan kawan-kawan ke kelas...
 
tapi, aku berazam mengkhatam kan Al-Quran
pada ramadhan kali ini
seperti pada ramadhan yang lepas..
 
bulan Ramadhan yang full dengan quiz, test dll
assignment yang banyak
dan nak kena submit
 
dugaan k, dugaan..
 
menuntut ilmu itu fardu' ain
menuntut ilmu itu juga dikira ibadah
 
Lillahi Taala..
 
salam first day of Ramadhan..
aku masih berada di bumi MALAYSIA :')
 
dan kepada kawan-kawan yang sudah terbang
nanti aku hantar gambar ketupat dan rendang kat korang...
kihkihkih...
 
good luck, dearest friends :')
 
 
 
 


Kami Puteri Akaun *erkkk??*

assalamualaikum, semua :)
 
ACD1Bz
itu kelas aku..
 
Diploma Sistem Maklumat Perakaunan
itu course aku
 
 
dan mereka ini
classmate aku :)
 
semua nya classmate aku..
cukup 10 orang..
 
cuma tak dak lelaki ja..
lelaki ada 5 orang..
 
so, semuanya 15 orang :)
 
atas tangga pun kami bergambar.. sambil menunggu kelas FAR..
 
dalam kelas pun sempat lagi..
 
lepas solat Zohor lagi menjadi-jadi..kih3
 
ustaz tau nih pengsan, ingatnya lepas solat dah bertaubat..
rupa-rupanya...........
 
wassalam..:)
 
 
 
 


Cerita Aku Disini..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum, semua... :)

hari nih dah 8 Julai 2013, berMAKNA dah lebih sebulan aku di sini.. di UiTM Arau, Perlis (errr, macam jauh ja kan)..


macam-macam dah aku lalui..suka, duka, senyum, tawa, menangis sorang-sorang pun pernah..haha..bila ingat balik rasa macam lengkap dah hidup aku kat sini.. semua dah perfect.. semua dah lalui.. kecuali final exam..hehe

ingat lagi..dulu, before masuk U.. masa aku sekolah lagi.. mesti terfikir yang teringinnya nak masuk U, kelas tak selalu, tak payah balik lambat, kerja sekolah tak dak, tak dak nak kena berdiri masa perhimpunan and macam-macam lagi lah... semuanya positif.. tak dak langsung -ve

tapi, bila dah masuk.. baru sebulan.. aku dah rasa seperti 'hah!! hambik hang!!'

memanglah kelas tak selalu, but adik-adik ku.. klas ja tak selalu, tapi study-nya harus selalu.. assignmentnya lagi banyak daripada kerja sekolah yang selalu korang buat ok.. kahkahkah.. bayangkan korang kerna korbankan macam-macam... termasuklah masa tidur korang untuk siapkan segala assignment yang lecturer korang bagi.. tuh tak masuk lagi dengan nak kena study untuk jawab quiz, test dan sebagainya lah.. coz aku sangat takut dengan perkataan 'TENDANG' dan 'REPEAT'.. Nauzubillah minzalik.. mintak dijauhkan...

kehidupan kampus banyak mengajar aku... menjadi budak U, bukan macam budak sekolah yang semuanya dah tersedia.. kat sini semuanya kena buat sendiri, kena usaha sendiri.. sampaikan sepenting-penting perkara seperti registered course tuh pun student kena buat sendiri.. kalau tak korang akan 'gugur taraf'.. kadang-kadang terfikir jugak, tu lah dulu mengada-ngada, semuanya cikgu yang buat, sampaikan nota pun cikgu yang bagi.. tapi sekarang tak ya adik-adikku korang kena search sendiri, print out pun buat sendiri ya.. baru korang tau erti berdikari *lebih kepada cakap kepada diri sendiri*

Diploma aku bagi Fakulti Perakaunan just ada 5 semester ja.. that means just 2 tahun setengah ja.. alaaa, apalah sangat 2 tahun lebih ja pun (kata-kata semangat untuk diri sendiri :P)

untuk sem nih aku ada 7 subjek...

subjek yang aku tak berapa nak gemor adalah subjek Business Mathematics and Microeconomis.. Business Math macam biasa sebab aku nih slow learner sikit bab-bab pengiraan nih.. buat latihan banyak kali pastu nak kena cikgu ulang banyak kali baru nak faham.. and kat U, tak daknya macam tuh ok.. korang kena 'kampui' sendiri.. bayangkan dalam masa 1 jam lebih lecturer aku boleh habiskan untuk satu tajuk..lagu gilaa kut.. masa kat skolah dulu, habis satu topic, buat latihan, habis lagi latihan lagi.. sampailah memakan masa beberapa hari untuk habis the whole chapter.. tapi, kat U lain.. dan aku mengalami kejutan budaya mengenai itu.. sampai masa baru hari first class business math aku dah tepon abah sambil nangis-nangis sebab aku tak faham sangat apa yang lecturer tuh ajar.. laju gila untuk budak slow learner macam aku.. sanggup gila suruh abah call masa abah di Mekah hari tuh.. apa punya anak pun tak tau, orang buat ibadat pun boleh duk kacau lagi.. tapi, aku betul-betul memerlukan seseorang untuk naikkan balik semangat aku yang tengah down waktu tuh.. and THANKS ABAH... :)



tapi, sekarang aku masih berusaha untuk tingkatkan prestasi dan kurangkan kontroversi dalam subjek tuh.. good luck to me!!! JYEAHHH!!

lagi satu, subjek Microeconomics.. aku dulu kat skolah tak blajaq Eco.. so, aku tak paham pasal apa itu curve and the others term in that subject.. serius, masa first class aku zero kut.. lecturer macam biasa laju gila.. tapi, ada lah sikit-sikit yang relate dengan subjek Perdangangan yang aku ambik masa SPM dulu.. macam Factor of Production dll.. tapi, Alhamdulillah skarang aku dah mula faham sebab before kuliah aku dah baca sikit-sikit tentang apa yang lecturer tuh akan mengajar.. so, before lecturer tuh lari, aku dah merangkak dah..kihkihkih...

FRUST
satu perkataan yang ada dalam diari hidup setiap orang.. baru sebulan di sini.. aku dah merasainya.. sedih, kecewa dan macam-macam lagi lah perasaan yang membuatkan aku DOWN.. tapi, perkataan menyerah kalah untuk membuatkan mak abah tersenyum bangga tidak ada dalam kamus hidup aku.. selagi masih bernafas, aku akan terus berjuang menuntut ilmu agar tiga tahun lagi mak, abah, abang, kakak, kak iparku dan anak buahku akan tersenyum gembira datang meraikan hari bersejarah aku di sini.. Insya-Allah, amin... Ya Allah, permudahkanlah..

oh ya.. korang tahu tak, kelas aku semua pelajarnya mendapat 5A and above masa SPM hari tuh.. yang dapat straight A's pun ada..bayangkan persaingannya memang hebat.. dalam kelas sendiri pulak tuh.. hari tuh ada kuiz Business Math, ramai betul yang dapat FULL MARK.. fuyooo!!!! cekang betui budak-budak tuh... tapi, tak pa.. bagus jugak.. sebab depa lah tempat rujukan aku dan menjadikan aku tak malas untuk study, study dan study lagi.. biasalah aku tak mau kena tendang kan!! hahaha..

dan sekarang aku masih di sini.. di sebuah bilik di Kolej Dahlia..aku masih bersemangat menaip dan kongsikan setiap pengalaman perjalanan hidup aku.. dan aku berharap aku akan tetap bersemangat berjuang walau apa pun rintangan dan dugaan yang bakal aku lalui.. bukan senang untuk senang.. dan bukan susah untuk susah... aku pernah medapat kedudukan yang last dalam kelas yang majoritinya ada 30++ orang, aku pernah masuk kelas insentif oleh kerana ke'slow'an aku dalam pelajaran..tapi, oleh kerana aku tak mudah menyerah kalah.. aku telah berjaya membuktikan kepada keluarga aku, terutamanya kepada diri aku sendiri.. aku berjaya masuk U.. tempat di mana semua pelajar sekolah bercita-cita untuk menjejakkan kaki mereka di sini...

so, adik-adik jangan berani mengaku kalah ya!! tolong dengan nasihat daripada orang yang berpengalaman nih (ehem!!ehem!!!).. kalau ada orang rendahkan korang disebabkan kemampuan korang, please don't stop.. don't stop to try again and again because Allah knows better.. biarkan mereka dengan dunia mereka, dan kita jangan terus hanyut disebabkan kata-kata mereka...sebab kita tak tahu apa yang Allah dah tulis untuk kita, jadi kita kena terus berusaha untuk hari esok...for the sake of our better future... bila tak dapat seperti yang diusahakan memang perit kan? tapi, tak apa, Allah lebih mengetahui.. yang penting BERUSAHA... :)


dan kepada orang yang suka merendahkan kemampuan orang lain tuh, aku nak cakap THANK A LOT because kerana korang aku berada di sini.. sebab kata-kata dan perlian sinis itulah aku berani.. aku berani untuk berdiri di atas kaki aku sendiri.. berani mencuba dan terus berusaha sehingga ke hari ini....terima kasih ya..  :)

dan aku Siti Anilah Ardenieti Binti Anchari
aku anak last, aku nak jadi anak kebanggaan mak abah, aku nak jadi adik yang berguna dan aku nak jadi mak su yang menjadi inspirasi kepada anak buahku agar mereka tak mengaku kalah sebelum berjuang di medan ilmu.. dan aku nak capai impian aku selepas aku mencapai impian mak abah aku terlebih dahulu.... Insya-Allah, amin.. semoga dipermudahkan segalanya...

doakan perjalanan aku di sini...

wallahuaklam.. :)

Tetap Terus Berjuang!!

Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim..

Esok (2 Jun 2013) akan bermulalah kehidupan baru aku.. macam-macam rasa bercampr sekarang nih..

oh ya!! lupa nak bagi tau.. saya Siti Anilah Ardenieti Binti Anchari telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran saya ke Kolej Matrikulasi Johor a.k.a. KMJ or lebih famous dikenali sebagai Kolej Mak Jemah :p

tapi, saya telah menolak tawaran itu atas sebab-sebab 'teknikal'

maka, esok saya akan melaporkan diri sebagai salah seorang mahasiswi Universiti Teknologi Mara a.k.a. UiTM kampus Arau, Perlis..



Alhamdulillah, Ya Allah.. :)

sebelum tuh, ramai orang yang Tanya aku kenapa aku tiba-tiba tukar fikiran kan.. hari tuh cakap nak masuk matrik, last-last pi sign dokumen berkaitan UiTM dekat pengetua sekolah..  aiyooo, ketuk pala baru tau..

but I'm so sorry, aku tak dapat nak jawab soalan itu.. bagi aku..aku tak ada jawapan yang tepat or pasti ntuk menjawab soalan tuh..

apa yang aku tau.. hidup kita sebagai manusia adalah untuk mencari redha Allah.. dan redha Allah adalah terletak pada redha kedua ibubapa kita..

aku adalah manusia yang tak mampu untuk berkata TIDAK apabila melibatkan mak dan abah..  bagi aku, aku tak nak jadi anak derhaka...

jadi, apa pun yang terjadi.. tak kira lah keputusan ini datang dari siapa pun.. yang penting dapat melihat senyuman mak dan abah apabila aku bersetuju untuk masuk UiTM itu sahaja sdah cukup buat hati ini tenang..

apa pun yang akan terjadi nanti setelah aku melangkah memasuki universiti, aku redha.. aku terima..

aku tahu yang besar risiko yang aku bakal hadapi bermula esok.. tapi

demi orang yang sangat bermakna dan banyak berkorban dalam hidup aku selama ini.. aku pasrah... ak terima apa sahaja..

aku akan terus berkorban.. aku akan terus berjuang.. kawan-kawan doakan aku ya!! :)

2 tahun menanggung seksa sendiri, aku terfikir adakah aku mampu untuk teruskan ini semua dalam tempoh 10 tahun akan datang?

mampukah aku untuk terus berkorban..?

mengetepikan perasaan sendiri demi orang yang aku sayangi..?

mampukah aku untuk terus berpura-pura di hadapan mereka?

Ya Allah, bantulah aku ntuk terus berjuang dan bertahan..

kalau satu hari nanti aku jatuh dan tak mampu untuk terus bertahan, aku cuma mampu untuk terus berharap agar ada orang yang akan datang untuk terus memberi semangat dan mengingatkan aku tentang besarnya pengorbanan orang-orang yang sayangkan aku selama ini..

agar aku akan bangkit semula melawan kekecewaan yang sudah pasti sangat mendalam..

{jauh di sudut hati aku, aku masih berharap agar keputusan yang dibuat ini adalah tepat...}


 
apa-apa pun..
 
aku nak cakap
TERIMA KASIH
dan Alhamdulillah, Ya Allah
 
mak, abah, abang, kakak, kak Rini and my big family.. cikgu-cikgu... kawan-kawan.. dan semuanya yang selama ini berada dibelakangku menyokong aku tanpa rasa penat dan jemu..
 
terima kasih banyak-banyak
hanya Allah sahaja yang dapat membala jasa dan pengorbanan kalian :)
 
 
Assalamualaikum..
 
to all my friend..
GooD LuCk :')
 

Vocation ke-2 after SPM (part 2)

Assalamualaikum, semua..

oh ya.. sebelum bermulanya perjalanan ceritaku..

aku just nak bagi tau yang nih vocation ke-2 selepas SPM sebab vocation pertama aku iaitu sehari selepas aku habis menjawab kesemua paper SPM, aku ke Bandung, Indonesia.. then, kali nih vocation aku sehari selepas aku ambik result SPM.. hehehe.. macam dirancang lah plak ya.. :P

ok, hari tuh part 1 aku post pasal Japanese Teahouse then kali nih aku nak cerita bila pertama kali aku menjejakkan kaki ke Colmar Tropical plak.. watch out guys!!! :)



 
 
 
 
 
abang aku memang macam tuh.. spoil the picture betul aihh... :P
 

hishh.. kakak aku nih berapa kali dah aku habaq jangan bawak binatang peliharaan..
dia pi bawak jugak..
 
 
 
 
dah lah warna-warni
kan dah menarik perhatian anak buah aku..
huhukk
 
oh Mia... did you know how cute you are in this picture?? :')
(well.. tengok maksu lah kann..*mukamengharap*)
 
 
 
 
oh ya.. gambar atas nih adalah satu tempat yang bila mana
korang letak duit kat situ
then, buat hajat..
dikatakan permintaan korang tuh akan dimakbulkan..
 
so, aku suruh kakak aku baling duit syiling
and buat permintaan kahwin cepat..
hahakss..^__^
 
but, as muslim kita jangan percaya 100% ok
coz Allah lebih mengetahui segalanya..
 
so..
berusaha, berdoa then tawakal
 
bukannya baling duit..:)
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
cantikkan tempat nih?
macam duduk dekat luar Negara ja
padahal..................................:'P
 
pi sana bleh arr feeling feeling berada di kota Perancis
bangunan-bangunan kat sana warna-warni
ceria ja
sejuk plak tuh.. nyaman ja..
 
jimat lagi satu Negara.. :')
 
semua best
KECUALI makanan coz sangat mahal uollss..
so, before order
kindly check the price first..
agar korang nanti tak terkejut beruk depan cashier
like me..
*but, aku cover lagi masa tuh..so, tak lah Nampak sangat kan* 
huihuihui
 
bye.. assalamualaikum.. :)
 
 
 

Vocation ke-2 after SPM (part 1)

Assalamualaikum semua... hai :)

Anilah dah kembali!!

ok, baru-baru nih (baru yang tak baru sangat lah ) my family and I *ayat essay kodd*

pergi bercuti sempena cuti sekolah yang lepas.. walaupun, aku bukan budak sekolah, tapi aku masih kena tunggu waktu cuti sekolah untuk pergi bercuti.. well, anak buah aku semuanya masih lagi bersekolah.. so, harap bersabar bebeyhh!!

then, my brother decide untuk ke Genting Highland and Bukit Tinggi..

oh ya.. masa balik KL tuh sedara-sedara sibuk Tanya 'ehh, bila abang Achin nak pergi Indon??'

than, me muka macam terkejut tertanya-tanya "abang nak pegi Indon ke?"

pastu diorang kata "alaa.. yang nak gi Bukit Tinggi tuh"

adoii lah.. abang aku tuh student ya so tak berkesempatan nak pi bercuti makan angin sambil menghirup udara yang nyaman.. tak menyempat dik non..chewahh!!

kami pergi Bukit Tinggi, Pahang.. bukannya Bukit Tinggi kat Indon tuh lah.. anyway, best gak kan kalau dapat menjejakkan kaki di sana.. one fine day, I will go there, Insya-Allah.. ya lah, asyik duk tengok dekat Astro Oasis masa segmen 'Indahnya Iman' yang masa zikir-zikir tuh ja..

then, tergedik-gedik panggil mak tengok tv sebab nak tunjuk pemandangan yang sangat cantik tuh.. nyaman ja.. (bukannya sebab nak ajak mak berzikir sama.. baik betul anak mak!! :P)

ok, bermulalah cerita aku..

 
dekat Bukit Tinggi kami tidoq dekat
 
Berjaya Hill Bukit Tinggi
 
after check-in and so on we decide to go to the Japanese Teahouse
err.. not 'we' actually, but it is my bro decision.. hehe
 
 
 
Subhanallah...
cantik betul pemandangan di sini..
 
oh ya..
dekat sini pun ada pelbagai aktiviti tau
one of that is Flying Fox
 
for your information,
dekat sini ada Flying Fox yang terpanjang di Asia Tenggara..
ok, sapa yang nak pergi..
don't forget to try ok..
pesanan aku to all muslim yang nak cuba nih
jangan lupa mengucap siap-siap k :)
 
korang cuba dulu, then baru cerita kat aku k
aku tak pa,
just nak bagi peluang kat korang cerita dulu pengalaman korang terbang dalam awan
hehehe
 
jom.. cekidaud gambar dekat sini
 
 
tempat nih bagus tau coz dia bagi korang kesempatan untuk mengeluarkan peluh
 
it is because korang perlu berjalan dari tempat parking kereta naik ke atas
 
diibaratkan seperti panjat bukit la my dearest friends
but, yang nih jalan dia elok k
tak dak Tanah merah segala bagai
 
kita dah sampai...
 
 
my sis, Kak Opie with our cousin, Kak Siti :)
 
 
 
nih masa dekat tempat parking..
oh ya..
korang Nampak tak tangga yang tinggi kat blakang kami tuh..
tangga tuh la yang kena panjat tuh untuk sampai ke atas..
 
 
 ok.. nih gambar my kakak with our cousin, kak Siti
di tengah-tengah pemandangan yang menghijaukan..
 
cantik woo pemandangan kat sini..
 
:')
 
rasa macam nak pi lagi la... -tettt-
 
jom arr cekidaudd gambar around that place
 

 
dua orang gadis penyambut tetamu :P
 
 
 
 
 
 
this is the time when my sis in law feeling feeling jadi minah Jepun uoollss..
 
 
kak Rini with the Japanese's aunty.. err.. I guess  
 
masa dalam fitting room
 
 
 
 
 
 
 
 
 
err.. when you want to be like my sis-in-law yang pakai baju kimono nih
you just have to pay RM 20.00
 
pegi sana feeling feeling diri ini berada di Jepun okayss
jimat satu Negara..hahak
 
cuma tak dak k-pop ja kat situ..
kalau tak bleh feeling feeling WonderGirls :P
 
 
 
 
HAH!! yang nih pasaipa?
 
 
muka Ryyan tak bleh blah..
lawak kodd...
 
 
ok.. kesimpulannya
tempat nih memang best
hijau ja..
memang BEST KEBABOOMMMM lah kiranya...
korang nanti bila free bleh arr bawak family pergi sana tau
 
Japanese Teahouse
 
bye, assalamualaikum.. :)
 
p/s : nantikan part 2 bebeyhh..

##Saya DI Sini :) ##

 
err.. LONDON??
 
oh maii...!!
*suara gedikss*
 
p/s : don't forget to read my next entri my dearest blogger friends :P

#How Time Flies!!##

Assalamualaikum..

errr.. apakah perasaan anda sekarang wahai kawan-kawan batch 95??

kurang daripada 24 hours lagi..

kalau korang Tanya aku...(walaupun tak dak orang Tanya)

surely, I will said that is I'm very very very nervoussssss!!



nebes, takut, getaq ceq oii...NOT getaq, but sangat getaq.. hehehe

mula-mula tak dak apa sangat..biasa-biasa ja..

tapi, bila bukak pesbuk.. HAH!! ambik ko!! aku dah tak sanggup dah nak baca post-post dalam tuh.. korang buat aku lagi takut.. you know? huhuhu

ok lah.. bye, assalamualaikum..







Dia seniorku, Dia BFF aku!! :')

Update entri lama....!!

Assalamualaikum..
penduduk planet blog sekalian :)
 
 
ewah-ewah, mamat pokok nih..
HUA HUA HUA *gelak macam evil*
 
ok.. nama seperti yang tertera di gambar
masih single or double?? tuh kena tnya tuan empunya badan.. aku rasa macam triple ja.. he he he
 
persoalannya..
 
SIAPAKAH DIA??
 
jawapan jujur, dia nih bukannya pakwe aku, mahupun abang aku.. aku tak dak abang semuda nih.. (sambil buat peace kat Abang Achin)
 
ok, dia nih sebenarnya senior aku masa kat sekolah dulu
masa aku Form 2, dia nih Form 5
so, sekarang aku dah Form 5 (walaupun dah habis dah),
dia tak dak Form dah..
jadi, umurnya berapa sekarang ya??
korang kiralah sendiri ya, sebab aku tak terror Math *erkkkk*
 
nama dia sebenarnya
Muhammad Izzuddin Kamil Nadzaharuddin
tapi, as juniors dan menandakan adab kesopanan kemelayuan aku *err*
aku panggil dia 'Abang Din' ja
kadang-kadang kalau dah datang mood Taufan Katrina aku
aku just panggil dia 'Tok Din' jaa
 
ha ha ha
tuh dulu lah, masa zaman sebelum mature lagi (TERperasan mature sangat la pulak)
 
apa-apa pun
apa yang aku nak ceritakan kat sini adalah
tentang diri dia
 
dia nih sebenarnya baik tau..
walaupun kadang-kadang membuatkan aku rasa sebal dan rasa macam dia nih memang menyakitkan hati ja.. rasa macam nak tenggalung a.k.a. baling dia dengan selipar ja..
 he he he
 
tapi, dia tetap seorang senior yang sangat baik..
kami suka berkawan dengan dia sebab dia memang spoting
so, kira macam boleh masuk lah dengan kepala kami yang tak brapa nak normal sangat kadang-kadang nih :P
 
Oh ya!!
macam mana kami boleh rapat dengan dia nih??
 
macam nih kisahnya
dulu masa first year kami jadi pengawas sekolah, masa tuh kami Form 2
dia merupakan antara pengawas seniors kami masa tuh
jadi kami kenal pun masa tuh la..
tapi, kami just bercakap semasa menjalankan tugas ja..
masa lain kurang sikit..
maybe sebab masa tuh masing-masing masih malu-malu kucing lagi
sesiapa yang kenal aku akan ketawa guling-guling..
Eh!! sejak bila plak Anilah jadi seorang yang pemalu nih??
 
TAPI, sebenarnya
weyhh, aku nih memang seorang yang pemalu ok.. FAKTA!!
*senyum kambing*
 
kami semua(juniors) semakin bertambah rapat dengan dia apabila kami semua kena pi Kem Kepimpinan Pengawas dekat Wan Berangan
masa tuh memang best and memang enjoy
naik basikal sama-sama pi dan balik dari kem..
masa duk kayuh tuh sempat lagi tuh wat aktiviti menghabiskan air liur iaitu bersembang
bersembang, bercerita macam-macam..opss!! bukan ber-gossip okeyhh!!
semasa kem tuh pun sembang jugak
so, jadinya masa tuh la kut yang membuatkan kami semua (juniors)
makin bertambah rapat dengan dia
actually, bukan dia ja lah.. semua senior yang ada jugak..
coz kem tuh memang bertujuan untuk memperkukuhkan lagi Badan Pengawas Sekolah..
tak gituh Cik Senah??
 
dia nih memang baik
kalau mintak tolong kat dia
dia mesti akan tolong punya (walaupun tolong dengaq jaa)
 
lepas tuh dia memang peramah sikit..
jadi, agak bercakap banyak
sampai kadang-kadang aku kata dalam hati
'haih, bilalah dia nak berhenti nih... huhuhu'
sebab ada saja ayat dia tuh..
tambah-tambah lagi kalau kat pesbuk or mesej..
memang lama la baru nak berhenti..ibarat kata boleh memanaskan abah yang sedia ada panas dengan bil telefon aku yang sememangnya tinggi daripada orang lain.. he he he
 
tapi,  aku tak kisah
aku ok ja..
as long as dia ok, aku pun ok lah.
You LIKE, I LIKE.. hahaha(ketawa tanpa cover..memang ayu).
lagi pun sapa lagi lah yang nak mesej or chat ngan aku kalau bukan dia nih
 
sebabnya masa aku online fb ja, mesti dia pun 'hijau' sama
time aku tak online, dia pun sama jugak offline..(memandai ja kau)
he he he
 
oh ya.. la nih dia dah ada satu PENYAKIT
penyakit yang mungkin akan berjangkit jikalau tidak dibendung dengan segera
penyakit yang sangat bahaya,
sampaikan aku naik kesian dengan dia..
hishh, kritikal betul penyakit tuh..
 
nak tau dak dia sakit apa??
dia sebenarnya sakit..
sakit ditimpa perasaan a.k.a. perasan
 
ishkk, aku dah bagi tau dah kat dia.
kalau penyakit tuh, biaq aku sorang ja yang alaminya.. aku rela
tup-tup dia pun sama naik jugak dengan aku rupanya..
hikhokhikhok :-P
 
tapi, apa-apa pun memang best kenal ngan dia nih sebab dia nih memang spoting habis lah..
jarang ada seniors yang kalau juniors ajak keluar, dia pun nak join jugak
dan jarang jugak ada seniors yang akan melayan perangai gila-gila juniornya
 
malah, dia jugaklah yang akan mendengar masalah-masalah juniors nya
memang caring.. :-)
 
ibarat seorang abang yang sangat prihatin terhadap adiknya..
macam tuh arr perumpamaannya.. :'D
 
so, tak menyesal and bersyukur sangat-sangat sebab dapat kenal dengan dia :)
 
 
 
bagi aku, dia lah Mr. Senior
dan dialah Mr. BFF
 
owhkk, ya..
aku tak boleh cerita lebih-lebih sebabnya dia bukannya satu kelas dengan aku
lagipun kami jarang jumpa..
pesbuk ja jadi meja kopi kami tempat sembang..
kalau cerita bab kawan sekolah or kawan classmate aku yang tuh aku boleh lah
sebab kami hari-hari jumpa..
dah masak sangat dengan perangai masing-masing..
he he he
 
 
kalau nak tau lagi tentang Abang Din, kena tanya tuan empunya badan sendiri lah
he he he
aku tau yang pembaca blog aku nih ramai perempuan yang masih single lagi kan??
(termasuklah tuan tanah kedaung nih)
mesti korang nak kenal dengan senior aku sorang nih kan??
bleh.. bleh...
boleh IM aku.. nanti aku bagi tau kat korang fb dia..
#ewahh!! dah macam agensi mencari jodoh la pulokss#
 
bye, guys..
assalamualaikum...
 
harapan ku hanya satu iaitu
 
semoga dia sentiasa menjadi senior yang TERBAIK buat kami (juniors yang semenagnya sangan baik:P)
semoga menjadi anak yang soleh dan sukses selalu.. :) :) :)