Aku gembira!!!!!

Assalamualaikum......................... mood hari nihh memang

TERSANGAT GUMBIRAA!!!!!!!!!!!!!!

macam nak bagi tau semua orang yang aku sangat gembira.....

macam nak lompat jaa!!!!!!!!!!!!!!

macam nak guling-guling.............*macam cerita hindustan la plak..

macam nak menjerit and cakap aku gembira!!!!!!!!!!!!!!!!!

terima kasih Ya Allah..Alhamdulillah...............
aku tersangat bersyukur...

terima kasih mak, abah, abang, kakak, cikgu, kawan-kawan dan semua orang..

TERIMA KASIH...
 THANKS A LOTTTT........

Minggu yang busy...

Assalamualaikum semua??? sihat tak?? yg tak sihat pi makan ubat nohh...semoga anda lebih sihat...

Minggu depan Nilah dah start busy balik larhh..waaa!!! mesti penat lagi nanti........ baru ingat nak rilekss lagi... tapi tak pa, teruskan dengan senyuman dan keikhlasan... Insya-Allah.. tapi, betul ka ikhlas?? waa!!! tak tau larhh..mula-mula memang ikhlas tapi kalau dah penat mintak maaf lah nohh... tak tau nak kata apa.. hihihi..

1. petanque
mak aiii..den dah lupa nak main macam mana lorhh.. mampuihh dah hari koko nihh nak lawan cam na???... waa!! mintak-mintak semuanya still oraitt...

2. Kursus Fasilitatator Sahabat PPDa-PETRONAS
wahh!! bila masa la plak kan si Anilah nihh ada sahabat nama PETRONAS?? kui3... tak erhh...tak da nya... kursus tuhh minggu depan selama 3 hari di Langkawi....mula-mula segan nak pi koz Nilah sorang ja perempuan yang lagi dua tuhh lelaki.... sapa?? namanya Shahril and Afifudin... harap-harap tak gaduh ngan Din tuhh..tak mo..tak mo.. dia dah larhh suka cari pasal ngan Nilah, sat gi bleh kecoh nanti... tak sangguppppp.....

3. Forum
mak aii..lepas habis debat..forum la plak... ingin mengakui di sini bahawasanya saya tak pernah+tak pandai nak berforum-forum nihh yaepp...tapi, why not kita try dulu kan?? Nilah pun nak cuba gak lahh..bukan apa selalu kita duk mengadap depan tv tengok forum tu kan.. nanti orang plak tengok kita... huishh, malunyaa.. tapi tak pa..cuba..cuba..cuba... Nilah satu kumpulan ngan Hayati, Sima dan Aufa.. harap-harap kami boleh menjadi satu pasukan yang baik...Insya-Allah...

'semoga Allah memudahkan semuanya...aminn...'

ok larhh kawan-kawan...
bye...assalamualaikum.............
~jalanilah hari anda dengan senyuman~

p/s: please kawan or sapa-sapa pun..tolonglah jangan bagi number phone Nilah kat sapa-sapa..terutamanya yang TAK kenal...Nilah tak suka!!!!! membazir duit ja....tau kan 'membazir sifat syaitan'..so, jangan larhh.. i'm trust you...........

Hari yang Indah...

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah hari nihh berjalan dengan lancar.. Alhamdulillah, I'm feel very happy.......................

pertama kerana tak ada sorang pun yang marah bila Nilah balik awal kelmarin...

kedua ialah..ALHAMDULILLAH, Nilah semakin sihat...Insya-ALLAH, tak lama lagi Nilah tak perlu pi berubat or someting else dah..Alhamdulillah rasa macam nak menjerit bagi satu DUNIA tau yang saya AKAN SEMBUH dan menjalani kehidupan yang normal macam orang lain.. dan macam REMAJA lain.. Alhamdulillah, Ya ALLAH...

Ya ALLAH, Kau rahmatilah kehidupanku ini dan kuatkan lah aku untuk menempuhi segala dugaan dan cabaran, Ya Allah...

DAN, lagi satu Nilah takutlah bila minggu depan nak pi kem dekat Langkawi...

semoga semuanya berjalan seperti biasa..Insya-ALLAH...

bye semua time to sleep...assalamualaikum...

p/s: maaf kepada semua yang tulis comment dalam blog nihh, Nilah tak dapat balas koz ada masalah sikit...sorry...yg boleh Nilah balas, Insya-ALLah Nilah balas dalam fb...

p/s/s: kepad Eira...uatkan semangatmu kawan...Allah sedang mengujimu... jangan mengeluh, teruskan usaha... km sentiasa ada untuk kawan-kawan km...and you can share your problem with me if you want to do it... Insya-Allah, kalau boleh tolong, km akan tolong...kerana seorang kawan sentiasa ada disisi kawannya di saat susah dan senang...

maaf kawan...

Assalamualaikum semua.. firstly I want to says "I'm very sorry, my friends...maafkan km, k???"... sebenarnya, Nilah nak mintak maaf sangat-sangat kat semua orang dalam kelas tuhh terutamanya kepada Atikah dan Nisrin..sorry kawan... maafkan km yaepp koz km balik tadi..sorry km hanya merancang, Allah yang tentukan.. km betul-betul tak tahan sakit pagi tadi sebab tuhh yang km balik jugak tuh..km mintak maaf sangat-sangat kawan... I'm so so SORRY... km tau mesti ampa kecewa or marah ngan km kan sebab kita kan dah prepare nak wat 'kerusi panas' time Cikgu Norzila kan... km mintak maaf..betul, km memang tak tahan sebab tuhh yang km balik awal tuhh..

saya, Siti Anilah Ardenieti ingin jugak memohon kemaafan kepada Cikgu Bahasa Melayu ku iaitu Cikgu Norzila...maaf cikgu, saya tak ada masa nak wat 'kerusi panas' tadi..saya mintak maaf, cikgu..

tak lupa jugak kepada abahku sendiri kerana anaknya yang baik ini telah menyusahkannya dan 'mengada-nganda' suruh dia ambik kat sekolah tadi sampai kena naik pejabat..maaf abah... adik betul-betul tak tahan sebab tuhh adik nak balik tadi..SORRY....

ok larhh..bye..assalamualaikum...

p/s: semoga esok aku kembali sihat..tak mau dah ponteng kelas....TAK SUKAAA...

"Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum"

[1] Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.~ Mahatma Ghandi

[2] Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

[3] Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”

[4] Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.

[5] Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

[6] Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.




[7] Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

[8] Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

[9] Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

[10] Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

[11] Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka



[12] Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

[13] Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

[14] Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping.
Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.

[15] Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.

[16] Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi.

[17] Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.

[18] Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !

[19] Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.




[20] Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka

[21] Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.

[22] Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya

[23] Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

[24] Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.

[25] Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

[26] Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)
....ini juga di-copy daripada blog seseorang...

Agar wanita menjaga kemuliaannya..

Abu Numair Nawawi B. Subandi
http://an-nawawi.blogspot.com


Di antara cara Islam memuliakan kaum wanita adalah dengan menitik-beratkan penjagaan aurat. Kaum wanita yang menjaga auratnya dengan baik melambangkan keteguhan iman dan simbol kebebasan pemikiran mereka dari belenggu ideologi jahiliyyah.

Menutup aurat bagi wanita dari sudut syara’ merujuk perbuatan menutup tubuh dan perhiasannya, sehingga orang asing (yang bukan tergolong dari mahramnya) tidak melihat sesuatu pun dari tubuhnya dan perhiasan yang dia kenakan sebagaimana diperintahkan supaya ditutup (dihijab). Iaitu ditutup dengan pakaiannya atau dengan tinggal di rumahnya.

Wanita mukmin berhijab dengan mengenakan khimar (tudung atau penutup kepala) yang dilabuhkan sehingga ke dada-dada mereka dan dengan mengenakan pakaian (jilbab) yang menutupi seluruh tubuh mereka.

Kefahaman ini diambil antaranya dari firman Allah Subhanahu wa Ta’ala (yang maksudnya):

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنّ

“Hendaklah mereka (wanita yang beriman) menahan pandangan dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka mengenakan khumur dengan melabuhkan ke atas dadanya, dan janganlah dia menampakkan perhiasannya (aurat)... (kecuali kepada mahram mereka).” (Surah an-Nuur, 24: 31)

Lafaz al-Khumru atau al-khumur (ألخمر) yang termaktub dalam ayat 31 surah an-Nuur ini adalah bentuk jama’ dari lafaz khimar (خمار) yang membawa maksud sesuatu yang dapat menutupi. Maksudnya di sini adalah merujuk kepada menutupi kepala (tidak termasuk dada). Ia juga disebut dengan al-Miqna’ atau al-Maqaani’ (jamak) yang membawa maksud tudung (penutup kepala). Secara lengkapnya ia adalah pakaian yang menutup bahagian kepala iaitu mencakupi rambut, telinga, dan leher.

Berdasarkan penelitian Syaikh al-Albani dalam kitabnya Jilbab al-Mar’atil Muslimah fii Kitabi wa as-Sunnah, beliau menyatakan khimar adalah penutup kepala, tidak ada yang nampak darinya kecuali lingkaran wajahnya.

Manakala sebahagian pendapat yang lain (dari kalangan ulama) menyatakan wajib menutup termasuk bahagian wajah (atau muka).

Dalam ayat tersebut Allah menyatakan:

وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ

“Dan hendaklah mereka mengenakan khumur dengan melabuhkan ke atas dadanya...”

Maksudnya di sini agar kain tudung (khimar) yang dikenakan supaya dilabuhkan sehingga menutupi dada dan tulang dada. Hukum ini adalah supaya wanita mukmin memiliki perbezaan yang jelas berbanding dengan wanita-wanita jahiliyyah, kerana wanita-wanita jahiliyyah tidak pernah melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah tersebut.

Kebiasaan wanita jahiliyyah mereka gemar melewati para lelaki dengan menampakkan bentuk dada-dada mereka serta tanpa ditutupi. Mereka juga turut menampakkan leher, jambul rambut, dan anting-anting telinga mereka.

Maka Allah Subhanahu wa Ta’ala pun memerintahkan wanita-wanita yang beriman supaya menutup diri mereka di hadapan lelaki ajnabi (yang bukan mahram) atau apabila keluar dari rumah. Penjelasan seperti ini boleh ditemui dalam Tafsir Ibnu Katsir.

Allah Subhanahu wa Ta’ala juga berfirman (maksudnya):

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لأزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا

“Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan isteri-isteri orang mukmin, “Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.” Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal yang dengannya mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Ahdzab, 33: 59)

Perkataan jilbab dalam ayat ini merujuk pakaian yang menutupi seluruh tubuh. Fungsi jilbab lebih luas (umum) dari khimar (tudung), kerana jilbab merujuk pakaian yang dapat menutupi tubuh wanita dari kepalanya sehingga ke bahagian bawah tubuhnya (termasuk kaki). Melainkan apa yang dibenarkan untuk tidak ditutup atau dibolehkan terbuka iaitu muka dan kedua tapak tangan.

Secara umumnya, syarat-syarat asas pakaian seorang wanita beriman di hadapan bukan mahramnya adalah sebagaimana berikut:

1. Menutup seluruh tubuh, melainkan bahagian yang dikecualikan (yang boleh untuk tidak ditutup). Iaitu muka dan kedua tapak tangan.

2. Bukan dengan tujuan untuk berhias, menarik perhatian, atau melawa di hadapan bukan mahram.

3. Menggunakan kain yang tebal (bukan yang tipis atau jarang) sebagai kain pakaiannya. Ini supaya tidak menampakkan warna kulit atau bahagian dalam tubuhnya.

4. Tidak ketat tetapi perlu agar longgar dan tidak boleh menggambarkan bentuk tubuh.

5. Tidak diberi wangi-wangian (perfume).

6. Tidak menyerupai pakaian lelaki.

7. Tidak menyerupai pakaian wanita kafir atau syi’ar orang-orang fasiq.

8. Bukan pakaian kesombongan atau untuk bermegah-megah.

Lebih lanjut tentang perbahasan pakaian wanita beriman ini, penulis cadangkan agar para pembaca menela’ah buku karya Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah bertajuk, “Jilbab al-Mar’atil Muslimah.” Buku ini telah pun diterjemahkan ke bahasa Melayu antaranya dengan judul Jilbab Wanita Muslimah oleh Pustaka at-Tibyan dan Kriteria Busana Muslimah oleh Pustaka Imam asy-Syafi’i. Buku ini memuatkan hujjah penjelasan yang cukup baik dari ayat-ayat al-Qur’an, hadis-hadis Nabi, dan perkataan salafus soleh berkaitan tatacara menutup aurat bagi seorang wanita beriman.

Dengan memahami kewajiban menutup aurat bagi wanita, maka kita akan memahami pula bahawa Islam amat melarang keras perbuatan eksploitasi dan aksi peragaan tubuh wanita. Islam menjaga aurat wanita dengan cara memakaikan mereka jubah-jubah kemuliaan. Islam melindungi mereka dari mata-mata keranjang bahkan memerintahkan pula kaum lelaki menundukkan pandangan mereka terhadap kaum wanita. Mereka juga dilindungi dari menjadi agen pembangkit nafsu syahwat serta berahi. Islam memperuntukkan para wanita agar menjadikan rumah-rumah mereka atau rumah-rumah suami mereka sebagai tempat terbaik menjaga diri.

Islam tidak menggalakkan kaum wanita berkeliaran atau berpeleseran di tempat-tempat awam tanpa sebarang sebab atau keperluan yang mendesak. Sebaliknya kaum lelaki yang merupakan suami atau wali bagi wanitalah yang bertanggungjawab memenuhi keperluan nafkah kaum wanita dengan keluar bekerja di luar rumah. Dengan itu, kaum wanita akan lebih selamat dengan tinggal di rumah-rumah mereka dan menjadi penjaga harta-harta suami mereka merangkap pendidik berkesan bagi anak-anak.

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى بَيْتِ زَوْجِهَا وَوَلَدِهِ

“Seseorang lelaki adalah pemimpin yang bertanggungjawab ke atas keluarganya, manakala seseorang isteri menjadi pemimpin yang bertanggungjawab menguruskan rumah suami dan anak-anaknya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Bab: Wanita Adalah Pemimpin Di Rumah Suaminya, 16/207, no. 4801)

Sehingga hendak bermusafir dan hendak menunaikan haji selaku ibadah yang besar pun tidak dibenarkan bagi wanita jika tidak memiliki mahram yang sah. Demikianlah seriusnya Islam dalam menjaga kehormatan wanita.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya):

وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الأولَى

“...hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias (tabarruj) dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyyah terdahulu.” (Surah al-Ahzab, 33: 33)

Tabarruj bagi wanita dalam ayat ini adalah perbuatan memperlihatkan keindahan tubuh dengan membuka aurat untuk tatapan umum, mencari tarikan, mahu kelihatan cantik dan bersolek bukan untuk suaminya, mencukur kening, memakai pakaian yang menunjukkan atau menggambarkan bentuk tubuh, serta yang seumpamanya.

Namun dari apa yang kita lihat hari ini, ramai wanita Islam telah mula meninggalkan kemuliaan yang diberikan oleh Islam kepada mereka. Perintah agama supaya menutup aurat dan larangan agar tidak bertabarruj seolah-olah dilupakan dan dipandang remeh. Wanita-wanita Islam mula bangga untuk berkeliaran bebas di khalayak ramai sambil menggayakan fesyen-fesyen tidak syar’i yang mereka anggap sebagai lambang kemodenan.

Ini dapat kita perhatikan apabila tanpa rasa bersalah atau malu mereka membuka tudung, mendedahkan lengan, membuka dada, memperlihatkan betis, serta mempertontonkan bahagian-bahagian tubuh mereka di hadapan umum.

Termasuk di dalamnya adalah mengenakan fesyen tudung atau rambut bersanggul tinggi seperti bonggol unta. Juga fesyen pakaian ketat yang menggambarkan bentuk tubuh badan, mengenakan pakaian dengan kain yang jarang, mengenakan kain yang tipis serta pakaian yang singkat.

Apabila fenomena-fenomena seperti ini muncul dan terus berluasa, maka berlakulah apa yang dikhabarkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berupa fitnah-fitnah yang berbahaya bagi kaum lelaki dan masyarakat secara umum.

Kebanyakan wanita yang gemar berpeleseran atau menghabiskan masa keluar bekerja di luar rumah pasti berhadapan risiko kehilangan nilai-nilai kewanitaannya. Mereka akan berhadapan pergaulan bebas dengan kaum lelaki, menjadi perhatian umum, menjadi bahan penggoda, dan menjadi tarikan kaum lelaki pelbagai sifat serta karektor. Sedangkan wanita itu fitrahnya adalah lembut dan lemah. Maka ini akan mendedahkan mereka kepada pelbagai ancaman.

Selain itu, anak-anak dan institusi kekeluargaan pula akan menjadi kelam-kabut, kehilangan sentuhan kasih-sayang, rasa cinta, dan akhirnya boleh mengakibatkan terabainya kewajiban yang telah ditetapkan. Akhirnya boleh mengundang pelbagai fitnah dan gangguan keharmonian kekeluargaan.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَا تَرَكْتُ بَعْدِي فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنْ النِّسَاءِ

“Aku tidak meninggalkan fitnah sepeninggalanku yang lebih bahaya bagi lelaki melebihi fitnah wanita.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim – Muttafaq ‘alaih)

Beliau juga bersabda:

فَاتَّقُوا الدُّنْيَا وَاتَّقُوا النِّسَاءَ فَإِنَّ أَوَّلَ فِتْنَةِ بَنِي إِسْرَائِيلَ كَانَتْ فِي النِّسَاءِ

“Takutlah kamu dengan dunia dan takutlah kamu dengan fitnah wanita, kerana sesungguhnya fitnah yang mula-mula menimpa bani Israil adalah berkaitan urusan wanita.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/284, no. 4925)

Saidina ‘Ali radhiyallahu ‘anhu pernah berkata kepada isterinya Fathimah radhiyallahu ‘anha:

يا فاطمة ما خير ما للمرأة؟

“Wahai Fathimah, apa yang terbaik untuk seseorang wanita?” Fathimah menjawab:

أن لا ترى الرجال ولا يروها

“Hendaklah dia tidak melihat lelaki (yang bukan mahramnya) dan lelaki pun tidak melihatnya.” ‘Ali berkata lagi:

ألا تستحيون؟ ألا تغارون؟ يترك أحدكم امرأته تخرج بين الرجال تنظر إليهم وينظرون إليها

“Tidakkah kamu malu? Tidakkah kamu cemburu? Salah seorang di antara kamu membiarkan isterinya pergi ke khalayak kaum lelaki dan dia melihat mereka serta mereka (para lelaki) pun melihat mereka pula.” (Lihat: adz-Dzahabi, al-Kaba’ir, m/s. 171-172. Dinukil daripada: ‘Abdullah al-Jarullah, Mas’uliyyah al-Mar’ah al-Muslimah, m/s. 67)

Dari itu, kaum wanita hendaklah menjaga kemuliaannya dengan sebaik mungkin. Para wali hendaklah mengambil berat perkara ini. Atau sebaliknya membiarkan tubuh-badan wanita-wanita ini dinikmati lelaki tidak beriman sehingga menjadilah ia punca fitnah dalam masyarakat. Dan mereka pula berhadapan pelbagai ancaman risiko yang tidak baik. Semoga kita semua dijauhkan darinya dengan berusaha mengikuti perintah Allah dan Rasul-Nya.

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah memberikan peringatan yang menggerunkan dengan katanya:

صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

“Ada dua kelompok penghuni Neraka yang belum pernah aku lihat. (Iaitu) kaum lelaki yang membawa penyebat seperti ekor lembu di mana mereka memukul manusia dengannya. Dan kaum wanita yang berpakaian tetapi telanjang, selalu melakukan maksiat dan mengajarkan kemaksiatannya kepada orang lain, kepala-kepala mereka seperti bonggol unta yang senget, mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium aromanya. Padahal aroma Syurga itu tercium dari jarak sekian dan sekian.” (Hadis Riwayat Muslim, 11/59, no. 3971)

Maksud wanita yang berpakaian tetapi telanjang ini adalah umum sama ada mereka yang tidak menutup aurat dengan sempurna, memakai pakaian yang menggambarkan tubuh dan bentuk-bentuk tubuh mereka, berpakaian singkat, mahupun yang berpakaian tipis dan ketat.

Manakala keterangan tentang kepala mereka seperti bonggol unta ini pula merujuk kaum wanita yang mengenakan sanggul atau menghimpunkan rambut-rambut mereka ke atas sehingga menampakkan kepada umum seperti bentuk bonggol unta di kepala mereka. Sama ada ia mengenakan di bawah tudung atau tanpa bertudung. Penjelasan berkaitan hadis ini penulis ambil dari Syarah Shahih Muslim oleh Imam an-Nawawi dan Syarah Riyadhus Shalihin oleh Syaikh al-‘Utsaimin.

Maka, jadilah wanita yang solehah lagi mulia. Iaitu yang memelihara diri sebagaimana diperintahkan. Taatilah Allah Subhanahu wa Ta’ala dan takutlah dengan ancaman-Nya.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ

“Oleh itu maka wanita yang solehah adalah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tiada dengan apa yang Allah telah pelihara mereka.” (Surah an-Nisaa’, 4: 34)

Wallahu a’lam...

...daripada http://an-nawawi.blogspot.com/...

Ingat-mengingati...

Surat Adam untuk Hawa

Wahai sahabat Muslimat Sekalian,

Renung-renungkanlah intipati daripada surat Adam kepada Hawa ini, Ketahuilah olehmu wahai Bunga-bunga Islam,kita adalah sayap kiri pada mereka(kaum muslimin). Sedih rasanya jika teguran baik yang mereka berikan kita tak ambil kisah. Bukankah ia juga untuk kebaikan bersama.Fikirkanlah wahai sahabat-sahabatku……

SURAT ADAM UNTUK HAWA

Dengan nama Allah swt Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang………..
Didoakan semoga kalian berada dibawah lembayung rahmat dan keredhaan Allah swt….

Hawa....

Maafkan aku jika coretan ini bisa mengguris hatimu. Meskipun kutahu,jiwamu selembut sutera dan bisa hancur lantaran kata-kata yang bakal ku ungkap ini, mengertilah duhai Hawa, kerana kaulah pengubat kesunyian waktu aku di syurga dulu dan engkau juga asalnya dari tulang rusuk kiriku yang bengkok,lantas kerana bimbang hidupmu terpesong dari landasan yang sebenarnya,kugagahi jua diri ini....

Hawa....
Maha Suci Allah yang telah mentakdirkan kaummu melebihi bilanganku di akhir zaman ini. Itulah kebesaran dan penelitian Allah swt dalm urusan-Nya. Bayangkanlah Hawa...sekiranya kaumku melebihi kaummu, yang pasti dunia ini kan berkecai kerana huru-hara dan diselimuti warna-warna suram lantaran kekejaman dan penindasan....

Hawa....
Suka untukku mengajak dirimu agar berfikir sejenak tentang hakikat kekalutan yang melanda disaat ini. Tapi permintaanku,duhai Hawa...cubalah ! Renungkan jua yang sebenarnya dirimu kini sudah berubah...Tidakkah kau mengerti bahwa dirimu kini, kian berubah..

Tidakkah kau mengerti bahwa dirimu adalah umpama sekuntum bunga yang indah di pandangan mata namun bukan perhiasan semata-mata. Duri-duri yang melingkarimu itulah hijab yang digariskan oleh Allah swt sebagai pelindung yang diertikan sebagai aurat seorang yang bergelar wanita. Mengapa Hawa? Mengapa harus kau biarkan ia terdedah kepada kami,kaum ajnabimu?

Betapa hancurnya hatiku menyaksikan dirimu umpama bahan yang dapat diperkotak-katikkan. Dimana-mana saja,bisaku lihat dirimu menghayunkan langkah ,bukan sebaik dulu lagi. Langkahmu kian pantas. Apa sebenarnya yang engkau kejari?. Aku sendiri tak pasti! Terkadang, ku tak dapat membezakan antara dirimu dan teman-teman yang lain, bersama hayunan langkah itu, suaramu kian meninggi,diiringi gelak tawa yang cukup memedihkan mata dan hatiku ini...

Sedarkah kau Hawa.....?
Haruskah aku terima hakikat yang kau kini sudah berubah?
Semakin jauh dari landasan Tuhan yang pernah kutelunjuki buatmu dahulu!

Hawa....
Mengapa mesti dirimu kini jadi tontonan ramai? Perlukah kau hiasi dirimu untuk menarik perhatian sehinggakan yang seharusnya menutupi auratmu, kau miliki dari ciri-ciri yang ditegah dalam Islam? Sukar bagiku untuk melihat kembali keadaan yang mana sesederhana yang mungkin! Cukup untukku merasakan kehadiranmu disaat ini tidak lebih dari mempamerkan perhiasan diri yang kau punyai.

Fahamilah Hawa,usahlah menurut kerakusan nafsu menjelajahi sebutir peluru yang bisa hinggap di mana saja meninggalkan fitnah buat kaumku ini....

Hawa....
Betapa sakit dan pedihnya disaat kulihat auratmu menjala, di sekeliling pandangan. Aku tidak mahu Hawa..Suatu hari nanti, di negeri yang abadi itu, memperlihatkan seksaan terhadapmu yang ku kira paling dahsyat, apa tidaknya.Seurat rambutmu yang keluar, ular menanti dimana-mana, sejengkal tanganmu kelihatan ...aduh!! Banyaknya seksaan menantimu!...

Mengapa begitu Hawa? Tidakkah kau ingat apa yang perlu kau jaga adalah maruahmu! Maruah seorang wanita yang tersandar di bahumu kelemahan dan kekurangan!!

Jadi bagaimana seandainya kelakuan dan auratmu terpamer di mana-mana saja?

Hawa...
Tidakkah kau malu dengan pembohongan yang kau sembunyikan dalam dirimu sendiri?
Di sini auratmu kau selindungi disebalik pemakaianmu, atas dasar peraturan dan persekitaran kalian. Tetapi jauh nun diluar sana ,tersentak diriku tatkala dirimu telah jauh berbeza! Tudung ke mana,jilbab ke mana? Apatah lagi tingkah lakumu..! Dimana kau letakkan martabat seorang yang bergelar muslimah? Aku diselubungi rasa malu atas penghinaan ini!

Hawa....
Tutupilah auratmu, jagalah dirimu ,bertuturlah dengan suara yang lembut mampu kau kawal lantaran jika terlanjur, semuanya bisa membawa dosa padamu.

Jangan kau memperlihatkan apa yang tersembunyi pada dirimu..tapi ingatlah ,cukuplah sekadar tapak tangan dan wajahmu yang dizahirkan ,namun bukan kakimu,rambutmu,dan jua tubuhmu.....


Firman Allah swt:

“Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman,hendaklah mereka menahan dari pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka dan jangan menampakkan perhiasan mereka kecuali yang zahir daripadanya...”

Hawa....
Mungkin ku harus menghentikan bicara pertama ini di sini dulu...

Andai diizinkan Allah swt, kita bersua lagi dilain lembaran dan yang pasti aku tetap terus membimbingmu. Harapanku agar muncullah walaupun hanya secebis kesedaran dihatimu dan akan mendoakan moga Allah swt membuka hati kalian untuk mencetuskan perubahan....Akhir kata ,ketahuilah.............

“DUNIA INI MERUPAKAN PERHIASAN,DAN,SEBAIK-BAIK PERHIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH”



..ini daripada blog seseorang....

Jom kongsi lagi...

Jangan mengharap "Terima Kasih" dari orang lain.

Allah SWT menjadikan para Hamba-Nya supaya sentiasa mengigati-Nya, dan dia menanugerahkan rezeki kepada setiap makhluk ciptaan-Nya supaya mereka bersyukur kepada-Nya. Tetapi mereka malah ada yang menyembah selain-Nya dan ada pula yang bersyukur kepada selain-Nya.

Tabiat suka mengingkari, membangkang, dan memperkecilkan sesuatu nikmat adalah penyakit yang lazim menimpa jiwa manusia. Justeru, anda tidak perlu hairan dan resah jika mendapati mereka mengingkari kebaikan yang pernah anda berikan, mencampakkan budi baik yang sudah anda tunjukkan, serta melupakan bakti yang sudah anda berikan. Lebih dari itu, anda tidak perlu resah jika mereka juga memusuhi anda dengan sangat keji dan membenci anda hingga mendarah daging, sebab semua itu mereka lakukan adalah kerana anda berbuat baik kepada mereka.

"Dan tidaklah mereka mencaci dan mencela (Islam) melainkan setelah Allah dan Rasul-Nya member kesenangan kepada mereka dari limpah kurnia-nya."

(Surah At-Taubah: 74)

Mari kita buka semula catatan dunia berkenaan perjalanan hidup ini. Dalam salah satu babnya diceritakan: Konon, seorang ayah sudah memelihara anaknya dengan baik; ia memberinya makan, pakaian dan minuman, mendidiknya hingga menjadi orang pandai, rela tidak tidur demi anaknya, rela tidak makan asal anaknya kenyang, dan bahkan mahu bersusah payah supaya anaknya bahagia. Malangnya, ketika sudah bermisai lebat dan kuat tulang-tulangnya, anak itu bagai anjing galak yang selalu menggonggong kepada ibu bapanya. Ia tidak hanya berani menghina, tetapi juga memperkecilkannya, acuh tidak acuh, bongkak, dan derhaka terhadap ibu bapanya. Dan semua itu, ia tunjukkan dengan perkataan dan juga tindakan.

Justeru, siapa sahaja yang kebaikannya diabai dan diperkecilkan oleh orang-orang yang menyalahi fitrahnya, sudah sepatutnya menghadapi semua itu dengan berlapang dada. Dan ketenangan seperti itu akan mendatangkan balasan pahala dari Zat yang perbendaharaa-Nya tidak pernah habis sampai bila-bila.

Seruan ini bukan untuk menyuruh anda meninggalkan kebaikan yang sudah anda lakukan selama ini, atau supaya anda sama sekali tidak berbuat baik kepada orang lain. Ajakan ini hanya ingin supaya anda tidak goyah dan terpengaruh sedikit pun dengan kekejian dan pengingkaran mereka atas semua kebaikan yang sudah anda lakukan. Dan janganlah anda bersedih hati dengan apa sahaja yang mereka lakukan.

Anda perlu bersyukur kepada Allah kerana dapat berbuat baik ketika orang-orang di sekeliling anda berbuat jahat. Dan ketahuilah bahawa tangan yang di atas itu lebih baik daripada tangan yang di bawah.

"(Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): "Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu hanya kerana Allah semata-mata; kami tidak hendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih."

(Surah Al-Insan:9)

Kebanyakan orang mudah hilang kawalan diri dan menjadi kacau fikirannya ketika menghadapi kritikan atau cercaan dari orang-orang sekelilingnya. Terkesan mereka seolah-olah belum pernah mendengar wahyu Allah yang menjelaskan dengan tegas tentang perilaku golongan yang selalu mengingkari Allah. Dalam wahyu itu dikatakan:

"Dan manakala kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, ia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya ( sebagaimana ia memandang eloknya bawaan itu) demikianlaj diperelokkan pada pandangan orang-orang yang melampau apa yang mereka lakukan."

(Surah Yunus:12)

Jangan hairan apabila anda menghadiahkan sebatang pen kepada orang bebal, lalu ia menggunakan pen itu untuk menulis cemuhan kepada anda. Dan anda tidak perlu terkejut, jika orang yang anda beri tongkat untuk menghalau kibasy gembalaannya sebaliknya memukulkan tongkat itu ke kepala anda. Itu semua adalah tabiat semula jadi manusia yang selalu mengingkari dan tidak pernah bersyukur kepada Maha penciptanya sendiri yang Maha Agung lagi Maha Mulia.

Kalau terhadap Tuhan pun mereka berani membangkang dan mengingkari, apatah lagi kepada saya dan anda.

*Jangan bersedih, Don't be Sad

...juga di-copy daripada page yang sama...

semoga kita mendapat manfaat...

Agak-agak bila kita boleh Couple...?

Firman Allah: Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina)… Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar. (Surah Al-Ahzab: 35 )

Jom baca nihh..semoga kita dapat manfaatnya...

1) Kami tidak berzina !   Maaf, saya tidak menuduh awak berzina, tetapi awak menghampiri zina.   2) Kami hanya barbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina?   Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke... lembah penzinaan.   3) Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.   Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang.Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat, pesanan Rasulullah : Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan(Tabrani) . Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis.   4) Tidak semestinya semua orang bercinta* menjurus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun!   Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora, lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja.Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?   5) Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?   Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah: Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan.   6) Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!(bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)*   Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia,akhirat lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid.   7) Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni Study Group.(bagi kes berdua-duaan SAHAJA)   Study Group…? nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-manapun berdua. Kalau yea pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni… betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu… banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!   8) Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.   Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.   9) Kami berdua sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.   Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula .   10) Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta?   Adakah Islam membunuh terus naluri cinta? Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tudukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu.   11) Islam takde ke couple-cople ni?     Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia. Kalau begitu, cinta* remaja semua menghampiri kepada penzinaan? Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!   12) Tanya sikit,.. adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta….   Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina. Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri? Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia.Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.   13) Adakah orang yang bercinta hilang maruah?   Antara kemuliaan manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina. Allah berfirman: Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.(Surah An-Nur: 3)   14) Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan? Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?   Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.   15) Kami telah berjanji sehidup semati…..   Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.   16) Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.   Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.   17) Jadi, perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?   Tentu! Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang second hand sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja. Tapi ada orang yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan? Itulah hakikatnya!   18) Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?   Ya! Masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah: Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina)… Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar. (Surah Al-Ahzab: 35 )   19) Bagaimana kami?   Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redha-Nya. Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha. Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya.Taubat yang memenuhi tiga syarat: i) Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini. ii) Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan. iii) Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab kabul.   Moga Allah terima taubat mu. Kita berpisah kerana Allah , kalau ada jodoh , tidak ke mana! Ya, Allah! Bantulah mereka. Kini mereka datang ke pintu-Mu mencari redha-Mu. Terimalah taubat mereka ”   p/s: So, bila agaknya kita boleh kapel? Sudah tentu selepas kita menjadi pasangan suami isteri yang sah!   Islam itu indah. Yakinlah kebenarannya dan janjinya.   p/s/s: Tahniah kepada anda kerana berjaya baca sampai habis. Anda dah kapel? Aku kapel selepas berkahwin! Bahagia dan tak perlu risau pandangan manusia dan pandanganNya!

..petikan ini di-copy daripada facebook..
ce like page
"senyuman manis penawar hati yang duka" 
semoga kita dapat manfaatnya dan menjadi isan yang LEBIH baik..

dan

semoga kita menjadi hambaNya yang beriman...Insya-Allah..


kecewa lagi...

waaaaa!!!!! kecewa lagi!!!!!!!!!

Ya Allah, jika Engkau sedang mengujiku Ya ALLAH..kau kuatkan lah aku untuk menempuhinya dengan sabar dan sentiasa bersangka baik hanya kepadaMu, Ya Allah... aminn...

semoga ini semua dapat menigkatkan lagi keimanan ku dan menjadikan aku semakin kuat....Insya-Allah...

Rindunya Along...

Rindunya ngan arwah Along..............

Along kalau larhh Along bleh dengar, adik cuma nak diberikan kesempatan tuk cakap yang..

adik sayang along sangat-sangat..

semoga Along ditempatkan di tempat orang yang beriman... dah lebih 3 tahun along tinggalkan kami semua.. adik sangat rindukan along.....Along, knapa setiap kali adik ingatkan along, air mata nihh tak berhenti mengalir...apa daa.. adik tak mau macam nihh.. BETUL, adik rindu sangat-sangat ngan Along tapi, adik kena kuatkan..adik tau tu...

kalaularhh adik dapat buat permintaan dan permintaan adik tu akan dimakbulkan... adik nak hilangkan penyakit di badan adik ngan mak dan adik nak jumpa Along............

tapi..itu hanya khayalan kan???

orang yang dah PERGI, tak kan kembali...

p/s: Pelangi Petang dendangan Sudirman memang sedih...

Alhamdulillah..sekolah dah mula..

Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah..esok sesi persekolahan dah bermula.... yeahh!!! memang best.. TAPI.. takut nak ambik result larhh..waaaa!!!.. tapi, kita dah buat yang sehabis baik dah kan?? jadi tawakal ja larhh kepada ALLAH S.W.T...

USAHA+BERDOA+TAWAKAL=BERJAYA!!!

Insya-ALLAH...

harapan Nilah semoga semangat ku untuk menuntut ilmu kembali berMAKSIMUM... Insya-Allah... dan agar dipermudahkan segala urusan kami (Nilah ngan kawan-kawan) untuk menuntut ilmu.. 'syahid' bukan?? jadi redha larhh kawan-kawan.jangan bersungut tau..tak baik...tak mo..tak mo...

SEMANGAT...SEMANGAT..SEMANGAT....

Ya ALLAH, permudahkan lah urusan kami(Nilah dan kawan-kawan)..semoga kami menjadi insan yang lebih baik..Insya-ALLAH..aminn...

bye..assalamualaikum...all the best untuk minggu yang baru...

p/s: jangan lupa tidur awal okeyhh...and berzikir...

Ayat yang memang TERBAIK...

Ayat-ayat yang dapat menguatkan kita disaat dugaan dan cabaran datang menimpa...


wherever you are, wherever you are facing, Allah knows.When you think you've tried everything and don't know what else to do, Allah has the answer.When you feel alone, and your friends busy with their affairs, Allah is always on your side. When you've been crying for so long and your heart still feels pain, Allah count your tears. If you feel tired and weary, the efford seemed futile, Allah knows how hard you try :)

......diambil daripada facebook Heliza Helmi.......



Every arrow does nat hit the target, nor is every prayer granted. Don't lose hope and keep trying and praying
ad-Dua Silahul Mukmin(doa itu senjata orang mukmin)

 ......diambil daripada facebook Heliza Helmi.......



Firman Allah: "wa makaruu wa makarAllah waAllahu khairul maakiriin"..Mereka merancang, Allah juga merancang..Dan sesungguhnya Allah jualarhh yang sebaik-baik perancang...

 ......diambil daripada facebook Heliza Helmi.......



Bila Allah cepat memakbulkan doamu, maka Dia menyayangimu. Bila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia sedang mengujimu. Bila Dia tidak memakbulkan doamu, maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu. Bersangka baiklah kepada Allah dalam apa jua keadaan. Kasih-sayang Allah mendahului kemurkaan-Nya.

 ......diambil daripada facebook Heliza Helmi.......



Pejuangan ibarat tiram di laut dihiris pepasir tercalarlah ia sungguhpun terluka tapi dipendam sesungguhpun pedih tapi disimpan akhirnya dibalas mutiara berharga...:)

 ......diambil daripada facebook Heliza Helmi.......



If whole world leaves you, remember Allah is with you, Insya-ALLAH..:)

 ......diambil daripada facebook Heliza Helmi.......


Jadikanlah setiap kritikan dan penghinaan sebagai jalan untuk memperbaiki diri.. Let's try to forgive someone who has hurt us deeply, in the hope that Allah will forgive us...

 ......diambil daripada facebook Heliza Helmi.......


Sometime Allah break you spirit to save your soul..sometime HE breaks your heard to mak us whole..Sometime Allah allows pain so we can be stronger..sometime Allah sends us failure so we can be humble..sometime Allah allows illness so we can take better care of ourself.. sometime Allah take everything away from us so we can learn the value of everything HE give us..:)

 ......diambil daripada facebook Heliza Helmi.......



A strong person knows how to keep their life in order. Even with tears in their eyes, they still manage to say Alhamdulillah with a smile...

 ......diambil daripada facebook Heliza Helmi.......

Keputusan YANG TEBAIK..

"Barangsiapa memaafkan saat dia mampu membalasnya maka Allah akan memberinya maaf pada hari kesulitan."
(At-Thabrani)

best kan kalau kita mampu buat begitu?? tapi, sebagai manusia kita kadang-kadang 'kejam' jugak.. kadang-kadang kita tak boleh memaafkan orang begitu saja bukan.. mesti ada ja 'denda' yang kita nak bagi kat orang yang buat salah tu kan??...

jadi, sebagai manusia..dunia hanya pinjaman.. berusahalah untuk menjadi yang terbaik... hanya YANG TERBAIK.....

p/s: Nilah dah buat keputusan, yang Nilah akan pergi masa surprise tuhh..betul ka kepuusan ku ini??..tapi,  biarlah hati ini yang merana kesedihan.. aku sanggup berkorban demi kawan-kawan...
SEMANGAT..SEMANGAT..SEMANGAT...

p/s/s: terima kasih banyak-banyak kepada my friend, Khalilah... Nilah pun nak jadi macam dia.. 'tak dak perasaan'....buat macam tak ada apa jaa....
Ya Allah, kuatkanlah hambaMu ini untuk menempuhi semua ini..

Aku Masih Keliru.....

Haruskah aku ikut mereka?? Ya Allah berilah petunjukMu..
macam mana arr nihh??
aku yang merancang, tapi kalau aku ikut gerenti hati aku lagi sakit...
sedangkan masa plan rancangan tuhh pun aku dah TERASA yang amat..
macam mana nihh??
aku keliru...
sanggupkah aku jadi penting diri sendiri agar hati aku tak terluka??
atau aku still ikut rancangan tuhh demi kawan-kawan??
YA...gerenti kawan-kawan akan GEMBIRA...
tapi, AKU???
tak kan aku nak jadi 'pelakon terbaik' lagi kut..
berpura-pura HAPPY???
tapi,
 aku takut kalau aku tak tahan...
tapi,
kalau aku tak ikut aku kesian la plak kat kawan aku yang aku tolong tuhh..
macam mana arr nihh???
sanggup ka aku??
atau aku harus jadi orang yang pentingkan diri sendiri agar aku tak terluka???
tapi kalau jadi pentingkan diri sendiri, aku rasa kesian kat kawan aku tuhh..
aku rasa macam tak sanggup..
aku tak sanggup bagi alasan agar aku tak join...
lagi pun ini harapan kawanku yang plan rancangan nihh...
Ya Allah..tolonglah...
tapi kalau kawan aku tuhh kata aku pentingkan diri sendiri nak wat macam mana kan??
KERANA dia tak tau yang aku sudah cukup terasa dengan sikapnya..
tambah lagi dengan rancangannya kali nihh..
dia TAK FAHAMMMM perasaan aku....
tapi, aku kuatkan semangat..
demi kawanku..
walaupun aku sangat TERASA dengan perangainya...

PENTINGKAN DIRI SENDIRI???
aku tahu aku tak sepatutnya ada perasaan tuhh..
tapi, aku hanya insan biasa...
mesti ada perasaan tuhh..
tapi, macam mana nak tanganinya??
aku tak tahu..
macam mana nihh???
aku masih KELIRU..
teruskan atau pentingkan diri sendiri???????
Ya ALLAH...tolonglah hambaMu yang lemah ini..



p/s: kalau korunk, apa jawapannya???

Kak Opie...Kak Opie...

Assalamualaikum wahai warga blog sekalian...

serius memang apa yang Nilah cakap semuanya betul semalam...REALITI... huishhh... memang betul-betul BORING TAHAP GABANN semalam.. kakak(Kak Opie) of course tak ada kat umah...hui3.. dia pi pagi kemarin, sampai petang kemarin..hantu betul arr..mentang-mentang dah sampai K.L., wat lupa kat adik dia yang baik nihh plak..adeiii..mak semalam awal-awal lagi dah masuk bilik, dia tengok tv dalam bilik.. yang tuhh lagi satu, mentang-mentang ada ASTRO dalam bilik, tengok dalam bilik ja larhh, bestnya duduk atas kerusi urut sambil tengok cerita Hindustan... abah apa lagi, setiap malam memang lepas makan malam tuhh duk mengadap lapop dia sambil wat kerja-kerja company yang tak pernah abis tuhh........ bibik?? bibik tak ado y0o.. dia ikut abang ngan kak Rini balik Kola.. huishhh.. kalau tak bleh sembang atau lebih dikenali sebagai BULI ngan bibik.. sunyi bebzz semalam.. rasa macam rumah nihh tengah 'berkabung' jaa.. last2.. anak yang baik nihh, keluar dari bilik and tengok tv... bukak kuat-kuat plak tuhh.. bukan apa tak mau rasa sunyi ja...padahal sorang ja yang nak dengar... hihihi..

sambil tu kan, Nilah jadi terfikir...tau tak Nilah fikir apa?? Nilah fikir macam nihh la kut kalau kakak dah kahwin nanti?? mesti dia tak duduk kat umah nihh?? mesti nanti hari-hari aku dirumah nihh lagi sunyi...tak sukanya!!!

eeeeeeeeeee... kemarin kan dia terus lupa adik dia yang baik nihh tau..kut nak helo-helo den tau... waaa!!! pastu tadi baru dia tepon... den apa lagi, perli habis-habisan larhh...hihihi..ambik kau!!!!

tau tak dia kata apa kat mak?? dia kata yang dia nak duk sana SEBULAN... perghhh..tu lagi tak sedar diri Kak Opie tuhh.. dia kata dia nak kerja kat sana kut... cehhh..mentang-mentanglarhh abah bukak cawangan company kat sana.. dia buat liat nak balik plak..pelangkung kang...hishh apa larhh kalau dia duk sana sapa nak gaduh ngan aku??? tak best arr..kalau cari gaduh ngan bibik lagi tak best, sebab dia tak melawan macam kakak.. adeiiii.......

ok larhh..bye..assalamualaikum...

p/s: rindu sama my Along....Al-Fatihah...semoga dia ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman..aminn...

Nujumul Iman: Pengisafan Diri

Nujumul Iman: Pengisafan Diri: "Bila mata bertemu mata akan mula rasa cinta, Bila hati bertemu hati akan mula rasa sayang, Bila dahi bertemu sejadah akan mula rasa kebesara..."

Nujumul Iman: Renungan......

Nujumul Iman: Renungan......: "Perkataan yang paling canti itu ialah Allah SWT, Suara yang apling lunak itu ialah Azan, Senaman yang paling baik itu ialah solat, Novel yan..."

sunyi.....

Assalamualaikum............................... SUNYI......

yaepp...itulah PERASAAN Nilah masa nihh, BORING BANGET BEBZZ...hihihi... tambah bring sebab rumah nihh dah tak ado orang.......my sis, Kak Opie baru ja pi Kuala Lumpur tadi...waaa!!!! for sure malam nihh lagi sunyi.. dalam tempoh 4 hari memang sunyi la nihh...GERENTI..ya larhh, tak ada orang yang nak bergaduh, tak ada orang yang nak kena buli dan lain-lain...huhuhu...

Nilah dah bayangkan macam nihh la kut bila my sis kahwin nanti?????? waaaaaaa!!!! tak sanggupnya, nanti lagi sunyi la kan... ya larhh... yang putra putri harapan bangsa(Haiqal, Arfiez, Rayyan ngan Mia) semuanya pi sekolah...waa!!!!!!!!!!!! sedihnya.........

GERENTI dalam tempoh nihh gue boleh GILA........hihihi....... bibik ngan mak sibuk duk layan putra putri harapan bangsa tuhh... malam nihh lagi sunyi...tinggal Nilah, mak ngan abah jaaa...

ok larhh..bye..assalamualaikum..

p/s: on the way siapkan nota......

malasnya................

 Assalamualaikum..hai kawan-kawan... lama jugak kan Nilah tak buat entri?? bukan apa actually Nilah ada banyak keja nak disiapkan... boring pun ada jugak... bleh dikatakan 2 minggu macam 2 tahun bebzz... hihihi.. sekarang, Nilah dah plan yang Nilah nak buat benda yang memang PENTING dulu.yang tak brapa penting macam si blog ngan facebook tuhh tolak tepi dulu nohh.........

ok larhh..bye..assalamualaikum................

p/s: I miss so much my Along......semoga arwah ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman..Al-Fatihah

time Chef Anilah memasak plak!!!

Assalamualaikum semua.......

huh!! dah lama kan Nilah tak wat entri dan dah lama jugak la Nilah tak on9.. hihihi.. saja malas kerana kecewa..............

hahakssss.................ari tukan Nilah...opsss!!! Chef Anilah masak Nasi Goreng Kampung tau..hihihi.. sodapppppp tau......hihihi..*prasan jaa.......bukan senang nak tengok Chef Anilah ada masa free nak masak..hahaha..............

puas Chef Anilah pi wat promote...........

 sedap tau..abah kata 'percubaan yang baik'..wahhh!! kembang Chef Nilah..hahaha..

my Mr. Singa telah dah larhh jawapannya...... mula-mula sebelum duduk tuhh dia dah kata 'siapa masak ni, dik??'..den dengan muka habis cover kembang pun jawablah 'Chef Anilah masak'... pastu dia kata ''patut tak selera jaa'... puiiii...nasib baik abang den, kalau tak memang den tak bagi duduk dah.. huhuhu...

tapi kan..tapi kan.... tapi kan.................. habis jugak satu pinggan Encik Achin makan................................

pastu kan.. bila dia abis makan, pastu mak plak duduk...aku masa tuhh memang dah tak ada selera dah... diam ja larhh.. pastu mak tanya 'awat tak makan nihh dik??' ..aku tak kata apa lahh.. just diam.. pastu den tanya mak 'mak, nasi nihh tak sedap kan??'.. mak kata' hah!! tak sedap?? sapa kata tak sedap?? sedap apa'.. aku kata 'abang yang kata tak sedap'..pastu mak kata 'edap la, dia ja yang kenyang'....

yeahhh...............mak, you're the best mom in the world......sayang mak.........

makan nasi ikan puyu,
I love you.

memang pandai ambik hati Cik Nine...............yeyeye!!! terus 2 pinggan Cik Nine makan..ambik kau..
tak baik membazir..............jadi, makan ja larhhh...........

ok larhhh..bye..assalamualaikum..

p/s: sapa nak try mai arrr..bawak perkakas ngan bahan mentah sendiri yaepp..hihihi...

:MuHasaBah DiRi:: • Aku Ingin Dicintai Kerana Allah •

:MuHasaBah DiRi:: • Aku Ingin Dicintai Kerana Allah •: "Jika kau mencintaiku kerana sifatku yang ceria Menjadi semangat yang menyala di dalam hati mu Kemudian aku bertanya Bila keceriaan itu k..."


p/s: jangan lupa follow okeyhh.. sure dapat manfaat.. ilmu kena kongsi..

saja nak kongsi...

kawan-kawan bukak facebook tau.. jangan lupa tengok page

'Remaja Islam Mau Mengenal Islam'

banyak info yang boleh anda dapat...ilmu kena kongsi....

semoga dapat manfaat sebagai seorang remaja.. dan jangan lupa amalkannya tau!!

semuga kita dapat manfaat..

Insya-ALLAH...aminn...

Cabaran dan dugaan dalam kehidupan...

Indahkan hidup ini??
kadang-kadang dugaan datang menimpa.. kadang-kadang kebahagiaan datang menjelma.. tanpa kita sedari..

bila dugaan datang menimpa, pecayalah..kita pasti dapat mengharunginya... seperti seorang nelayan mengharungi ombak di lautan... biarpun susah tapi jangan berputus asa, pasti kebahagiaan datang menjelma.. Insya-ALLAH. sebagai manusia kita tak pernah lari daripada dugaan, sedangkan Nabi yang dijanjikan Syurga itupun hidup dengan penuh dugaan dan cabaran, apatah lagi kita yang insan biasa....

Allah itu MAHA Adil...

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
Surah al-Baqarah, ayat 286

itulah yang dipegangku setiap kali ditimpa dugaan. Aku yakin dengan janji Allah. Dugaan bermakna Allah menyayangi hamba-Nya. Allah mengingati hamba-Nya.

Bukankah kami telah melapangkan untukmu dadamu? Dan kami telah menghilangkan darimu bebanmu. Yang memberatkan punggungmu. Dan kami tinggikan bagimu sebutan namamu. Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan....
Surah al-Insyirah. Surah penenang jiwa.

bila tengok kawan-kawan senyum aku pun rasa nak senyum walaupun payah sekali.. tapi, best tengk orang happy macam tak ada problem jaa.. BEST kan?? indahnya ciptaan TUHAN.. amat menakjubkan.. percayalah dengan senyuman kita boleh mengurangkan masalah kita.. release our tension..

jadi, sesiapa yang tengah moody macam den nihh....please senyum.. senyum dan ketawa dapat meringankan beban anda........... masalah boleh diselesaikan... kalau penyakit pun ada ubatnya...tak mungkin kalau masalah tak ada penyelesaiannya.........

sejujur-jujurnya, aku tak suka tengok orang muka masam jaa.. walaupun kadang-kadang aku pun macam tuhh.. tapi, aku pun sebenarnya tak nak jugak... aku tak suka tengok kawan-kawan sedih, because for me the journey of life is very short, we have make our life happy..and enjoys our self...

jadi senyumlah seindah suria!!!! weeeeee~

dugaan mematangkan kita.......

makan nasi ikan puyu,
I love you.

ngeee~

assalamualaikum...

p/s: hari nihh aku kecewa.. kecewa sesangat........(tapi still 'senyum')... kawan-kawan jangan lupa senyum ok..walaupun nampak gigi jongang...peace yoyy!!