Dia seniorku, Dia BFF aku!! :')

Update entri lama....!!

Assalamualaikum..
penduduk planet blog sekalian :)
 
 
ewah-ewah, mamat pokok nih..
HUA HUA HUA *gelak macam evil*
 
ok.. nama seperti yang tertera di gambar
masih single or double?? tuh kena tnya tuan empunya badan.. aku rasa macam triple ja.. he he he
 
persoalannya..
 
SIAPAKAH DIA??
 
jawapan jujur, dia nih bukannya pakwe aku, mahupun abang aku.. aku tak dak abang semuda nih.. (sambil buat peace kat Abang Achin)
 
ok, dia nih sebenarnya senior aku masa kat sekolah dulu
masa aku Form 2, dia nih Form 5
so, sekarang aku dah Form 5 (walaupun dah habis dah),
dia tak dak Form dah..
jadi, umurnya berapa sekarang ya??
korang kiralah sendiri ya, sebab aku tak terror Math *erkkkk*
 
nama dia sebenarnya
Muhammad Izzuddin Kamil Nadzaharuddin
tapi, as juniors dan menandakan adab kesopanan kemelayuan aku *err*
aku panggil dia 'Abang Din' ja
kadang-kadang kalau dah datang mood Taufan Katrina aku
aku just panggil dia 'Tok Din' jaa
 
ha ha ha
tuh dulu lah, masa zaman sebelum mature lagi (TERperasan mature sangat la pulak)
 
apa-apa pun
apa yang aku nak ceritakan kat sini adalah
tentang diri dia
 
dia nih sebenarnya baik tau..
walaupun kadang-kadang membuatkan aku rasa sebal dan rasa macam dia nih memang menyakitkan hati ja.. rasa macam nak tenggalung a.k.a. baling dia dengan selipar ja..
 he he he
 
tapi, dia tetap seorang senior yang sangat baik..
kami suka berkawan dengan dia sebab dia memang spoting
so, kira macam boleh masuk lah dengan kepala kami yang tak brapa nak normal sangat kadang-kadang nih :P
 
Oh ya!!
macam mana kami boleh rapat dengan dia nih??
 
macam nih kisahnya
dulu masa first year kami jadi pengawas sekolah, masa tuh kami Form 2
dia merupakan antara pengawas seniors kami masa tuh
jadi kami kenal pun masa tuh la..
tapi, kami just bercakap semasa menjalankan tugas ja..
masa lain kurang sikit..
maybe sebab masa tuh masing-masing masih malu-malu kucing lagi
sesiapa yang kenal aku akan ketawa guling-guling..
Eh!! sejak bila plak Anilah jadi seorang yang pemalu nih??
 
TAPI, sebenarnya
weyhh, aku nih memang seorang yang pemalu ok.. FAKTA!!
*senyum kambing*
 
kami semua(juniors) semakin bertambah rapat dengan dia apabila kami semua kena pi Kem Kepimpinan Pengawas dekat Wan Berangan
masa tuh memang best and memang enjoy
naik basikal sama-sama pi dan balik dari kem..
masa duk kayuh tuh sempat lagi tuh wat aktiviti menghabiskan air liur iaitu bersembang
bersembang, bercerita macam-macam..opss!! bukan ber-gossip okeyhh!!
semasa kem tuh pun sembang jugak
so, jadinya masa tuh la kut yang membuatkan kami semua (juniors)
makin bertambah rapat dengan dia
actually, bukan dia ja lah.. semua senior yang ada jugak..
coz kem tuh memang bertujuan untuk memperkukuhkan lagi Badan Pengawas Sekolah..
tak gituh Cik Senah??
 
dia nih memang baik
kalau mintak tolong kat dia
dia mesti akan tolong punya (walaupun tolong dengaq jaa)
 
lepas tuh dia memang peramah sikit..
jadi, agak bercakap banyak
sampai kadang-kadang aku kata dalam hati
'haih, bilalah dia nak berhenti nih... huhuhu'
sebab ada saja ayat dia tuh..
tambah-tambah lagi kalau kat pesbuk or mesej..
memang lama la baru nak berhenti..ibarat kata boleh memanaskan abah yang sedia ada panas dengan bil telefon aku yang sememangnya tinggi daripada orang lain.. he he he
 
tapi,  aku tak kisah
aku ok ja..
as long as dia ok, aku pun ok lah.
You LIKE, I LIKE.. hahaha(ketawa tanpa cover..memang ayu).
lagi pun sapa lagi lah yang nak mesej or chat ngan aku kalau bukan dia nih
 
sebabnya masa aku online fb ja, mesti dia pun 'hijau' sama
time aku tak online, dia pun sama jugak offline..(memandai ja kau)
he he he
 
oh ya.. la nih dia dah ada satu PENYAKIT
penyakit yang mungkin akan berjangkit jikalau tidak dibendung dengan segera
penyakit yang sangat bahaya,
sampaikan aku naik kesian dengan dia..
hishh, kritikal betul penyakit tuh..
 
nak tau dak dia sakit apa??
dia sebenarnya sakit..
sakit ditimpa perasaan a.k.a. perasan
 
ishkk, aku dah bagi tau dah kat dia.
kalau penyakit tuh, biaq aku sorang ja yang alaminya.. aku rela
tup-tup dia pun sama naik jugak dengan aku rupanya..
hikhokhikhok :-P
 
tapi, apa-apa pun memang best kenal ngan dia nih sebab dia nih memang spoting habis lah..
jarang ada seniors yang kalau juniors ajak keluar, dia pun nak join jugak
dan jarang jugak ada seniors yang akan melayan perangai gila-gila juniornya
 
malah, dia jugaklah yang akan mendengar masalah-masalah juniors nya
memang caring.. :-)
 
ibarat seorang abang yang sangat prihatin terhadap adiknya..
macam tuh arr perumpamaannya.. :'D
 
so, tak menyesal and bersyukur sangat-sangat sebab dapat kenal dengan dia :)
 
 
 
bagi aku, dia lah Mr. Senior
dan dialah Mr. BFF
 
owhkk, ya..
aku tak boleh cerita lebih-lebih sebabnya dia bukannya satu kelas dengan aku
lagipun kami jarang jumpa..
pesbuk ja jadi meja kopi kami tempat sembang..
kalau cerita bab kawan sekolah or kawan classmate aku yang tuh aku boleh lah
sebab kami hari-hari jumpa..
dah masak sangat dengan perangai masing-masing..
he he he
 
 
kalau nak tau lagi tentang Abang Din, kena tanya tuan empunya badan sendiri lah
he he he
aku tau yang pembaca blog aku nih ramai perempuan yang masih single lagi kan??
(termasuklah tuan tanah kedaung nih)
mesti korang nak kenal dengan senior aku sorang nih kan??
bleh.. bleh...
boleh IM aku.. nanti aku bagi tau kat korang fb dia..
#ewahh!! dah macam agensi mencari jodoh la pulokss#
 
bye, guys..
assalamualaikum...
 
harapan ku hanya satu iaitu
 
semoga dia sentiasa menjadi senior yang TERBAIK buat kami (juniors yang semenagnya sangan baik:P)
semoga menjadi anak yang soleh dan sukses selalu.. :) :) :)


1 ulasan: