Memaparkan catatan dengan label ilmu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ilmu. Papar semua catatan

#Aku nak jadi baik!!

Assalamualaikum,
salam Jumaat dan salam Ramadhan :)

Alhamdulillah, Allah masih lagi beri kita peluang untuk bernafas kan, kawan-kawan??

jadi, apalah salahnya dalam 24 jam yang Allah pinjamkan kepada kita nihh kita gunakan sedikit untuk keperluan rohani kita..

menurut Hierarki Abraham Maslow yang aku dah blajaq 2 tahun dah tuhh
KEPERLUAN ROHANI adalah keperluan yang tertinggi sekali dalam hierarki a.k.a. piramid tersebut..

yang bermakna tak ramau manusia yang dapat menyempurnakan keperluan rohani diri mereka sendiri..
 keperluan rohani ini terdiri daripada 2 tau
iaitu hubungan kita dengan Tuhan dan satu lagi ialah kepuasan memperoleh cita-cita

aku sedang 'berperang' untuk memdapatkan keperluan rohani dalam hidup aku nihh
and I'm sure that you're also struggle for it, right??

walaupun sebanyak mana dugaan yang datang,
Insya-ALLAH kita dapat menghadapinya

kerana???
kerana kita tahu tujuan hidup kita

niat kerana Allah, bukan niat kerana nak dapat perhatian manusia
(kata-kata seorang sahabat baik aku, Luqman Rohimi)

ok lah, kawan-kawan
aku nak pi sekolah dah nihh..

but, before that

Jangan lupa berzikir tau, kawan-kawan
*peringatan untuk diri sendiri jugak*

kadang-kadang perkara dunia melalaikan kita..
aku pun rasa macam tuhh..
nak pi terawih, alamakkk!! Aznil duk buat lawak kat rancangan 'Macam-macam Aznil' tuh plak dah.. sapa bleh tahan woii.. alkisahnya berhentilah seketika bersama-sama Kit Kat lah jawabnya..blurrr~

but, Cikgu Norzila aku selalu cakap
Ramadhan tuh tak tunggu kita, kita tak tau lagi bleh berjumpa ngan Ramadhan ka tidak untuk tahun hadapan..
sesibuk mana pun kita dengan pelajaran
pastikan ada masa study, ada masa untuk Al-Quran

Subhannallah..

^__^ kawan-kawan, aku bukan budak baik, aku jugak jalani kehidupan 'sosial life' macam korang, aku pun ada kawan lelaki, aku bukannya kawan ngan budak perempuan sahaja.. NOPE!! It's not me..
tapi kan?? dalam hidup kita andai kata kita masih ada pegangan agama, Insya-ALLAH kita akan terhindar daripada melakukan dosa-dosa yang tak tertanggung oleh kita di akhirat kelak

lagi satu, suka untuk aku peringatkan balik, bahawasanya
AKU BUKAN USTAZAH!!
and tak layak pun nak digelar dengan gelaran tuh..
tetapi, aku sedang mencuba atau berusaha ke arah yang lebih baik..
aku nak masuk syurga..
and aku nak bawak mak, abah and family aku masuk syurga
teringinnya aku nak jadi anak yang solehah dan perempuan muslimah
nanti semua bidadari syurga akan jeles kepada kita kalau kita dapat menjadi salah seorang manusia yang Allah cintaii
apa guna nak bagi manusia jeles, alangkah baiknya masa yang ada untuk bagi bidadari-bidadari syurga pulak jeles ngan kita

boleh tak kalau kita semua berusaha ke arah itu??

ok lah,
hanya sedikit pesanan untuk korang
and untuk diri aku yang selalu lalai nih jugak..

assalamualaikum, kawan-kawan..




#Kita KUAT##

Assalamualaikum, semua..

sekadar berkongsi..:)

: : Disamun di pesbuk Aku Islam.. : :




#Sabar VS Baran#

:) :D

KESABARAN??

Sabar ka Baran?? huhuhu..>,<



Yes!! That's TRUE!!


sumber: mukabuku^__^

CEMBURU??

CEMBURU YANG DIBENARKAN

Cemburu dituntut terhadap dua golongan. Siapakah golongan tersebut? Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Tidak ada hasad(cemburu) yang dibenarkan kecuali terhadap dua golongan; iaitu kepada orang yang Allah berikan harta, dia menghabiskannya pada jalan kebaikan, dan kepada orang yang diberikan ilmu dan dia beramal dengan ilmu tersebut dan mengajarkannya pula kepada manusia siang dan malam."

Renungan Bersama :)

Assalamualaikum :D


Imam al-Ghazali berkata:
"Jika kau pisahkan sesuatu darimu pasti ada penggantinya, kecuali Allah. Jika kau pisahkan Allah daripada hidupmu, nescaya tiada pengganti-Nya."

(credit: Majalah Gen-Q)


# Salam JUMAAT##




#LOVE Letter##

Assalamualaikum..

kelmarin ada motivasi bersama Cikgu Din kat sekolah
YA!! diakui aku suka tajuk yang 'dikupaskan'
walaupun tak berapa nak mendalam sangat kupasannya..
sekadar memberi penerangan sahaja..
tetapi tetap dapat memberikan KESAN kepada pelajar-pelajar yang tak berapa nak bermotivasi seperti aku ini..hohoho^__^
Surah Al-Mu'minun.. satu surah yang dapat membuat kita berfikir

KECEMERLANGAN DARI SEGI AL-QURAN
tajuk yang sangat sesuai..

dalam surah itu, dapat membuatkan aku berfikir bahawa
betapa hebatnya penceritaan Allah dalam 'Surat Cinta' nya kepada kita sebagai hamba-Nya..
YA!! surat cinta!!
AL-QURAN: LOVE LETTER FROM ALLAH<3<3


cara mudah untuk kusyuk dalam solat adalah memalui 'memahami apa yang kita baca'
Ya!! cakap memang senang kan?
cuma kita ja tidak mengetahui makna apa yang kita baca...
samalah macam aku, kalau setakat maksud Surah Al-Fatihah yang baca dalam solat tuh aku tau la..

tapi, kalau surah-surah yang lain aku masih lagi belajar..
yupp, belajar tuk memahami apa makna yang tersurat dan tersirat dalamnya..

apa-apapun,
kurasan surah Al-Mu'minun tuhh amat berguna kepada kami(pelajar)
TERIMA KASIH, CIKGU DIN
semoga Allah meredhoi apa yang kami semua lakukan..
menuntut ilmu itu seumpama BERJIHAT ke jalan Allah, jikalau niat kita hanya kerana Allah, bukan?

sekarang, aku belajar untuk ikhlas
Ikhlas Kerana ALLAH
harapanku hanya satu iaitu untuk mendapat redha Allah dalam kehidupan yang kian mencabar:)

kadang-kadang aku tersilap jugak..
aku akuinya..
kadang-kadang aku tersasar jugak..

tapi, aku berharap agar ALLAH sudi untuk memaafkan segala khilafku..

kerana

AKU CUMA INSAN BIASA
: : sekadar renungan :) : : 
Assalamualaikum..<3<3

#Renungan Bersama#

"Orang yang sabar kerana  mencari keredhaan Tuhan mereka, dan mendirikan sembahyang, serta menafkahkan dari apa yang Kami berikan mereka, secara bersembunyi atau terang-terang; dan mereka menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itulah disediakan bagi mereka balasan yang baik."
-(Surah ar-Ra'd 13:22)


:-Sebagai renungan kita bersama untuk insan yang tidak sempurna seperti kita-:

credit: Majalah Gen-Q

#Aku Yang DiPILIH!!#

Jangan katakan kenapa aku yang kena?
Jangan labelkan aku yang malang.
 Tetapi katakan, aku yang terpilih....
terpilih untuk merasakan sebuah kesabaran, dan terpilih untuk menepis cubaan yang datang untuk meruntuhkan iman...
ya Allah, aku hambaMU...
maka, kau tetapkanlah untukku segala apa yang terbaik.
Kau yang maha tahu, yang nyata dan terlindung...

credit: Aku Islam(facebook)

Dalam urusan DUNIA, jika kita BERKASUT pandanglah orang yang BERSELIPAR. jika kita berselipar, pandanglah orang yang BERKAKI AYAM. Nescaya ia akan menjadikan kita sentiasa BERSYUKUR atas apa yang kita miliki...:')

credit: Mutiara Madah(facebook)

SO??

Alhamdulillah for everythings
ALLAH knows the BEST for us :)

Nota Diari Hati,
Anilah Ardenieti Anchari

Don't Give Up!!:-)

Assalamualaikum..:-D



'bagaimana mahu melihat kesan pada hari ESOK jika pada hari ini kita sudah berputus asa..'


#Kita Kuat!!#

Bila Allah datangkan ujian. Itu bukan satu bebanan. Kita mesti boleh bertahan. Ada hikmah di sebalik ujian. Ada kesempitan dalam kelapangan. Ada kemudahan dalam kesulitan..

Bila Allah datangkan ujian. Pujuklah hati pujuklah iman. Tanpa kecewa putus harapan. Setiap kesabaran ada ganjaran. Setiap pengorbanan ada keberhasilan..

~✿ Ucapkanlah.. "La Haula Wala Quwwata Illa Billah"  Tiada daya dan kekuatan (untuk menolak sesuatu kemudaratan
dan mendatangkan suatu yang manfaat) selain Allah SWT.
See More
 
>credit to pesbuk 'Tanyalah Ustazah'<
 
 

We are MUSLIM, and we proud of it!!:-)


SMILE and say Alhamdulillah (Praise to be Allah) :-)


Ingat wahai wanita, jagalah akhlak dan maruah mu, meskipun tidak dipandang lelaki, kerana Tuhan akan pandang kau sebagai muslimah sejati, dan moga kau menjadi bidadari dunia yang indah dan mendapat keredhaan Allah SWT...
[L.O.V.E. IT!! artikel ILUVISLAM.com]

Saya Jatuh Hati sama ini buku!!:-)

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum, semua!!!!!:-)
hai...:-)


huhuhu.. udah lama blog ini menjadi sarang labah-labah a.k.a. 'ditinggalkan'
okeyhh!! hari nihh nak buat entri la pulak...

sebelum tuh!! nak tanya..

SIAPA DEKAT SINI RAJIN BACA BUKU MOTIVASI??
mengaku cepat!! *angkat lappy masing-masing

kalau yang mengaku tuh mesti ada banyak buku motivasi kat umah dia kan??
nak pinjam sikit bleh dak??
lepas SPM Nilah bagi balik..huhuhu

actually, sekarang jarang ada masa nak membaca segala jenis buku motivasi..
novel pun sudah lama di anaktirikan...hehehe:P

tapi, hari nihhh tegedik-gedik nak buat entri pasal buku..
*ayat tuhh!! ayat tuhh!!*

so, apa lagi????

Jom!! Jom!! kita cekidaudddd:-)

Buku Pertama menjadi Juara Carta Hati hari nihh..
hahha dah macam nak nyanyi lagu Najwa Latif la plak..:P

OPSS!!! sebelum tuhh!!
tolong ABAIKAN budak yang pakai telekung dalam gambar-gambar dibawah..
fokuskan mata anda kepada buku BUKAN orang..
actually, tadi lepas solat malas nak pakai tudung balik..
so, tangkap gambar dengan pakai telekung..
jangan kata apa-apa arr.. dia memang perangai macam tuh sikit..PELIK!!~

DOA & TIPS KHAS UNTUK PELAJAR
awesome!!!:-)

(esok nak pi 'tunjuk' kat kawan sekolah)

All student.. don't forget to buy this book okeyhh!!!:-)

ada kata-kata motivasi, zikir, doa and macam-macam lagi lah..
Surah Yassin pun ada dowhh!!:)

sebenarnya, Nilah ada banyak buku motivasi pelajar since Darjah 6 lagi..
tapi, buku tuh Nilah beli masa Tingkatan 2,
and now I'm Form 5!!

sangat berguna and banyak info..
percayalah, tak rugi punya...

nihh antaranya..

MOTIVASI ALIHAN PELAJAR
oleh: Tengku Ismadi
      Osman Affan



TIPS BELAJAR SAAT AKHIR
oleh: Osman Affan



untuk sesiapa yang bergelar ANAK pulak

Nilah prefer buku nihh untuk korang!!

MAK, ABAH...REDAILAH ANAKMU
TIPS MEMENANGI HATI IBU BAPA


yupp!! jangan lupa beli tau!!
kalau dah ada..
jangan lupa baca!!
(peringatan untuk diri sendiri juga)

PANDUAN LENGKAP SEMBAHYANG FARDHU


buku nih plak untuk orang yang baru belajar macam Nilah..
buku nihh actually abah Nilah punya..
Nilah pinjam kat dia..

tapi, dia tak mai ambik pun kat bilikku ini,
so sudah menjadi hak milik ku larh ini buku..:P

bagus buku nihh..
untuk sesiapa yang tak reti baca tulisan Jawi especially bab ayat dalam bahasa Arab tuhh..
kat dalam buku nih ada translation-nya dalam tulisan Rumi

so, rileks!!! and be happy bebzz!!

HAH!! seterusnya..
buku motivasi paling baru Nilah beli..
tahun lepas dekat mana entah Nilah beli buku nihh..

ada dua buku..
tajuknya......................................

YA ALLAH, AKU JATUH CINTA


YUPP!! ini buku..

malas nak cerita panjang about this book..
so, belilah untuk mendapat manfaatnya..:-)

p/s: Ustazah Pilihan Firuz pun baca buku nih tau!! I loikee:-D

KOMPAS CINTA


nih lagi satu buku..

okeyhh!! kesimpulan dari kedua-dua buku di atas ialah
mengisahkan tentang remaja dalam Islam..

itu ja yang boleh di describe..
tak bleh dencribe lebih-lebih..
kalau nak tahu... pergilah beli..

tak mahal pun..
habis mahal buku motivasi Nilah pernah beli pun ada dua..
Motivasi Alihan Pelajar and La Tahzan(Gadisku)
yang La Tahzan tu tak habis baca lagi..
nanti-nantilah sambung balik lepas exam..:P

sesungguhnya tak susah untuk mendapat ilmu..
antara MAHU atau TIDAK...

okeyhh!! Nilah mahu petik kata-kata ini dari salah sebuah buku yang Nilah beli

'Orang rajin mencari jalan, orang malas mencari alasan'

so, pikir-pikirlah di mana kita..
ibarat lagu Aizat
'Kau Fikirlah....lalalalala~'

semoga kita semua menjadi lebih baik dan mendapat syafaat darinya..
Insya-Allah..aminn.

Assalamualaikum..:-)
S.M.I.L.E.

 
Anilah Ardenieti: RINDU-RINDU-RINDU-RINDUUUUUU dengan Arwah Along..:( Ya Allah, tempatkanlah dia di tempat orang-orang yang beriman..Al-Fatihah


Be Strong and Still S.M.I.L.E..:-)


so??
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


and for me...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


YES!!! I have to be strong and
still S.M.I.L.E..:-)

Assalamualaikum..:-)

Kejujuran vs Penipuan :)



Penipuan kadang-kadang buat kita lupa kebenaran, bila kita sedar yang kebenaran ini sebenarnya lebih baik dari terus menipu. Kadang-kadang kita menipu sebab nak selamatkan diri kita tapi tak sedar penipuan akan mengorbankan orang lain.

ok larh.. assalamualaikum...
p/s: semoga esok lebh baik daripada hari ini..Always S.M.I.L.E :)

Diari Cuti Sekolah!!

Bismillahirrahmanirrahim..

kadang-kadang dalam kehidupan memerlukan PENGORBANAN..

semua orang sedang berkorban kan?? tapi sama ada sedar atau tidak jaa.. *TAKE NOTE!! Nilah bukan bercakap pasal korban yang Hari Raya tu erkk!!

sebagai contoh:
seorang pelajar pun berkorban jugak.. dia berkorban masa yang ada untuk pelajarannya dan kehidupan akan datang nya, senang cerita WE SACRIFICE FOR OUR FUTURE..
yupp!! untuk menjamin masa depan yang lebih cerah..

ibu bapa pun berkorban jugak.. berkorban masa, tenaga dan wang.. yupp!! nak hantar anak pi skolah, nak beli baju kat anak lagi, buku segala bagai.. and then tusyen lagi.. dah la tusyen sekarang cekik darah, nasib baik tak darah tinggi tau.. sekarang dah berpuluh-puluh hingga beratus-ratus hengget nak dihabiskan setiap bulan disebabkan tusyen.. yupp!! betul!! personal larhh yang tak personal larhh, apa-apa ja lah.. memang sampai beratus beb setiap bulan..

orang cakap 'ilmu akhirat lebih penting daripada ilmu dunia' yang kita cari nihh.. BUT, for me, deep in my heart(cewahh!! kan dak kluaq lagu Maher Zain)..
my opinion is 'dua-dua penting' , malah ayat pertama yang diturunkan pun suruh kita membaca dan erti kata lain, Allah suruh kita mencari ilmu..
for me, ilmu dunia nihh penting untuk hidup dan ilmu akhirat penting untuk mati, sebab tu lah yang Nilah kata yang dua-dua PENTING..

malah, ada seorang ustaz tu, (Nilah tak ingat nama apa)..tapi, Nilah ingat lagi dia cakap dekat budak lelaki masa tuh ada ceramah apa ntah, dia kata 'semua yang kita buat perlukan ilmu, malah nak tackle awek pun kena ada ilmu tau!!'
he he he.. I have no answer for that statement, hahaha.. yang tuhh kena tanya boys okeyh, depa semua 'pro' bab tuhh, kalau tanya Cik Nilah.. Cik Nilah pun 'pro' jugak, tapi prosak ja lah..huhuhu


(peringatan untuk diri sendiri#)
---------------------------------------------------------------------------------------

sedar tak sedar, tak lama lagi kita nak ucap 'BYE-BYE' kat 2011, and says 'HI' to 2012

kejap ja kan??

terasa bagai bulan lepas masuk Tingkatan 4, dah 18 hari lagi nak masuk Tingakatan 5 plak.. cepatnya masa berlalu..

Betul ka ada orang cakap yang kalau masa terasa  pantas, itu menandakan nak kiamat??
Wallahualam!

dan Nilah bukan nak bagi tau yang nak masuk Form 5 ka apa, just nak cakap yang homework tak habis buat lagi...hu hu hu..peace:)

hari tuhh, bukak balik Modul Additional Mathematic(Add Math) yang Cikgu Maheran bagi tuhh.. you know what?? otak ini terasa berkarat ya bapak-bapak, ibu-ibu...

dalam hati kata 'alamakk!! habis dah aku nihh kalau Cikgu Maheran baik hati ulang balik apa yang dia ajaq tahun lepas, mampuihh dah.. sat gi kantoi arr yang aku tak bukak buku Add Math, aku bukak mukabuku jaa..habis dahh!!' hu hu hu

okeyhh, mulai sekarang....!!!! bukak mukabuku masa lapang ja... masa lain nak 'press' gear 5, nak buat kerja sekolah and ulang balik apa yang belajaq dah.. sebab dengan tak sedar dirinya Cik Nilah nak cakap yang Cik Nilah lupa!!!! serius, semalam kalut duk ingat format Kunci Kira-Kira la, Akaun Untung-Rugi larhh, aduss baru ku sedar yang diriku dah lupa macam-macam..

'hah!! tu lah asyik duk tengok Randy Pangalila dalam Nada Cinta tu jaa.. ha ha ha.. pastu, sempat lagi duk melayan Tentang Dhia pulak...  pastu mau tak lupa habis, asyik duk bergelak jaa, apa lagi kalau tak Maharaja Lawak Mega..hehehe.. cayalarhh Osbon sama itu Boboiyot, hehe, Boboi la...(hehe, inilah kerja Cik Nilah kat umah ya!! tengok tv!! tengok tv!!) serius, cakap tak rugi abah bayar duit Astro masa Nilah cuti nihh, mau tak setiap masa ada ja orang tengok Astro'

sampai pagii Cik Nilah tengok tv kadang-kadang tuhh...hari tuhh konon-konon nak tengok cerita Titanic pastu nak buat konsert mini kat umah nak nyanyi lagu Titanic..alaa.. lagu nihh la..


pastu dalam duk tengok Titanic tuhh, tetiba plak Titanic yang tengok Cik Nilah..
hah !! ambikkk!!
tak jadilah konsert yang tak ada peminat tuhh...hu hu hu

tapi, dalam pada duk melepak sorang diri dalam rumah nihh, terfikir jugak yang..
macam mana kalau tahun depan dapat Cikgu garang, lepas tuhh dia ulang balik apa yang Form 4 punya?? hah!! ada jugak yang nak kena telan kang... dah la kelas Nilah tu top-10 punya students.. mau tak, kelas pun ada 10 orang ja student.. hu hu hu..

so, sekarang nihh mulalah kalut (ewahh!! ewahh!! cakap mengalahkan PM)
semua orang kalut tau tak?? kalut nak pi buat study group... library Kangar menjadi tempat terjahnya.. Jomm!! kita TERJAH!! kita TERJAH!! (hah!! cakap!! menangis Nash Ahmad yang Melodi tuhh)he he he

mak abah Nilah okeyhh ja, ON ja kalau bab pelajaran nihh, nak pi libary ka, nak pi study group ka, tusyen sampai bayar mahal ka, nak beli buku rujukan ka buku latihan ka, depa ON ja.. tapi, kalau bab nak pi tengok wayang ngan Kak Opie, yang tuhh jangan kata ON.. LAMPU MERAH terus tak dan nak kuning ka apa... siap kena jadi babysitter lagi, hah!! ambik ko!! wayang sangat!!! tengok ja kat umah cerita Hagemaru kat Astro Ceria tuhh, tengok lah ko wayang 24 jam tuhh, free ja tak yah beratur panjang, screen besaq jugak... hu hu hu(realiti kehidupan seorang Anilah).. elok pun tak pi, bukan BEST pun cerita wayang tuhh Kak Opie kata (hah!! ayat ambik hati kluaq dah) hu hu hu

TAHUN DEPAN SPM!! hah, nak gugur jantung dengar SPM tak lama lagi, tuhh tak masuk dalam dewan lagi tuhh.. ok, want to says 'GOOD LUCK TO ME AND MY DEAR FRIENDS'

okeyhh, laa.. nak out dah.. bye, assalamualaikum....


SENYUMLAH SELALU KERANA SENYUM ITU SEDEKAH:)