#I LOVE my Prefect Board#

Mungkinkah ini entri terakhir cerita pasal pengawas aku??

mungkinkah aku akan merindui setiap detik kenangan aku bersama diorang??

EHH!! apa keji sangat pompuan nihh? salam tak dak apa tak dak, tetiba pulak masuk pastu buat feeling2 plak.. adudaiii...:P

okeyhh, semua..

Assalamualaikum, cikgu..:)
*gaya budak Darjah 1 bagi salam*

huh!! nihh baru betul kan?? barulah kata blog orang Islam ya dopp??

okeyhh, don't want to membebel tak tentu hala.. kita teruskan ke tajuk kita.. berita muka depan hari ini yang masih lagi hotsss gituhh ialah

Seorang Ketua Pengawas telah keluar daripada 'DUNIA'nya yang tersendiri

haha!! apa serammm sangat tajuk nihh? aduyaii..:P

okeyhh.. siapakah gerangan Ketua Pengawas(KP) itu??
opcoz la gadis  yang baru menyambut hari lahirnya yang ke-17 minggu lepas tuhh..
sapa lagi kalau bukan....


AKU!!

smart tak aku??
kalau nak dibandingkan antara aku dengan budak-budak LELAKI sekolah aku yang lain tuh, aku lah yang paling OHSEMMM!! bab penampilan nih.. senang kata aku lah yang paling smart!! diakui pengawas yang lain memang smart, but I'm smarter :P *masuk bakul angkat sendiri punya olang!!:P

haha.. ohkk!! sebelum tuhh lupa plak nak memperkenalkan diri aku yang 'terbaru' lagi sekali..

Kenalkan..Hi! saya Siti Anilah Ardenieti Binti Anchari.. saya seorang yang flexible, kamu boleh panggil saya Nilah, Nine... or Dato' Anilah pun bolehhhh jerr!!:P saya seorang KP yang melucutkan dan dilucutkan jawatannya..apa-apa pun saya still SENIOR kat skolah(walaupun dah tak dak jawatan) ok.. selamat berkenalan :)

ok.. kembali kepada tajuk yang terhangat dipasaran tadi tuhh^__^

sukacitanya dimaklumkan bahawa Nilah bukan lagi seorang KP mulai minggu depan(23/7/2012)

Alhamdulillah, Allah!!:)

kalau korang tanya aku apa yang aku rasa selepas melepaskan jawatan aku kepada adik-adik Form 4 tuhh.. sudah pastinya aku akan jawab

YES!! aku bebas!!

ya!! aku kan jawab macam tuhh, coz itulah apa yang aku rasa..I'm sure that Najmi(KP Lelaki) pun akan rasa macam tuhh..
tanggungjawab dan amanah yang digalas selama ini terasa seperti sudah 'hilang'

Alhamdulillah, ya Allah!!

tapi, tipulah kalau aku kata aku tak sedih langsung.. ermm,  sedih memang sedih... sedih coz aku pasti yang aku akan merindui semua kenangan aku dengan kawan-kawan.. dengan juniors...dengan cikgu..

dari Form 2 lagi aku jadi pengawas sekolah.. sekarang dah Form 5, maknanya dah 4 tahun aku dilantik sebagai pengawas.. aku pasti yang aku akan merindui setiap kenangan yang ada kat Bilik Pengawas terutamanya...dan tak lupa juga kat Bilik Disiplin coz kat situlah 'port' aku duk bergossip pasal pengawas ngan Eira dan cikgu aku..HAHAHA*gelak macam evil*

siapa cakap jadi Ketua Pengawas Perempuan kat skolah nih best?? HAHA!! kalau aku suruh orang yang cakap macam tuh duduk kat tempat aku nihh, dia mesti mau kan??.. tapi, aku yakin yang seminggu kemudian dia akan menarik diri coz TAK TAHAN!!

yes, tak tahan dengan perangai pengawas, tak tahan dengan sikap pelajar yang bermacam-macam perangai.. and tak tahan apabila dikecam hebat dengan semua orang, tambah-tambah plak cikgu sendiri..

tapi, aku rasa bahagia.. ya!! rasa bahagia.. bagi aku itu semua satu pengalaman yang dapat mengajar aku erti kehidupan yang sebenarnya.. pengalaman yang banyak mengajar aku erti pengorbanan dan tanggungjawab yang sebenar-benarnya..

Fisabilillah!!
Berjihat ke jalan Allah..

aku pergi ke sekolah setiap hari sebab aku nak menuntut ilmu.. dan bukankah menuntut ilmu itu berjihat ke jalan Allah jika kita niat dengan betul?

dan menjadi KP itu satu amanat, YA!! amanat yang diberikan.. Allah membuat perancangan yang sangat baik dalam hidup aku..
aku akui pada mulanya aku tak nak jadi Ketua Pengawas, aku tolak.. tapi, aku amat terkejut bila nama aku diumumkan masa mesyuarat pengawas yang pertama kali pada awal tahun hari tuh..aku tak nak sebenarnya sebab aku tahu tanggungjawab aku amatlah besar.. dan aku rasa aku tak layak langsung!!

tapi, aku sedar yang Allah dah bagi aku peluang.. peluang untuk aku memajukan diri aku sendiri.. peluang untuk aku 'keluar' daripada sikap keanak-anakan aku.. jadi, aku sahut cabaran itu..

dan niat aku hari tuhh adalah kerana Dia

sebab itu kalau apa yang aku buat tak jadi, aku still boleh bersabar coz aku tahu ada hikmahnya.. Dia yang bagi aku dugaan, dan aku yakin yang aku dapat menghadapinya coz Allah always besides me :)

kalau sesuatu yang aku rancang tuh menjadi, itu satu penghargaan untuk aku.. walaupun tak dipuji, aku tak kisah coz aku buat semua itu kerana Allah bukan kerana nak dapat pujian hamba-Nya


pada tarikh 7.2. 2012.. bermulalah episod hidupku sebagai 'Kak KP' di sekolah.. haha!! nama tuhh sapa yang bagi tak tau, adik mana ntah.. aku pun tak prasan nama dia..

tapi, aku lebih suka menjadi seorang murid biasa coz aku tak nak orang cakap aku nih sombong ka apa ka bila aku ada jawatan.. NO!! it's not me... aku lebih suka menjadi seperti abah.. dia very 'low profile' punya orang.. YES!! aku lagi suka macam tuhh.. sebab bagi aku kalau orang tak kenal aku, jadi aku lebih BEBAS.. ya, bebas buat apa ja yang aku suka...:)

: : Gila-gila punya KP : :


satu tanggungjawab digalas, beribu beban ditanggung.. bemulalah jugak episod yang memeningkan kepala aku dengan Najmi..
segala cabaran ditempuhi bersama.. kami masih lagi bersatu menentang musuh!!*ewah, ayat...


For me, orang hanya mampu bercakap dan menilai.. tapi, hanya kami yang merasainya..
seteruk dan sehebat mana pun dugaan tuhh kami tetap bersama-sama selesaikannya.. mana mungkin nak biarkan orang memburuk-burukkan b. pengawas kami dan kami telah cuba sedaya upaya kami dah...

andai apa-apa yang tak kena.. We are sorry!!:(

kami hanya insan biasa yang tak lepas daripada melakukan kesilapan dan kesalahan

kami hanya merancang untuk buat yang lebih baik, Allah juga merancang.. dan sebaik-baik perancangan adalah Dia..

andai kata ada yang berkecil hati or apa ja lah sekalipun dengan aku selama mana aku jadi KP nihh.. aku mintak maaf..

mana tahu kan korang marah aku or tak puas hati ngan aku sebab aku nih selalu tegur korang ka.. mana tau kan... TAPI, sapa suruh korang buat kesalahan disiplin..

(nihh!! semangat KP dah naik balik dah nihh!!)

sapa suruh korang pakai make-up sgala bagai... ingat apa ada Pertandingan Ratu Cantik ka kat skolah.. mak aku pantang tengok aku duk lama-lama dalam bilik masa nak pi skolah, coz dia akan cakap macam nihh

"adik!! cepat sikit!! awat duk dalam bilik lama-lama tak tau? nak pi skolah ka nak pi mengorat??"
HAHA!! nasib baik aku tak keluarkan 'ayat sakti' tuhh kat korang, kalau tak for sure nama aku akan popular lagi kat wall FB, ehh No!! bukanlah.. dekat wall tangga skolah aku sebaris nama dengan cikgu disiplin kat skolah aku :P

EH!! aku tahu yang aku ada rampas telefon korang kan.. wahai kawan-kawan dan adik-adikku yang baik hati. Why you're bring your handphone to school arr?? dah tahu 'menatang' tuh diharamkan dibawak ke sekolah.. korang galak jugak nak bawak apa kes, sayanggg?? awat takut pakwe korang lari erkk nanti?? ayoyoo.. dear, pleaseee.. don't bring your hp to school!! kesian kat cikgu Zamzam ngan cikgu Noraidah.. depa dah tak larat nak marah dah kat ampa nihh.. nak tunggu depa cakap Jepun pastu buat irama rentak K-Pop kat ampa kut baru nak paham... alahaii, kalau dah kena rampas tak ka menyusahkan mak abah korang nak pi ambik.. kalau mak abah aku gerenti tak pi dah, malu oii, sayang..... kena 'kuliyah free' ngan mak aku lagi adalah..

ok, sedikit leteran buat ampa(nanti sure ampa rindu nak dengar aku bercakap kan??) kalau aku cakap depan ampa gerentilah nanti nama aku jadi popular kat fb.. tak pasal-pasal aku jadi 'Anilah the Hotsentappp' plak :P

tapi, apa-apa pun.. korang tolonglah berubah sikit.. tak banyak, sikit pun tak pa.. kesian kat pengawas-pengawas aku.. and kesian lagi kat cikgu-cikgu disiplin skolah kita tuhh.. :)


I know you're a good person..so, be nice please!!:)
(kata-kata aku buat ampa semua)

smart tak diorang nihh?? smart kan??
tapi, aku rasa aku lagi smart...:P

nak ucap.. TERIMA KASIH banyak-banyak to my abah..dia yang pemberi semangat kepada aku untuk aku teruskan tanggungjawab aku tuhh coz pada aku kalau bukan disebabkan mereka(abah dan mak) aku pasti tak kan berada di mana aku berada sekarang nihh..diorang buat aku lebih kuat ketika aku jatuh lemah... diorang buat aku terus bersabar dan bersabar lagi kalau tak aku memang dah meletakkan jawatan aku lebih awal lagi sebab aku memang tak tahan dengan tekanan yang sangat banyak...

TERIMA KASIH, mak abah
I love them so much!!<3<3

dan tak lupa jugak kepada semua cikgu.. terutamanya kepada cikgu-cikgu pengawas aku...Sir Roshdan dan Ustazah Maisura, maafkan kami cikgu!!:(

dan jugak kepada mantan guru pengawas(C. Tiqah) dan cikgu disiplin sekolah(C. Noraidah)... 

: : our C. Tiqah masa majlis pelantikan pengawas...: :
HAHA!! serious masa aku pi skolah masa perlantikan hari tuh, aku ingat budak baru mana lah nihh.. rupa-rupanya cikgu aku.. haha.. macam pengawas perempuan la pulak...hik3

dia(C. Tiqah) pernah cakap macam nihh..
"tak pa..Anilah dah biasa dah dengan cabaran"

haha.. mau duk tau ka..
biasalah hidup aku, kalau tak dak cabaran, hidup aku nihh tak best arr
sama jaa..
boring kut...hik3


dan jugak kepada C. Norzila, she's great! awesome teacher!! aku suka dia coz dia boleh menaikkan semangat aku dengan 'tazkirah' nya di dalam kelas.. walaupun dia dikenali dengan karakternya yang sangat garang, tapi aku suka.. coz dia dapat mendisiplinkan pelajarnya.. BETUL!! tak tipu.. baju kena bawak masuk dalam(lelaki)..tudung, kasut, stokin.. pemakaian memang dia nak anak muridnya nampak sentiasa kemas.. tapi, yang paling penting buku semua kena bawak kalau tak memang korang kena balik ambik sendiri lah buku tuhh..hikhikhik

Di sebalik setiap apa yang kita lakukan, mesti ada orang yang sentiasa menyokong setiap tindakan kita kan?
YA!! begitu jugak dengan aku..
aku bersyukur sangat sebab aku mempunyai kawan-kawan yang sentiasa ada untuk menyokong aku..
yupp!! inilah dia...

~Tarraaaa~ aku namakan kami sebagai GENG KUTU RAYAU coz kami memang suka merayau :P

: : me, Eira and Fatin : :
thanks, dear.. korang buat aku kuat.. korang sentiasa ada di saat aku gembira, kecewa dan terluka.. LOVE all the moment ngan korang.. saat kita pergi merayau kat Kangar coz beli barang tuk hari Guru.. saat kita berbincang, berfikir pasal pengawas.. saat kita bergelak ketawa sama-sama bila buat lawak yang tak brapa nak cerdik.. yang paling penting, saat kita study sama-sama... moments yang paling bernilai bagi aku..:)

Fatin, walaupun baru tahun nih dia jadi pengawas, tapi sikap kepimpinannya amat terserlah..thank you coz lend me your shoulder when I'm crying, dear..:)

Eira, kita dah 4 tahun bersama.. serious, I will miss all the moment with you.. kenangan tuh amat indah untuk diingati..:)


Thanks sebab sentiasa ada saat susah dan senang Nilah :) :D
thanks for the 'bebeyhh' sama.. soO cute gambar Nilah.. HAHAHA*gelak keji*


apa-apa pun aku nak cakap yang aku tak pernah menyesal untuk menyahut cabaran cikgu untuk menjadi Ketua Pengawas Perempuan..
segala dugaan menjadi pengajaran untuk aku sentiasa maju ke hadapan, sentiasa berfikiran matang*ehem3*
sentiasa berubah untuk melakukan yang terbaik..
dan yang paling penting ialah sentiasa berhati-hati dalam setiap tingkah-laku aku sebab semua apa yang aku lakukan pasti akan ada orang tengok dan menjadi ikutan..ada orang yang boleh terima, ada orang yang sentiasa mencari peluang tuk menjatuhkan orang..
terima kasih sangat-sangat kepada orang yang seperti itu, aku rasa kehadiran aku sentiasa dihargai dan dinanti-nantikan..:) :)
tapi, semua itu membuatkan aku sentiasa berdisiplin.. Insya-Allah..

aku tak ada adik, dekat rumah akulah adik.. akulah anak yang paling manja, smua yang aku nak, Insya-Allah mesti aku akan dapat..
tapi, bila aku dah jadi KP.. Allah bagi aku merasai nikmat menjadi seorang 'kakak senior'..aku dapat merasai erti lebih bertanggungjawab.. aku dapat merasai apa yang orang yang ada adik rasai.. kalau kat rumah, aku tak akan berkompromi dengan apa yang aku nak coz aku tahu aku akan dapat punyalah benda tuhh.. tapi, kat skolah berbeza, aku kena banyak mengalah.. kena banyak bersabar dengan kerenah diorang... kalau tak, bleh darah tinggi aku jadinya ngan depa nihh..haha..:P

but, now...aku dah serah tugas aku kat orang yang selayaknya.. siapa??JENG3... haha!! aku pun tak tau sebenarnya coz semua jawatan telah dilucutkan serta-merta oleh Sir Roshdan selaku Ketua Guru Pengawas kami...

apa-apa pun, guys(pengawas batch 2012)..
I'm so happy.. thanks coz colouring my day.. thanks sebab korang mengajar KP korang nihh untuk lebih kuat dan sabar menghadapi setiap kerenah korang.. Thank, guys...


ingat main-main ka angkat sumpah tuh??

Hope next year is better than this year.. Insya-Allah.. amin :)

aku sayang gilaaaa kat korang wahai pengawas-pengawas ku sekalian..:D <3<3
I'm sure that I will miss all the moment ngan korang lah nanti..

ok lah, aku nak out dulu..
buku Add Math sedang memanggil-manggil namaku*cehh!!ayat yang paling tak bleh blah

bye semua.. assalamualaikum..
selamat menyambut bulan Ramadhan ya kawan-kawan
aku nak mintak maaf andai kata tulisan aku kat sini or kat fb or percakapan aku membuatkan korang terasa hati ka apa ka.. MAAF ya!! sesungguhnya aku memang tak sengaja...:(

#aku percaya ada hikmah yang tersembunyi di sebalik semua ini#

Anilah Ardenieti:
ini page aku, please klik LIKE lah kat sini -> ardenietianchari.blogspot.com

2 ulasan:

  1. Miss Anilah..org harap dia akan dapat A dlm SPM nnt..dan pengawas juga sentiasa rindukan suara kak nilah marah2,gurau2 and everything about you..org pun sentiasa sayang pada kak nilah.pasal yang kak nilah marah org dgn pngws lain tu mmg terasa jugak tapi org dah maafkan dah semua tu..org x kisah sangat...and finally good luck my dear (^_~)

    BalasPadam
  2. wahai Cik or Encik 'Tanpa Nama'.. tq ya!! Insya-Allah smoga kita semua brjaya di dunia dan akhirat.. maaf ya andai kata menyakitkan hati, terasa hati ka apa ka, sesungguhnya Kak Nilah memang tak sengaja..maybe waktu tuh darjah kepanasan dah thap 100 darjah clcius kut..hehehe.. apa2 pun, tq atas kerjasama yg diberikan.. and GOOD LUCK jugak, my dear :)

    ::p/s: klau bleh tau 'Tanpa Nama' nihh siapa ya??

    BalasPadam