Realiti Remaja 16 Tahun...

Buntu bila jiwa di duga tanpa kesudahan......diri mnjadi smakin lemah.... bertimpa-timpa dugaan yang hadir......

Ya Allah, kuatkanlah hambaMu ini...

Nilah buntu..buntu memikirkan masalah yang seperti tiada kesudahan... YA!! mungkin betul 'dugaan mematangkan kita'..Ermm.. dugaan dapat membuat diri ini menjadi lebih matang bukan Anak Manja yang hanya reti meminta... masalah membuatkan diri ini dapat memikirkan tindakan yang harus dibuat.. tindakan yang melibatkan banyak pihak... 'berfikir sebelum bertindak'...

selama 16 tahun seorang gadis hidup dalam limpahan kemewahan yang diberi oleh keluarganya... semua ada, cuma mintak jaa... TAPI, itu bukan sesuatu yang boleh dibanggakan...
                           'aku cuma insan biasa'..
itulah prinsip yang selalu dipegang.. setinggi mana status keluargaku.. aku tetap insan biasa.. Siti Anilah Ardenieti Anchari yang masih mencari identiti dirinya sendiri.. tanpa bayangan abah, abang dan kakak yang berjaya... diri ini masih berusaha keras untuk mengikut jejak langkah mereka...

TAPI, di saat aku berusaha... dugaan datang bertimpa-timpa.... aku TIDAK diberi peluang untuk membuat keputusan aku sendiri... bagaikan lembu dicucuk hidung... itulah aku.. realiti Anilah Ardenieti...

siapa tahu dalam hidup gadis ini penuh dengan onak duri.. mereka befikir bahawa aku bahagia... bahagia di dalam kemewahan yang diberikan...

Ya, tidak dinafikan aku bahagia.. Alhamdulillah, aku mendapat penuh kasih-sayang.. aku masih punya orang yang berdiri dibelakang ku... yang sentiasa memberi sokongan bila aku jatuh... yang sentiasa berdoa untuk ku.. Alhamdulillah...

TAPI, aku juga tidak lepas daripada mengharungi realiti seorang REMAJA.. terlalu sukar untuk mengharunginya.. hanya IMAN DAN KETAKWAAN saja yang boleh jadikan tembok untuk diri ini terus menjadi seorang insan yang tak terjebak dalam aktiviti sosial remaja masa kini.. Ya Allah, kuatkan lah aku untuk mengharunginya dengan sebaik mungkin..

ajakan KAWAN.. ya!! bagi diri ini kawan adalah sangat penting... tapi, kawan yang baik begitu sukar dicari, susah mencari permata antara kaca.. kawan membawa pengaruh yang besar dalam hidup remaja masa kini.. tidak terkecuali juga diri ini...dalam hidup yang baru setahun jagung ini aku mengahrungi pelbagai jenis dan kerenah kawan.. sama ada perempuan mahupun lelaki... ada saja... yang ajak ponteng kelas, yang ajak pergi 'date' dekat Batu Pahat, Bukit Air, yang ajak pergi meronda lepas klas..yang ajak pergi melepak... TAPI, Alhamduillah aku masih dapat menangani pengaruh itu dengan baik.. Alhamdulillah... ini semua kerana aku percaya 'jikalau taat kepada perintah Allah, nescaya secara tak langsung kita akan taat kepada ibubapa'
bukan kah 'redha Allah terletak pada redha kedua ibubapa'??
aku masih boleh berfikir tanggungjawab ku sebagai anak... aku melakukan itu semua kerana mak dan abah... kerana keluargaku.. aku tidak mahu menyalit arang dimuka mereka.. aku tak mahu menjejaskan imej keluargaku.....Ya Allah, kuatkan lah diri ini mengharungi segala cubaan dan dugaan dalam hidup ini... maafkan ku kawan..

banyak lagi yang aku tempuhi dalan hidupku ini... penyakit yang menyebabkan aku 'down' satu masa dahulu.. tanggungjawab ku disekolah sebagai seorang pengawas... kena maki, kena caci, kena pulau, kena fitnah dan macam-macam lagi..

TAPI, Alhamdulillah..aku terus kuat..dan aku mahu terus kuat untuk meniti hari yang mendatang..

aku mencuba menjadi yang TERBAIK... menjadi yang boleh dibanggakan... menjadi yang lebih baik...

KADANG-KADANG, realiti tidak seindah mimpi.. kemana sahaja, aku bagaikan bayang-bayang daripada keluargaku.. aku seperti tidak menjadi diri sendiri... kenapa harus begitu??? kenapa diri ini tidak diberi peluang??

Ya Allah, aku buntu........ buntu dengan bermacam-macam masalah..

ya!! aku mengakui bahawa kadang-kadang ada juga rasa muak.. muak dengan bermacam-macam masalah.. setiap hari ada saja masalah yang perlu diharungi... ada orang yang seusia denganku hanya tahu pergi dan baik sekolah sahaja... TAPI, tidak bagi diri ini.. aku membawa imej dan nama baik keluarga. yang PENTING harapan keluarga..aku anak bongsu, so aku nak yang terbaik bagi diri ini.. abah, abang, kakak semua itu adalah contoh yang terbaik... dari segi dunia atau akhirat, mereka memang conth yang pelu diikuti.. walaupun sesibuk mana, solat adalah WAJIB.. tak pernah nampak tak solat... abah masih memenuhi tanggungjawabnya walaupun dirinya sangat sibuk... abang tidak pernah mengata TIDAK apabila mendengar suruhan atau ajakan mak kemana sahaja.. kadang-kadang terfikir dibenak ku.. mereka tidak penatkah?? mereka tidak ada masalah kah?? mereka masih mahu bergurau, bergelak ketawa dengan ku walaupun baru balik dari kerja... Ya Allah, hebatnya mereka mengharungi hidup ini...Subhanallah...

Ya Allah terima kasih kerana memberi contoh yang baik kepada diri ini di depan mata sendiri..Alhamdulillah

YA!!! aku harus kuat... aku harus menangani segala cobaan dan dugaan yang mendatang.. aku harus tabah hadapi hidup ini... aku harus belajar tangani masalah dengan baik...WAJIB!!!!~

jikalau mereka boleh lakukan kenapa tidak aku??? mereka menangani masalah dalam bidang perniagaan, dengan client yang bukan saja warga tempatan tapi juga dari segala pelusuk dunia, tanggungjawab kepada keluarga malah yang lebih penting tanggungjawab sebagai hambaNya tidak pernah ditinggalkan...

KENAPA TIDAK DIRI INI???

aku juga boleh!!!!!

Insya-Allah dengan izin Allah aku harus dapat menangani segala masalah, dugaan dan cabaran yang mendatang... aminn..

                   CHAIYOKKK!!! CHAIYOKKK ANILAH!!!!!


Anilah Ardenieti : ini hanya luahan seorang gadis.. tidak termasuk siapa-siapa pun..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan