CINTA....

Ku pendamkan perasaan ini
Ku rahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati

Ku pohonkan petunjuk Ilahi
Hadirkanlah insan yang sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati

Oh Tuhanku
Berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi
Resahnya hati ini mendambakan kasih
Insan yang ku sayang

C/o:
Di hati ini
Hanya Tuhan yang tahu
Di hati ini
Aku rindu padamu
Tulus sanubari
Menantikan hadirmu
Hanyalah kau gadis pilihanku

Kerana batasan adat dan syariat
Menguji kekuatan keteguhan iman
insan yang berkasih

.....Nilah suka lagu nihh..maksud yang tersendiri.....:)

tadi, ada adik tuhh tanya Nilah..(maaf nama tak boleh disiarkan)

adik : Kak Nilah macam anti-bercinta jaa.. Kak Nilah pernah clash ya?? Kak Nilah macam kecewa ja?

Nilah : Ya Allah, adik.. Kak Nilah tak pernah bercinta.. masa lalu tuhh adalah.. biasalah budak-budak tak matang lagi masa tuhh.. haha..Kak Nilah tak anti larhh dik.. itu semua kan fitrah manusia... kalau seseorang tuhh mengingatkan kita tentang keagungan Allah, dan dapat mendekatkan lagi diri kita dengan Allah kenapa harus berkata tidak kan??

Subhanallah.. begitu sekali pandangan adik tuhh terhadap kepercayaan diri ini dengan CINTA....

bagi Nilah...

Nilah mencintai Allah, Nilah cuba untuk membuat yang terbaik dalam hidup Nilah.. buat masa ini CINTA ku hanya buat yang Maha Menyintai dan buat keluargaku... TETAPI, cinta tuhh kan fitrah yang ada dalam diri setiap insan.. satu keinginan yang susah untuk diperoleh... bukan dengan wang ringgit, tetapi dengan kejujuran, keikhlasan dan hati yang suci.. Subhanallah, andai diri ini dapat memilikinya....

setiap hari Nilah berdoa...

'Ya Allah, jikalau dia ditakdirkan untukku, dekatkanlah hatinya dengan hatiku. Jikalau dia bukan milikku, rahmati dan redhailah diri ini, Ya Allah dan kau pertemukah aku dengan seorang lelaki yang boleh mendekatkan lagi aku dengan Mu'

Tapi, Nilah sentiasa ingat bahawa..

Sekiranya tiada CINTA insan untukmu,cakaplah CINTA ALLAH penyuluh hidupmu,kelak akan ada CINTA untukmu dari insan yang menyintai ALLAH sebagaimana CINTA mu terhadap-Nya...
(terima kasih Kak)
semoga cintaku padaMu tetap kukuh dan teguh...aminn

Ya Allah..pertemukan lah ku dengan lelaki yang mencintaiMu lebih berbanding diri ini...
Kau hindarkanlah ku dengan lelaki yang hanya ingin berpura-pura dan tidak ikhlas dengan diri ini..
Aminnn.....
...itulah jawapan yang sebenarnya bagi adik itu...
baguslah adik tuhh, straight to the point, no corner-corner..hehehe..
just want to share..
Ingatlah.....:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan