##Is it going to happen??

Bismillahhirrahmanirrahim...
 
Assalamualaikum, semua..
 
almost 4 week......... 1 month Nilah tak tulis kat sini kan??
 
huhuhu.. I'm very-very-very busy with my Trial..
result...
classes...
 
and now
 
H O M E W O R K
 
huhuihhh..
banyak benor lah homework nyooo..
tak larek dah eden ni hah!!
 
what's going on, guys??
 
aku.. sekarang pesbuk pun tak sempat bukak
(mentang-mentanglah dah turun jawatan daripada Kak KP a.k.a Kaki Pesbuk)
 
it's ok...
TRIAL RESULT??
Alhamdulillah, ada lah 2,3 A...
(A yang bercampur.. ada A and A-.. biasalah 1 Malaysia..hehehe)
 
but, Add Math
seriously, I was very disappointed with the results...
 
Add Math berjaya membuatkan aku rasa kecewa yang amat!!!
 
serius, aku rasa macam aku nih tak pernah buat latihan and tak pernah buat revision pun for the exam..
penat jaaaaaaa aku buat..
huh.. aku failed!!
GAGAL Add Math
 
kalau aku cakap yang aku tak sedih.. tuh memang tipu..
kenyataannya, memang aku sedih..sedih sangat!
 
rasa macam usaha aku tak membuahkan hasil...
lagi, kesian dekat cikgu Maheran coz dia dah banyak bantu kami semua
dia buat kelas tambahan setiap minggu untuk kami
tapi....apa yang dia dapat??
 
SATU KELAS gagal dalam subjek Add Math..
 
padahal subjek lain tak ada klas tambahan tiap minggu pun..
tapi kami boleh ja kutip A
 
ikutkan perasaan aku waktu tuh memang rasa macam nak nangis
teriak sepuas-puasnya
aku nak turun bawah daripada klas aku yang ada kat Tingkat 4 tuh then
aku akan ke public phone and telefon abah cerita pasal result Add Math aku
yang sememangnya hancur tuh!!
 
kalau orang cakap putus cinta tuh perasaannya sangatlah KECEWA,
aku akan cakap yang aku lagi KECEWA dengan result aku..
 
betul, mulai detik itu aku mulai rasa STRESS
coz I want to do the best for the SPM yang tinggal tak lama lagi
 
kurang daripada 50 hari lagi..
 
keputusan SPM yang bakal aku dapat tahun depan membuatkan aku tak banyak masa depan laptop..
membuatkan aku push diri aku sendiri untuk tidak membuang masa dengan tv, PsP, phone, camera, novel and other things yang boleh melalaikan aku yang sentiasa tergoda dengan semua benda tuh..
 
pantang lalu depan tv, memang nak tengok jugak lah..
 
pantang nampak novel, mesti nak bukak.. padahal buku Sejarah yang ada tuh dah peram jadi pekasam dah apa.. huhuhu
 
HUH...
semua tuh membuatkan aku takut...
yes!! aku takut
takut nak tau result SPM aku tahun depan macam mana..
takut tentang masa depan aku..
 
aku manusia biasa..
aku jugak tak lari daripada kelalaian dalam setiap tindakan aku
 
tapi, bila memikirkan apa yang akan berlaku dan risiko yang akan aku tanggung,
ia membuatkan aku TERUS BANGUN dan BERJUANG sehingga sehari sebelum peperiksaan SPM
 
Aku akan terus bertahan, aku akan terus kuat..
Insya-Allah..
 
diakui kata-kata cikgu Din(kaunselor sekolah) dalam segmen 5 Minit bersama Kaunselor pada setiap hari Khamis kat sekolah aku memang terkesan sangat-sangat..
 
hari tuh dia gunakan satu pantun yang aku rasa semua orang tau...
 
Berakit-rakit kehulu,
Berenang-renang ketepian,
Bersakit-sakit dahulu,
Bersenang-senang kemudian.
 
YA!! aku tak nak nanti aku kerja dekat tengah panas, terik matahari.. dibawah hujan yang sangat lebat untuk mencari sesuap nasi..
 
aku nak capai cita-cita aku
aku nak capai matlamat hidup aku
 
YA!! betul bila ada orang kata yang Allah dah tentukkan masa depan kita..
 
tapi kan
tak kan kita hanya nak berdoa, berserah dan meminta tolong ja..
 
lagi pun
Allah dah berfirman bahawasanya Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali jika mereka merubah nasib diri mereka sendiri
*maaf jika salah, harap diperbetulkan
 
jadi, tak salah kan andai kita berusaha...
biarlah orang nak kata kita nih OVER ka ANNOYING kaa
tapi, yang penting masa depan kita dan keluarga kita
 
aku tak nak bekerja dekat syarikat abah atas sebab abah adalah seorang Pengurus Syarikat di situ dan aku adalah anak dia..
aku nak aku DIPILIH bekerja atas kelayakan aku...
 
abah selalu cakap yang kita jangan jadi orang yang suka meminta-minta
 
lagipun Cikgu Noraidah pun ada pesan hari tuh yang
 
tangan yang diatas itu lebih baik daripada tangan yang  berada dibawah
 
so, bagi aku
NOW
I want to focus on my SPM
 
aku kena ingat pengorbanan mak abah aku
bukan itu ja..
kakak ngan abang aku tuh lagi...
coz for me FAMILY is my priority
 
tuh belum masuk lagi dengan cikgu-cikgu aku
Tuan Pengetua yang sentiasa memberikan yang terbaik buat anak muridnya
 
Ya Allah, mereka cukup bermakna buat aku
tak mungkin aku sanggup untuk melukakan hati mereka
terutamanya mak dan abah
 
lagi pun SPM adalah satu permulaan buat aku untuk aku mencapai matlamat kehidupan aku
iaitu
aku mahu berada di mana kedudukan abah aku sekarang
I want to be a BIG BOSS
 
a LADY BOSS
 
aku mahu kalahkan abang aku...HA HA HA*gelak jahat*
 
YES!!
I am ordinary girl with big dream
 
and the important things is I want to fly!!
 
 
Is it going to happen??
Insya-Allah, amin...
 
Now, I just have to do the best and I know that Allah will do the rest...:)
 
Chaiyok, Nilah, CHAIYOK!!
semangat..semangat..semangat...
 
Malaysia Boleh, Anilah Boleh!! *tetiba plak*
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan