Diari Cuti Sekolah!!

Bismillahirrahmanirrahim..

kadang-kadang dalam kehidupan memerlukan PENGORBANAN..

semua orang sedang berkorban kan?? tapi sama ada sedar atau tidak jaa.. *TAKE NOTE!! Nilah bukan bercakap pasal korban yang Hari Raya tu erkk!!

sebagai contoh:
seorang pelajar pun berkorban jugak.. dia berkorban masa yang ada untuk pelajarannya dan kehidupan akan datang nya, senang cerita WE SACRIFICE FOR OUR FUTURE..
yupp!! untuk menjamin masa depan yang lebih cerah..

ibu bapa pun berkorban jugak.. berkorban masa, tenaga dan wang.. yupp!! nak hantar anak pi skolah, nak beli baju kat anak lagi, buku segala bagai.. and then tusyen lagi.. dah la tusyen sekarang cekik darah, nasib baik tak darah tinggi tau.. sekarang dah berpuluh-puluh hingga beratus-ratus hengget nak dihabiskan setiap bulan disebabkan tusyen.. yupp!! betul!! personal larhh yang tak personal larhh, apa-apa ja lah.. memang sampai beratus beb setiap bulan..

orang cakap 'ilmu akhirat lebih penting daripada ilmu dunia' yang kita cari nihh.. BUT, for me, deep in my heart(cewahh!! kan dak kluaq lagu Maher Zain)..
my opinion is 'dua-dua penting' , malah ayat pertama yang diturunkan pun suruh kita membaca dan erti kata lain, Allah suruh kita mencari ilmu..
for me, ilmu dunia nihh penting untuk hidup dan ilmu akhirat penting untuk mati, sebab tu lah yang Nilah kata yang dua-dua PENTING..

malah, ada seorang ustaz tu, (Nilah tak ingat nama apa)..tapi, Nilah ingat lagi dia cakap dekat budak lelaki masa tuh ada ceramah apa ntah, dia kata 'semua yang kita buat perlukan ilmu, malah nak tackle awek pun kena ada ilmu tau!!'
he he he.. I have no answer for that statement, hahaha.. yang tuhh kena tanya boys okeyh, depa semua 'pro' bab tuhh, kalau tanya Cik Nilah.. Cik Nilah pun 'pro' jugak, tapi prosak ja lah..huhuhu


(peringatan untuk diri sendiri#)
---------------------------------------------------------------------------------------

sedar tak sedar, tak lama lagi kita nak ucap 'BYE-BYE' kat 2011, and says 'HI' to 2012

kejap ja kan??

terasa bagai bulan lepas masuk Tingkatan 4, dah 18 hari lagi nak masuk Tingakatan 5 plak.. cepatnya masa berlalu..

Betul ka ada orang cakap yang kalau masa terasa  pantas, itu menandakan nak kiamat??
Wallahualam!

dan Nilah bukan nak bagi tau yang nak masuk Form 5 ka apa, just nak cakap yang homework tak habis buat lagi...hu hu hu..peace:)

hari tuhh, bukak balik Modul Additional Mathematic(Add Math) yang Cikgu Maheran bagi tuhh.. you know what?? otak ini terasa berkarat ya bapak-bapak, ibu-ibu...

dalam hati kata 'alamakk!! habis dah aku nihh kalau Cikgu Maheran baik hati ulang balik apa yang dia ajaq tahun lepas, mampuihh dah.. sat gi kantoi arr yang aku tak bukak buku Add Math, aku bukak mukabuku jaa..habis dahh!!' hu hu hu

okeyhh, mulai sekarang....!!!! bukak mukabuku masa lapang ja... masa lain nak 'press' gear 5, nak buat kerja sekolah and ulang balik apa yang belajaq dah.. sebab dengan tak sedar dirinya Cik Nilah nak cakap yang Cik Nilah lupa!!!! serius, semalam kalut duk ingat format Kunci Kira-Kira la, Akaun Untung-Rugi larhh, aduss baru ku sedar yang diriku dah lupa macam-macam..

'hah!! tu lah asyik duk tengok Randy Pangalila dalam Nada Cinta tu jaa.. ha ha ha.. pastu, sempat lagi duk melayan Tentang Dhia pulak...  pastu mau tak lupa habis, asyik duk bergelak jaa, apa lagi kalau tak Maharaja Lawak Mega..hehehe.. cayalarhh Osbon sama itu Boboiyot, hehe, Boboi la...(hehe, inilah kerja Cik Nilah kat umah ya!! tengok tv!! tengok tv!!) serius, cakap tak rugi abah bayar duit Astro masa Nilah cuti nihh, mau tak setiap masa ada ja orang tengok Astro'

sampai pagii Cik Nilah tengok tv kadang-kadang tuhh...hari tuhh konon-konon nak tengok cerita Titanic pastu nak buat konsert mini kat umah nak nyanyi lagu Titanic..alaa.. lagu nihh la..


pastu dalam duk tengok Titanic tuhh, tetiba plak Titanic yang tengok Cik Nilah..
hah !! ambikkk!!
tak jadilah konsert yang tak ada peminat tuhh...hu hu hu

tapi, dalam pada duk melepak sorang diri dalam rumah nihh, terfikir jugak yang..
macam mana kalau tahun depan dapat Cikgu garang, lepas tuhh dia ulang balik apa yang Form 4 punya?? hah!! ada jugak yang nak kena telan kang... dah la kelas Nilah tu top-10 punya students.. mau tak, kelas pun ada 10 orang ja student.. hu hu hu..

so, sekarang nihh mulalah kalut (ewahh!! ewahh!! cakap mengalahkan PM)
semua orang kalut tau tak?? kalut nak pi buat study group... library Kangar menjadi tempat terjahnya.. Jomm!! kita TERJAH!! kita TERJAH!! (hah!! cakap!! menangis Nash Ahmad yang Melodi tuhh)he he he

mak abah Nilah okeyhh ja, ON ja kalau bab pelajaran nihh, nak pi libary ka, nak pi study group ka, tusyen sampai bayar mahal ka, nak beli buku rujukan ka buku latihan ka, depa ON ja.. tapi, kalau bab nak pi tengok wayang ngan Kak Opie, yang tuhh jangan kata ON.. LAMPU MERAH terus tak dan nak kuning ka apa... siap kena jadi babysitter lagi, hah!! ambik ko!! wayang sangat!!! tengok ja kat umah cerita Hagemaru kat Astro Ceria tuhh, tengok lah ko wayang 24 jam tuhh, free ja tak yah beratur panjang, screen besaq jugak... hu hu hu(realiti kehidupan seorang Anilah).. elok pun tak pi, bukan BEST pun cerita wayang tuhh Kak Opie kata (hah!! ayat ambik hati kluaq dah) hu hu hu

TAHUN DEPAN SPM!! hah, nak gugur jantung dengar SPM tak lama lagi, tuhh tak masuk dalam dewan lagi tuhh.. ok, want to says 'GOOD LUCK TO ME AND MY DEAR FRIENDS'

okeyhh, laa.. nak out dah.. bye, assalamualaikum....


SENYUMLAH SELALU KERANA SENYUM ITU SEDEKAH:)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan