Coretan Hati# Inikah Hidayah-Nya??



Semenjak 2, 3 minggu nihh..
terlalu banyak perkara yang terjadi dalam hidup ku..
aku juga tak lepas dari ujian dan dugaan..
semuanya bagaikan bertimpa-timpa..
sehingga satu hari, aku 'terjatuh' kerana tidak lagi mampu menghadapi ini semua
kerana terlalu kecewa..
kerana terlalu sedih...

DAN tanpa sedar aku mengalir air mataku..
kerana aku merasa tidak lagi mampu untuk terus bertahan..

sampai satu saat..
aku bertanya pada diriku sendiri...

Kenapa jadi macam nih??
Kenapa tak macam apa yang aku rancang??
Kenapa aku??
Kenapa aku yang diuji??
Kenapa aku yang Dia pilih??
KENAPA??
KENAPA??
dan...KENAPA??

persoalan yang dibiarkan tanpa jawapan..
dalam erti kata lain TIDAK mempunyai jawapan

aku menangis mengenangkan apa yang bakal aku lalui..
aku menangis mengenangkan apa yang akan terjadi..

Tiba satu detik..
perasaan membuak-buak untuk bertemu kaunselor..
aku mahu hilangkan tekanan..
aku mahu jadi seperti 'dulu'

tetapi,
pada satu ketika, aku merasakan yang aku telah mendapat 'jawapan' yang aku cari selama ini..
puas aku berfikir, akhirnya......

YA!! akhirnya...
akhirnya aku 'bangkit' kembali..
dengan perasaan rendah hati..
dengan sifat yang 'tak tau malu'

TAPI, demi sesuatu yang lebih baik..
aku bangkit

aku mula mempelajari 'APA ITU ISLAM?'

perlahan-lahan aku mula melakukan perubahan..
dalam diri aku.. dalam kehidupan aku.. di sekeliling aku...

pertama sekali, di ketika itu..
aku mula terpikir 'strategi' aku untuk melakukan perubahan..
yang pertama..
di benak ku... aku mahu mengenali agamaku; ISLAM dengan lebih dekat..
aku mahu belajar untuk mencintai Allah dengan sebaiknya..

selama ini,
 bukan aku tak solat...Aku solat seperti muslim yang lain..
bukan aku tak tutup aurat.. Aku tutup auratku demi menjaga maruah mak ngan abah..
dan kerana ada satu coretan di facebook yang mngatakan seorang ayah dan ahli keluarga lelakinya akan masuk ke NERAKA apabila seorang anak perempuan tidak mengikut syariat ISLAM..
YA ALLAH, tak sanggup melihat perkara itu terjadi..
Nauzubillah min zalik..

dari hari ke hari..
aku mula belajar untuk mencintai Allah..

YA!!
AKU MENCINTAI-NYA..

setiap hari aku bersujud kepada-Nya agar dia juga mencintaiku..

aku putuskan hubungan percintaan ku kerana Dia..
'Ya Allah, kau rahmatilah dia'

YA!! semuanya yang aku lakukan kerana Dia..
Dia yang sentiasa di sisiku..
Dia yang sentiasa menjagaku..

itu semua kerana Dia..

pertama sekali..
aku memperbaiki solatku..
selama ini aku cuma menghafal tanpa mengetahui makna ayat yang aku baca..
tapi, sekarang aku mula 'belajar' khusyuk dalam solat..
tawadduk dalam amalanku..
aku belajar maksud ayat yang selalu aku baca dalam solatku
kadang-kadang terasa bagai budak kecik yang baru belajar solat
tapi, biarlah..
ini semua demi menunjukkan cintaku pada-Nya



Insya-Allah..
semoga perubahan ini akan menjadikan aku seorang hamba yang lebih baik


Dulu... semuanya bagaikan tidak kena..
semuanya bagaikan tidak 'perfect' dimataku..
perasaan ku tidak tenteram..
aku tak tenang..

bila time aku tak suka..
aku marah-marah..
koz aku nak semuanya perfect..
seperti yang aku rancangkan..

tapi, aku terlupa 'sesuatu'..
iaitu Allah..

aku LUPA bahawa perancangan aku itu hanya lah perancangan seorang hamba
sedangkan Allah itu Tuhanku..
perancangan Dia adalah segala-galanya
Dia telah merancangkan sesuatu yang lebih baik buat hamba-Nya..

Ya Allah, naifnya aku..

TAPI..
sekarang semuanya telah berubah

aku mula lakukan perubahan sedikit demi sedikit dalam hidupku
aku mula mendalami agamaku..

aku bertanya dekat ustazah kalau aku tak tahu apa-apa..
biarlah orang kata aku naif
tapi, disisi Allah, aku mahu Allah melihatku
kerana bagi aku semua yang aku buat hanya lah demi Dia..

<3<3 Love for Allah,Die for Allah<3<3


sejujurnya..
aku mula merasai 'sesuatu' yang tak pernah aku rasai sebelum ini
'sesuatu' yang aku cari selama ini
Ya Allah..
adakah ini satu petunjuk buat hamba-Mu ini??
adakah ini satu hidayah buatku??

Sekarang...
aku mula 'belajar'
belajar melalui pengajaran
aku belajar menjadi seorang yang tabah..
seorang yang kuat..

biarpun kadang-kadang aku kecundang dengan dugaan..
tapi, Alhamdulillah..
aku bangkit kembali..
mak abah sentiasa ada untuk ku melawan segala apa yang melemahkan ku

THANK YOU ALLAH
THANK YOU SO MUCH...

Life is meaningless without my beloved parents and family
 
Ya Allah..
Kau permudahkanlah segalanya..
kau rahmati dan redhoilah apa yang hamba Mu ini lakukan
dan janganlah Engkau ambik balik hidayah ini, setelah Kau memberinya kepada ku

harapan ku,
semoga aku menjadi seorang hamba yang lebih baik dimuka bumi Allah ini
dan semestinya lebih sabar dan kuat menghadapi dugaan dan cabaran mendatang



~Ermm.. apa yang aku nak ingatkan di sini, perubahan ini bukanlah satu perubahan yang 'drastik'.. aku tak boleh tiba-tiba berubah pakai tudung labuh, sedangkan selama ini tudungku tidak selabuh mana.. aku tidak boleh buat itu semua secara 'drastik' kerana perubahan ini kerana Allah, bukan kerana manusia.. biarlah aku berubah satu per satu, biarlah aku memperbaiki solatku dahulu.. tapi, Insya-Allah, aku akan berubah demi Allah.. Insya-Allah.. berdoalah yang terbaik untukku.. dan juga yang terbaik untuk kita semua...di dunia dan akhirat.. aminn..
TAPI, andai kata aku tersasar.. sedarkanlah aku.. ingatkanlah aku, sesungguhnya aku manusia biasa yang sering melakukan kesilapan.. sama ada sedar atau di luar sedar aku.. sesungguhnya itu semua khilafku..~

  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan