Jom kongsi lagi...

Jangan mengharap "Terima Kasih" dari orang lain.

Allah SWT menjadikan para Hamba-Nya supaya sentiasa mengigati-Nya, dan dia menanugerahkan rezeki kepada setiap makhluk ciptaan-Nya supaya mereka bersyukur kepada-Nya. Tetapi mereka malah ada yang menyembah selain-Nya dan ada pula yang bersyukur kepada selain-Nya.

Tabiat suka mengingkari, membangkang, dan memperkecilkan sesuatu nikmat adalah penyakit yang lazim menimpa jiwa manusia. Justeru, anda tidak perlu hairan dan resah jika mendapati mereka mengingkari kebaikan yang pernah anda berikan, mencampakkan budi baik yang sudah anda tunjukkan, serta melupakan bakti yang sudah anda berikan. Lebih dari itu, anda tidak perlu resah jika mereka juga memusuhi anda dengan sangat keji dan membenci anda hingga mendarah daging, sebab semua itu mereka lakukan adalah kerana anda berbuat baik kepada mereka.

"Dan tidaklah mereka mencaci dan mencela (Islam) melainkan setelah Allah dan Rasul-Nya member kesenangan kepada mereka dari limpah kurnia-nya."

(Surah At-Taubah: 74)

Mari kita buka semula catatan dunia berkenaan perjalanan hidup ini. Dalam salah satu babnya diceritakan: Konon, seorang ayah sudah memelihara anaknya dengan baik; ia memberinya makan, pakaian dan minuman, mendidiknya hingga menjadi orang pandai, rela tidak tidur demi anaknya, rela tidak makan asal anaknya kenyang, dan bahkan mahu bersusah payah supaya anaknya bahagia. Malangnya, ketika sudah bermisai lebat dan kuat tulang-tulangnya, anak itu bagai anjing galak yang selalu menggonggong kepada ibu bapanya. Ia tidak hanya berani menghina, tetapi juga memperkecilkannya, acuh tidak acuh, bongkak, dan derhaka terhadap ibu bapanya. Dan semua itu, ia tunjukkan dengan perkataan dan juga tindakan.

Justeru, siapa sahaja yang kebaikannya diabai dan diperkecilkan oleh orang-orang yang menyalahi fitrahnya, sudah sepatutnya menghadapi semua itu dengan berlapang dada. Dan ketenangan seperti itu akan mendatangkan balasan pahala dari Zat yang perbendaharaa-Nya tidak pernah habis sampai bila-bila.

Seruan ini bukan untuk menyuruh anda meninggalkan kebaikan yang sudah anda lakukan selama ini, atau supaya anda sama sekali tidak berbuat baik kepada orang lain. Ajakan ini hanya ingin supaya anda tidak goyah dan terpengaruh sedikit pun dengan kekejian dan pengingkaran mereka atas semua kebaikan yang sudah anda lakukan. Dan janganlah anda bersedih hati dengan apa sahaja yang mereka lakukan.

Anda perlu bersyukur kepada Allah kerana dapat berbuat baik ketika orang-orang di sekeliling anda berbuat jahat. Dan ketahuilah bahawa tangan yang di atas itu lebih baik daripada tangan yang di bawah.

"(Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): "Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu hanya kerana Allah semata-mata; kami tidak hendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih."

(Surah Al-Insan:9)

Kebanyakan orang mudah hilang kawalan diri dan menjadi kacau fikirannya ketika menghadapi kritikan atau cercaan dari orang-orang sekelilingnya. Terkesan mereka seolah-olah belum pernah mendengar wahyu Allah yang menjelaskan dengan tegas tentang perilaku golongan yang selalu mengingkari Allah. Dalam wahyu itu dikatakan:

"Dan manakala kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, ia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya ( sebagaimana ia memandang eloknya bawaan itu) demikianlaj diperelokkan pada pandangan orang-orang yang melampau apa yang mereka lakukan."

(Surah Yunus:12)

Jangan hairan apabila anda menghadiahkan sebatang pen kepada orang bebal, lalu ia menggunakan pen itu untuk menulis cemuhan kepada anda. Dan anda tidak perlu terkejut, jika orang yang anda beri tongkat untuk menghalau kibasy gembalaannya sebaliknya memukulkan tongkat itu ke kepala anda. Itu semua adalah tabiat semula jadi manusia yang selalu mengingkari dan tidak pernah bersyukur kepada Maha penciptanya sendiri yang Maha Agung lagi Maha Mulia.

Kalau terhadap Tuhan pun mereka berani membangkang dan mengingkari, apatah lagi kepada saya dan anda.

*Jangan bersedih, Don't be Sad

...juga di-copy daripada page yang sama...

semoga kita mendapat manfaat...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan