Allah!
Mahu menitis air mata ini melihat acik yang terbaring kaku di atas sofa
last aku balik hari tuh acik masih mampu berjalan, walaupun tak selincah mana.. tapi, ia telah cukup membahagiakan hati ini
Jumaat petang hari tuh setibanya aku di KL, aku terkejut melihat susuk tubuh acik.. kurusnya acik.. keadaan acik yang terbaring kaku itu membuatkan aku ingin menitiskan air mata.. acik yang lemah, dia yang dahulunya dikatakan hebat di dapur menjelang aidilfitri, tetapi hari ini tidak mampu lagi untuk menguruskan diri sendiri
Allah! Hebat benar kuasa Mu ya tuhanku
di pagi 1 Syawal ini, aku tak mintak lebih aku tak mintak rezeki duit raya yang melimpah ruah..
tapi,
Aku cuma mintak agar dikembalikan nikmat sihat ke dalam diri acik
aku cuma mintak agar Kau kembalikan kesihatan acik.. aku tahu perkataan kesembuhan itu amat payah untuk dijumpai demgan keadaan acik yang sedang uzur diketika ini.. tapi, aku yakin dengan kekuasaan Mu, Ya Allah
tolonglah.. tolonglah..
andai bukan keseluruhannya pun.. Kau berilah tindak balas yang positif Ya Tuhan
berilah yang terbaik, sesungguhnya Kau Maha Mengetahui apa yang kami tidak ketahui
aku sangat sayangkan acik aku
aku tak mahu kehilangannya Ya Allah
tapi, didalam kesedihan itu aku dapat melihat kasih-sayang dan pengorbanan seorang anak.. hebatnya dia. Dia yang sentiasa disisi emaknya. Menguruskan emaknya.. Allah! Aku doakan tempatnya di syurga kelak.. Allah itu tak pernah tido, Dia melihat segalanya..
aku tahu bukan senang untuk melakukan semua itu (tanpa keluhan).. aku tahu bukan mudah..
tapi, yaaa! I'm totally respect on him!
Nota kaki:
andai satu hari nanti abah dan mak tak sesihat sekarang, didoakan agar aku sentiasa menjadi anak yang solehah, anak yang bertakwa, anak yang berjasa.. setelah kasih sayang dan pengorbanan yang tak berbelah bagi diberi selama ini, akanku jaga kedua emak abahku tanpa banyak soal dan penuh kasih sayang.. aku mahu menjadi seorang anak yang boleh diharapkan, seorang anak yang boleh dibanggakan dan seorang anak yang boleh menyenangkan dan membahagiakan kedua orang tuaku..
Oh Tuhan, berilah aku kekuatan!
Kamu (yang membaca) tolong doakan aku
doakan juga kesihatan kita semua terutamanya acik aku
Terima kasih!
AnilahArdenieti: takbir raya dah berkumandang, sayunya hati ini.. moga ini bukan ramaadhan yang terakhir buat aku.. masih banyak yang perlu diperbaiki utk ramadhan yang akan datang...
Al-Fatihah -Raya ke-4 tanpa arwah Along
along, adik rindu along
semoga along tenang di sana
Tiada ulasan:
Catat Ulasan