EH! sebelum tuh
Assalamualaikum semua! *muka excited*
fuh! fuh! fuh! (aku sedang meniup segala kekotoran)
apa yang kembali? apa yang datang balik nih? pergi tak kembali ka gena? acah-acah lirik lagu lah pulak aku nih..
jawapannya adalah aku.. ya, akuuuuuuuu! akuuuuuu! akuuuu! *bunyi bergaung*
kalau korang boleh tengok, last skali aku membebel kat sini bila? tralalalala
kalau tak silap aku, last year.. masa tuh aku masih terumbang-ambing dengan kehidupan uni aku.. orang 1st time duduk 'asrama' lah katakan sebab sekolah aku dulu tarakk asrama bagai.. padahal dekat ja pun Seriab(rumah aku) dengan Arau(tempat pengajianku) tak sampai setengah jam pun lol.. and Alhamdulillah, sekarang aku dah duduk kat rumah balik, aku bleh bertahan satu sem ja duduk kolej aka 'asrama' (tuh pun bleh kata hari-hari aku balik).. sem 2 aku dah jadi NR(Non Resident).. and yupp sampailah sikk kaaa langgg aku dah sem 3 yooo!
ermm, tapi aku bukan nak tulis pasal tuh...
aku nak tulis pasal hasratku yang satu yang mahu membebel di sini lagi..
ermm, sudikah dikau mendengarnya? relakah dirimu? ecehhhh puitis saaannngaatttt
dengan lafaz bismillahirrahmanirrohim (kalah YB rasmi majlis kateko)
aku dah bertekad yang aku mahu kembalik aktif (tak janji, but Insya-Allah I will!)
setelah naik turun, suka duka, gembira senyum nangis meleleh ayaq mata, aku nak aktif balik.. sebab aku baru sedar, yang aku tak dak tempat nak diceritakan segalanya.. ya lah kan, bukan semua orang nak dengar cerita kita, kalau ada pun mungkin dah bernanah telinga dia hahaha (JOKE! sapa ambik serius aku tendang!) garang? tak arr, acah2 ja tuh haaa
kalau ampa semua tak mau baca, itu bukan masalah aku (gaya cikgu disiplin lah pulak haha)
so......
BERSEDIAKAH ANDA?
hidup ampa tak akan aman lagi selepas adanya post-post aku...
mimpi ngeri lah hang lepas nih hahaha
sebagai permulaannya, nah aku blanja satu gambaq
haha, nih baru warm up ya tawan-tawan!
oh ya lupa nak habaq.. yang pastinya post-post yang akan datang adalah sedikit berbeza daripada post-post terdahulu.. disebabkan perubahan zaman mungkin? (aku just nak cakap yang aku dah matang sebenarnya, aku bukan budak-budak lagi, tolonglah faham! haha)
ok lah sampai sini saja post acah-acah matang aku yang pertama.. ecehhh!
kbye.. assalamualaikum..
NOTA KAKI: Terima kasih banyak-banyak kepada yang masih lagi comment kat post aku yang lepas-lepas punya, ada yang tahun 2011 punya yang zaman taip kaler2 tuh pun masih ada yang sudi komen..haha.. thanksss tau.. walaupun yang komen tuh adik-adik blaka yang masih lagi bersekolah, sebab masa aku tulis post tuh pun aku masih dibangku sekolah di tingkatan 4 ya adik-adik ku (Insya-Allah boleh) hehehe..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan