Allahhu Akbar
Hebatnya kuasaMu Allah
Berkali-kali aku diuji,
Keadaan yang mana diketika itu aku terjatuh, terduduk dan bila ketika aku akui payahnya untuk ku berdiri lagi.. diketika itu aku hanya mahu hentikan segala apa yang terjadi..
mengharapkan sokongan dan dorongan orang-orang sekeliling.
aku hanya mahu tumpang sedikit semangat, agar aku dapat bangkit lagi walaupun hanya untuk sekali cuma
hanya mengharapkan kata-kata semangat yang tak putus
bahu untuk ku hamburkan segalanya.. mahu saja aku ceritakan segalanya...dari a hingga z.. agar ringan sedikit beban dibahuku ini
ingin sahaja aku kongsikan benda yang aku minati, dan lupakan benda yang membebankan fikiranku..walaupun hanya untuk seketika cuma
tapi, malang sekali... itu hanyalah mimpi
mereka tak pernah dan tak akan pernah faham apa yang aku lalui dan apa yang telah terjadi
hingga akhirnya aku sendiri lagi, menghadapi hari-hari sepiku
TAPI aku percaya di setiap langkahku, Kau ada bersama ku Ya Tuhan
Kau membuatku yakin yang aku tak sendirian lagi
Kau membuatku mengesat air mataku dan berkata 'it's ok Anilah, you can go through all of this'
Tak pernah sakali pun Kau meniggalkan ku sendirian
Cuma mungkin selama ini aku terlupa padaMu.. aku lalai..
tapi, hebatnya Kau, walaupun dibalas toba Kau tetap ada disisiku
memberi rezeki yang tak pernah putus
kesihatan yang beransur baik
dan ya segala-galanya.. tak terhingga nikmat yang Kau kurniakan
hingga malunya aku untuk meminta berlebihan lagi
TERIMA KASIH, Allah
Alhamdulillah Ya Allah
terima kasih atas segalanya
terima kasih untuk Sembilan belas tahun yang cukup bermakna
dugaan yang Kau berikan itu membuatkan aku semakin dekat dengan Mu
semoga ada sinar buatku nanti
dan moga penuh keberkatan hidupku ini
------
untuk Sembilan belas tahun ini
aku hanya mahu menjadi seorang anak yang solehah kepada kedua ibubapaku
aku mahu menjadi hambaMu yang bersyukur
dan aku hanya mahu dititipkan sedikit kekuatan, keikhlasan dan kesabaran di hari-hariku
itu sahaja
Doakan aku :)
Yang Benar,
Hamba Mu (140714)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan