Cerita Aku Disini..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum, semua... :)

hari nih dah 8 Julai 2013, berMAKNA dah lebih sebulan aku di sini.. di UiTM Arau, Perlis (errr, macam jauh ja kan)..


macam-macam dah aku lalui..suka, duka, senyum, tawa, menangis sorang-sorang pun pernah..haha..bila ingat balik rasa macam lengkap dah hidup aku kat sini.. semua dah perfect.. semua dah lalui.. kecuali final exam..hehe

ingat lagi..dulu, before masuk U.. masa aku sekolah lagi.. mesti terfikir yang teringinnya nak masuk U, kelas tak selalu, tak payah balik lambat, kerja sekolah tak dak, tak dak nak kena berdiri masa perhimpunan and macam-macam lagi lah... semuanya positif.. tak dak langsung -ve

tapi, bila dah masuk.. baru sebulan.. aku dah rasa seperti 'hah!! hambik hang!!'

memanglah kelas tak selalu, but adik-adik ku.. klas ja tak selalu, tapi study-nya harus selalu.. assignmentnya lagi banyak daripada kerja sekolah yang selalu korang buat ok.. kahkahkah.. bayangkan korang kerna korbankan macam-macam... termasuklah masa tidur korang untuk siapkan segala assignment yang lecturer korang bagi.. tuh tak masuk lagi dengan nak kena study untuk jawab quiz, test dan sebagainya lah.. coz aku sangat takut dengan perkataan 'TENDANG' dan 'REPEAT'.. Nauzubillah minzalik.. mintak dijauhkan...

kehidupan kampus banyak mengajar aku... menjadi budak U, bukan macam budak sekolah yang semuanya dah tersedia.. kat sini semuanya kena buat sendiri, kena usaha sendiri.. sampaikan sepenting-penting perkara seperti registered course tuh pun student kena buat sendiri.. kalau tak korang akan 'gugur taraf'.. kadang-kadang terfikir jugak, tu lah dulu mengada-ngada, semuanya cikgu yang buat, sampaikan nota pun cikgu yang bagi.. tapi sekarang tak ya adik-adikku korang kena search sendiri, print out pun buat sendiri ya.. baru korang tau erti berdikari *lebih kepada cakap kepada diri sendiri*

Diploma aku bagi Fakulti Perakaunan just ada 5 semester ja.. that means just 2 tahun setengah ja.. alaaa, apalah sangat 2 tahun lebih ja pun (kata-kata semangat untuk diri sendiri :P)

untuk sem nih aku ada 7 subjek...

subjek yang aku tak berapa nak gemor adalah subjek Business Mathematics and Microeconomis.. Business Math macam biasa sebab aku nih slow learner sikit bab-bab pengiraan nih.. buat latihan banyak kali pastu nak kena cikgu ulang banyak kali baru nak faham.. and kat U, tak daknya macam tuh ok.. korang kena 'kampui' sendiri.. bayangkan dalam masa 1 jam lebih lecturer aku boleh habiskan untuk satu tajuk..lagu gilaa kut.. masa kat skolah dulu, habis satu topic, buat latihan, habis lagi latihan lagi.. sampailah memakan masa beberapa hari untuk habis the whole chapter.. tapi, kat U lain.. dan aku mengalami kejutan budaya mengenai itu.. sampai masa baru hari first class business math aku dah tepon abah sambil nangis-nangis sebab aku tak faham sangat apa yang lecturer tuh ajar.. laju gila untuk budak slow learner macam aku.. sanggup gila suruh abah call masa abah di Mekah hari tuh.. apa punya anak pun tak tau, orang buat ibadat pun boleh duk kacau lagi.. tapi, aku betul-betul memerlukan seseorang untuk naikkan balik semangat aku yang tengah down waktu tuh.. and THANKS ABAH... :)



tapi, sekarang aku masih berusaha untuk tingkatkan prestasi dan kurangkan kontroversi dalam subjek tuh.. good luck to me!!! JYEAHHH!!

lagi satu, subjek Microeconomics.. aku dulu kat skolah tak blajaq Eco.. so, aku tak paham pasal apa itu curve and the others term in that subject.. serius, masa first class aku zero kut.. lecturer macam biasa laju gila.. tapi, ada lah sikit-sikit yang relate dengan subjek Perdangangan yang aku ambik masa SPM dulu.. macam Factor of Production dll.. tapi, Alhamdulillah skarang aku dah mula faham sebab before kuliah aku dah baca sikit-sikit tentang apa yang lecturer tuh akan mengajar.. so, before lecturer tuh lari, aku dah merangkak dah..kihkihkih...

FRUST
satu perkataan yang ada dalam diari hidup setiap orang.. baru sebulan di sini.. aku dah merasainya.. sedih, kecewa dan macam-macam lagi lah perasaan yang membuatkan aku DOWN.. tapi, perkataan menyerah kalah untuk membuatkan mak abah tersenyum bangga tidak ada dalam kamus hidup aku.. selagi masih bernafas, aku akan terus berjuang menuntut ilmu agar tiga tahun lagi mak, abah, abang, kakak, kak iparku dan anak buahku akan tersenyum gembira datang meraikan hari bersejarah aku di sini.. Insya-Allah, amin... Ya Allah, permudahkanlah..

oh ya.. korang tahu tak, kelas aku semua pelajarnya mendapat 5A and above masa SPM hari tuh.. yang dapat straight A's pun ada..bayangkan persaingannya memang hebat.. dalam kelas sendiri pulak tuh.. hari tuh ada kuiz Business Math, ramai betul yang dapat FULL MARK.. fuyooo!!!! cekang betui budak-budak tuh... tapi, tak pa.. bagus jugak.. sebab depa lah tempat rujukan aku dan menjadikan aku tak malas untuk study, study dan study lagi.. biasalah aku tak mau kena tendang kan!! hahaha..

dan sekarang aku masih di sini.. di sebuah bilik di Kolej Dahlia..aku masih bersemangat menaip dan kongsikan setiap pengalaman perjalanan hidup aku.. dan aku berharap aku akan tetap bersemangat berjuang walau apa pun rintangan dan dugaan yang bakal aku lalui.. bukan senang untuk senang.. dan bukan susah untuk susah... aku pernah medapat kedudukan yang last dalam kelas yang majoritinya ada 30++ orang, aku pernah masuk kelas insentif oleh kerana ke'slow'an aku dalam pelajaran..tapi, oleh kerana aku tak mudah menyerah kalah.. aku telah berjaya membuktikan kepada keluarga aku, terutamanya kepada diri aku sendiri.. aku berjaya masuk U.. tempat di mana semua pelajar sekolah bercita-cita untuk menjejakkan kaki mereka di sini...

so, adik-adik jangan berani mengaku kalah ya!! tolong dengan nasihat daripada orang yang berpengalaman nih (ehem!!ehem!!!).. kalau ada orang rendahkan korang disebabkan kemampuan korang, please don't stop.. don't stop to try again and again because Allah knows better.. biarkan mereka dengan dunia mereka, dan kita jangan terus hanyut disebabkan kata-kata mereka...sebab kita tak tahu apa yang Allah dah tulis untuk kita, jadi kita kena terus berusaha untuk hari esok...for the sake of our better future... bila tak dapat seperti yang diusahakan memang perit kan? tapi, tak apa, Allah lebih mengetahui.. yang penting BERUSAHA... :)


dan kepada orang yang suka merendahkan kemampuan orang lain tuh, aku nak cakap THANK A LOT because kerana korang aku berada di sini.. sebab kata-kata dan perlian sinis itulah aku berani.. aku berani untuk berdiri di atas kaki aku sendiri.. berani mencuba dan terus berusaha sehingga ke hari ini....terima kasih ya..  :)

dan aku Siti Anilah Ardenieti Binti Anchari
aku anak last, aku nak jadi anak kebanggaan mak abah, aku nak jadi adik yang berguna dan aku nak jadi mak su yang menjadi inspirasi kepada anak buahku agar mereka tak mengaku kalah sebelum berjuang di medan ilmu.. dan aku nak capai impian aku selepas aku mencapai impian mak abah aku terlebih dahulu.... Insya-Allah, amin.. semoga dipermudahkan segalanya...

doakan perjalanan aku di sini...

wallahuaklam.. :)

3 ulasan:

  1. lama cik nilah nie menghilang baru la nampak entri dia :)

    BalasPadam
  2. akak, saya nak tanya akk pasal course ni, jadi boleh tak akak bagi num akak sbb kita nak pilih one of course tu in upu

    BalasPadam