Tetap Terus Berjuang!!

Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim..

Esok (2 Jun 2013) akan bermulalah kehidupan baru aku.. macam-macam rasa bercampr sekarang nih..

oh ya!! lupa nak bagi tau.. saya Siti Anilah Ardenieti Binti Anchari telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran saya ke Kolej Matrikulasi Johor a.k.a. KMJ or lebih famous dikenali sebagai Kolej Mak Jemah :p

tapi, saya telah menolak tawaran itu atas sebab-sebab 'teknikal'

maka, esok saya akan melaporkan diri sebagai salah seorang mahasiswi Universiti Teknologi Mara a.k.a. UiTM kampus Arau, Perlis..



Alhamdulillah, Ya Allah.. :)

sebelum tuh, ramai orang yang Tanya aku kenapa aku tiba-tiba tukar fikiran kan.. hari tuh cakap nak masuk matrik, last-last pi sign dokumen berkaitan UiTM dekat pengetua sekolah..  aiyooo, ketuk pala baru tau..

but I'm so sorry, aku tak dapat nak jawab soalan itu.. bagi aku..aku tak ada jawapan yang tepat or pasti ntuk menjawab soalan tuh..

apa yang aku tau.. hidup kita sebagai manusia adalah untuk mencari redha Allah.. dan redha Allah adalah terletak pada redha kedua ibubapa kita..

aku adalah manusia yang tak mampu untuk berkata TIDAK apabila melibatkan mak dan abah..  bagi aku, aku tak nak jadi anak derhaka...

jadi, apa pun yang terjadi.. tak kira lah keputusan ini datang dari siapa pun.. yang penting dapat melihat senyuman mak dan abah apabila aku bersetuju untuk masuk UiTM itu sahaja sdah cukup buat hati ini tenang..

apa pun yang akan terjadi nanti setelah aku melangkah memasuki universiti, aku redha.. aku terima..

aku tahu yang besar risiko yang aku bakal hadapi bermula esok.. tapi

demi orang yang sangat bermakna dan banyak berkorban dalam hidup aku selama ini.. aku pasrah... ak terima apa sahaja..

aku akan terus berkorban.. aku akan terus berjuang.. kawan-kawan doakan aku ya!! :)

2 tahun menanggung seksa sendiri, aku terfikir adakah aku mampu untuk teruskan ini semua dalam tempoh 10 tahun akan datang?

mampukah aku untuk terus berkorban..?

mengetepikan perasaan sendiri demi orang yang aku sayangi..?

mampukah aku untuk terus berpura-pura di hadapan mereka?

Ya Allah, bantulah aku ntuk terus berjuang dan bertahan..

kalau satu hari nanti aku jatuh dan tak mampu untuk terus bertahan, aku cuma mampu untuk terus berharap agar ada orang yang akan datang untuk terus memberi semangat dan mengingatkan aku tentang besarnya pengorbanan orang-orang yang sayangkan aku selama ini..

agar aku akan bangkit semula melawan kekecewaan yang sudah pasti sangat mendalam..

{jauh di sudut hati aku, aku masih berharap agar keputusan yang dibuat ini adalah tepat...}


 
apa-apa pun..
 
aku nak cakap
TERIMA KASIH
dan Alhamdulillah, Ya Allah
 
mak, abah, abang, kakak, kak Rini and my big family.. cikgu-cikgu... kawan-kawan.. dan semuanya yang selama ini berada dibelakangku menyokong aku tanpa rasa penat dan jemu..
 
terima kasih banyak-banyak
hanya Allah sahaja yang dapat membala jasa dan pengorbanan kalian :)
 
 
Assalamualaikum..
 
to all my friend..
GooD LuCk :')
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan