#Hero Of The Story#

entri lama yang dah basi..!!
 
Assalamualaikum, semua :')
 
: : besi berani punya olang!! : :
ok, that is my nephew
yang kiri tuh abang, Admir Haiqal dan yang kanan tuh anyah, Arfiez Hurzaeq
 
diorang nih hari tuh dah berkhatan
berkhatan dalam erti kata lain dah sunat dan juga dah masuk jawi (orang Perlis panggil mcm tuh)
 
mereka telah selamat disunatkan selepas disogokkan dengan Kamera DSLR dan kereta control
klau tak.............................................
he he he.. lu pikirlah sendiri!!
 
pengantin dua orang nih dah sunat pada hari Khamis minggu lepas
Oh ya!! sehari selepas anyah menyambut hari lahirnya yang ke 5 tahun
masa besday si anyah, kami tak sambut pun sebab mak tak dak kat Perlis,
mak pi menziarahi arwah Cik Miah aku di Keyell (Al-Fatihah untuk arwah)
 
so, masa besday anyah malam tuh, abang aku (Abang Achin) call aku,
dia kata Tok Lah (panggilan kpd mak aku) tak dak,
abahnya pulak yang kena ganti tmpat Tok Lah dan nyanyi lagu Happy Birthday
Ha ha ha..
diakui yang mak aku memang bersemangat kalau bab menyanyi lagu besday
tak kiralah besday sapapun
memang kalau korang jemput mak aku, tak sia-sia lah
hapPENING woo suasana.. hehehe
so, bila dia tak dak..
kuranglah meriahnya sebabnya tak dak sapa naak nyanyi lagu besday..
kerana semuanya pemalu orangnya termasuklah aku *tutup muka, masuk dalam selimut*
 
so, berakhir sudah cerita mengenai besday anyah yang tak dak penyerinya tuh
 
 
 
kembali kepada cerita pengantin berdua
majlis pengantin(abang dan anyah) diadakan pada hari Sabtu yang lepas (1/12/12)
setelah 2 hari disunatkan..
 
masa majlis tuh, aku ditugaskan untuk memberi gift kepada tetamu yang hadir pada hari tuh
ok, sejujurnya aku tak duduk sangat pun
sebabnya
aku jugaklah yang menjadi photographer tak berbayar
so, kerja aku berjalan ja
sepatutnya aku kena duduk ja sebelah pengantin tuh memberikan gift kepada tetamu sambil memberikan senyuman yang manis bak gula-gula Lollipop :P
 
tapi, sepanjang majlis tuh, kejap aku duduk, kejap pula aku merayau
ikut suka hati aku ja
ya lah.. aku mana boleh duduk lama-lama
kat sekolah pun, dalam sehari aku mesti tawaf kawasan sekolah
itu antara aktiviti wajib aku kat sekolah
sebab aku tak boleh duduk ja dalam kelas
nanti otak aku 'jam' :'P
 
so, samalah dengan situasi hari tuh
kejap aku duduk dalam rumah, kejap aku duduk dekat luar rumah
ikut suka hati aku ja
buat macam rumah sendiri :P
nasib baik jugaklah mak cik Sharom a.k.a. mak kak ipar (Kak Rini) aku tuh baik orangnya
so, tak dak lah aku segan sangat..:')
 
ok, bila mengigatkan kembali peristiwa yang berlaku pada hari Khamis hari tuh
semasa nak berkhatan si pengantin
aku tak pi, aku jaga kembar, adik kepada si pengantin kat umah
 
mula-mula dah ditetapkan bahawa kedua-duanya kena sunat kat Klinik Dr. Rohimi
sebab dah buat appoinment dah
tapi, TUP-TUP anyah sudah lari
dia sudah menangis sebab tak mau sunat
takut dan sakit lah kut..
so, sunatkanlah abang dulu
selepas sunatkan si abang, si anyah masih lagi tak mau
so, my brother and my sis-in-law pun bawaklah anyah pi PMC (Putra Medical Centre)
 bila pi sana..
Dr. akan biuskan, so, pesakit a.k.a. anyah tak kan rasa apa-apa semasa sunat tuh
 
tapi, memang tak rasa apa-apa pun sebab selepas dia sedar dia telah menjerit
'TAK MAU SUNAT...TAK MAU SUNAT'
he he he
tanpa dia sedari bahawa dia sudah pun 'selamat'
HA HA HA *gelak guling-guling macam cerita Hindustan*
 
bila ada orang tanya ja "sakit dak??"
abang akan jawab "sakit"
anyah dengan slambernya  jawab "tak sakit pun"
Eh, memanglah tak sakit, sebabnya awak dah pengsan tadi.. :-P
 
 
 
so, terjadilah al-kisahnya
sorang pi kat Klinik Dr. Rohimi, sorang lagi dekat PMC
 
anyah punya bayaran adalah lebih mahal berbanding dengan abang
 
jadi, aku nih kadang-kadang jahat sikit
aku kan jaga duit yang tetamu bagi dekat pengantin supaya tak hilang
so, aku cakap macam nih kat anyah
"anyah, nih mak su nak bagi tau nih, duit anyah sikit ja tau sebab anyah punya mahal, jadi duit nih kena bayar doktor dan lebih penting duit nih kena bagi kat mak su 80% sebab mak su yang jaga dari pagi tadi..HA HA HA"
*sambil buat reaksi yang konon-kononya ganas tuh semata-mata nak tembelang si anyah
 
Haiqal a.k.a. abang plak
"abang, abang kena share duit nih dengan mak su 80% sebab mak su bagi abang pinjam PsP mak su selama seminggu... sehari 100 hengget"
Haiqal dah buat muka dah masa tuh
"mana bleh, abang dah bagi mak su pinjam DSLR abang dah tadi"
dalam hati aku berkata
'cheh, budak nih.. tak sempat 2 jam aku pegang, DSLR hang dah weak.. berkira!!'
aku kata dalam hati ja lah
sebabnya kalau aku kata terang-terangan kang ada jugak incident pergaduhan di majlis berkhatan ^__^
 
 
 
tapi, best woo jadi depa
setiap saat
"mama!!!!!"
 
"mama, anyah nak teh tarik!!"
 
"mama, abang nak cucuq tepung!!"
 
"mama, anyah nak tepon mama nak main game!!"
 
"mama, anyah nak makan!!"
 
owkh, setiap saat ok!!
sampai aku pun dah naik lali dengan tuh semua
ada ja yang depa nak
nak itulah, nak inilah
sampai naik kesian aku kat si mama pengantin nih
tak berhenti sat
mana nak layan tetamu lagi
mana nak layan 'hero capik' dua orang tuh lagi
hikhikhik
 
 
 
apa-apa pun
memang enjoy majlis tuh
malam dah dekat pukul 9 baru aku balik
tuh pun sebab aku berkeras ngan mak nak tengok bola kat umah
Malaysia menang-YEAHHH!!
sebab aku dah deal dengan abah, kalau Malaysia menang dia kena blanja aku burger
klau Indon menang aku plak kena blanja dia
tapi, sampai sekarang
jangan kataburger, baunya pun nan adooooo.. huhuhu
lagi pun tak dak burger yang dapat menarik minat aku la..
KFC ja lah nanti... *demand bak hang :P*
 
ok, apa-apa pun
nak ucapkan
 HaPpY bIrThDaY
to my anyah,
Arfiez Hurzaeq Bin Anil Heramasrin
 
 
semoga menjadi anak yang soleh
lebih baik
lebih pandai
lebih cute
dan lebih dari segala-galanya :')
 
ingatlah pesanan mak su mu ini
duit kena share na, sharing is caring
*usaha lah Nilah oiii.. macam lah dapat :'P*
 
next updates will be pasal my BFF's story.. ini permintaan daripada dia.. ha ha ha.. Don't asks me when... yang boleh diperkatakan di sini A.S.A.P.. :')
 
assalamualaikum :')
 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan