Ibarat burung dalam sangkar yang baru sahaja dibebaskan
itulah perumpaan yg ada kaitan dengan aku sekarang nih
EH!! apa lah keji sangat nih??
salam pun tak bagi..
ingat apa orang Siam ka??
ok2..
assalamualaikum semua..
hai earthling :)
ok.. entri pertama selepas bergelar Ex-school student
apa yang aku rasa lepas aku keluar dewan??
aku rasa.. aku rasa..aku rasa...
SANGATLAH PUAS..
mungkin sebab aku dah buat yang the best kut dan aku dah lepaskan segala-galanya apa yang aku blajar selama nih..
Alhamdulillah, Allah..
terasa nikmatnya...
apa yang aku rasa lepas aku keluar dewan??
aku rasa.. aku rasa..aku rasa...
SANGATLAH PUAS..
mungkin sebab aku dah buat yang the best kut dan aku dah lepaskan segala-galanya apa yang aku blajar selama nih..
Alhamdulillah, Allah..
terasa nikmatnya...
:'D
lepas nih rehat ku panjang..
setelah penat bergelumang dengan buku-buku dan segala macam kertas
akhirnya.. tamat sudah segalanya..
lepas nih aku nak rehat sepuas-puasnya sebelum sambung balik nanti..
harapanku hanya satu iaitu
semoga dengan keluarnya keputusan SPM pada bulan 3 nih akan membuatkan mak dan abah berasa gembira
dan aku dapat masuk universiti seterusnya sambung pengajianku ke peringkat yang lebih tinggi..
semoga hingga ke peringkat Doktor Falsafah a.k.a. Phd
amin....
hehehe..
lepas nih rehat ku panjang..
setelah penat bergelumang dengan buku-buku dan segala macam kertas
akhirnya.. tamat sudah segalanya..
lepas nih aku nak rehat sepuas-puasnya sebelum sambung balik nanti..
harapanku hanya satu iaitu
semoga dengan keluarnya keputusan SPM pada bulan 3 nih akan membuatkan mak dan abah berasa gembira
dan aku dapat masuk universiti seterusnya sambung pengajianku ke peringkat yang lebih tinggi..
semoga hingga ke peringkat Doktor Falsafah a.k.a. Phd
amin....
hehehe..
lepas nih no more gelut-gelut awal pagi hingiaq a.k.a. bising satu rumah sebab cari barang tak jumpa masa nak pi sekolah..
malam-malam dah tak dak nak gosok baju sekolah dah, gosok baju kerja abah ja..
OH YAA!! abah la nih demand ok..
dia nak ada 3 helai baju kerja dia yang dah gosok setiap pagi..
katanya senang dia nak choose yang mana satu yang dia nak pakai..
amboi3.. dulu tak pun,
dulu kalau biru yang aku gosok, birulah yang dia pakai..
kalau pink.. pinky lah abah aku hari tuh..
hahaha
Astagfirullah-al-azim..
tau dak gelak banyak-banyak lagha.. maksudnya, sia-sia
*kata kat orang tuh..dia pun sama*
*kata kat orang tuh..dia pun sama*
baju formal aku setiap hari Isnin dan jikalau ada majlis-majlis tertentu..
konon-kononnya smart lah tuh blagak jd CEO pakai tie segala bagai
pastu muka buat macam garang sikit tau..
barulah nama jadi popular sikit,
popularlah sebab orang kutuk kita..
hehehe
hari lain plak aku pakai baju nih
sesungguhnya semua itu hanyalah kenangan...
tak dak dah nak pakai baju tuh..
setelah 4 tahun pakai baju kain biru tuh ja
tahun depan nak lah jugak pakai baju macam students masuk U.. :')
tak dak dah nak pakai baju tuh..
setelah 4 tahun pakai baju kain biru tuh ja
tahun depan nak lah jugak pakai baju macam students masuk U.. :')
tapi, serius.. aku akan merindukan semua tuh..
sampai aku cakap kat abah yang kalau Dato' Ali ada Tingkatan 6, aku nak masuk Tingkatan 6
sebab apa??
sebab sekolah aku tak ramai orang...
dalam 500+ macam tuh ja
tengok la kelas aku ada 10 orang ja...
yang paling best, Tuan Pengetua sekolah kami memang terbaik!!
cikgu-cikgu sekolah kami memang ohsemm!!
kaunselor memang spoting habis..
satu ja yang dia tak spoting, bab PLKN... dia suruh aku pi jugak..huhuhu
oh ya.. aku jugak akan merindui mak cik kantin dan mak cik-mak cik cleaner sekolah tuh
mak cik kantin mesti rindu kat aku..
kalau aku pi ja kantin,
mesti dia dah tau dah ayam aku kena besar dan milo ais, ais lebih.. hehehe
klau mak cik cleaner plak..
dia mesti akan ingat aku..
sebab aku selalu ja mintak tolong depa cuci bilik pengawas..*ehem3*
sebab aku selalu ja mintak tolong depa cuci bilik pengawas..*ehem3*
oh ya.. depa bukan panggil aku Anilah macam orang lain panggil
depa panggil aku Nine
hehehe..
yang tuh memang nama aku sejak aku lahir lagi..
macam mana depa tau, aku pun tak tau..
sebab aku bukannya jenis yang slalu kluaq rumah
tapi, ok gak panggil macam mana pun..
nak panggil Selena Gomez pun ok.. saya tak kisah pung..
:-P
sekarang selepas SPM tamat..
aku telah dibenarkan keluar
kalau tak, duk umah ja lah kerja aku.. baca buku, buat kerja sekolah..
tu lah kerja aku
sekarang nih
kalau tak, duk umah ja lah kerja aku.. baca buku, buat kerja sekolah..
tu lah kerja aku
sekarang nih
aku dah diizinkan oleh mak dan abah nak pi main futsal dan bowling bersama-sama dengan kawan-kawan aku
aku dah boleh beli novel
ALHAMDULILLAH
lepas exam aku lebih free, lebih rileks.. lebih tenang..
no more kusut-kusut or stress
dengan kerja yang banyak dan buku serta kertas yang berlungguk
Alhamdulillah, semuanya sudah berakhir..
aku boleh buat apa yang aku nak
cuma macam biasa pergerakan aku terbatas
ya lah, aku bukan reti bawak motor, naik bolehlah
kereta jauh sekali
jadi kenalah pergi dan balik dijemput orang
sudah tentunya abah yang akan menjadi pendamping setia plus menjadi penunggu setia jugak la..
oh ya..
aku ajak dia pi main bowling hari Ahad nih..
hahaha..
did you believe that abah tak kata apa-apa??
abah senyum ja..
kalau jadi lagi best...
main ngan abah best, sebab abah memang sporting habis
ohsemm gitu!!
ok.. sementara menanti aku masuk PLKN pada 3/1 nih if tak silap
aku ada buat list beberapa perkara yang wajib aku buat masa terluang nih
1. menjadi babysitter FULL TIME.. menjaga 4 orang anak buah aku
2. menjadi PA abah di pejabat.. tak kiralah di Kangar, Langkawi mahupun KL
3. main Futsal.. yang nih aku impikan dari dulu lagi, tapi tak tercapai lagi hasrat aku sebab tak dak sapa yang boleh tolong aku bab nih..
4. snorkelling.. *tolong perbetulkan ejaan kalau silap* dan tepi pantai.. destinasi pilihan Pulau Redang, Pulau Payar dan Krabi...
5. khatam Al-Quran sementara tunggu ke kemasukan PLKN.. aku ingat aku nak pi blajar dekat ustaz blakang rumah aku ni lah.. tapi, dengar cerita dia garang.. aduii, takut-takut aku menangis depan dia sat gi.. aku ingat aku nak pi blajar Quran dengan abah or ajak dia datang mengajar kat umah ja.. ok, yang tuh akan aku bincang lain dengan abah..
6. perkara yang aku sedang buat sekarang iaitu aku nak mendalami ilmu agamaku sendiri.. YA!! aku nak belajar tentang Islam.. aku tak nak Islam hanya di kad pengenalan sahaja.. tapi, aku betul-betul nak mendalami apa itu ISLAM.. aku nak pergi masjid dan belajar balik.. sekarang aku hanya mendapatkannya dari buku-buku yang aku beli sahaja.. owhk, sudah semestinya ilmu itu bukan untuk membimbingku menjadi ustazah, tapi hanyalah untuk menjadikanku seseorang yang lebih baik.. muslimah yang tahu siapa Tuhannya..
ok lah...
sampai di sini sahaja 'syarahan' ku
assalamualaikum, wahai bakal jenazah sekalian
*kata-kata Hami Asraff dalam pesbuknya*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan