##Semuanya pasti kan jadi KENANGAN

Bismillahirrahmanirrahim..
 
I want to share a picture with you all
 
TARRAAAA!!!~
 
: : sorry kabur coz camera 'Cap Ayam' :P : :
 
HA HA.. me with Yati (tengah) and Shima (hujung, blakang sekali)..
nampak sangat aku yang 'enterframe' lebih disitu ya...
sorry..sorry..
 
ok.. mereka ialah classmate aku..
Shima dah jadi classmate aku sejak dari Tingkatan 1 lagi
Hayati sejak dari Tingkatan 2 if tak silap
 
mereka sangatlah awesome!!
meraka sangat awesome kerana dalam kelas aku berada ditengah-tengah mereka, dan betul-betul di hadapan meja guru
 
so, kalau ada apa-apa hal ka memang akan kecoh dan riuh satu klas...(biasalah tak ramai, 10 orang ja satu klas)
 
contohnya bergaduh pasal pen..
HAH!! sapa suruh beli pen yang sama..
 
itu tak dikira lagi bergaduh pasal pemadam hilanglah, pen tak dak dakwat la..
dan macam-macam lagilah
 
kalau Yati punya pemadam hilang, gerenti orang pertama yang akan kena adalah aku..
aku tau dah..
Sima pun macam tuh jugak, sama ada aku atau Badriah yang akan menjadi mangsanya..
 
kesian, aku jadi mangsa keadaan :'(
 
OH YAA!!
duduk satu klas dengan diorang dengan keadaan kelas yang sangat tenang memang best
because kitorang tak perlu menghadapi keadaan kelas yang bising..
hal ini terjadi kerana apabila ketiadaan guru kami akan buat kerja masing-masing
 
sama ada kami semua akan siapkan nota
latihan
kerja sekolah
or bercerita a.k.a bergossip
 
kadang-kadang kami akan menconteng whiteboard (marker atas ikhsan Najmi) sambil mendengar budak-budak lelaki kelas kami menyanyi...
 
aku tak kisah semua tuh..
dan bagi aku.. It's fun!!
 
orang akan cakap yang kelas yang pelajarnya sikit macam kelas aku tentu sunyi
 
tapi, bagi aku itu tak pernah terjadi coz kelas kami ada KONSERT FREE
penyanyi utamanya ialah Hafizi bagi lelaki
dan perempuannya pula ialah Shima...
(yang lain-lain bahagian korus)
 
itu pun kalau masa cikgu tak dak dalam kelas la
 
lagi pun bagi aku itu satu peluang untuk aku dan kawan-kawan rileks kan kepala otak kami
 
YA!!
 
rileks, rileks kepala otak yang dah berat dengan macam-macam subjek,
 ibarat sebuah laptop yang dah berat dengan pelbagai folder di dalamnya
 
tanpa ada gangguan
tanpa ada keriuhan yang melampau di dalam kelas
 
mendengar geng-geng lelaki buat lawak yang pasti akan membuatkan aku dan kawan-kawan ketawa sampai tak ingat dunia..
 
mereka menceriakan lagi suasana klas
 
lepas tuh, pukul 2 petang kami akan beramai-ramai turun ke Surau sekolah untuk bersama-sama mengerjakan solat berjemaah and mendengar tazkirah..
 
Alhamdulillah..
pengalaman yang cukup bermakna..
 
satu pengalaman yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit dan hanya akan dapat bila anda merasainya sendiri..
 
macam-macam jenis pengalaman yang ada..
dan sudah pastinya ia 'pengalaman beramai-ramai'
 
contohnya, kalau kena marah, satu kelas akan kena
kalau ada sampah dalam kelas, Cikgu Norzila akan suruh satu kelas kutip sampah
 
dan pengalaman yang paling aku tak pernah dan tak akan lupa ialah
bila mana kami saling back up each others
bila ada yang tak siap nota or kerja sekolah yang cikgu bagi..
 
yang tuh memang nampak semangat setia kawan yang sangat tinggi
 
tanpa disedari, masa begitu pantas berlalu...
lebih kurang lagi 2 bulan masa untuk aku bergelar PELAJAR SEKOLAH
 
2 bulan untuk aku bersama dengan rakan-rakan dan guru-guru aku
 
sudah pasti nanti aku akan merindui setiap detik bersama mereka semua..
 
tanpa sedar, merekalah yang menceriakan hari-hari yang aku lalui sejak tahun lepas di Tingkatan 4, dan sekarang dah nak ambik SPM pun...
 
Alhamdulillah
Allah bagi aku peluang untuk mengenali mereka yang sangat HEBAT!!
 
MEREKA ialah
 
1. Faqrul(Ketua Tingkatan)
2. Shima(P. Ketua Tingkatan)
3. Hafizi
4. Najmi
5. Syazree
6. Nisrin
7. Atiqah
8. Hayati
9. Badriah
10. Anilah(me)
 
Alhamdulillah, Ya Allah
Subhanallah
 
: :-----> BEST apa kelas aku, sikit ja orang,
dah macam klas tuition la pulak...
 
he he he
 
harapan aku hanya satu
agar pertalian yang terjalin ini semakin erat
perhubungan ini akan kekal selamanya
ibarat tali yang tersimpul mati.....................:)
 
dan
semoga kami memperolehi apa yang kami harapkan
 
dan
yang lebih penting ialah
semoga kami semua mendapat keputusan yang CEMERLANG dalam SPM
 
Insya-Allah, amin...

 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan