Bismillahirrahmanirrahim...
aku rindukan arwah Along..
sedihnya..
tahun nihh bermakna tahun ke-3 pemergiannya
dah 3 tahun dia pergi meninggalkan kami..
Rindunya kat arwah
hanya Allah sahaja yang mengetahuinya..
Ya ALLAH, Kau tempatkanlah dia dalam kalangan orang-orang yang beriman..
aminn...
Al-Fatihah dihadiahkan kepadanya...
Along!!! adik rindu along!!
rindu sangat-sangat!!
kalau dulu hujung minggu jaa mesti dia datang umah..
makan sama-sama
pastu berebut 'remut' control Astro ngan kami(aku N Kak Opie)
coz kami nak tengok AF(zaman tuh lah)
dan dia nak layan bola...
pastu bila hari kerja, pagi-pagi dia dah ada kat umah kalau masa aku cuti sekolah
dia bawakkan roti canai la, nasi lemak la..
macam-macam dia bawak..
pastu dia suka bawak aku pi jalan-jalan..
makan kat luar..
and macam-macam lagi lah..
ermm.. TAPI,
sekarang semuanya hanya tinggal kenangan..
Ya Allah, rindunya aku kat dia...:(
seriously, aku sangat sensitif ngan lagu 'PELANGI PETANG', Sudirman
coz lagu tuhh dapat mengingatkan aku dekat arwah along..
kalau ada lagu tuhh kat radio ka, Kak Opie pasang dalam kereta ka
mesti aku suruh tukar..
mak dah marah-marah coz tuh lagu favourite dia..:)
tapi, nak buat cam na..
satgi kalau aku dengar, aku teriak plak...:(
lagi satu aku 'pantang' kalau ada orang bercakap or tanya pasal along kat aku..
yang nihh lagi satu..
mak aku kalau tengok tv, sedih-sedih punya cerita
sat gi mulalah dia cakap
'teringat kat along'
aduii.. nihh memang aku suruh tukar channel tv or suruh tukar topik..
bukan tak tau
satgi ada jugak orang yang nak buat 'drama' air mata kat situ...
apa-apa pun...
Aku sayang Along...
kalau diberi kesempatan untuk aku berjumpa dengan Along
aku just nak cakap yang ni kat dia..
"Along!! adik sayanggg along!!"
TAPI, itu hanya angan-angan..
coz yang pergi takkan kembali..
aku kena percaya pada realiti..
yang aku dah kehilangan along..
tapi, aku tak pernah dan tak akan melupakan dia..
Ya Allah.. aku terlalu merindui dia...:(
Tiada ulasan:
Catat Ulasan