Student.........................:-)

Assalamualaikum ahli-ahli palnet blogku sekalian!!!
hyp!! hyp!! horeyhh!!


korang tengah buat apa?
tak tidur lagi??
sama lah kita... korang tengah buat apa?
Nilah tengah duk siapkan kerja sekolah..
iya!! mahu diberes sin ya!!!
hu hu hu, macam dah sama spesis ngan bibik nampaknya ya!!


banyaknya kerja, hari pertama dah start homework
nampak gayanya cikgu nihh memang jeles kat kami la..
sebab tu depa tak mau kami duk senang-lenang dah

kalau kami senang lenang, depa tak senang duduk la jawabnya
banyak lagi kerja sekolah and segala nota-nota yang perlu diselesaikan..

ramai cikgu nak buat kelas..
cikgu Maheran nak buat kelas Add Math,
Cikgu Noorfauziah nak buat kelas Perdagangan

Nilah rasa cikgu-cikgu nih memang tak boleh kalau tak jumpa kami, satgi kut depa rindu
hu hu hu
*perasannya..ntah2 depa pun menyampah tengok muka kami tiap-tiap tahun*

oleh sebab kelas kami hanya 10 orang penghuninya,
jadi semua cikgu nak buat yang terbaik dan bagi kami dapat the best result..
Insya-Allah..aminn...

cikgu Norzila awal-awal lagi dah 'push' kami suruh fight untuk dapatkan 'A+'
(di mana ada kemahuan, di situ ada 'A1')

 'NO MORE 'HONEYMOON YEAR'
hu hu hu
tahun lepas pun mana ada kami honeymoon sangat pun..
banyak kerja jugak
tahun nih lagilah banyak kerja..

target ku adalah
TAK MAU 'TUANG KELAS'
kalau orang selalu sokong kempen
'Katakan Tidak kepada Rokok'
 tahun nih Cik Nilah nak menyokong kempen NGO yang Cik Nilah tubuhkan

'KATAKAN TIDAK KEPADA PONTENG KELAS!!!'

aduyaii, tahun nihh dah tak mau tuang kelas segala bagai dah,
ehh!!! bukan sengaja tuang ok!!
tuang sebab ada makna!!
ewahh!! dah macam tuang ayaq plak dah...

tahun lepas yang banyak kali Nilah tuang kelas sebab joint Pasukan Debat Ala Parlimen Sekolah
ingat lagi masa tuhh
boleh kata ada satu hari yang kami tak masuk kelas langsung sebab masing-masing kalut dengan debat
harap-harap tahun nih Nilah terlepas..aminn..

dah la Nilah jenis yang 'slow learner' sikit
jenis yang kena ada tengok cikgu buat betul-betul and kena bagi fokus betul-betul, kalau tidak memang tak dapat tangkap...
lagi satu jenis yang
kena ada orang push, kalau tidak memang tak jalan..
and orang yang selalu push Nilah adalah abah...

'adik, periksa... pi baca buku!!'

'adik, think positive!!'

adik!!!

adik!!!

semuanya, 'adik!!'

kalau tak abah, semestinya mak

'adik, pi masuk bilik.. baca buku, jangan tidoq lewat!!'

adik!!

adik!!

dan

adik!! lagi...

sememangnya begitu and dari dulu lagi..

tapi, Nilah suka bila abah Nilah cakap macam nih

'adik, sembahyang dah? jangan harap nak periksa ja baru nak sembahyang..'

ya!! sebab dia mengingatkan Nilah tentang tanggungjawab Nilah yang satu ini..:-)


harapanku hanya satu..
agar aku tak 'down' masa nak dekat exam..
pengalaman masa ambik PMR telah mengajarku..
aku terlalu menyesal sebab aku telah 'down' masa tuhh..
aku terlalu stress dengan exam...

tapi, Insya-Allah, semua itu tak mungkin berulang...
aminn

dah..dah.. dah pukul 12:18a.m. dah nihh..
pi tidoq nuhh..
Nilah pun nak beradu jugak.. *perasanjadiraja*

hah!! sebut pasal Raja, Nilah nak bagi tau yang sekolah kami warna kuning..
he he he..
ada kawan-kawan tanya 'weyhh!! kenapa warna kuning? kenapa tak warna lain?'
and I said that
'ampa tak tau ka yang sekolah nihh anak Raja ja yang blajaq kat sini? jadi, bolehlah perasan jadi anak Raja sat.'

hehehe..perasan ja pun..
dah macam nak mengalu-alukan tahun akhir kami kat sekolah ja..
pengetua baru, sekolah cat baru, kantin pun nak buat baru..
semuanya baru..
murid ja yang still lama dengan pemikiran yang lama..

oleh itu, bersama-samalah kita membuat anjakan paradigma..:-)
(perghh!! ada tak macam dalam iklan??)

hah!! sekolah kami kan sekarang dah tukaq jadual tau..
setiap hari semua pelajar kena(WAJIB) solat Zuhur berjemaah..
*dah rasa macam Sekolah Menengah Agama Dato'Ali la pulak*
tapi, serius Nilah suka and amat menyokong pengetua baru nihh punya transformasi

semoga kami semua berjaya bukan sahaja di dunia, malah juga di akhirat..
Insya-ALLAH, aminn

assalamualaikum..

Anilah Ardenieti: perjalanan ku masih jauh.. sabar, Anilah...sabar..:-)










Tiada ulasan:

Catat Ulasan