Alhamdulillah, kita sudah tiba di penghujung tahun 2011
Alhamdulillah juga kita masih diberi peluang dan ruang untuk menghirup udara yang Allah 'pinjam'kan kepada kita..
terima kasih, Ya Allah..
di saat ini, di ketika ini, di masa ini
apa yang mahu Nilah coretkan di sini adalah sebuah coretan 'Diari Hati' yang datang dari lubuk hatiku yang tak berapa nak baik ini..
ini bukan cerita mengenai kehidupan orang lain..
malah, ini juga bukan meceritakan tetang apa yang orang lain rasai..
tapi,ini coretan mengenai kisah kehidupan seorang gadis yang pada keesokan harinya(1/1/2012) umurnya akan berganjak ke usia 17 tahun..
ini realiti kisah seorang yang diberi nama, Siti Anilah Ardenieti Anchari....
dalam menempuhi hidup sebagai seorang pelajar, menipu jika Nilah kata Nilah tak pernah menipu cikgu Nilah..malah rasanya banyak kali lah jugak..
kalau bab tuhh tak ada 'tok guru' sebab kehendak diri sendiri
tapi, percayalah yang saya tak ada niat sama sekali untuk menipu..
saya terpaksa.. yang paling banyak kali Nilah menipu adalah masa sukan..
serius, it's is very-very-very personal for me untuk menceritakan tentang penyakit Nilah..
yang tuh start menipu daripada tahun sudah..
so, ngan abah sekali ceq ajaq menipu..mau dak nak tulis surat segala bagai kat cikgu sebab tak boleh bersukan.. 'konon'nya sakit kaki la and banyak lagi alasan yang timbul bagai cendawan selepas hujan dalam pala otak ku ini..huhuhu.. so, kenalah mintak tandatangan Mr. Big Boss tuhh..
TAPI, seriously.. Insya-Allah, mulai tahun depan Nilah dah tak menipu bab tu lagi dah..
koz I'm 'free'!!!! Alhamdulillah..
satu nikmat yang tak terkata bila mendapat tahu yang aku 'bebas' daripada penyakit..
pada saat itu hanya Allah saja yang tahu betapa gembiranya diri ini..
Nilah rasa nak menangis pada saat itu..
ya!! menangis kerana terlalu gembira..
dan tak tergambar indahnya perasaan ku pada saat itu..
perasaan gembira dan bersyukur sangat-sangat kehadrat Ilahi kerana masih memberi peluang untuk diri ini bertaubat dan terus mencari kenikmatan hidup yang Dia berikan..
kenikmatan yang kita sedia tahu yang Allah berkan kepada kita sebagai seorang hamba-Nya adalah Islam dan Iman..
tapi, Alhamdulillah.. Allah membuka mata Nilah untuk melihat malah merasai sendiri lagi satu kenikmatan yang Dia berikan kepada kita..
kenikmatan yang hanya pada orang-orang tertentu sahaja dapat merasainya sendiri..
iaitu kenikmatan kesihatan yang Allah SWT kurniakan kepada kita..
Alhamdulillah, Allah bagi Nilah peluang untuk terus menjalani hidup ini..
Allah juga telah membuka mata Nilah dan membuatkan hati Nilah untuk terus bersyukur dan bersyukur.. hanya Allah sahaja yang tahu betapa tak terkatanya gembira perasaan Nilah pada saat itu.. kadang-kadang bila kita sihat dan masih kuat kita tak pernah nak bermuhasabah diri, tak pernah nak bersyukur dengan apa yang Alla telah 'pinjam'kan kepada kita..
malah, kita selalu merungut.. ada saja yang tak kena.. ada saja yang tak betul..
kita selalu inginkan se-perfect yang boleh..
tapi, kita tak pernah nak bersyukur dengan apa yang kita ada..
Ya Allah, hinanya kita..
tapi, apa yang Nilah sendiri rasa adalah nikmat kesihatan itu sendiri..
mak selalu cakap 'jangan dengar cakap orang, depa tak rasa apa yang adik rasa, depa tak rasa macam mana sakitnya kita'
ya!! I agree about that..
'mereka tidak merasainya'.. Allah telah 'memilih' diri ini untuk merasai sendiri nikmat kesihatan yang Dia bagi kepada kita semua..
masa Nilah masih sakit, tipulah jika Nilah cakap Nilah tak 'down' malah
I'm so depressed..
kenapa aku, Ya Allah?
kenapa tak orang lain? aku tak cukup kuat, Ya Allah
banyak yang Nilah tanyakan, tapi tak ada jawapan..
masa Nilah sakit dulu Nilah amat tak suka and benci bila orang tanya pasal kesihatan Nilah..
seriously Nilah amat tak suka dengan orang yang jenis 'berlagak pandai' mengalahkan doktor nihh..
cuma Nilah tak pernah luahkan..
sebab apa? semestinya bukan atas sebab Nilah takut nak luahkan..
cuma mak Nilah tak pernah ajar Nilah untuk kurang ajar dengan orang..
bila orang tanya, Nilah just cakap 'Alhamdulillah, sihat'
koz for me mereka tidak tahu apa yang Nilah rasai..
hanya mak sahaja yang tahu..
sebab tu bila apa-apa Nilah suka bercakap dengan mak...
bila Nilah sakit, Nilah bagi tahu mak..
bila Nilah tak tahan sangat-sangat, Nilah menangis depan mak..
sebab mak sahaja yang tahu bagaimana perasaan Nilah pada saat itu..
kerana kami SAMA..
dulu, Nilah tak boleh tengok iklan-iklan, buku-buku atau risalah-risalah yang mengenai penyakit Nilah...
kalau ada iklan kat tv atau cerita pasal tu kat tv, sure Nilah akan change the channel..
sebab Nilah tahu yang Nilah tak kuat..
Nilah tak boleh tengok rawatan kimoterapi la radioterapi la..
Doktor pun ada berkata yang jika rawatan moden tidak membantu, kita boleh mencari alternatif lain seperti rawatan tradisional..
and for me I prefer to rawatan tradisional, memang leceh.. cuba korunk bayangkan, disaat semua kawan-kawan korunk duk 'melayan' ayam KFC, korunk duduk dihujung sekali sambil menjadi pemerhati and konon-kononnya tak suka makan ayam, tapi hati korunk nak sangat..
bukan satu perkara yang mudah bila berpantang!!!
bukan satu benda ja korunk kena pantang, banyak lagi benda...
tapi, seriously Nilah memang tak kisah sebab dah biasa..
tapi...................................
pantang bagi Nilah pada saat tuh bila ada orang yang memandai cakap yang bukan-bukan..
cakap pasal kanser yang boleh membawa maut segala bagai la..
ya!! memang diakui kanser adalah satu jenis penyakit yang sangat sulit untuk mencari ubatnya..
tapi, kita berusaha kan?
dulu masa pertama kali Nilah mendapat tahu yang Nilah sakit memang Nilah jugak tak lari daripada berfikir about 'kematian'..
Nilah rasa dah dekat sangat dah..
sampaikan setiap hari Nilah berdoa yang Nilah nak mati pada bulan Ramadhan dekat sebelah mak ngan abah sebab Nilah sangat sayangkan mereka..
tapi.............................................
mak selalu cakap yang kita kena sentiasa berusaha untuk mengubat penyakit kita..
and trust me, jikalau anda ada penyakit kanser, percayalah yang kematian bukan penghujung hidup anda dan berusahalah untuk mengubatnya..
sama ada rawatan tradisional atau rawatan moden, itu tak penting..
yang penting, kita berusaha..
Allah SWT tellah berfirman jikalau kita terus berusaha dan tak henti berdoa dan seterusnya bertawakkal, Insya-Allah Dia akan tunaikan..
orang lain mungkin ada yang masih 'buta' kerana tidak pernah mensyukuri kesihatan yang Allah bagi kepada mereka..
tapi, pada diri ini, Nilah amat bersyukur kerana macam Nilah cakap tadi, Nilah sendiri 'dipilih' oleh Allah untuk merasai sendiri nikmat itu..
Nilah pernah merasai bagaimana orang yang tengah struggle for their life..
Nilah pernah merasai itu semua..
and sekarang Nilah besyukur sangat-sangat dengan peluang dan ruang yang Allah SWT bagi buat Nilah untuk teruskan hidup ini..
bagi Nilah orang tak pernah tahu apa yang Nilah rasa
kecuali seorang yang sangat istimewa dalam hidup Nilah
iaitu mak Nilah..
bagi Nilah hanya dia sahaja yang boleh memahami Nilah..
hanya dia sahaja yang tahu betapa sakitnya anak dia nih nak bertahan..
and for me, she is only that I love so much in the world and I love my abah too..
ketabahan mak membuatkan ku tabah..
dia tak pernah sekali-kali merungut dengan sakit dia..
rasanya tak ada mak yang lain sehebat mak Nilah..
dia seorang mak yang hebat bila mana dia sakit, dia tetap mahu menjaga anak abang Nilah..
bukan senang nak menjaga 4 orang budak ketika diri sendiri pun tengah menahan sakit..
Nilah tak pernah dengar mak Nilah cakap dia sakit macam Nilah selalu cakap kat dia dulu,
Nilah tak pernah tengok dia menangis sebab menahan sakit macam Nilah menangis depan dia dulu..
Ya Allah, ketabahannya banyak mengajar ku erti kesabaran..
I love you so much, mak...
she is queen in my heart..:-)
specially for my mom, Siti Ramlah Haji Salleh..:-)
okeyhh larhh, sekarang dah pukul 3.48 pagi,
assalamualaikum...:-D
ermm, I just want to says that
apa juga keadaan korunk, sakit ka sihat ka ingatlah Allah is still by your side..
Dia bukan hanya sayang, bukan hanya suka pada kita..
TAPI, Dia menCINTAi kita..
Cinta-Nya sungguh besar dan kasih-sayangnya tiada tandingan...
jangan lupa untuk terus berusaha..
and yang paling penting adalah think positive*abah selalu cakap macam tuh*
and always S.M.I.L.E..:)
Anilah Ardenieti: satu coretan 'Diari Hati' yang Nilah mahu kongsikan bersama dan harapan Nilah hanya untuk menjadi seorang muslim yang lebih baik.. Insya-ALLAH..aminn..
amacam ada bakat tak jadi 'Nujum Pak Belalang Junior'??
huhuhu.. berangan tak habis-habis..:P
okeyhh!! bukan nak bercerita pasal Nujum Pak Belalang segala bagai..
cuma nak ucap
HaPpY bIrThDaY To My LoBLy DoBLy BlOg..:-D
yang ke 111
he he he
1 YEAR 1 WEEK 1 DAY
semoga semua urusan di blog nih berjalan dengan lancar..
aminn...
semoga Tuan Tanah di blog nihh terus tersenyum..hehehehe
bersama virus gila-gilanya yang still terkawal..:P
k, bye..
assalamualaikum..
Anilah Ardenieti: knapa bibik baru tuhh diam? mulut dia kena salotep kut nohh? she just talk with me when she want to know somethings...bila dia tak tau apa-apa, baru lah dia bukak mulut tuk bertanya...huhuhu...persoalannya, sapa nak teman Nilah makan bila balik sekolah nih??
okeyhh!! nak bagi tau yang MINGGU DEPAN sekolah dah bukak!!
adeii!! bagi tau yang macam la korang tak pernah tau kan??
hehehe
so?? NO MORE HOLIDAYS!!!
dah balik dari bercuti nihh maknanya dah habis masa tuk bersuka ria..
kawan-kawan yang lain boleh dikatakan semua dah struggle for our SPM
mak oii!! ceq bila lagi nak start nihh??
so, apa lagi duk melepak kat sini??
I also want to do the best..
...errrrmmmm... JOM STUDY!!
*tiba-tiba semangat berkobar-kobar datang*
actually,
bukan apa Nilah seronok sangat tengok abang-abang ngan kakak-kakak yang belajar kat overseas..
Ya ALLAH, BESTnya diorang!!
tipulah kalau Nilah kata Nilah tak ada niat nak jadi macam diorang..
seriusly, memang ada..
and NOW!! I want to study!!
*not study hard, but study smart*
abah dah janji
kalau Nilah ada master dalam bidang accounting, Nilah boleh buat apa ja
termasuklah bawak kapal terbang..
tapi, kapal terbang peribadi ja lah..
tak bleh la nak bawak Jet Pejuang Sukhoi tuhh yang macam Nilah angankan..
sejak Nilah darjah 6, Nilah suka tengok kapal terbang
and my ambition is to be a PILOT
YaAllah, bestnya bila duk atas awan
boleh tengok orang dan yang penting bleh tengok Supermen, Ultramen Tiga, Ultraman Dyna
YUP!! itulah angan-angan Nilah masa kecik-kicik.. biasalah budak-budak lagi masa tuh, masih ada bayangan cartoon yang Nilah tengok dalam tv..
masa dulukan abah selalu bawak kami naik kapal terbang
pi bercuti naik kapal terbang..
sebab tu yang Nilah ada cita-cita nak bawak kapal terbang
nak jadi PILOT..
but!! abah tak bagi..
abah cakap yang Nilah umpama menempah maut..
it's dangerous for me..
Nilah nak jadi doktor abah tak bagi..
Nilah nak jadi arkitek pun abah tak bagi... boleh kata semua yang Nilah ambition Nilah semuanya ditentang habis-habisan
ada jaa alasan yang abah bagi
Nilah minat Sains and lepas result kluar ja, Nilah decide nak masuk ambik aliran Sains Tulen
sejak Nilah tingkatan 1 lagi Nilah dah decide yang Nilah nak masuk aliran Sains Tulen
lagipun Nilah dapat 'A' dalam subject Sciences and Mathematics dalam PMR
so, Nilah nak masuk aliran tuh
dengan harapan dalam hati tak ada satu orang pun yang tau..
dalam hati Nilah cakap yang Nilah nak jadi PILOT jugak!!
apa nak jadi, jadilah..
aku nak jadi pilot jugak lepas SPM
TAPI, abah lebih terror..
dia telah menukarkan aliran Nilah daripada Sains Tulen, terus masuk aliran Akaun
yupp!! dia nak Nilah jadi macam abang..
macam Kak Rini..
dia nak Nilah jadi accountant
ya!! diakui..pertaruhan dia HEBAT!!
danBERJAYA buat masa sekarang
Nilah dah dapat sesuaikan diri dengan segala jenis number dan formula-formula
tapi, kenyataan nya!!!!
sehebat mana pertaruhan abah tuh boleh kita lihat hasilnya..
bukanpada tahun nihh..
tapi, pada tahun depan dan SPM akan menentukan segala-galanya
okeyhh!! WE WILL SEE IT!!
siapa kata Nilah tak pernah give up??
Ya Allah, banyak kali..
boleh kata setiap kali exam..
dan setiap kali itulah Nilah akan balik mengadu yang Nilah tak boleh nak catch up
and setiap kali Nilah kata macam tuh, setiap kali itulah abah akan cakap 'pelan-pelan nanti ok la'
seriosly, masa baru masuk kelas tuh Nilah 'blur'
Nilah tak tahu Nilah nak start dari mana..
and Nilah tak faham langsung apa yang cikgu tu ajar..
sampai kadang-kadang kalau ada masa Prinsip Perakaunan Nilah rasa BOSAN!!
and I thought that Cikgu Tengku cakap ngan dinding..*JAHAT KAN??
tapi, itulah sebenarnya realiti yang Nilah rasa sorang diri.
bila korang tak faham, so korang pun malas nak sambung apa-apa kan?
and malas nak bukak buku subjek tu kat rumah...
yupp!! same with me, Nilah dulu malas sangat nak bukak buku subjek tu
Nilah lebih suka bukak buku subjek lain,
kalau ada homework pun Nilah akan buat akaun yang last sekali..
masa yang paling Nilah rasa Nilah down adalah
masa yang dimana keputusan subjek Prinsip Perakaunan Nilah dapat 35%(E)
yupp!! yang tuh masa Peperiksaan Pertengahan Tahun
Nilah rasa down sebab Nilah rasa Nila akan gagal dalam subjek tuhh bila Peperiksaan Akhir tahun
Nilah takut sangat.. Nilah takut Nilah gagal dalam subjek tuhh
dan Nilah mengadu benda yang sama kat abah, Nilah kata Nilah tak boleh nak ikut
dan abah still cakap benda yang sama...
masa tuh Nilah menangis, Nilah rasa tak ada sapa pun faham Nilah
semua pentingkan diri sendiri
masa tuh Nilah teringatkan arwah along..
YA!! kalau ada along mesti dia akan faham Nilah
mesti dia ada tuk sokong keputusan Nilah
ingat lagi masa Nilah dapat keputusan UPSR dulu
boleh kata setiap minggu Along datang tanya macam mana Nilah punya preparation for my exam
seriously, pada masa tuh I am not confident with myself
kerana Anilah yang dulu tak sama dengan Anilah yang sekarang
and ketika Nilah dapat result tuh Nilah menangis..
ya!! Nilah teramat-amat-amat tak sangka yang Nilah akan dapat result yang macam tuh
orang sangka yang Nilah menangis sebab sedih
tapi, sebenarnya Nilah menangis sebab gembira
terlalu gembira!!
and orang yang pertama Nilah call adalah Along!!
lepas tuh baru Nilah call mak, abah dan abang and Acik kat KL
masa Nilah call depa, Nilah tak dapat nak cakap sebab Nilah gembira sangatsampai asyik teriak jaa
and masa Nilah call mak tuhh, tau tak apa mak cakap??
mak cakap macam nihh
'adik jangan duk teriak, tak pa, nak buat macam mana..dah tu yang adik dapat, terima ja lah'
masa tuhh, Nilah rasa Nilah nak gelak guling-guling sebab Nilah rasa yang mak mesti pikir yang anak dia nih tak dapat A pun..hahaha
pastu bila balik mak duk tengok tv, masa tuh Nilah terus peluk mak
and mak terkejut kenapa Nilah peluk mak,
bila mak tengok Nilah punya result mak lagi terkejut
mesti tak sangka kan yang anak dia yang orang cakap bodoh and other else dulu bleh dapat result yang macam tuh??
yupp!! kerana result tu jugaklah yang dapat menutup mulut orang kampung tau!!
kenapa Nilah bercakap macam tuh??
yupp!! macam Nilah cakap kan tadi..
Anilah yang dulu tak sama dengan Anilah yang sekarang..
Anilah yang dulu selalu dapat number last alam kelas, selalu dapat number tercorot
sampai ada orang yang tak nak anak dia berkawan ngan Nilah sebab tak nak anak dia bodoh sama
tapi, sapa percaya keajaiban Allah SWT bagi kat Nilah
lepas Nilah dapat result tu ja, terus semua tuh hilang.. Alhamdulillah..:-)
and lepas ja Nilah teringatkan arwah Along,
Nilah terfikir yang Nilah harus bergerak sendiri..
Nilah kena tolong diri Nilah sendiri sebab tak ada orang yang akan tolong Nilah..
and masa result Akhir Tahun hari tuh keluar Nilah dapat 'A' dalam Akaun..
Alhamdulillah..
tau tak abah cakap apa??
dia cakap lebih kurang macam nihh
'hah!! boleh pun bukan tak boleh, cuma segan ja lebih sikit'
HAH!! segan la sangat.. dia tak tau anak dia nih tidoq sampai lewat malam
sebab nak 'pebaik' result Akaun tu....
and the most importance things yang korang perlu tahu daripada coretan Nilah ini adalah
Nilah tak pernah benci abah Nilah,
mungkin dulu ketika dia buat keputusan tuk tukarkan aliran hidup Nilah ada juga terselit rasa marah and merajuk and other else kat abah sebab Nilah fikir yang dia tak faham apa yang Nilah nak
But!! Nilah tahu yang dia berfikir hanya yang terbaik tuk Nilah
Alhamdulillah, Allah bagi Nilah parents yang terbaik dalam hidup Nilah
and NOW!!!
Nilah akan buktikan yang Nilah pun boleh buat!!
Nilah nak buktikan yang Nilah nak dapat straight A tuk SPM
Insya-Allah.. aminn..
jikalau Nilah dapat, Alhamdulillah..
ini semua kerana Allah SWT dan semua ini untuk semua yang sentiasa ada berdiri dibelakang Nilah
dan untuk arwah Along
and the important things is I want to fly!!
Nilah nak study kat luar negara..
Insya-Allah, aminnn..
Nilah bukan nak berdegil, tapi kadang-kadang Nilah rasa Nilah perlu bagi ruang buat hati Nilah decide sendirikan apa yang Nilah inginkan..
and dari dulu lagi dan jugak sekarang, and mana tahu akan datang
Nilah tetap dengan keputusan Nilah yang Nilah nak terbang!!
Nilah nak jadi pilot!!!
walaupun Nilah pakai spect, tapi Nilah yakin..
Insya-Allah, aminnn...
semoga angan-anganku menjadi kenyataan...
and NOW!!! I want to fight for it!!
bye.. assalamualaikum..
hanya tulisan diari hati ^__^ Anilah Ardenieti: hari ini terbongkarnya satu rahsia dalam hidupku.. rahsia yang tak pernah ada sorang pun tahu latar belakang ceritanya.. rahsia yang telah lama disimpan di dalam hati, tapi hari ini Nilah coretkan di dalam Diari Blogku..
okeyhh!! sikit ja lagi.. ada lagi satu essays lepas tuhh nak cari info tentang pengarang novel tuhh.. lepas tuhh
I'm Finish!!!
Bui,bui...assalamualaikum..
ehem!!! : Anilah jangan tido.. malam nihh ada cerita Randy Pangalila berlakon!!! nak bagi tau kat Ira nihh nak tengok sama-sama, dia bukak tv kat umah dia, Nilah bukak tv kat umah Nilah..
ehem2!! : Tahniah kepada adik-adik yang dapat keputusan cemerlang, congrate.. kalau orang bagi hadiah, jangan lupa share with me k...:) *nakjugak*
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia
legih kurang tambah tola darab bahagi ada tinggal lagi 2 minggu ja lagi..yupp!! 2 minggu ja lagi untuk ke tahun 2012..
yess!! tahun yang begitu bermakna buat diri ini.. banyak yang Nilah inginkan dan yang penting adalah tahun nihh aku dah sihat!! Alhamdulillah, berkat semuanya.. Nilah dah sihat!! Alhamdulillah.. tak terkata gembiranya..:)
entri akan datang Nilah nak ceritakan tentang azam tahun baru Nilah larhh sebab kali nihh Nilah nak sembang-sembang ja *walaupun sorang diri*
tahun nihh, Alhamdulillah ada antara azam Nilah tercapai... ALHAMDULILLAH..:)
tahun nihh adalah tahun yang paling banyak Nilah melibatkan diri.. yang paling tahan tuhh adalah macam mana aku boleh masuk team Petanque sekolah?? aduyaii!! muka ceq nihh boleh masuk team sukan sekolah?? hahaha.. bila dipikir-pikirkan balik macam tak caya ja..
nihh semua Cik Fazira Hanim punya pasal, dia lah 'mastermind' nya.. mak oiiii.. hehehe.. tapi, serius, it's the best moment..:) banyak yang Nilah belajar sebenarnya iaitu erti sebenar persahabatan dan semangat setia kawan dan persefahaman dalam kumpulan...
NIA Julai
*singkatan for Najlaa, Ira Nilah and Julai adalah bulan kelahiran kami*
and.. Nilah pun ada kumpulan dengan Zul dan Safwan.. yupp!! best!! suka buat lawak and Nilah orang yang paling banyak ketawa... hahaha... kumpulan tuhh namanya adalah..
LU LANGSI, LU MATI..
aduyaii!! serius masa pertama kali masuk kumpulan tuhh Nilah ada la hairan sikit and puas pujuk suruh tukaq nama kumpulan tuhh sebab nampak PELIK!! sebab kumpulan lain nama macam ok ja tapi bila dah masuk serius depa LAWAK SANGAT!! okeyhh!! Zul and Safwan isi borang masuk Raja Lawak tau!! hehe..:P
okeyhh!! bukan petanque ja tau.. Nilah tahun nihh siap jadi YB lagi..hahaha.. bukan berangan tau, tapi kenyataan!!! mau tak, Nilah tahun nihh kena lebih kepada terpaksa dan opcoz dipaksa masuk Pasukan Bahas sekolah.. pastu masuk Pertandingan Bahas Ala Parlimen.. hahaha..
Ingat lagi Kak Radhiah jadi Perdana Menteri, and semestinyalah dia jadi YAB Siti Radhiah..
pastu, Encik Dom Neil kita tuhh jadi YB Dom, pastu Aufa, Nilah and Yati pun sama jugak, jadi YB..
YB Siti Anilah Ardenieti Binti Anchari..:P
Subhanallah.. pengalaman yang tak dapat dilupakan.. tapi kan takut jugak kalau tahun depan Cikgu Norzila ceq tuhh suruh ceq masuk lagi..huhuhu, tak mauuuuuuuu!!!!
banyak lagi la pengalaman kat sekolah tahun nihh..
Nilah nak bagi tau yang Nilah dah PRIVACYkan blog-blog Nilah..
bukan apa.. just to more private my life.. yess!! my on-line diary is my life..
dengan ini Nilah berfikir yang Nilah boleh buat apa saja.. Nilah boleh cerita apa saja.. yang penting adalah Nilah saja yang tau apa yang Nilah buat... Ini semua hanya urusan antara Nilah ngan Allah SWT..
for me, I can settle my problem when I'm writting.. yess!! itulah salah satu sebab kenapa Nilah privatekan blog nihh.. bukan apa, just tak nak orang tau my problem because some problem I don't want share with others.. ada problem yang Nilah rasa Nilah nak share with my besties, tapi ada problem Nilah lebih suka pendam...
Penipuan kadang-kadang buat kita lupa kebenaran, bila kita sedar yang kebenaran ini sebenarnya lebih baik dari terus menipu. Kadang-kadang kita menipu sebab nak selamatkan diri kita tapi tak sedar penipuan akan mengorbankan orang lain.
ok larh.. assalamualaikum... p/s: semoga esok lebh baik daripada hari ini..Always S.M.I.L.E :)
kadang-kadang dalam kehidupan memerlukan PENGORBANAN..
semua orang sedang berkorban kan?? tapi sama ada sedar atau tidak jaa.. *TAKE NOTE!! Nilah bukan bercakap pasal korban yang Hari Raya tu erkk!!
sebagai contoh:
seorang pelajar pun berkorban jugak.. dia berkorban masa yang ada untuk pelajarannya dan kehidupan akan datang nya, senang cerita WE SACRIFICE FOR OUR FUTURE..
yupp!! untuk menjamin masa depan yang lebih cerah..
ibu bapa pun berkorban jugak.. berkorban masa, tenaga dan wang.. yupp!! nak hantar anak pi skolah, nak beli baju kat anak lagi, buku segala bagai.. and then tusyen lagi.. dah la tusyen sekarang cekik darah, nasib baik tak darah tinggi tau.. sekarang dah berpuluh-puluh hingga beratus-ratus hengget nak dihabiskan setiap bulan disebabkan tusyen.. yupp!! betul!! personal larhh yang tak personal larhh, apa-apa ja lah.. memang sampai beratus beb setiap bulan..
orang cakap 'ilmu akhirat lebih penting daripada ilmu dunia' yang kita cari nihh.. BUT, for me, deep in my heart(cewahh!! kan dak kluaq lagu Maher Zain)..
my opinion is 'dua-dua penting' , malah ayat pertama yang diturunkan pun suruh kita membaca dan erti kata lain, Allah suruh kita mencari ilmu..
for me, ilmu dunia nihh penting untuk hidup dan ilmu akhirat penting untuk mati, sebab tu lah yang Nilah kata yang dua-dua PENTING..
malah, ada seorang ustaz tu, (Nilah tak ingat nama apa)..tapi, Nilah ingat lagi dia cakap dekat budak lelaki masa tuh ada ceramah apa ntah, dia kata 'semua yang kita buat perlukan ilmu, malah nak tackle awek pun kena ada ilmu tau!!'
he he he.. I have no answer for that statement, hahaha.. yang tuhh kena tanya boys okeyh, depa semua 'pro' bab tuhh, kalau tanya Cik Nilah.. Cik Nilah pun 'pro' jugak, tapi prosak ja lah..huhuhu
(peringatan untuk diri sendiri#)
---------------------------------------------------------------------------------------
sedar tak sedar, tak lama lagi kita nak ucap 'BYE-BYE' kat 2011, and says 'HI' to 2012
kejap ja kan??
terasa bagai bulan lepas masuk Tingkatan 4, dah 18 hari lagi nak masuk Tingakatan 5 plak.. cepatnya masa berlalu..
Betul ka ada orang cakap yang kalau masa terasa pantas, itu menandakan nak kiamat??
Wallahualam!
dan Nilah bukan nak bagi tau yang nak masuk Form 5 ka apa, just nak cakap yang homework tak habis buat lagi...hu hu hu..peace:)
hari tuhh, bukak balik Modul Additional Mathematic(Add Math) yang Cikgu Maheran bagi tuhh.. you know what?? otak ini terasa berkarat ya bapak-bapak, ibu-ibu...
dalam hati kata 'alamakk!! habis dah aku nihh kalau Cikgu Maheran baik hati ulang balik apa yang dia ajaq tahun lepas, mampuihh dah.. sat gi kantoi arr yang aku tak bukak buku Add Math, aku bukak mukabuku jaa..habis dahh!!' hu hu hu
okeyhh, mulai sekarang....!!!! bukak mukabuku masa lapang ja... masa lain nak 'press' gear 5, nak buat kerja sekolah and ulang balik apa yang belajaq dah.. sebab dengan tak sedar dirinya Cik Nilah nak cakap yang Cik Nilah lupa!!!! serius, semalam kalut duk ingat format Kunci Kira-Kira la, Akaun Untung-Rugi larhh, aduss baru ku sedar yang diriku dah lupa macam-macam..
'hah!! tu lah asyik duk tengok Randy Pangalila dalam Nada Cinta tu jaa.. ha ha ha.. pastu, sempat lagi duk melayan Tentang Dhia pulak... pastu mau tak lupa habis, asyik duk bergelak jaa, apa lagi kalau tak Maharaja Lawak Mega..hehehe.. cayalarhh Osbon sama itu Boboiyot, hehe, Boboi la...(hehe, inilah kerja Cik Nilah kat umah ya!! tengok tv!! tengok tv!!) serius, cakap tak rugi abah bayar duit Astro masa Nilah cuti nihh, mau tak setiap masa ada ja orang tengok Astro'
sampai pagii Cik Nilah tengok tv kadang-kadang tuhh...hari tuhh konon-konon nak tengok cerita Titanic pastu nak buat konsert mini kat umah nak nyanyi lagu Titanic..alaa.. lagu nihh la..
pastu dalam duk tengok Titanic tuhh, tetiba plak Titanic yang tengok Cik Nilah..
hah !! ambikkk!!
tak jadilah konsert yang tak ada peminat tuhh...hu hu hu
tapi, dalam pada duk melepak sorang diri dalam rumah nihh, terfikir jugak yang..
macam mana kalau tahun depan dapat Cikgu garang, lepas tuhh dia ulang balik apa yang Form 4 punya?? hah!! ada jugak yang nak kena telan kang... dah la kelas Nilah tu top-10 punya students.. mau tak, kelas pun ada 10 orang ja student.. hu hu hu..
so, sekarang nihh mulalah kalut (ewahh!! ewahh!! cakap mengalahkan PM)
semua orang kalut tau tak?? kalut nak pi buat study group... library Kangar menjadi tempat terjahnya.. Jomm!! kita TERJAH!! kita TERJAH!! (hah!! cakap!! menangis Nash Ahmad yang Melodi tuhh)he he he
mak abah Nilah okeyhh ja, ON ja kalau bab pelajaran nihh, nak pi libary ka, nak pi study group ka, tusyen sampai bayar mahal ka, nak beli buku rujukan ka buku latihan ka, depa ON ja.. tapi, kalau bab nak pi tengok wayang ngan Kak Opie, yang tuhh jangan kata ON.. LAMPU MERAH terus tak dan nak kuning ka apa... siap kena jadi babysitter lagi, hah!! ambik ko!! wayang sangat!!! tengok ja kat umah cerita Hagemaru kat Astro Ceria tuhh, tengok lah ko wayang 24 jam tuhh, free ja tak yah beratur panjang, screen besaq jugak... hu hu hu(realiti kehidupan seorang Anilah).. elok pun tak pi, bukan BEST pun cerita wayang tuhh Kak Opie kata (hah!! ayat ambik hati kluaq dah) hu hu hu
TAHUN DEPAN SPM!! hah, nak gugur jantung dengar SPM tak lama lagi, tuhh tak masuk dalam dewan lagi tuhh.. ok, want to says 'GOOD LUCK TO ME AND MY DEAR FRIENDS'
okeyhh, laa.. nak out dah.. bye, assalamualaikum....
kadang-kadang kita terlupa, kadang-kadang kita terlalai..
ya!!! for me, I admit yang Nilah pun kadang-kadang juga terlalai..
kadang-kadang kita terlupa ada perkara yang lagi PENTING
ada urusan yang hendak didahulukan selain perkara-perkara yang kita anggap penting, tapi sebenarnya TIDAK!!
ya, urusan.. urusan yang SANGAT penting..
iaitu urusan kita dengan Allah S.W.T.
kita insan tak sempurna.. tapi, tak salah jika kita mencari kesempurnaan dalam hidup kita..
tak salah jika kita mencari keredhaan Ilahi dalam hidup kita..
dan yang paling PENTING.. CINTA ILAHI
Astagfirullah-al-azim..
kadang-kadang tanpa kita sedari, kita sebenarnya sudah jauh tersasar..
YA!!! kita terlalu pentingkan dunia.. sampai, kita kadang-kadang terlewat solat..
Nilah akui, Nilah pun kadang-kadang macam tuhh.. pi sekolah.. kul 6.00 petang baru ingat nak balik, baru ingat tak sembahyang Asar lagi.. sekarang pulak, asyik tengok tv, biasalah musim cuti.. sampai kadang-kadang, dah masuk kul 3.00 baru nak terhegeh-hegeh solat Zuhor..
sekarang dah pandai menangguh.. mak cakap 'adik, pi sembahyang nuhh', Nilah jawab 'sat mak, makan dulu'.. padahal makan jap gi pun boleh.. tu lah, kita tak sedar yang kita dah menagguhkan masa.. masa, ya masa bersama yang Maha Berkuasa..
Astagfirullah-al-azim..
Ya Allah, maafkan hambaMu ini yang selalu lalai...
AKU TIDAK MAHU MENJADI ORANG ISLAM YANG HANYA PADA NAMA!!
Cuba dengar lagu nihh..betul, abah kata, lagu nihh hanya untuk meningatkan kita... sampai abah suruh Nilah share dalam fb Nilah...Nilah pun ada share dalam my fb..
Subhanallahh...
bila korang hayati betul-betul kan lagu nihh.. korang akan menitiskan air mata...
Ya Allah, bila difikir-fikirkan balik..
orang selalu mengatakan..
'redhailah pemergian......, sebab Allah lebih menyayanginya'
tidakkah kita sedar, bahawa Allah tidaak mengambil nyawa kita awal kerana bukan tidak menyayangi kita..
TAPI, Dia ingin memberi kita lebih masa untuk kita BERTAUBAT kepada-Nya.. dan kembali kepada jalan yang diredhai-Nya..
Sama-samalah kita berfikir dan bermuhasabah diri..
Assalamualaikum.. Anilah Ardenieti: entri ini bukan untuk orang lain, tapi hanya untuk memberi peringatan kepada diri sendiri...
Anilah Ardenieti: tanpa sedar, sebenarnya mungkin abah ingin memberi teguran kepada anaknya ini yang selalu lalai dalam mentaati perintah-Nya..abah, satu teguran yang sangat halus.. terima kasih sebab mengingatkan adik.. sayang abah, you're the best father.. abah telah menjalankan tanggungjawab abah dengan baik iaitu dengan mengingatkan adik tanggungjawab adik dengan Tuhan.. terima kasih, abah!
Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition
BESTnya tak sabaq nak pi tengok LIMA..
nak pi tengok jet pejuang...
yupp!! jet pejuang..
Nilah nak pi tengok Sukhoi...
dulukan Nilah ada cita-cita nak jadi pilot,
yupp!! pilot jet pejuang...
jet pejuang SU-30 MKM SUKHOI
tapi tuhh dulu lahh...
nihh antara negara yang menggunakan jet pejuang jenis yang ni.. Algeria, China, India, Indonesia, Russia, Uganda, Venezuela, Vietnam dan jugak Malaysia HARGA dia boleh tahan mahalnya.... $40 millions(unit price)
ini dia Sukhoi tuhh...:)
okeyhh, nihh Nilah nak tunjuk video pesawat nihh plak..
BEST woo tengok video nihh..
hebat kan??
tuhh tak dengar bunyinya yang macam 'mengegar dunia' tuhh lagi
(dah macam lagu Adam ngan Stacy la plak..:P)
cuba tengok yang nihh plak..
tunggu sat.. ce cekidauddd video nihh plak..
:)
hah?? amacam bunyi dia??
tuhh baru tengok dalam nihh..
tak tengok yang betul-betul lagi..
lagi kuat bunyi dia...
HEBAT kan??
sapa yang bawak tuhh memang betul-betul HERO larhh!!
cayalahhhh..
memang wira negara...
so, kepada sesiapa yang berminat..
jommm la pi Langkawi..
tengok LIMA..
weyhh, percaya tak kalau Nilah cakap kat rumah Nilah pun dengar bunyi jet??
korang mesti tak percayakan?? tapi, betul.. dengar..
mula-mula ingatkan bunyi guruh ka apa.. he he he
kat mana lagi dia orang nak pusing kalau bukan kat area-area Perlis nihh kan??
sapa yang duk kat Kuala Perlis lagi dengar..
tuhh yang membuatkan Nilah lagi nak pi Langkawi tuhh...